Tag: #LeeSooHyukInKL #SLineOnTonton #TontonOriginals #SamsungGalaxyUnfolds #KDramaMalaysia #OppaInMalaysia

  • LEE SOO-HYUK SERIKAN KUALA LUMPUR: PENAMPILAN PERTAMA & ‘S LINE’ EKSKLUSIF DI TONTON

    LEE SOO-HYUK SERIKAN KUALA LUMPUR: PENAMPILAN PERTAMA & ‘S LINE’ EKSKLUSIF DI TONTON

    Demam K-Drama kembali menghangatkan ibu kota apabila aktor kacak dan berkarisma dari Korea Selatan, Lee Soo-hyuk, akhirnya tiba di Malaysia untuk penampilan sulungnya yang sangat dinantikan!

    Tiba di KLIA1 sekitar jam 5 petang, kehadiran Lee Soo-hyuk disambut meriah oleh ratusan peminat yang setia menunggu sejak awal. Ada yang datang dari luar Lembah Klang demi melihat wajah bintang kesayangan mereka buat pertama kali di bumi Malaysia.

    Pelakon terkenal ini berada di Kuala Lumpur bersempena acara Samsung Galaxy Unfolds yang akan berlangsung esok (16 Julai 2025) di Concourse Utama, Pavilion Kuala Lumpur. Beliau dijadualkan berada di sana dari jam 3.30 petang hingga 7.30 malam, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihatnya secara lebih dekat dan eksklusif.

    Lebih istimewa, kehadiran Lee Soo-hyuk dibawakan khas oleh Tonton, selaku platform penstriman rasmi drama thriller terbaharu lakonannya yang berjudul S LINE sebuah produksi Korea yang kini hangat diperkatakan.

    S LINE: Thriller Mewah dengan Sentuhan Sinematik

    Drama S LINE telah mencetuskan fenomena antarabangsa apabila tersenarai sebagai antara pilihan utama di festival Canneseries, menandakan satu lagi kejayaan drama Korea di pentas dunia. Kini, penonton Malaysia dapat menikmatinya secara eksklusif di Tonton, seiring dengan tayangan di Korea.

    Dua episod pertama telah mula ditayangkan pada 11 Julai 2025, dan respons daripada peminat sangat memberangsangkan. Gabungan naratif misteri, lakonan mendalam oleh Lee Soo-hyuk, serta sinematografi bergaya menjadikan S LINE antara drama paling trending di Tonton minggu ini.

    Tonton Perkukuh Komitmen Kandungan Premium

    Dengan membawa bintang seberat Lee Soo-hyuk ke Malaysia, Tonton terus membuktikan dirinya sebagai platform penstriman pilihan rakyat Malaysia untuk kandungan antarabangsa eksklusif, berkualiti tinggi dan segar.

    Peminat K-drama tempatan diseru untuk tidak melepaskan peluang emas ini sama ada untuk bertemu dengan Lee Soo-hyuk secara langsung di Pavilion KL, atau untuk menyaksikan sisi berbeza beliau menerusi karakter dalam S LINE di Tonton.

    Jangan Tunggu Lagi!

    📍 Temui Lee Soo-hyuk di Pavilion KL, 16 Julai 2025 (Rabu), 3.30 – 7.30 petang
    📲 Strim ‘S LINE’ sekarang di Tonton muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my