Tag: #Showcase2024

  • PANGGUNG MALAM MINGGU BERSAMA MASDO DAN GERHANA SKA CINTA 21 SEPTEMBER 2024

    PANGGUNG MALAM MINGGU BERSAMA MASDO DAN GERHANA SKA CINTA 21 SEPTEMBER 2024

    Sudah lama rasanya tidak menikmati suasana malam minggu yang bertenaga di tengah kota dengan acara istimewa. Biasanya, malam minggu di Kuala Lumpur adalah waktu untuk berehat, makan malam di luar sambil menikmati pemandangan neon, atau mungkin berkencan. Namun, Panggung Malam Minggu Entertainment mempunyai kejutan untuk anda dengan acara baru yang pasti akan merubah rutin anda.

    Kenali Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon, yang akan dilancarkan pada 21 September 2024. Acara ini akan memulakan siri malam minggu yang penuh warna dengan persembahan dari Gerhana Ska Cinta dan Masdo, disokong oleh MOC dan Jemput Dengar sebagai pembuka acara.

    Panggung Odeon Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi strategik untuk acara ini, dengan akses mudah melalui pelbagai pengangkutan awam. Ini adalah lokasi yang ideal untuk pelbagai lapisan usia dan bangsa.

    Menurut Khairul Afizi Aiyub, yang lebih dikenali sebagai Fizi, Pengarah Panggung Malam Entertainment, “Selepas 15 tahun beroperasi dalam industri muzik, kami merasakan tiba masanya untuk menghadirkan sesuatu yang istimewa untuk peminat muzik. Dengan menampilkan Gerhana Ska Cinta dan Masdo sebagai pembuka acara, kami berharap dapat menawarkan pengalaman malam minggu yang tidak dapat dilupakan.”

    Fizi juga menjelaskan pemilihan Masdo dan Gerhana Ska Cinta. Masdo, dengan muzik pop 60-an yang segar dan semakin popular di Malaysia serta Indonesia, dan Gerhana Ska Cinta, yang meriahkan industri muzik tempatan sejak akhir 90-an dengan ulang tahun ke-25 mereka serta persembahan lagu-lagu Tan Sri P Ramlee dan single terbaru mereka, “Rasa Sayang.”

    “Rasakan pengalaman malam minggu yang penuh dengan hiburan menarik di tengah kota,” kata Putu Ceri dari Masdo.

    Panggung Malam Minggu

    Tiket-tiket berharga RM98 (early bird) dan RM118 (harga asal CAT 1) untuk free standing dan RM128 (early bird) dan RM158 (harga asal CAT 2) untuk  free seating telah mula dijual sejak 13 Ogos 2024, jam 11 pagi di laman www.myticketempire.com.

    INFORMASI

    ACARA: Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon.

    TARIKH: 21 September 2024

    MASA: 6 petang hingga 12 malam

    ARTIS: Gerhana Ska Cinta, Masdo, MOC dan Jemput Dengar

    HARGA TIKET:

    RM98 (early bird) dan RM118 (harga asal CAT 1) – Free Standing

    RM128 (early bird) dan RM158 (harga asal CAT 2) – Free Seating

    PLATFORM TIKET:  www.myticketempire.com mulai 13 Ogos 2024

     

     

     

     

  • ENAM PEMUZIK BAKAL MENGEMPARKAN PENTAS “HUJAN, MASDO, BUNKFACE, INSOMNIACKS, NIDJI & LUQMAN PODOLSKI” DI SHOWCASE JIWA KACAU 2024 “LEVEL UP.”

    Kopi Saigon memeriahkan Jiwa Kacau 2.0 sebagai penaja utama

    Sensasi yang akan menjadikan hidup lebih “kucar-kacir” sedang menunggu pencinta muzik yang inginkan!

    Ya, anda, para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks ucapkan selamat kembali kepada pemuzik-pemuzik handalan tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. Kali ini Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.

    Justeru dengan berbesar hati selaku penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 pada Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Dijadual berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan dan bakal meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh sebuah kugiran dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski.

    “Sesuai dengan penganjuran kali kedua, Showcase Jiwa Kacau 2024 akan memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.

    “Ini bermaksud akan ada enam penampilan penuh energatik yang akan menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 Jun 2024.

    “Kami dengan bangga mengumumkan kehadiran Nidji untuk menjadi satu-satunya kugiran terkenal Indonesia yang akan membuat Showcase Jiwa Kacau 2024 lebih ‘kacau bilau’.

    “Dan untuk pertama kali juga di Showcase Jiwa Kacau 2024 kami menampilkan solois iaitu Luqman Podolski sebagai penampilan khas.

    “Harapan kami Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini bakal menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

    Mewakili rakan seperjuangan yang terlibat dalam Showcase Jiwa Kacau 2024, Masdo menyifatkan penganjuran kali kedua acara muzik ini didorong banyak oleh sambutan dan apresiasi peminat terhadap pemuzik tanah air.

    “Tanpa sokongan dan kehadiran peminat yang di luar jangka pada penganjuran Showcase Jiwa Kacau 2023, kami fikir tidak mungkin ada Showcase Jiwa Kacau 2024.

    “Jadi sebenarnya kami patut mengucapkan terima kasih buat peminat yang berkumpul dan meraikan perbezaan muzik yang ditonjolkan oleh setiap kugiran,” ujar Masdo.

    Showcase Jiwa Kacau 2024 dijadual berlangsung selama tiga jam setengah dengan pembelian tiket boleh dilakukan menerusi www.klticketing.com.

    Jangan sampai terlepas tawaran harga tiket yang menarik untuk menyaksikan enam persembahan yang bakal membuat jiwa anda kacau teruk!