Peminat K-drama pastinya teruja dengan kehadiran sebuah lagi siri thriller yang mengangkat isu sosial yang jarang diteroka. Drama bersiri Korea terbaharu, The Defects, kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton, ditayangkan serentak dengan Korea setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam.
Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Yum Jung-ah, Won Jina, Choi Young Jun, dan Kim Jin Young (DEX), The Defects bukan sekadar drama biasa. Ia menyajikan jalan cerita yang mendalam, penuh konflik dan persoalan moral tentang sistem sosial yang pincang.
The Defects mengisahkan sindiket angkat haram yang memperdagangkan kanak-kanak kepada ibu bapa angkat yang tidak sah. Namun, apabila anak-anak ini gagal memenuhi “standard” keluarga mereka, sindiket menawarkan “jaminan pemulangan” satu sistem kejam yang melenyapkan mereka tanpa jejak.
Di sebalik sindiket ini berdiri Kim Se-Hee (Yum Jung-ah), seorang doktor terkemuka yang juga pengarah hospital terkenal. Bersama Jung Hyeon (DEX), bekas tentera dan dalang operasi gelap ini, mereka mengatur perniagaan kotor ini dengan begitu licik.

Namun, segalanya mula berubah apabila Kim A-Hyeon (Won Jina), salah seorang mangsa, berjaya melarikan diri. Dengan keberanian yang luar biasa, dia bangkit untuk menyelamatkan kanak-kanak lain dan membalas dendam terhadap mereka yang telah meragut masa depan mereka
Bagi peminat DEX, The Defects menandakan kemunculan semula beliau ke dunia lakonan selepas mencipta nama sebagai bintang realiti dan bekas tentera khas. Watak Jung Hyeon yang dibawanya kali ini cukup mencabar, memperlihatkan sisi gelap dan intensiti lakonan yang jarang disaksikan daripada beliau.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan drama yang kini menjadi buah mulut ramai ini, hanya di Tonton. Episod baharu setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam. Saksikan kisah keberanian, pengkhianatan dan perjuangan membebaskan diri daripada kegelapan sistem yang korup.
Sementara itu, jangan lupa dua episod terakhir drama penuh debaran, S LINE, yang akan ditayangkan Jumaat ini, 25 Julai, jam 10 pagi di Tonton.
Ikuti @tontonmy di Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter untuk perkembangan terkini dunia K-drama kegemaran anda!
