Tag: #SamsungGalaxy #GalaxySecurity #OneUI8 #GalaxyAI #KnoxVault #SamsungKnox #MobilePrivacy #QuantumSecurity #SecureWiFi #FutureReadyTech

  • Samsung Perkenal Inovasi Sekuriti Masa Depan Untuk AI Peribadi dan Privasi Pengguna

    Samsung Perkenal Inovasi Sekuriti Masa Depan Untuk AI Peribadi dan Privasi Pengguna

    Samsung Electronics memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam inovasi sekuriti mudah alih dengan memperkenalkan pelbagai kemas kini keselamatan baharu yang akan hadir bersama telefon pintar Galaxy akan datang yang menjalankan One UI 8. Usaha ini menunjukkan komitmen Samsung dalam menyediakan perlindungan pintar dan menyeluruh untuk dunia digital yang semakin canggih – dengan tumpuan kepada privasi, keselamatan AI peribadi dan teknologi sedia masa depan.

    Antara tumpuan utama ialah pengenalan Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP), sistem baharu yang memastikan data AI peribadi pengguna seperti rutin harian dan carian galeri kekal selamat dalam peranti. KEEP membina ruang storan berasingan dan tersulit bagi setiap aplikasi, bermakna maklumat sensitif tidak dikongsi merentas aplikasi lain. Teknologi ini direka khas untuk menyokong ciri pintar Galaxy seperti Smart Suggestions, Now Brief dan Personal Data Engine – kesemuanya beroperasi terus dalam peranti tanpa hantar data ke awan.

    Ciri-ciri ini juga dilindungi oleh Knox Vault, sistem keselamatan perkakasan tahan godam milik Samsung yang telah terbukti berkesan melindungi data sensitif pengguna. Gabungan ini memperlihatkan bagaimana Samsung mengangkat sekuriti dari sekadar tetapan kepada satu struktur reka bentuk teras peranti.

    Samsung turut menaik taraf sistem Knox Matrix untuk keselamatan merentas peranti Galaxy. Melalui One UI 8, pengguna akan menerima notifikasi serta-merta jika satu peranti dalam ekosistem mereka dikesan berisiko – seperti cubaan manipulasi sistem atau penipuan identiti. Peranti akan disingkir keluar daripada akaun Samsung secara automatik untuk mencegah penyebaran ancaman. Pengguna juga boleh menyemak status keselamatan semua peranti mereka melalui satu paparan khas yang mudah difahami.

    Dalam aspek sambungan internet, Samsung terus bergerak ke arah keselamatan pasca-kuantum dengan memperkenalkan penyulitan kalis kuantum dalam ciri Secure Wi-Fi. Naik taraf ini menggunakan algoritma yang telah disahkan untuk melindungi pertukaran kunci penyulitan – satu langkah penting menghadapi ancaman era komputer kuantum yang boleh memecahkan sistem kriptografi tradisional. Secure Wi-Fi ini juga lengkap dengan ciri Auto Protect, Enhanced Privacy Protection, dan paparan aktiviti keselamatan untuk ketelusan penuh kepada pengguna.

    Sebagai tambahan kepada inovasi baharu ini, Samsung turut mengekalkan dan menambah baik ciri perlindungan asas seperti Knox Vault, Auto Blocker untuk halang pemasangan aplikasi tidak sah, tetapan Advanced Intelligence untuk mematikan pemprosesan awan bagi ciri AI, dan Enhanced Theft Protection bagi situasi berisiko tinggi seperti kecurian telefon.

    Dengan pelancaran ini, Samsung sekali lagi membuktikan bahawa keselamatan bukan hanya ciri tambahan – ia adalah asas kepada pengalaman Galaxy. Langkah-langkah keselamatan ini dibina terus dalam sistem, sentiasa beroperasi dan sedia untuk masa depan – dari perlindungan AI hinggalah ke penyulitan kalis kuantum, Samsung terus kekal sebagai peneraju dalam memastikan privasi dan kawalan kekal di tangan pengguna.