Tag: SIA

  • SHAZREEN SHAHARUM PERTARUHKAN SINGLE TERBAHARU ‘SIA’

    Nama Shazreen Shaharum atau Siti Nur Shazreen Shaharum semakin melonjak naik selepas program realiti TV3, Terpaling Juara! Tahun ini, Shazreen Shaharum ingin serlahkan vokal beliau menerusi single terbaharunya yang berjudul Sia. Single ketiga buat Shazreen Shaharum ini telah dipilih menjadi runut bunyi bagi drama bersiri Rindu Kasih 2 yang bakal bersiaran di TV3 tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu terbaharu Shazreen Shaharum yang telah berkumandang di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 5 Februari lalu.

    Sia merupakan hasil ciptaan komposer berbakat iaitu Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Iqie Hugh. Lagu ini mengisahkan tentang hasrat seseorang yang tulus untuk melepaskan dan ingin melangkah pergi dalam sebuah percintaan akibat dilukai dan tidak dihargai.

    Menurut Shazreen Shaharum, “Saya amat berbesar hati dan sangat teruja apabila dapat tahu yang saya telah dipilih untuk bekerjasama dengan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Iqie Hugh. Sejujurnya saya berasa begitu kerdil kerana mereka sangat terkenal dengan lagu-lagu hasil ciptaan mereka yang sangat berkualiti dan fresh dalam industri seni tanah air. Saya berharap agar pendengar dapat terima dan beri sokongan untuk lagu ini kerana lagu ini mengajar kita untuk menjadi lebih matang dalam setiap pengalaman pahit hidup yang tidak dapat dielakkan”.

    Shaz telah mula berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak berumur 4 tahun lagi. Nama beliau semakin melonjak naik setelah beliau berjaya merangkul juara di Suria Duo X bersama mentornya, Ara Johari dan Azlan & The Typewriter. Vokal beliau yang berkualiti turut berjaya membawa namanya sehingga ke peringkat final dalam program realiti TV3, Terpaling Juara di bawah didikan dan kepimpinan Kapten Hael Husaini.

    Ayuh, jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu Sia di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

    Turut disertakan lirik lagu SIA::

    Lagu: Sia

    Penyanyi: Shazreen Shaharum

    Komposer & Lirik : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Iqie Hugh

    PRE CHORUS 1

    Namun kau diam

    Berdiam mendiam membisu

    Tak bernada

     

    CHORUS

    Siapakah gerangannya

    Tinggalkan parut di jiwa

    Tanpa kau rasa bersalah

    Kau hanya menghina

    Ketika ku ada

     

    Siapa kau sebenarnya

    Cinta tapi tak bernyawa

    Temani aku yang lemah

    Tiada mu menjaga

    Diriku kau sia

    VERSE 2

    Kini keras ku menolak

    Semua beban yang mendesak

     

    PRE CHORUS 2

    Namun ku diam

    Berdiam mendiam membisu

    Ku melangkah

     

    REPEAT CHORUS

     

    BRIDGE

    Biar ku pergi

    Pergi jauh dari mu

     

    REPEAT CHORUS