Tag: #M.Nasir

  • Konsert Dato’ M.N45IR CIPTA 2 BAWAKAN MUZIK DAN SOLIDARITI

    Konsert Dato’ M.N45IR CIPTA 2 BAWAKAN MUZIK DAN SOLIDARITI

    Konsert Dato’ M.N45IR CIPTA yang dianjurkan oleh ICON Entertainment terus menjadi bualan hangat di kalangan pencinta muzik Malaysia.

    Kehebatan tenaga M. Nasir, pemilihan lagu-lagu yang menyentuh hati, serta keanggunan barisan pemuzik yang menghidupkan suasana telah menjadikan konsert ini diiktiraf sebagai salah satu yang terbaik di pertengahan tahun 2024.

    Dengan semangat yang tinggi, ICON Entertainment berbangga untuk mengumumkan kembalinya legenda muzik, Mohamad Nasir Mohamed, menerusi satu lagi siri konsert eksklusif yang dikhususkan untuk peminat setia. Konsert yang dinamakan Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 ini diadakan sebagai sambungan kepada kejayaan konsert sebelumnya. Tanggal 12 Oktober 2024 dipilih sebagai tarikh yang bersejarah, di mana Axiata Arena Bukit Jalil akan bergema sekali lagi dengan nyanyian M. Nasir.

    Iman Tang, pengasas ICON Entertainment, menjelaskan, “Konsert ini adalah kesinambungan daripada Konsert Dato M.N45ir Cipta yang lalu. Kami bersetuju menamakan konsert ini sebagai CIPTA 2 yang akan berlangsung di lokasi yang sama, Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Oktober 2024.” Jarak waktu antara konsert kali ini dan yang sebelumnya sedikit lebih panjang berbanding penganjuran lain, tetapi langkah ini diambil untuk menghormati jadual konsert rakan-rakan industri yang telah dirancang lebih awal.

    CIPTA 2

    Dalam sesi wawancara, M. Nasir menyatakan harapannya untuk memberikan persembahan yang lebih istimewa. “Kami akan membawakan lagu-lagu yang tidak dipersembahkan pada konsert pertama serta menambah beberapa lagu baru dari rakaman terbaharu saya. Saya berharap persembahan CIPTA 2 akan lebih bertenaga dan memberikan makna yang mendalam kepada semua yang hadir,” jelasnya dengan penuh keyakinan.

    Konsert ini akan melibatkan barisan 23 pemuzik hebat, yang akan menyokong M. Nasir di pentas. Dengan jumlah 32 lagu yang dijadualkan, konsert ini dirancang untuk berlangsung selama tiga jam, menjanjikan satu pengalaman muzik yang tiada tara bagi penonton.

    Antara artis tempatan yang dijangka hadir bagi memberikan sokongan termasuklah kumpulan terkenal seperti Wings, Kumpulan Spider, dan Kumpulan Exists. Selebriti lain seperti Lah Ahmad, Dato’ Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Azhan Rani, Akim Ahmad, Stacy, Anas Ridzuan, dan Amerul Affendi juga akan memeriahkan malam tersebut. Kehadiran mereka bukan sahaja menunjukkan sokongan padu kepada M. Nasir tetapi juga menambah keceriaan dan kehangatan acara itu.

    Menariknya, untuk menambah keistimewaan, konsert kali ini akan mengusung tema pakaian yang unik. Semua pemuzik dan penonton diharapkan untuk berpakaian denim biru dan warna putih, yang mencerminkan kesatuan dan harmoni dalam cinta terhadap muzik. Pemilihan tema ini tidak hanya memberikan elemen visual yang menarik, tetapi juga memperkukuhkan semangat kekeluargaan di kalangan semua yang hadir.

    Dengan segala persiapan dan harapan yang tinggi, Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 diharapkan menjadi satu acara yang tidak boleh dilepaskan. Peminat muzik tempatan diseru untuk menyaksikan M. Nasir di pentas dengan penuh kehebatan dan emosi, serta merasai sendiri keajaiban muzik yang dibawa oleh seorang legenda. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini di Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Oktober 2024, dan merasai keindahan muzik yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa setiap penonton.

    INFORMASI

    ACARA : DATO’ M.N45IR  CIPTA 2

    TARIKH: 12 OKTOBER 2024

    LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL

    PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

    PEMUZIK UNDANGAN: KID SEARCH

    SENARAI LAGU CIPTA 2

    1. Pawana (search)
    2. Hukum Karma (wings)
    3. Rajawali terbang Tinggi
    4. Kias Fansuri
    5. Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats)
    6. Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
    7. Malam
    8. Juwita
    9. Cinta Dewa Dewi (Spider)
    10. Fantasia Bulan Madu (Search)
    11. Isabella (Search)
    12. Tiara (Kris)
    13. Duit-duit/ gerhana
    14. Peronda jaket Biru (wings)
    15. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi)
    16. Srikandi cintaku
    17. Awan nano
    18. Bonda
    19. Melawan Arus
    20. Bila Rumi Menari
    21. Apokalips
    22. Mentera Semerah padi
    23. Aduhai kasih Aduhai
    24. Mencurah Janji di Daun keladi
    25. Keroncong Untuk Ana 1
    26. Kenangan Lalu (Flybaits)
    27. Hati Emas
    28. Sentihan Listrikmu
    29. Mustika
    30. Sahabat Gua
    31. Ada
    32. SURPRISE!- SATU HARI DI HARI RAYA

    SENARAI PEMUZIK CIPTA 2

    1. VOKAL – DATO’ M. NASIR
    2. PENGARAH MUZIK/GITAR 1 – AZNAN ALIAS
    3. PEMBANTU PENGARAH MUZIK/KEYBOARD 1 – FIRDAUS MAHMUD
    4. MUSIC SCORING & GITAR 2 – RAFI MOHD
    5. BASS – NORMAN ABDULLAH
    6. KEYBOARD 2 – EDDIE SLAM
    7. DRUM – UJANG EXISTS
    8. PERCUSSION (LATIN) – PA’ANG ZAMAN
    9. PERCUSSION (TRADISIONAL) 1 – AWE
    10. PERCUSSION (TRADISIONAL) 2 – MAT DIN
    11. PERCUSSION (TRADISIONAL) 3 – CHE LONG
    12. PERCUSSION (TRADISIONAL) 4 – ANAS MAKWAN
    13. PERCUSSION (TRADISIONAL) 5 – MAT ROCK
    14. FLUTE 1 – MOHAR
    15. FLUTE 2 / GAMBUS – BOY GAMBUS
    16. BV’S 1 – YUAZ
    17. BV’S 2 – EJA
    18. BV’S 3 – WIDY
    19. BV’S 4 – JUANITA
    20. BV’S 5 – AWE
    21. TRUMPET – IKHMAN ORKESTRA SIMFONI KEBANGSAAN
    22. TROMBONE – HANIF ORKESTRA RTM
    23. SAXOPHONE (TENOR) – AIZAT MBMB
    24. 24. SAXOPHONE (ALTO) – FARID UNIVERSITI MALAYA
  • Satu Lagi Mahakarya Seni Dato’ M. Nasir Iaitu Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2.

    Satu Lagi Mahakarya Seni Dato’ M. Nasir Iaitu Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2.

    Datuk M. Nasir, seorang  maestro muzik yang karyanya sentiasa meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa pendengar dari mahakarya nya. Konsert Dato’ M.N45ir Cipta yang lepas masih berbekas di hati, membuatkan para peminat tidak sabar menantikan kelanjutannya.

    maharkya

    ICON Entertainment dengan penuh rasa bangga mempersembahkan Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2, sebuah persembahan epik yang bakal berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil. Konsert ini menjanjikan sebuah pengalaman luar biasa, di mana Dato’ M. Nasir akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu terbaik daripada 3,000 koleksi karyanya yang gemilang. Ia bakal menjadi ‘versi lanjutan’ CIPTA yang dinanti-nantikan, dengan susunan lagu yang pastinya berbeza dan lebih memukau daripada konsert sebelumnya.

    Konsert ini amat eksklusif, terhad kepada 6,000 penonton bertuah sahaja. Jadi, bagi peminat tegar M. Nasir, inilah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan untuk menyaksikan persembahan magis yang bakal terpahat dalam lipatan sejarah.

    Dato’ M. Nasir sendiri berjanji akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu istimewa, termasuk lagu-lagu malar segar yang menggamit kenangan dan beberapa lagu baru yang bakal mencuri hati. Beliau berharap persembahan CIPTA 2 ini akan lebih bertenaga, menyentuh jiwa, dan meninggalkan makna mendalam buat semua yang hadir.

    Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja! Rebutlah tiket anda pada 27 Ogos 2024 (Selasa) pukul 2:00 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2 dan jadilah saksi kepada sebuah lagi mahakarya seni daripada sang legenda, Dat0′ M. Nasir.

    mahakarya

  • “CIPTA: Konsert Epik Dato’ M.Nasir di Axiata Arena” – 2024

    “CIPTA: Konsert Epik Dato’ M.Nasir di Axiata Arena” – 2024

    Memilih judul yang ringkas namun mengesankan iaitu “CIPTA” sebagai nama konsert terkini pada 10 Ogos 2024, ia cukup melambangkan keseluruhan seorang figura seni bernama M.Nasir. Untuk dirinya yang digelar Maestro, figura berusia 66 tahun ini sentiasa mencipta karya-karya hebat, luar biasa dan malar segar sehingga meraih pelbagai pencapaian dalam belantika muzik. Maka dengan itu apabila “CIPTA” dipilih sebagai konsert julung kali dari M. Nasir yang diadakan tahun ini, ia merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri.

    Berlangsung pada di Axiata Arena Bukit Jalil, “CIPTA” dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni. “Icon Entertainment sedar ini bukan pertama kali penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M. Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara. Tapi menerusi inilah pentas yang akan menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti daripada seorang karyawan seni ditumpahkan lalu menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan.

    Menerusi DATO’ M.NASIR, peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhan mereka dan DATO’ M.NASIR, beliau akan mempersembahkan karya-karya yang telah dicipta dalam sebuah bentuk persembahan yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” ujar Iman Tang dari Icon Entertainment.

    Bukan sahaja membawakan lagu-lagu dari album solo miliknya, Dato’ M. Nasir menghiburkan ribuan para penonton dengan lagu-lagu ciptaan magisnya yang diberikan kepada Search, Alleycats, Awie, Seha, BPR, Kristal, Def Gab C dan Rahim Maarof. Dengan iringan 25 para pemuzik dan penyanyi latar, konsert ini pastinya mencipta sejarah tersendiri buat hati dan mata yang menonton.

    CIPTA

    Dato’ M. Nasir, seorang maestro muzik yang dihormati, telah mencipta warisan muzik yang mendalam dan bergema bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau Nusantara. Karya-karyanya yang luar biasa telah menjangkau generasi, menjadi lagu-lagu popular yang terus dihargai dan dinyanyikan ramai walaupun selepas bertahun-tahun berlalu. Konsert “CIPTA” yang istimewa ini merupakan satu penghormatan yang menyentuh hati kepada keseluruhan karya beliau, mengiktiraf impak besar yang telah beliau berikan kepada dunia muzik.

    Icon Entertainment, selaku penganjur konsert yang berdedikasi, telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi konsert penghormatan ini. Mereka telah berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk memastikan setiap aspek konsert ini mencapai tahap kecemerlangan, bermula dari produksi yang mengagumkan, pemilihan lagu yang menyentuh hati, sehinggalah kepada pengalaman menyeluruh yang tidak dapat dilupakan oleh para penonton.

    Keyakinan mereka terhadap kejayaan konsert ini jelas terbukti, dan mereka percaya bahawa acara ini akan menjadi satu pengalaman yang akan terpahat dalam ingatan setiap individu yang hadir.

    Konsert “CIPTA”  ini juga menampilkan teknologi terkini dalam persembahan muzik. Dengan penggunaan pencahayaan yang canggih, sistem bunyi yang berkualiti tinggi, dan visual yang menakjubkan, penonton akan dibawa masuk ke dalam dunia muzik Dato’ M. Nasir dengan cara yang belum pernah mereka alami sebelum ini. Setiap lagu yang dipersembahkan akan disertai dengan visual mendalam  yang menggambarkan cerita di sebalik lagu tersebut, menjadikan setiap persembahan lebih bermakna dan mendalam.

    Selain itu, konsert ini juga akan menampilkan beberapa artis jemputan yang popular dan hebat yang pernah bekerjasama dengan Dato’ M. Nasir. Mereka akan menyanyikan lagu-lagu yang telah dicipta oleh beliau, memberikan penghormatan kepada sumbangan besar beliau dalam industri muzik. Ini termasuk artis-artis seperti Search, yang terkenal dengan lagu-lagu rock mereka, dan Alleycats, yang dikenali dengan lagu-lagu balada mereka.

    Dengan semua elemen ini, konsert DATO’ M.NASIR dijangka akan menjadi satu acara yang epik dan tidak akan dilupakan. Ia bukan sahaja satu penghormatan kepada Dato’ M. Nasir sebagai seorang karyawan seni, tetapi juga satu perayaan kepada semua karya hebat yang telah beliau cipta sepanjang kerjaya beliau. Penonton akan dibawa dalam satu perjalanan muzik yang penuh dengan emosi, kenangan, dan inspirasi, menjadikan konsert ini satu pengalaman yang benar-benar luar biasa.

  • Ikon Seni Nusantara, Dato’ M. Nasir, Kembali dengan Konsert CIPTA

    Konsert terkini M. Nasir yang akan diadakan pada 10 Ogos 2024 diberi judul ringkas namun mengesankan iaitu CIPTA, yang melambangkan keseluruhan figura seni bernama M. Nasir.

    Seantero Nusantara mengetahui dan seluruh karyawan seni sedar serta belajar daripada banyak karya yang telah diciptakan oleh M. Nasir. Beliau merupakan ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, sifu, dan segala yang berkaitan dengan penciptaan karya seni berkualiti tinggi.

    Mohamad Nasir Mohamed, pemilik nama sebenar ini, jarang sekali gagal mencipta karya yang meledak di pasaran. Karya-karyanya, baik untuk penyanyi solo lelaki dan wanita, kugiran rock, atau dalam genre pop dan balada, semuanya mendapat sambutan hebat.

    Gelaran Maestro yang diberikan kepada figura berusia 66 tahun ini tepat mencerminkan kebolehannya mencipta karya-karya hebat, luar biasa, dan malar segar, yang meraih pelbagai pencapaian dalam belantika muzik.

    Pemilihan ‘CIPTA’ sebagai nama konsert julung kali dari M. Nasir tahun ini merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri

    Dijadual berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, DATO’ M.N45IR CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.

    Icon Entertainment menyatakan bahawa ini bukan kali pertama penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M.Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara. Namun, melalui persembahan DATO’ M.N45IR CIPTA, peminat akan dibawa masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu, bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhannya.

    Persembahan ini akan menjadi pentas yang menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti seorang karyawan seni, ditumpahkan menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan. Iman Tang dari Icon Entertainment menegaskan bahawa DATO’ M.N45IR CIPTA akan mempersembahkan karya-karya M. Nasir dalam bentuk yang belum pernah disaksikan sebelum ini.

    Sebagai seorang seniman sejati, M. Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara ‘kosong’.

    Sebaliknya seniman ini hanya mahu peminat hadir menikmati DATO’ M.N45IR CIPTA dengan cara masing-masing lalu pulang senang hati kerana telah mendapat sebuah lagi persembahan visual, audio dan santapan jiwa sesuai citarasa.

    Di bawah bumbung yang sama, irama dan lagu mengalir masuk ke hati sanubari masing-masing dalam lingkaran kenangan terdahulu yang akan menambahkan momen masa hadapan.

    Jadi sudahkan anda bersedia untuk ini? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repoirtaire lagu, susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri- Dato M.Nasir yang dihormati segenap usia dan golongan.

    Jika sudah, mari kita bersama-sama berkumpul di bawah bumbung Axiata Arena pada  10 Ogos 2024 Axiata Arena untuk mencipta satu lagi sejarah terCIPTA bagi Dato dan penggemar melodi, muzik dan lirik-liriknya.

    📍27hb Mei – Tiket Online akan mulai di jual pada pukul 11.00am di platform: www.ticket2u.com.my

    Harga tiket bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS).

     

    INFORMASI

    ACARA : DATO’ M.N45IR CIPTA

    TARIKH: 10 OGOS 2024

    LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL

    PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

    TIKET:  RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS)

    PEMBELIAN TIKET: http://www.ticket2u.com.my