Tag: Masdo

  • Konsert Battle of Time Exists X Masdo, Persembahan Dua Generasi Muzik Tanah Air

    Konsert Battle of Time Exists X Masdo, Persembahan Dua Generasi Muzik Tanah Air

    Tidak ada yang lebih menggugah kenangan daripada kembali ke masa lalu melalui lagu-lagu malar segar yang pernah menggegarkan industri muzik tempatan. Itulah yang dirasai oleh penonton yang hadir pada malam Battle of Time Exists X Masdo, satu konsert yang membangkitkan nostalgia di Dewan Merdeka, WTCKL pada 10 November 2024.

    Konsert yang bermula tepat pada jam 8 malam ini merupakan hasil anjuran DENNSA dan SENSORHYTHM dengan sokongan KEMENTERIAN KOMUNIKASI serta KUMPULAN MY CREATIVE VENTURES. Bagi para penggemar muzik tempatan, acara ini memberi pengalaman yang luar biasa, seakan membawa mereka kembali ke zaman kegemilangan lagu-lagu legenda yang masih hidup di ingatan.

    Pemilihan nama “Battle of Time” menggambarkan transisi masa yang dilalui oleh kugiran-kugiran legenda seperti Exists, yang telah mencatatkan kejayaan besar dan masih menjadi ikon muzik hingga ke Indonesia. Konsert ini bukan sahaja merayakan kejayaan mereka, tetapi juga memberi ruang kepada pemuzik-pemuzik generasi kini, seperti Masdo, untuk mempersembahkan karya mereka dan menghargai pengaruh Exists terhadap muzik mereka. Apabila dua nama besar ini digabungkan dalam satu pentas, penonton dijanjikan lebih daripada sekadar hiburan semata-mata—mereka akan menikmati pengalaman yang penuh dengan pengajaran tentang perkembangan industri muzik tempatan.

    Bertempat di Dewan Merdeka, WTCKL, konsert Battle of Time Exists X Masdo menyajikan dua kugiran legenda ini yang akan membawakan lagu-lagu hits mereka dengan susunan muzik baharu. Masdo, sebagai kumpulan yang lebih muda, mengakui keterujaan mereka untuk berkongsi pentas dengan Exists, yang lagu-lagu mereka sentiasa menjadi siulan sejak zaman remaja mereka. “Kami sangat teruja untuk tampil bersama Exists, kerana lagu-lagu mereka adalah lagu-lagu yang membesar bersama kami,” kata Masdo.

    Kumpulan Masdo yang dianggotai oleh Ali, Mawi, dan Putu Ceri membawakan 10 lagu yang cukup memikat. Konsert dimulakan dengan lagu Bunga dan diikuti dengan Miss Flower Learns to Twist, Janji Manis, Inilah JalanNya Perih Jerih, Kechundang, Kasih & Sayang, serta lagu popular Dinda. Masdo mengakhiri set mereka dengan lagu Malam Pesta Rock & Roll dan Bercanda Di Malam Indah, yang menyuntik elemen kegembiraan dan semangat muda ke dalam konsert tersebut. “Genre muzik kami sedikit berbeza, tetapi tema Battle of Time sangat sesuai dengan Masdo, terutamanya dengan pengaruh muzik pop 60-an yang kami bawa,” jelas Putu Ceri.

    Kumpulan Exists, yang kini telah berusia 33 tahun sejak penubuhannya, membuka segmen mereka dengan lagu Seperti Dulu yang penuh emosi. Diikuti dengan lagu-lagu seperti Mama Tolonglah Percaya, Julia, Tak Tahu Harga Cinta, dan Janji Padamu, mereka memukau penonton dengan persembahan yang penuh semangat dan nostalgia. Tidak ketinggalan, mereka menyajikan medley lagu-lagu terkenal Pancut Ke Siling dan Oh! Benih Adam, yang membuatkan penonton turut serta menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat.

     Exists X Masdo

    Selain itu, Exists turut mempersembahkan beberapa lagu ‘sing along’ yang menjadi kegemaran ramai seperti Langkah Seiringan, Bunga, Jesnita, Percayakan Siti, Rahsia Pohon Cemara, Mengintai Dari Tirai Kamar, dan Alasanmu, yang mengajak penonton untuk bernyanyi bersama. Keakraban antara Masdo dan Exists semakin terserlah apabila kedua-dua kumpulan ini menutup konsert dengan lagu-lagu Pujaanku, Kapal Terbang Kertas, dan Pesta Muda Mudi, yang memberi penonton peluang untuk merasai kebahagiaan malam tersebut.

    Konsert ini dihadiri oleh sekitar 2000 penonton yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan pertemuan dua generasi muzik ini. Battle of Time Exists X Masdo bukan hanya sekadar persembahan muzik, tetapi juga satu penghargaan terhadap legasi muzik tempatan yang telah mencipta sejarah dan memberi inspirasi kepada generasi baru. Dengan kehadiran dua kumpulan ikonik ini, para penonton dapat merasakan betapa pentingnya muzik dalam menghubungkan masa lalu dan masa kini, sekaligus memberi mereka satu pengalaman yang penuh dengan kenangan manis.

    INFORMASI 

    ARTIS: EXISTS, MASDO 

    ACARA: BATTLE OF TIME EXISTS X MASDO 

    LOKASI: DEWAN MERDEKA, WTCKL 

    TARIKH: 10 NOVEMBER 2024 

    MASA: 8 MALAM 

    PENGANJUR : DENNSA & SENSORHYTHM 

    DISOKONG OLEH: KEMENTERIAN KOMUNIKASI & KUMPULAN MY CREATIVE VENTURES

    SENARAI LAGU MASDO 

    1. Intro + Bunga
    2. Miss Flower Learns to Twist
    3. Janji Manis
    4. Inilah JalanNya
    5. Perih Jerih
    6. Kechundang
    7. Kasih & Sayang
    8. Dinda
    9. Malam Pesta Rock & Roll
    10. Bercanda Di Malam Indah

    SENARAI LAGU EXISTS 

    1. Seperti Dulu
    2. Mama Tolonglah Percaya
    3. Julia
    4. Tak Tahu Harga Cinta
    5. Janji Padamu
    6. Medley Pancut Ke Siling & Oh! Benih Adam
    7. Langkah Seiringan
    8. BUNGA
    9. Jesnita
    10. Percayakan Siti
    11. Rahsia Pohon cemara
    12. Mengintai Dari Tirai kamar
    13. Alasanmu

    EXISTS X MASDO 

    Pujaanku, Kapal Terbang Kertas & Muda Mudi

  • Battle of Time Exists X Masdo: Pulang ke Masa Silam dengan Suasana Baharu

    Battle of Time Exists X Masdo: Pulang ke Masa Silam dengan Suasana Baharu

    Dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan kerjasama Kumpulan My Creative Ventures, DENNSA serta SENSORHYTHM akan menganjurkan Battle of Time Exists X Masdo, yang dijadual berlangsung pada 10 November 2024, pukul 8 malam, di Dewan Merdeka, WTCKL.

    Bangkitkan kembali zaman nostalgia dengan melayari semula masa lalu melalui rangkaian lagu-lagu malar segar yang pernah dihasilkan oleh pemuzik terhebat dalam industri muzik tempatan. Ini merupakan peluang ‘pulang ke masa silam’ yang tidak patut dilepaskan.

    Pemilihan tajuk Battle of Time sendiri membawa makna mendalam, mencerminkan peralihan masa yang pernah dilalui oleh kugiran legenda seperti Exists dan bagaimana mereka mempengaruhi perjalanan muzik generasi baharu seperti Masdo.

    Kehadiran dua kugiran besar ini, yang telah menakluki hati peminat hingga ke Indonesia, menjanjikan pengalaman unik. Bukan sekadar hiburan, konsert ini juga akan memberikan peminat pemahaman yang lebih mendalam tentang kehebatan karya pengkarya tempatan.

    Battle of Time

    “Seperti yang diketahui, Exists adalah kugiran legenda yang lagunya telah menjadi siulan dari generasi Millennial hingga generasi Alpha. Lagu-lagu seperti Oh Ibu, Julia, dan Langkah Seiringan, yang telah dihasilkan lebih sedekad lalu, kini trending semula di TikTok,” kata Dewi dari Dennsa, penganjur konsert ini.

    Beliau menambah, “Ini membuktikan karya Exists tetap relevan meskipun zaman berubah, dan itulah sebabnya kami dengan bangga membawa Exists ke dalam Battle of Time Exists X Masdo. Masdo pula telah mencipta fenomena tersendiri dengan aura muzik retro mereka yang digemari peminat muzik Nusantara.”

    Konsert ini dijangka menggabungkan kedua-dua kugiran ini dalam satu pentas, di mana mereka akan menyajikan deretan lagu hit yang diberi sentuhan baharu. Dewan Merdeka, WTCKL dipilih sebagai lokasi konsert ini, menjanjikan pengalaman yang memukau dengan susunan muzik yang diperbaharui.

    Putu Ceri dari Masdo turut meluahkan rasa teruja: “Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi pentas dengan Exists, kerana lagu-lagu mereka sering kami nyanyikan ketika remaja. Walaupun genre kami berbeza, tema Battle of Time adalah signifikan, terutama dengan aliran pop 60-an yang dibawa oleh Masdo.”

    Para peminat boleh mendapatkan tiket dalam beberapa kategori termasuk DIA PERTAMA (RM159), LEMPENG TWIST (RM199), ANUGERAH HATI (RM219), BUNGA CEMARA (RM299), TERUNA JUWITA (RM399), BIDADARI PUJAANKU (RM599), dan UNTUKMU PUSPITA ROYAL BOX (RM789).

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang menggabungkan era klasik dan moden ini. Tiket boleh didapati melalui MYTICKET.COM dan ATOME. Sampai jumpa di Battle of Time!

  • Konsert Malam Nostalgia Bersama Ella, Kugiran Masdo, dan Exists di Johor Pada Bulan 12 Ini !

    Konsert Malam Nostalgia Bersama Ella, Kugiran Masdo, dan Exists di Johor Pada Bulan 12 Ini !

    Peminat muzik rock, bersiap sedia untuk satu malam yang tidak akan dilupakan! Konsert “A Night to Remember” kembali lagi pada 14 Disember 2024 di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor. Bertemakan “Rock Nostalgia”, konsert ini akan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan rock tanah air dengan persembahan epik dari tiga legenda muzik Malaysia: Ella, Kugiran Masdo, dan Exists.

    Saksikan sendiri persembahan luar biasa Ratu Rock Ella yang pastinya akan menggamit memori dengan lagu-lagu hitsnya yang malar segar. Kugiran Masdo dengan alunan retro-pop yang unik, serta kugiran legenda Exists akan turut menggegarkan pentas dengan lagu-lagu popular mereka.

    konsert

    Bukan sekadar menyanyi bersama idola, anda juga digalakkan untuk tampil bergaya ala bintang rock kegemaran anda! Jadikan malam ini lebih bermakna dengan menggayakan fesyen era 80-an atau 90-an! Tambah menarik, pelbagai hadiah lumayan menanti pemenang pertandingan media sosial yang dianjurkan.

    Konsert ini mendapat sokongan padu daripada Tourism Johor, BestFM, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), dan Damansara Assets Sdn Bhd. Pengarah Tourism Johor, Tuan Shahril Nizam Abdul Rahim, menyifatkan acara ini sebagai platform untuk memperkukuh imej Johor sebagai destinasi acara bertaraf antarabangsa.

    Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my dengan harga bermula dari RM99 hingga RM399. Nikmati diskaun istimewa 6.7% untuk pembelian tiket bernilai RM169 dan ke atas sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-67. Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2024.

    #ANightToRemember2024 #RockNostalgia #Ella #KugiranMasdo #Exists #Johor #Konsert #Malaysia

    Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Rebut tiket anda sekarang dan alami sendiri malam penuh nostalgia bersama legenda-legenda rock tanah air!

  • PANGGUNG MALAM MINGGU BERSAMA MASDO DAN GERHANA SKA CINTA 21 SEPTEMBER 2024

    PANGGUNG MALAM MINGGU BERSAMA MASDO DAN GERHANA SKA CINTA 21 SEPTEMBER 2024

    Sudah lama rasanya tidak menikmati suasana malam minggu yang bertenaga di tengah kota dengan acara istimewa. Biasanya, malam minggu di Kuala Lumpur adalah waktu untuk berehat, makan malam di luar sambil menikmati pemandangan neon, atau mungkin berkencan. Namun, Panggung Malam Minggu Entertainment mempunyai kejutan untuk anda dengan acara baru yang pasti akan merubah rutin anda.

    Kenali Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon, yang akan dilancarkan pada 21 September 2024. Acara ini akan memulakan siri malam minggu yang penuh warna dengan persembahan dari Gerhana Ska Cinta dan Masdo, disokong oleh MOC dan Jemput Dengar sebagai pembuka acara.

    Panggung Odeon Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi strategik untuk acara ini, dengan akses mudah melalui pelbagai pengangkutan awam. Ini adalah lokasi yang ideal untuk pelbagai lapisan usia dan bangsa.

    Menurut Khairul Afizi Aiyub, yang lebih dikenali sebagai Fizi, Pengarah Panggung Malam Entertainment, “Selepas 15 tahun beroperasi dalam industri muzik, kami merasakan tiba masanya untuk menghadirkan sesuatu yang istimewa untuk peminat muzik. Dengan menampilkan Gerhana Ska Cinta dan Masdo sebagai pembuka acara, kami berharap dapat menawarkan pengalaman malam minggu yang tidak dapat dilupakan.”

    Fizi juga menjelaskan pemilihan Masdo dan Gerhana Ska Cinta. Masdo, dengan muzik pop 60-an yang segar dan semakin popular di Malaysia serta Indonesia, dan Gerhana Ska Cinta, yang meriahkan industri muzik tempatan sejak akhir 90-an dengan ulang tahun ke-25 mereka serta persembahan lagu-lagu Tan Sri P Ramlee dan single terbaru mereka, “Rasa Sayang.”

    “Rasakan pengalaman malam minggu yang penuh dengan hiburan menarik di tengah kota,” kata Putu Ceri dari Masdo.

    Panggung Malam Minggu

    Tiket-tiket berharga RM98 (early bird) dan RM118 (harga asal CAT 1) untuk free standing dan RM128 (early bird) dan RM158 (harga asal CAT 2) untuk  free seating telah mula dijual sejak 13 Ogos 2024, jam 11 pagi di laman www.myticketempire.com.

    INFORMASI

    ACARA: Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon.

    TARIKH: 21 September 2024

    MASA: 6 petang hingga 12 malam

    ARTIS: Gerhana Ska Cinta, Masdo, MOC dan Jemput Dengar

    HARGA TIKET:

    RM98 (early bird) dan RM118 (harga asal CAT 1) – Free Standing

    RM128 (early bird) dan RM158 (harga asal CAT 2) – Free Seating

    PLATFORM TIKET:  www.myticketempire.com mulai 13 Ogos 2024

     

     

     

     

  • Enam Penampilan Penuh Energi Menghangatkan Malam Showcase Jiwa Kacau 2024

    Enam Penampilan Penuh Energi Menghangatkan Malam Showcase Jiwa Kacau 2024

    Para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks sekali lagi mengucapkan ‘JIWA KACAU’ kepada pemuzik-pemuzik ternama tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. Kali ini, Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.

    Justeru, selaku penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd dengan berbesar hati membawa kembali barisan kugiran yang sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks, yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 untuk Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan dan meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh kugiran dari Indonesia iaitu Nidji serta penampilan khas solois tempatan, Luqman Podolski.

    Menariknya tahun ini, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihadiri oleh 15,000 penonton dari pelbagai usia dan negeri/negara yang memeriahkan showcase dengan penjenamaan JIWA KACAU buat kali kedua.

    Ini juga kali pertama konsert diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan telah menerima sijil dari Puan Siti Hajar binti Johor dari Malaysia Book of Record dan Encik Iliyas Bin Jamil yang disampaikan kepada Encik Harith Daniel, CEO MND Sports & Events atas pencapaian tersebut.

    “Showcase Jiwa Kacau 2024 memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.”

    Enam penampilan penuh energatik telah menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 Jun 2024. TERIMA KASIH buat semua yang hadir serta pihak penaja kami, Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga penaja utama SHOWCASE JIWA KACAU 2024 iaitu Kopi Saigon!

    “Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

    INFORMASI

    ACARA: SHOWCASE JIWA KACAU 2024

    ARTIS: HUJAN, MASDO, NIDJI, BUNKFACE, INSOMNIACKS, LUQMAN PODOLSKI

    TARIKH: 22 JUN 2024

    LOKASI: STADIUM HOKI BUKIT JALIL

    PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD PENAJA UTAMA: KOPI SAIGON

    PENAJA-PENAJA: “ Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga Penaja Utama kita…Kopi Saigon!!

    PENGARAH KONSERT: Azmi Zainal dari Mie Bird Project

    JUMLAH PENONTON: 15,000

    RADIO RASMI: ERA FM

    DIGITAL RASMI: ASTRO GEMPAK

     

    SENARAI LAGU JIWA KACAU 2024

    1. LuqmanPodolski

    • Bahaya
    • Kembar
    • MYVI
    • MungkinAku Tak Penting
    • KalauKau Rindu
    • RingRing

    2. MASDO

    • MedleyLa Obe + Janji Manis
    • MissFlower Learn To Twist
    • InilanJalannya
    • BerdukaLara
    • PerihJerih
    • Dinda
    • MalamPesta Rock N Roll
    • Berchanda

    3. INSOMNIACKS

    • IGAUANMALAM
    • REMINISENSI
    • TEMAN
    • KEPALABATU
    • SEMPURNA
    • PULANG

    4. NIDJI

    • LalaSong
    • DiscoLazy Time
    • ArtiSahabat
    • SumpahC Matiku
    • Wadow
    • LaskarPelangi
    • Biarlah
    • HapusAku

    5. Hujan

    • KotakHati
    • Obsesi
    • AhmoiChantek
    • LonelySolder Boy
    • Empayarmu
    • BilaAku Sudah Tiada
    • PagiYang Gelap
    • AkuSkandal

    6. BUNKFACE

    • Hilang
    • MalamIni Kita Yang Punya
    • MedleyHigh School Rockers/ Silly Lily
    • RentakLaguku
    • Panik
    • Situasi
    • Revolusi
  • FESTIVAL AKU, MUZIK & KAMU 2.0 BERJAYA MENJADI ACARA TERKINI DI BAHAGIAN SELATAN SEMENANJUNG

     

    KUALA LUMPUR, 5 MAC 2024 – Ketibaan kembali Festival Aku.Muzik&Kamu (AMK) dengan artis-artis baru yang memukau telah sekali lagi mencipta sejarah dan mengegahkan kecemerlangan dalam dunia muzik Nusantara.

    Festival AMK yang memasuki tahun kedua penganjuran kini bernama AMK 2.0 menjanjikan satu festival muzik yang tidak akan dapat dilupakan di mata pemegang-pemegang tiket. 

    CoAction Events Sdn Bhd, penganjur AMK 2.0, dengan bangganya mengumumkan sembilan (9) pemuzik Nusantara yang akan menghangatkan pesta 10 jam tanpa henti tersebut pada 8 Jun 2024 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru, Johor. 

    Barisan pesohor muzik tersebut termasuklah kumpulan Masdo, IAMNEETA, Saixse, Feel Koplo, Imran Ajmain dan Ratu Rock Negara, Ella.

     

    Selain itu, Afgan akan diterbangkan khas dari Indonesia untuk ‘mencairkan’ pengunjung-pengunjung dengan lagu hit-nya seperti Bukan Cinta Biasa dan Jodoh Pasti Bertemu.

    Turut mewakili keghairahan muzik Indonesia, AMK 2.0 akan menampilkan Kumpulan Nidji yang tidak pernah mengecewakan dalam persembahan-persembahan penuh tenaga mereka. 

    Dan mewakili kebanggaan seluruh Bangsa Johor, kumpulan Exists turut akan mencipta sejarah baharu dalam AMK 2.0 yang akan bermula dari pukul 3 petang sehingga 12 malam.

    “Seramai 12,000 orang hadir di Aku.Muzik&Kamu yang julung kali diadakan tahun lepas. Festival ini begitu berjaya sehingga dicalonkan sebagai Acara Dalam Negeri Terbaik Johor untuk 2023. Tahun ini, kami menjangka kehadiran dalam 15,000 pengunjung dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Sabah dan Sarawak. 

    “Festival muzik kali ini akan terus menampilkan sembilan pesohor seni muzik bakat tempatan dan Indonesia.  Mereka mewakili genre muzik yang berlainan untuk menepati citara pengunjung kami nanti.

    “Ini adalah landasan kami untuk menyemarakkan industri seni, dengan menyatukan bakat-bakat muzik Nusantara, sekaligus memberi kepuasan maksima kepada semua pembeli tiket,” ujar Pengarah Eksekutif CoAction, David Emir Baring.

     Beliau juga berterima kasih kepada rakan kongi strategik festival tersebut, seperti pihak Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Visit Johor dan juga rakan kongsi media, Astro Malaysia Holdings kerana turut bersama menjayakan festival tersebut.  

     Untuk Exists, menyertai Festival AMK 2.0 adalah seperti ‘menunaikan kewajipan’ kembali ke negeri kelahiran, Johor lalu menghiburkan peminat mereka yang bukan hanya dari Malaysia tetapi Indonesia dan Singapura.

     “Bersedialah untuk berpesta dengan lagu-lagu yang akan membawa kalian pulang ke zaman nostalgia. Jumpa di Festival AMK 2.0,” ujar Ajai, mewakili Exists.

    Selain daripada persembahan yang hangat, festival ini juga akan menampilkan festival makanan dari MaQan Space untuk memuaskan pelbagai citarasa pengunjung, menawarkan pengalaman gastronomi yang melengkapi suasana festival ini.

    Harga tiket adalah RM229 (CHILL ZONE FREE SEATING), RM229 (GALAU ZONE FREE STANDING), RM369 (ROCK ZONE FREE STANDING) dan RM569 (ROCK ZONE + VIP LOUNGE ACCESS) dan boleh dibeli menerusi platform www.ticket2u.com.my

    Jadi, jangan sampai terlepas peluang bersama-sama mencatat sejarah baharu dan menikmati keghairahan dalam Festival Aku. Muzik & Kamu 2.0 di Stadium Olahraga Mount Austin, Johor Bahru pada 8 Jun 2024 ini!

  • Bands Masdo, KClique, Noh Salleh, Yonnyboi, Floor 88, and ZynNakal performed at the “Kasi Pecah” Midnight Havoc Concert.

    Apabila beberapa pemuzik dan band tempatan popular yang popular dengan orang ramai membuat persembahan di pentas yang sama, huru-hara berlaku.

    Selain itu, pandemik COVID 19 yang telah melanda dunia telah menghalang tontonan langsung persembahan “gila” mereka untuk tempoh yang agak lama.

    Hari ini, salah satu “rumah” yang menguruskan acara seperti masakan, kereta, fesyen dan festival kecantikan turut membawa persembahan artis untuk menyemarakkan industri hiburan, sama seperti banyak penganjur yang berani mengatur semula pelbagai acara hiburan.

    Tahun ini, Havoc Event & Management Sdn Bhd (HAVOC), juga dikenali sebagai Pesta Makanan Havoc, mahu menghormati kejiranan dengan acara yang menyeronokkan yang sudah pasti akan “pecah” acuan.

    Tengok barisan artis. Acara seperti festival ini akan berlangsung di banyak tempat sebagai sebahagian daripada program yang dipanggil Havoc Midnight Concert.

    Pada 18 Julai di Teater Asia di Gombak, Tun Syed Yahya Syed Othman, Pengarah Kanan Perancangan Strategik Pelancongan Malaysia, akan hadir untuk memulakan Festival Havoc secara rasmi, yang memasuki tahun keenam.

    Barisan penghibur termasuk Kugiran Masdo, Noh Salleh, Tingkat 88, Zynakal, Yonnyboi, dan KClique akan merobohkan venue sulung pada 3 dan 4 September 2022, di Dataran Karnival di Shah Alam, Selangor.

    Dari jam 10 pagi hingga 12 malam, peminat boleh menyaksikan persembahan pemuzik kegemaran mereka dengan tiket bermula pada harga RM69 untuk Early Bird di Zon Biasa, RM109 untuk Early Bird di Zon Rock, RM199 untuk Combo Rock Zon, dan RM120 untuk Combo Normal Zone.

    Semua tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.

    Konsert Havoc Midnight dengan barisan penghibur yang sama akan menemui anda di MITC Melaka pada 4, 5 dan 6 November 2022 jika anda terlepas persembahan di Shah Alam pada 3 dan 4 September.

    Pesta Havoc di Johor Bahru juga akan berakhir dengan barisan pemuzik ini, yang cukup berkaliber dan mempunyai pelbagai peminat.

    Lebih mendebarkan, Konsert Havoc Midnight akan berlangsung pada 30 dan 31 Disember, dua malam terakhir sebelum 2023 menyambut dunia, untuk meraikan permulaan tahun baharu pada 1 Januari 2023.

    Konsert Havoc Midnight akan diadakan di Padang B Plaza Angsana di Johor Bahru di bahagian selatan negeri ini!

    “Ini akan menjadi sebuah festival muzik yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh peminat-peminat  industri muzik tempatan.

    “Bayangkan dari genre muzik Masdo sehingga hip hop dan rap mantap KClique sehingga dendangan legenda kita, Noh Hujan, semuanya akan anda perolehi pada satu malam.

    “Jadi jangan sampai terlepas kerana ada tiga venue yang menanti anda untuk dihiburkan!,” ujar Firdaus Nadxaman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd.

    Atas sebab ini, kami diminta sekali lagi untuk membuat keputusan sama ada untuk melawat Padang B Plaza Angsana, Johor Bahru, Shah Alam, Selangor, atau MITC!

    Juga perlu diingat bahawa www.ticket2u.com adalah satu-satunya tempat untuk mendapatkan tiket pada harga yang dipilih.

    Jangan risau; Selain hiburan, akan turut diadakan pesta makanan dan jualan lain yang mendapat perhatian dan sokongan daripada Cuti Cuti Malaysia dan Tourism Malaysia sejak acara ini ditubuhkan pada 2019.