Tag: #HartanahKomersial

  • Riverpoint Jadi Projek Komersial Sulung Propel Global, Tawar 31 Lot Kedai Eksklusif Tepi Sungai

    Propel Global Berhad hari ini menandakan satu lagi pencapaian penting apabila melaksanakan majlis pecah tanah bagi projek Riverpoint, sebuah pembangunan komersial bernilai RM64 juta yang bakal menghiasi landskap bandar Kuantan. Projek tersebut menjadi langkah pertama Kumpulan dalam sektor pembangunan hartanah melalui Propel Global Development Sdn. Bhd.

    Riverpoint menawarkan konsep pembangunan eksklusif tepi sungai yang merangkumi 31 unit lot kedai pegangan bebas tiga tingkat dengan keluasan binaan bermula daripada 4,202 kaki persegi. Berlokasi strategik di laluan utama Jalan Tanah Putih, projek ini menikmati akses yang mudah, aliran trafik yang tinggi serta sambungan terus ke pusat bandar Kuantan.

    Selain menawarkan premis perniagaan berkualiti, Riverpoint turut memberi nilai pelaburan yang menarik menerusi bekalan unit yang terhad serta status pegangan bebas. Pembangunan ini dijangka menjadi pilihan utama usahawan, pengendali F&B, peruncit dan pelabur yang ingin memanfaatkan potensi pertumbuhan ekonomi Pantai Timur.