Tag: #MobileLegendsBangBang

  • Faizal Tahir Semarakkan M6 World Championship 2024 dengan Lagu ‘Perjuangan Takkan Tamat’

    Faizal Tahir Semarakkan M6 World Championship 2024 dengan Lagu ‘Perjuangan Takkan Tamat’

    Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sekali lagi mencetuskan fenomena dalam dunia permainan elektronik dengan pelancaran lagu tema rasmi untuk M6 World Championship 2024 yang berjudul “Perjuangan Takkan Tamat”. Lagu penuh semangat ini dinyanyikan oleh penyanyi dan pencipta lagu terkenal Malaysia, Faizal Tahir, dan dihasilkan berdasarkan komposisi asal oleh Bjørgen van Essen.

    Pemilihan Faizal Tahir sebagai penyanyi rasmi lagu tema M6 World Championship adalah satu keputusan yang tepat, memandangkan Faizal terkenal dengan vokalnya yang bertenaga serta lagu-lagu yang mengangkat tema kesatuan, daya tahan, dan kebanggaan negara. Faizal adalah figura yang dihormati dalam industri muzik Malaysia, dan gaya muziknya secara semula jadi membangkitkan semangat dan motivasi—sesuatu yang selari dengan mesej kejohanan ini. Dengan rentak lagu yang rancak dan lirik yang penuh semangat, “Perjuangan Takkan Tamat” mencerminkan tema kejohanan yang menekankan daya tahan dan semangat juang.

    Bagi Faizal, lagu ini bukan hanya sekadar lagu tema untuk kejohanan, tetapi juga sebuah simbol untuk semua individu yang berusaha mengatasi cabaran hidup mereka. “Lagu ini adalah tentang semangat tidak pernah menyerah, walaupun dalam saat paling sukar. Ia adalah mesej sejagat untuk semua orang yang berjuang mencapai impian mereka,” kata Faizal Tahir.

    M6 World Championship 2024 adalah kejohanan flagship Mobile Legends: Bang Bang, dan akan bermula dengan Wild Card Stage, di mana lapan pasukan akan bertanding untuk mendapatkan satu tempat di Main Stage. Main Stage pula akan menampilkan 16 pasukan antarabangsa, termasuk pemenang Wild Card, yang akan bersaing merebut gelaran paling berprestij dalam sejarah esports MLBB.

    Sejak debutnya di Kuala Lumpur pada 2019, siri kejohanan M telah berkembang menjadi sebuah platform global yang menghubungkan peminat dari seluruh dunia. Kejohanan M5 World Championship mencatatkan angka penonton puncak sebanyak 5.06 juta menurut Esports Charts, dan M6 World Championship dijangka akan memberikan pengalaman yang lebih epik dengan peningkatan hadiah wang tunai kepada USD 1 juta.

    Dengan pelancaran lagu tema “Perjuangan Takkan Tamat”, Faizal Tahir membawa elemen unik yang bakal menyemarakkan semangat para pemain dan peminat MLBB di seluruh dunia. Lagu ini dijangka menjadi runut bunyi yang sempurna untuk kejohanan yang penuh dengan debaran dan semangat persaingan.

    Muzik video rasmi untuk lagu “Perjuangan Takkan Tamat” kini boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Faizal Tahir. Untuk menonton, klik pautan berikut: https://youtu.be/m0PeaUTthVc

  • Infinix Unveils GT20 PRO as Official Gaming Smartphone for Mobile Legends Academy League Season 2!

    Infinix Unveils GT20 PRO as Official Gaming Smartphone for Mobile Legends Academy League Season 2!

    Infinix, a trendy tech brand tailored for young consumers, is gearing up to showcase the Infinix GT20 PRO as the Official Gaming Smartphone for the highly anticipated Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL MY) Season 2.

    This tournament promises to bring together some of the most promising esports talents in Malaysia and will take place from October 24th to 27th at Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur. The Infinix GT20 PRO is specifically designed for high-performance gaming, featuring a powerful dual-chip system that ensures exceptional gameplay experiences. This smartphone not only delivers top-tier performance but also comes equipped with professional-level features, all at an affordable price point.

    As part of the excitement surrounding the tournament, Infinix will set up an engaging booth that will be open from 10:00 AM to 10:00 PM during the event. Attendees can look forward to a plethora of exciting activities and giveaways, with a total prize pool worth up to RM 20,000. Participants will have the chance to immerse themselves in the competitive spirit of the tournament while enjoying interactive games like Infinix Dares You and taking part in the Photo Booth activity, where they can snap photos, share them, and redeem MLBB Diamonds.

    The giveaways at the Infinix booth include a wide array of fantastic freebies such as exclusive The Homebois jerseys, valuable in-game items for Mobile Legends, gadgets, and a variety of other thrilling gifts. Adding an extra layer of excitement, fans will have the unique opportunity to meet the Homebois team in person, giving them a chance to connect with their favorite players, take photos, and collect autographs.

    In addition to the giveaways, attendees can participate in the Homebois Jersey Giveaway, where 50 lucky fans will walk away with exclusive jerseys signed by Daddyhood, a prominent figure in the Mobile Legends community. This highly anticipated event will take place on October 24, 2024, from 4 PM to 6 PM, and with a limited number of signed jerseys available, gaming enthusiasts in Malaysia are sure to want to be a part of the action.

    Furthermore, visitors can explore Infinix’s latest smartphone offerings at the Product Experience Display. This showcase will feature a range of innovative models, including the ZERO Flip, ZERO 40 5G, GT 20 PRO, HOT 50 5G, HOT 50i, and SMART 9. Attendees will have the chance to experience firsthand the cutting-edge technology and advancements that Infinix has to offer.

    To stay updated on the latest news and announcements from Infinix, fans are encouraged to connect through the brand’s official channels, including its website, Facebook page, Instagram page, and TikTok channel. Don’t miss this exciting opportunity to experience the thrill of gaming and connect with fellow enthusiasts at the MAL MY Tournament!

  • SIRI TERBUKA MEL23: CABARAN HEBAT MENANTI PESERTA BERANI.

    This image has an empty alt attribute; its file name is ARS02193.JPG Prestij esports Malaysia semakin bersinar dengan berjaya penutupan MEL23. Acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 21 Oktober telah tamat pada malam terakhir. Negeri Selangor memenangi kejuaraan MLBB Peringkat Kebangsaan dan juga muncul sebagai Juara MVP dengan pemain dari negeri yang sama. Kejayaan ini memperlihatkan tahap kecemerlangan esports di Malaysia. L23 Peringkat Kebangsaan mempertandingkan tiga (3) kategori judul permainan iaitu PUBG Mobile, eFootball Mobile dan MLBB. Pertandingan kategori PUBG Mobile dan eFootball telah pun berlangsung pada 14 dan 15 Oktober lalu juga di ESI Hub.

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Juara PUBG Mobile Peringkat Kebangsaan manakala MVP PUBG Mobile turut dirangkul oleh pemain dari pasukan yang sama. Untuk kategori eFootball Mobile pula, Pahang menjadi juara manakala pemain dari Johor diangkat sebagai MVP.

    Berbeza dengan tahun sebelumnya, Finals MEL23 Peringkat Negeri tahun ini dijalankan secara fizikal di lokasi negeri masing-masing dan juara negeri masing-masing juga dapat bertanding secara fizikal semasa di Peringkat Kebangsaan. Tahun ini juga MEL memperkenalkan pingat baru iaitu Most Valuable Player (MVP) untuk semua judul permainan dari Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Siri Terbuka.

    Keputusan penuh MEL23 Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:

      PUBG Mobile eFootball MLBB
    Juara WP Kuala Lumpur Pahang Selangor
    Naib Juara Negeri Sembilan Johor Pulau Pinang
    Tempat Ketiga Selangor Perlis Putrajaya
    Tempat Keempat Kedah Putrajaya Johor
    Tempat Kelima Sabah Perak Melaka
    MVP WP Kuala Lumpur Johor Selangor

    “MEL23 Peringkat Negeri dan Kebangsaan telah berakhir dengan jayanya. Saya amat gembira melihat bakat-bakat muda dalam kategori-kategori e-sukan yang muncul menerusi platform MEL23, dan persaingan sihat yang mereka bawa untuk membanggakan negeri dan wilayah persekutuan mereka sememangnya amat memberangsangkan. Pertandingan berprestij kebangsaan seperti inilah yang boleh membantu lebih banyak bakat-bakat baru untuk cemerlang dalam dunia e-sukan,” kata Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI).

    Seterusnya, MEL23 akan diteruskan lagi dengan Siri Terbuka MEL23 yang akan turut memperkenalkan judul permainan baru seperti eFootball (konsol) dan Counter Strike 2. Siri Terbuka bakal berlangsung seperti berikut:

    Jadual Siri Terbuka MEL23

    Tarikh Akhir Pendaftaran 26 Oktober 2023
    Siri Terbuka – eFootball Console 3 – 4 November 2023
    Siri Terbuka – Valorant 3 – 5 November 2023
    Siri Terbuka – Counter Strike 2 10 – 11 November 2023

    Bagi kesemua enam (6) judul permainan yang dipertandingkan di MEL23, wang hadiah yang terkumpul adalah berjumlah RM 317,400.00.

    MEL23 merupakan sebuah platform persaingan e-sukan yang kompetitif dan inklusif bagi bakat-bakat akar umbi tempatan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Esports Integrated (ESI) bersama-sama dengan 16 Persatuan e-sukan Negeri dan Wilayah Persekutuan, serta disokong oleh susu Goodday (Rakan Minuman Rasmi), Rakan Muda (Rakan Pelaksana) dan disokong oleh Rakita 107.0 serta MPL Malaysia. This image has an empty alt attribute; its file name is ARS01845.JPG