Sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang telah menyokong perjalanan seninya selama empat dekad, Dato’ Aishah bakal mengadakan konsert istimewa berjudul “Aishah 40 Chapters of Love”. Konsert ini dianjurkan oleh Vox Nation Live dan dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2026 di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Ia menjadi konsert solo berskala besar pertama beliau, menjadikannya antara acara paling dinanti tahun 2026.
Dato’ Aishah menyifatkan konsert ini sebagai hadiah istimewa kepada peminat yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup dan kerjayanya. Beliau turut menjanjikan persembahan penuh emosi yang akan mengimbau kenangan lama serta mencipta momen baharu yang tidak akan dilupakan.

Maklumat tiket & jualan:
- Tarikh jualan: 17 April 2026
- Masa: 3.00 petang
- Platform: www.ticket2u.com.my/Aishah40
- Pilihan tiket:
- RM788 – VVIP
- RM488 – VIP / Janji Manismu
- RM388 – Sensation
- RM288 – Paradise
- RM238 – Kasih Kita
- RM198 – Pulanglah
- RM168 – Taman Keabadian

