Tag: #MM40

  • 15 Lagu Terbaik MM40: Hanya 20 Tembus AJL40?

    15 Lagu Terbaik MM40: Hanya 20 Tembus AJL40?

    Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40), pentas paling berprestij dalam industri muzik tanah air, kembali menjadi tumpuan dengan pengumuman 15 lagu yang meraih undian tertinggi sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40) pada jam 12.00 tengah hari tadi melalui program Muzik Muzik. Pengumuman ini menandakan langkah awal dalam menentukan karya-karya terbaik tempatan yang bakal bersaing untuk melangkah ke Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA).

    Istimewa untuk edisi ke-40, hanya 20 lagu akan dipilih berdasarkan penjurian profesional bagi mempersembahkan karya mereka di peringkat separuh akhir, menjadikan persaingan tahun ini lebih sengit. Senarai 15 lagu teratas yang diumumkan hari ini memperlihatkan kepelbagaian genre, dari balada menyentuh jiwa hingga karya berenergi tinggi, menunjukkan evolusi muzik Malaysia masa kini serta kemunculan bakat baharu di samping nama-nama besar industri.

    Berikut merupakan 15 lagu terbaik sepanjang carta MM40:

    NoLaguPenyanyiKomposerPenulis Lirik
    1Hijab RinduBlack HanifahRudy Nastia, Nyawa Black, Kelana & Adi PawanaAdi Pawana & Rudy Nastia
    2Seribu Tahun LagiImran AjmainAmylea AzizanAmylea Azizan
    3Pernah Punya AkuShila AmzahShila AmzahShila Amzah
    4Tangisan Seorang PendosaMarsha MilanMarsha MilanHazama
    5TiwikarmaK.O.IZai Hamzah & Hemo GlobinAchoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam
    6PuaskahAmeerais & Mariam SaimIqie Hugh & Shazriq AzemanIqie Hugh & Shazriq Azeman
    7Semacam PandoraHazamaHazama, Zimi, Genervie Kam & Ritz MetalasiaZel Hadauan
    8Rasa & TakdirAmira Othman & Irfan HarisSyafiq RashidSyafiq Rashid
    9Hilangmu Tak TergantiTajul & Afieq ShazwanHaqiem RusliHaqiem Rusli
    10KamuAina AbdulAina AbdulAina Abdul
    11Ke Mana NiLuca Sickta, KMY KMO & SalammusikKMY KMO, Luca SicktaKMY KMO, Luca Sickta, Salam
    12MusnahDanial KifliAmir Hariz, Danial Kifli, Knight Cydeen, Hawa ZulaikhaAmir Hariz, Danial Kifli, Knight Cydeen, Hawa Zulaikha
    13Bunga KembojaIman TroyeEzra KongEzra Kong
    14KetagihCherry On Top feat. Datuk Syafinaz SelamatKushamSyafinaz Selamat
    15Lumrah CintaPuteri KhareezaSyamel & Aepul RozaSyamel & Aepul Roza

    Baki 15 lagu akan diumumkan minggu hadapan, melengkapkan senarai penuh 30 lagu yang layak. Dari jumlah ini, hanya 20 lagu akan dipilih oleh juri profesional untuk mara ke peringkat separuh akhir. Pengumuman rasmi seterusnya dijadualkan pada 5 April ini, menjanjikan debaran yang lebih hebat menjelang AJL40 SA.

    Separuh akhir AJL40 akan bersiaran secara langsung pada 17 dan 18 April 2026 (Jumaat & Sabtu), jam 9.00 malam di TV3, dengan penstriman eksklusif di Tonton. Tahun ini, AJL40 mengekalkan reputasinya sebagai pentas paling berprestij, menggabungkan gabungan nama besar dan bakat baru, sambil menonjolkan kepelbagaian muzik tempatan dari segi genre, emosi dan kreativiti.