Tag: #MeetAndGreetYangKe40

  • TERIMA KASIH KUANTAN! MEET & GREET YANG KE-40 BERSIAP SEDIA GEGARKAN JOHOR BAHRU

    TERIMA KASIH KUANTAN! MEET & GREET YANG KE-40 BERSIAP SEDIA GEGARKAN JOHOR BAHRU

    Siri jelajah AJL40 Meet & Greet Yang Ke-40 memulakan langkah dengan penuh meriah apabila menerima sambutan luar biasa daripada peminat muzik tempatan di Kuantan City Mall pada 20 Jun lalu. Program yang dianjurkan sempena meraikan 40 tahun perjalanan dan revolusi muzik Malaysia menerusi Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) itu berjaya menghimpunkan para peminat bersama barisan finalis AJL40 dalam suasana yang lebih santai dan dekat. Kehadiran ramai pengunjung membuktikan bahawa semangat terhadap industri muzik tempatan terus kukuh, sekali gus menjadikan hentian pertama jelajah ini sebagai pembuka tirai yang cukup bermakna.

    Melalui inisiatif Meet & Greet Yang Ke-40, para finalis AJL40 berpeluang turun padang untuk berinteraksi secara langsung dengan peminat, berkongsi pengalaman serta menghargai sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan seni mereka. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara artis dan peminat, malah menjadi platform untuk meraikan pencapaian muzik tempatan yang telah berkembang selama empat dekad.

    Selepas kejayaan di Kuantan, debaran AJL40 kini diteruskan ke selatan tanah air apabila Johor Bahru diumumkan sebagai destinasi seterusnya bagi siri jelajah ini. Orang ramai khususnya peminat muzik di Johor dijemput untuk hadir memeriahkan acara yang akan berlangsung pada 18 Julai 2026 di Angsana Mall, Johor Bahru. Hentian kedua ini dijangka akan terus menyemarakkan bahang AJL40 dengan pelbagai aktiviti menarik serta peluang eksklusif untuk bertemu barisan finalis secara lebih dekat.

    AJL40 Meet & Greet Yang Ke-40 dibawakan oleh McDonald’s Malaysia dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia dengan sokongan Volvo sebagai rakan kerjasama. Inisiatif ini mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam menyokong industri hiburan tempatan sambil mendekatkan artis dengan komuniti peminat di seluruh negara.

  • AJL40 MULAKAN JELAJAH DI KUANTAN, DEKATI PEMINAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-40

    AJL40 MULAKAN JELAJAH DI KUANTAN, DEKATI PEMINAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-40

    Orang Pahang bakal menjadi yang pertama merasai kehangatan sambutan ulang tahun ke-40 Anugerah Juara Lagu (AJL40) apabila Kuantan dipilih sebagai destinasi pembuka tirai siri Meet & Greet Yang Ke-40 pada 20 Jun 2026. Program istimewa ini merupakan sebahagian daripada jelajah khas sempena empat dekad penganjuran AJL, sekali gus membawa anugerah muzik paling berprestij negara lebih dekat dengan peminat di seluruh Malaysia.

    Buat julung kalinya dalam sejarah sambutan AJL, para finalis akan turun padang untuk bertemu peminat secara lebih dekat menerusi siri jelajah yang bakal berlangsung di beberapa lokasi terpilih. Inisiatif ini bukan sahaja meraikan perjalanan panjang AJL dalam mencorakkan industri muzik tanah air, malah membuka peluang kepada peminat untuk berinteraksi secara langsung dengan artis kegemaran mereka di luar pentas pertandingan.

    Sepanjang acara berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan autograf, merakam gambar kenangan bersama finalis, menyertai pelbagai aktiviti interaktif serta membawa pulang hadiah menarik yang disediakan oleh penganjur. Kehadiran para finalis juga dijangka menyuntik suasana meriah dan menghidupkan lagi aura AJL dalam kalangan peminat muzik tempatan.

    Antara finalis AJL40 yang bakal memeriahkan hentian pertama ini ialah Wani Kayrie menerusi lagu Cak Cak Cekuk, Ryenald Guntabid dengan Lumangad Oku Dika, kumpulan K.O.I yang mempertaruhkan Tiwikarma, serta gabungan Kmy Kmo, Luca Sickta dan SalamMusik menerusi lagu Ke Mana Ni. Mereka akan bersama peminat di Kuantan City Mall pada 20 Jun 2026 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

    Selain sesi ramah mesra, pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan istimewa daripada para finalis yang bakal membawa kehangatan pentas AJL terus ke hadapan peminat. Persembahan tersebut dijangka menjadi antara tarikan utama acara, sekali gus memberikan pengalaman eksklusif kepada pengunjung yang hadir.

    Selepas Kuantan, siri Meet & Greet Yang Ke-40 akan meneruskan jelajah ke Johor Bahru pada 18 Julai 2026 sebelum melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur pada 25 Julai 2026. Siri jelajah ini dilihat sebagai platform terbaik untuk mendekatkan lagi AJL dengan masyarakat serta menghargai sokongan peminat yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan anugerah berprestij ini selama empat dekad.

    Program Meet & Greet Yang Ke-40 dibawakan oleh McDonald’s Malaysia dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia dengan Volvo sebagai rakan bersama. Menerusi inisiatif Selamat, Volvo Car Malaysia turut memperkukuhkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan automotif dalam kalangan rakyat Malaysia melalui mesej “Selamat itu Volvo & Volvo itu Selamat” serta “Ingat Volvo, Ingat Selamat”.

    Menjelang malam kemuncak AJL40, pelbagai lagi aktiviti menarik termasuk Muzik Lab dan program khas lain akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. Sambutan ulang tahun ke-40 ini dijangka menjadi antara edisi paling istimewa dalam sejarah AJL, sekali gus meraikan legasi muzik tempatan yang telah menghiburkan rakyat Malaysia selama empat dekad.

    Sertai perbualan dan ikuti perkembangan terkini sepanjang perjalanan menuju AJL40 menerusi tanda pagar #ROADTOAJL40 dan #GENERASISELAMANYAJUARA. Jumpa anda di Kuantan City Mall Sabtu ini! 

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.