Tag: #InspirasiRamadan:

  • Ramadan Dirasai, Kasih Dikongsi: Astro Shaw dan Mirinda Gerakkan Misi Kebaikan

    Ramadan Dirasai, Kasih Dikongsi: Astro Shaw dan Mirinda Gerakkan Misi Kebaikan

    Dalam usaha menyemai semangat perpaduan dan kasih sayang sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Astro Shaw dengan kerjasama Mirinda telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama 40 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor. Majlis ini melambangkan keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki, disertai penyampaian sumbangan duit raya dan hamper oleh Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, serta Norsalvina Alwee.

    Kemeriahan majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan pelakon dari filem dan drama terbitan Astro Shaw seperti Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, One Cent Thief 2, dan First Wives. Lebih istimewa, Michael Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike individu yang menjadi inspirasi kepada filem Abah Saya Uncle Mike turut hadir bersama tiga anak angkatnya, menjadikan suasana lebih menyentuh hati.

    Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menegaskan bahawa kerjasama dengan Etika bukan sekadar memperkukuhkan jenama, malah bertujuan mendekatkan lagi mereka dengan komuniti. “Kami percaya hiburan bukan hanya sekadar tontonan, tetapi satu pengalaman bermakna yang mampu menyatukan masyarakat. Majlis ini bukan sekadar memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim, tetapi juga mencipta kenangan indah yang dapat dikongsi bersama,” katanya.

    Mirinda turut memperkenalkan treler rasmi Raya bertajuk “Balik Rayaaahhh”, menampilkan kisah menyentuh hati dari filem Abah Saya Uncle Mike yang menceritakan bagaimana Uncle Mike bersatu kembali dengan tiga anak angkatnya dalam suasana perayaan yang penuh makna di kampung.

    Sebagai sebahagian daripada kempen Raya tahun ini, Mirinda turut mengadakan pelbagai aktiviti interaktif di lokasi terpilih, termasuk sesi ramah mesra bersama selebriti, sesi uji bakat eksklusif untuk drama premium Astro Originals berjudul “Bad Cop”, serta peluang memenangi e-Duit Raya bernilai RM260,000 dengan pembelian minimum RM15 dari jenama yang terlibat seperti Mirinda, 7UP, Goodday Charge, dan Wonda.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen istimewa ini. Temui pelakon kegemaran anda, sertai uji bakat eksklusif, dan rebut peluang memenangi e-Duit Raya bernilai RM260,000.

    Nantikan filem aksi Keluang Man yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 29 Mei 2025, filem inspirasi Abah Saya Uncle Mike pada Ogos 2025, serta drama premium First Wives yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria dan Astro Go mulai 11 April 2025, jam 9.00 malam.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Astro Shaw di Instagram, X, Facebook, dan TikTok.