Tag: #LaguPositif

  • Ernie Zakri Lancar Single Baharu “DANSA”, Lagu Pop Funky Sarat Mesej Positif Ajak Pendengar Menari Lepaskan Resah

    Ernie Zakri Lancar Single Baharu “DANSA”, Lagu Pop Funky Sarat Mesej Positif Ajak Pendengar Menari Lepaskan Resah

    Penyanyi bersuara lunak dan penuh karisma, Ernie Zakri kembali mencuri perhatian peminat muzik tanah air dengan pelancaran single terbaharunya berjudul “DANSA”. Lagu ini merupakan hasil ciptaan bersama Ernie Zakri dan John Jee, yang menampilkan gabungan elemen pop dan funky dengan sentuhan moden serta rentak yang mengajak pendengar untuk menari dan melupakan tekanan seharian.

    “DANSA” bukan sekadar lagu yang menghiburkan, tetapi turut menyampaikan mesej positif tentang kebebasan emosi dan keindahan untuk menikmati kehidupan tanpa dibelenggu rasa resah. Melalui lirik yang penuh semangat dan melodi yang segar, Ernie menyeru pendengarnya untuk menari sebagai simbol melepaskan beban dan meraih ketenangan diri.

    Ernie mengakui bahawa karya terbaharunya ini mencerminkan sisi dirinya yang lebih berani dan terbuka terhadap eksplorasi muzik. Beliau ingin menyuntik aura baharu dalam perjalanan kariernya dengan menampilkan gaya persembahan yang lebih bertenaga serta imej yang segar.

    Dengan vokal mantap dan susunan muzik yang dinamik, “DANSA” dijangka menjadi antara lagu yang bakal mewarnai carta muzik tempatan dan menjadi pilihan utama di platform digital serta corong radio. Lagu ini juga membuktikan kemampuan Ernie untuk terus berevolusi sebagai penyanyi versatil yang tidak gentar mencuba sesuatu yang baharu dalam dunia muziknya.