Tag: #UNICOUSTICPodcast

  • Mengimbau Nostalgia UNIC Menerusi Projek Istimewa UNICOUSTIC PODCAST

    Kumpulan nasyid popular, UNIC, tampil dengan sebuah projek istimewa sempena 24 tahun penglibatan mereka dalam industri hiburan menerusi penghasilan UNICOUSTIC PODCAST. Projek tersebut menggabungkan rakaman semula lagu-lagu daripada album sulung mereka dalam versi akustik yang lebih santai dan dekat dengan pendengar.

    Selain menampilkan muzik, UNIC turut menghasilkan siri podcast yang menceritakan pelbagai kisah di sebalik penubuhan kumpulan itu. Melalui perkongsian Dr. Fitri Haris, Bazli Hazwan dan Fakhrul Radhi, peminat berpeluang mengetahui perjalanan sebenar UNIC, termasuk detik manis, cabaran serta pengalaman mereka dalam memperjuangkan muzik nasyid di tanah air.

    Keseluruhan projek ini terdiri daripada 10 episod podcast dan 10 lagu akustik yang dibangunkan hasil sokongan Geran Dana Kandungan Kreatif oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui My Creative Venture. UNIC menyifatkan bantuan tersebut sebagai satu pemangkin penting dalam memastikan industri kreatif dan nasyid terus berkembang.

    Menerusi projek ini, mereka berharap dapat menghidupkan semula memori peminat serta memperkenalkan kisah perjalanan UNIC kepada generasi baharu.