Tag: #UmrahB40M40

  • Pengendali Umrah Tempatan Perkukuh Operasi Menjelang Haji 2027

    Pengendali Umrah Tempatan Perkukuh Operasi Menjelang Haji 2027

    Mubasyyir Travel & Tours Sdn Bhd terus memperkukuh kedudukannya sebagai pengendali umrah tempatan berskala nasional dengan menyasarkan untuk membawa sehingga 5,000 jemaah menjelang awal 2026, khususnya dalam kalangan golongan B40 dan M40. Langkah strategik ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memperluaskan akses ibadah umrah secara selamat, teratur dan berintegriti, di samping memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap pengendali umrah tempatan yang berlesen.

    Pengarah Urusan Mubasyyir Travel & Tours, Datin Seri Hajah Intan Abdul Hamid berkata, syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2023 itu merupakan sebuah syarikat bumiputera 100 peratus dan berlesen penuh di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Walaupun masih baharu, Mubasyyir menunjukkan pertumbuhan yang konsisten hasil disiplin operasi serta kepercayaan orang ramai terhadap pengurusan yang telus dan beretika.

    Menurut Pengurus Besar Mubasyyir Travel & Tours, Ustaz Haji Muhammad Salleh, setakat ini syarikat mengendalikan sehingga 28 penerbangan semusim dengan purata tiga penerbangan sebulan. Pencapaian tersebut meletakkan Mubasyyir antara pengendali umrah tempatan yang mencatat perkembangan pesat dalam tempoh singkat, sekali gus menjadi asas kukuh kepada perancangan jangka panjang syarikat.

    Pengukuhan operasi ini juga dilihat sebagai persediaan awal Mubasyyir untuk terlibat secara rasmi dalam pengurusan ibadah haji bersama Lembaga Tabung Haji menjelang tahun 2027. Penekanan kini diberikan kepada aspek tadbir urus, pematuhan peraturan serta kestabilan operasi bagi memastikan kesiapsiagaan syarikat dalam menggalas tanggungjawab yang lebih besar dalam industri ibadah.

    Mengulas cabaran industri, Datin Seri Hajah Intan Abdul Hamid berkata sektor umrah kini berdepan isu ejen tidak berlesen, perubahan dasar visa Arab Saudi, persaingan harga tidak sihat serta peningkatan kos operasi. Situasi ini, katanya, berpotensi menjejaskan kepentingan jemaah sekiranya tidak ditangani dengan berkesan, selain memberi kesan negatif kepada imej industri secara keseluruhan.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dalam memilih pengendali umrah dengan memastikan agensi mempunyai lesen MOTAC yang sah, tidak terpengaruh dengan pakej berharga terlalu murah, menyemak rekod penerbangan yang jelas serta mengelakkan bayaran ke akaun peribadi. Pemilihan pengendali yang berintegriti dan mengamalkan pengurusan telus amat penting bagi menjamin kelancaran dan ketenangan ibadah jemaah.

    Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Mubasyyir Travel & Tours boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi syarikat di www.mubasyyirtravel.com.my.