Tag: UniversalMusic

  • “Belum Mulai” lagu terbaru Insomniacks dan Nabila Taqiyyah

    “Belum Mulai” lagu terbaru Insomniacks dan Nabila Taqiyyah

    Kerjasama kemas antara kumpulan pop terkenal, Insomniacks ​​dan penyanyi berbakat Nabila Taqiyyah telah melahirkan single terbaru mereka, “Belum Mulai”. Dikeluarkan di bawah naungan Universal Music Indonesia dan Universal Music Malaysia, lagu ini menjanjikan rasa segar untuk kedua-dua pemuzik.

    Nabila Taqiyyah menunjukkan sisi muzikalnya yang berbeza menerusi lagu-lagu bergenre band ini, manakala Insomniacks ​​mencuba nasib dengan mengeluarkan lagu berbahasa Indonesia buat pertama kali.

    “Adalah satu penghormatan untuk berkolaborasi dengan Nabila. Profesionalisme dan bakatnya yang luar biasa membuatkan proses rakaman dan pembikinan muzik video itu sangat menyeronokkan. Sejak pertama kali mendengar suaranya, kami pasti Nabila menjadi elemen penting dalam lagu ini, ” kata ahli Insomniacks ​​itu.

    Nabila turut meluahkan semangatnya, “Saya amat gembira kerana dapat berkolaborasi lebih-lebih lagi ini kali pertama saya bekerjasama dengan pemuzik dari Malaysia. Keseluruhan proses produksi berjalan dengan lancar dan saya berharap pendengar dapat menikmati lagu ini sama seperti kami menikmatinya.”

    Lagu “Belum Mulai” digubah oleh Clara Riva dan S/EEK, duo komposer yang telah mencipta banyak lagu hit untuk pemuzik tempatan. Lirik lagu ini mengisahkan tentang seseorang yang terpaksa melepaskan cintanya sebelum mekar dengan pelbagai sebab.

    Dari segi muzikal, “Belum Mulai” menggabungkan irama balada pop lembut dengan sentuhan rock bertenaga. Muzik video tersebut tidak kurang menariknya, memaparkan pemandangan alam Yogyakarta yang mendamaikan mata. Dihasilkan oleh Kolmar Films dan diarahkan oleh Ido Aruan, video ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi Insomniacks ​​yang pertama kali melawat Yogyakarta.

    Kedua-dua Insomniacks ​​dan Nabila berharap lagu ini diterima oleh pencinta muzik di Malaysia dan Indonesia. “Semoga lagu ini dapat menjadi teman kepada mereka yang melalui kisah serupa,” harap Nabila.

    Single “Belum Mulai” kini boleh dinikmati di semua platform muzik digital, manakala video muzik telah disiarkan di saluran YouTube Insomniacks.

  • Gabungan dua vokalis mantap Achik Asrain & Nadia Rosli dalam Sabarlah Hati

    Industri hiburan di Malaysia ini sentiasa menghargai kedatangan vokalis baharu dan menunjukkan kebolehan mereka. Dengan wujudnya program realiti di kaca televisyen ini bakal merancakkan lagi industri muzik tempatan.

    Kehadiran bintang baharu ini melengkapkan lagi selera dan cita rasa peminat yang inginkan sesuatu yang segar untuk hiburan halwa telinga. Biarpun ada antaranya muncul dengan lagu bunyi 90-an, kelainan dari segi muzik itu masih menjadi keutamaan.

    Terbaharu, syarikat rakaman Universal Music mempertaruhkan dua bakat baharu yang memiliki paduan vokal mantap, Achik Asrain dan Nadia Rosli menerusi lagu duet berjudul Sabarlah Hati hasil ciptaan komposer terkenal, Eddie Hamid.

    Menurut Achik Asrain yang juga bekas peserta program Lagu Cinta Kita musim ketiga, ini adalah lagu duet pertama mereka selain menyifatkan ia kerjasama yang baik.

    Lagu ini menceritakan pasangan kekasih yang tidak setia kepada pasangan sehingga membawa keretakan perhubungan yang tidak ikhlas sehingga membawa perpisahan diantara mereka. Hubungan baru yang didasari oleh kejujuran, pengertian, dan saling menghargai sebenarnya ada di depan mata mereka, hanya saja tersembunyi oleh kerumitan dan kebingungannya sendiri. Achik juga menghuraikan bahawa, lagu ini mengisahkan mengenai percintaan yang musnah akibat daripada pasangan yang tak menghargai, hanya bermanis-manis pada awal perhubungan dan ia sekadar hubungan yang penuh sandirawa dari kata-kata dusta.

    Achik meluahkan perasaan lega semasa proses rakaman lagu sangat berjalan lancar kerana dibantu oleh Eddie Hamid, seorang komposer yang cukup berpengalaman serta jurutera bunyi yang berpengalaman, Encik Amir. Proses menyiapkan lagu sangat baik dan tidak mengambil masa yang lama. Achik dan Nadia dibantu oleh individu yang memang berpengalaman dalam bidang mereka.

    Kru dan semua yang terbabit dalam penggambaran MV Sabarlah Hati ini bantu kami untuk lebih menjiwai karakter bagi menjayakan MV ini. Nadia berkata cabaran dilalui ketika proses menyiapkan lagu dan MV Sabarlah Hati adalah pengalaman berharga buat mereka. Nadia berkata, banyak perkara yang menghiburkan sewaktu bersama kru produksi sepanjang pembikinan MV ini. Dia berterima kasih pada semua yang terbabit kerana banyak membantunya. Ini merupakan satu memori yang dia takkan lupakan.

    Nadia berharap semoga lagu Sabarlah Hati dapat diterima ramai dan sekaligus melonjakkan nama mereka berdua dalam industri muzik. Semoga lagu ini dimainkan di corong radio serta di mana-mana platform digital.

    Lagu Sabarlah Hati sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 13 Oktober lalu. Muzik video juga boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.