Tag: #SantapanRamadanSerantau

  • Sunway Putra Hotel Memperkenalkan “Santapan Ramadan Serantau 2026” – Pengalaman Kulinari ASEAN Yang Mengagumkan

    Sunway Putra Hotel Memperkenalkan “Santapan Ramadan Serantau 2026” – Pengalaman Kulinari ASEAN Yang Mengagumkan

    Ramadan 2026 ini, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur mengundang para tetamu untuk menikmati kepelbagaian rasa Asia Tenggara menerusi Santapan Ramadan Serantau 2026, sebuah bufet iftar eksklusif yang menghimpunkan hidangan ikonik dari seluruh rantau ASEAN di bawah satu bumbung. Dirangka sebagai perayaan kulinari merentas sempadan, bufet ini menampilkan resipi warisan dan sajian jalanan dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Singapura, Filipina, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor Leste, disediakan menggunakan teknik tradisional dan rempah ratus asli bagi mengekalkan keaslian rasa.

    Para tetamu boleh memulakan pengalaman iftar dengan pilihan pembuka selera serantau seperti Kerabu Ayam Vietnam, Kerabu Daun Teh Burma, Som Tam Thai, Kilawin Filipina, Umai Udang dan Kerabu Kerang Hijau Pedas Asam Limau Bali. Antara tarikan utama bufet ini ialah Nasi Briyani Bersama Kambing Panggang, Lok Lak Daging Lembu Lada Hitam Kemboja, Ketam Bercili Singapura Dengan Mantau, Ayam Katok Brunei, Bebek Bertutu Bali, Sotong Pedas ala Thai Basil, Phở Daging Lembu Vietnam, Ikan Bakar Timor Leste, serta pencuci mulut tradisional ASEAN seperti Laos Nam Wan dan Maja Blanca Filipina.

    Bagi penggemar makanan laut, bufet ini menawarkan pilihan premium seperti Udang Kara Masak Lemak Cili Api, Udang Harimau, pelbagai kerang segar, dan Kepala Ikan Salmon Masak Kari Mamak di stesen ‘Chef’s Special Kawah’. Pengalaman iftar juga lebih interaktif dengan stesen masakan langsung termasuk Nasi Briyani & Kambing Panggang, Laksa Johor & Phở Daging Lembu Vietnam, Sate Beragam, Martabak Indonesia & Roti John, serta sajian tradisional Malaysia seperti Lemang, Rendang Ayam, Serunding dan Sayur Lodeh.

    Bufet ini berlangsung dari 20 Februari hingga 20 Mac 2026, dengan harga bufet dewasa bermula dari RM169 nett, manakala tempahan awal menawarkan harga khas RM144 nett untuk tempat terhad. Sunway Putra Hotel turut memperkenalkan pakej penginapan eksklusif Iftar & Indulgence Retreat, termasuk penginapan satu malam, sahur, bufet Ramadan untuk dua orang dewasa, serta naik taraf bilik percuma, bagi melengkapkan pengalaman Ramadan yang penuh keselesaan dan bermakna.

    Menurut Encik Wilfred Yeo, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Hotel, “Santapan Ramadan Serantau bukan sekadar bufet, tetapi satu perjalanan kulinari yang mencerminkan warisan, rasa dan tradisi negara-negara ASEAN. Pakej penginapan dan bufet ini membolehkan tetamu menikmati Ramadan dengan penuh ketenangan, keselesaan dan kebersamaan.”

    Tempahan dan maklumat lanjut boleh dibuat melalui laman web rasmi Sunway Putra Hotel, hubungi +603 4040 9888, WhatsApp +6019 305 2372, atau e-mel spkl.ch@sunwayhotels.com.