Tag: #KampungAnnahRais

  • Kampung Annah Rais Raikan Hari Gawai dengan Semangat Kebersamaan dan Sokongan Coca-Cola Malaysia

    Kampung Annah Rais Raikan Hari Gawai dengan Semangat Kebersamaan dan Sokongan Coca-Cola Malaysia

    Bagi sesetengah pihak, Hari Gawai mungkin hanya dilihat sebagai satu perayaan tahunan. Namun bagi masyarakat yang meraikannya, ia membawa makna yang lebih mendalam sebagai detik penuh kebersamaan, bermula daripada persiapan bersama, adat tradisi, juadah, hingga amalan rumah terbuka yang mengeratkan hubungan dalam komuniti.

    Sempena sambutan Hari Gawai tahun ini, Kampung Annah Rais akan membuka pintu rumah panjangnya pada 1 dan 2 Jun 2026. Penduduk setempat serta para pengunjung dijemput hadir untuk merasai sendiri kemeriahan sambutan tersebut. Dengan sokongan Coca-Cola Malaysia, sambutan yang diterajui komuniti ini memberi penekanan kepada penghayatan budaya serta penglibatan bersama dalam menghidupkan makna sebenar Gawai.

    Berlandaskan tradisi masyarakat Bidayuh, sambutan Hari Gawai di Kampung Annah Rais dizahirkan melalui semangat gotong-royong, daripada penyediaan busana tradisional dan hidangan, sehinggalah kepada muzik, tarian serta ritual yang diwarisi turun-temurun. Daripada usaha bersama inilah terhasil suasana Gawai yang unik, penuh kemesraan dan semangat kekitaan yang melangkaui sekadar sebuah perayaan.

    Ketua Kaum Annah Rais, Tn Joda Mamung berkata bahawa Hari Gawai sentiasa menjadi detik yang menyatukan masyarakat dalam semangat kesyukuran dan kebersamaan. Menurut beliau, ia bukan sekadar perayaan yang disaksikan dari jauh, tetapi satu sambutan yang benar-benar dihayati bersama. Beliau turut menambah bahawa pada tahun ini, pintu Kampung Annah Rais dibuka lebih luas untuk mengundang orang ramai merasai sendiri bagaimana Gawai diraikan sambil berkongsi kemeriahannya.

    Sambutan Hari Gawai tahun ini di Kampung Annah Rais terbina melalui usaha dan penglibatan bersama komuniti dengan sokongan Coca-Cola Malaysia di sebalik tabir. Ia turut memberi semangat baharu kepada mereka yang menjayakannya, selain membuka ruang untuk hubungan sesama masyarakat terjalin secara semula jadi, sama ada ketika bekerja, meraikan mahupun berinteraksi dalam suasana santai.

    Sokongan Coca-Cola Malaysia turut hadir sejak peringkat persiapan, bukan hanya pada hari acara. Daripada persiapan dan jamuan bersama hinggalah suasana rumah terbuka, setiap detik ini menjadi ruang untuk komuniti berkongsi budaya, menyambut tetamu dan mengeratkan silaturahim.

    Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kelestarian Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Khairul Anwar, berkata Gawai mencerminkan keindahan semangat kekitaan yang mengeratkan hubungan masyarakat melalui budaya dan tradisi. Menurut beliau, Coca-Cola Malaysia percaya bahawa hubungan seperti ini mampu menyatukan komuniti, dan pihaknya berbesar hati dapat menyokong Kampung Annah Rais dalam menyemarakkan detik kebersamaan ini bersama masyarakat setempat.

    Sepanjang sambutan dua hari ini, para pengunjung dijemput untuk merasai pelbagai pengalaman yang mencerminkan semangat Gawai termasuk Ngabang atau pengalaman rumah terbuka bersama komuniti, pertunjukan cahaya laser yang dijangka mencipta detik istimewa, pertandingan Dayung Sangun yang menampilkan keanggunan dan warisan budaya, persembahan kebudayaan oleh Micheal Gayut dan Silla, serta bazar komuniti yang menawarkan kraftangan tempatan, juadah tradisional, hasil segar dan cenderamata unik.

    Turut menjadi tarikan ialah Konvoi Mural Coca-Cola Terpanjang ke Festival Gawai dengan kerjasama Grab yang akan memasuki Kampung Annah Rais secara eksklusif pada 1 Jun, selain pengalaman Augmented Reality (AR) Gawai oleh Coca-Cola yang menggabungkan elemen budaya, motif tradisional dan penceritaan digital yang interaktif dan imersif.

    Bagi peminat Coca-Cola Malaysia, sambutan ini turut menawarkan koleksi eksklusif serta minuman khas sempena Hari Gawai, selain edaran sampel produk dan barangan edisi terhad termasuk tin edisi terhad FIFA daripada rangkaian Coca-Cola Malaysia.

    Raikan Hari Gawai di Kampung Annah Rais tahun ini dan rasai sendiri kemesraan yang terjalin melalui usaha bersama serta detik-detik bermakna yang akan menjadi kenangan terindah untuk dibawa pulang. Selamat Menyambut Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai.