Kempen penjimatan paling dinanti kini kembali. Lotus’s Malaysia sekali lagi melancarkan Kempen Harga Hangat selama enam minggu bermula 19 Jun hingga 30 Julai 2025 di semua 70 cawangan Lotus’s seluruh negara.
Melibatkan lebih 360 barangan keperluan harian, kempen ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati penjimatan sehingga 30 peratus. Tawaran merangkumi pelbagai kategori seperti barangan dapur, makanan sejuk beku, keperluan rumah dan produk bukan makanan.
Sebagai tanda komitmen untuk menawarkan nilai terbaik setiap hari, Lotus’s Malaysia telah melaburkan lebih RM4 juta dalam kempen ini bagi membantu pelanggan mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi.

Tahun ini, antara tumpuan utama kempen ialah promosi lebih 90 unit SKU daripada jenama eksklusif Lotus’s yang menawarkan produk berkualiti dan mampu milik. Antaranya termasuk produk penjagaan bayi Cute+Care, minuman 3-dalam-1, makanan sejuk beku sedia dimakan seperti burger dan piza, serta makanan dalam tin, susu UHT, pasta dan snek.
Semua barangan ini boleh didapati hanya di Lotus’s. Pelanggan hanya perlu mencari tag merah Harga Hangat yang dipamerkan di stor atau membuat pembelian di Lotus’s Shop Online untuk mendapatkan tawaran terbaik.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan berterusan sepanjang tahun menerusi promosi di stor dan tawaran eksklusif untuk ahli My Lotus’s dengan diskaun sehingga 50 peratus. Hari My Lotus’s yang berlangsung pada setiap Rabu minggu kedua setiap bulan turut memberikan lebih banyak ganjaran dan diskaun kepada ahli.
Melalui pelbagai inisiatif penjimatan ini, Lotus’s Malaysia terus komited membantu pengguna mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih berpatutan, seiring usaha untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti terkini, layari laman web rasmi Lotus’s Malaysia di https://corp.lotuss.com.my atau ikuti mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.
