Penantian peminat sukan tempur akhirnya berakhir apabila tiket rasmi FURY Championship Vol. II kini mula dijual menerusi platform Wowtix. Acara sukan tempur yang semakin mendapat perhatian ramai ini bakal berlangsung pada 25 Julai 2026 di Karisma Arena, Negeri Sembilan.
Selepas mencetuskan keterujaan menerusi pengumuman barisan pertarungan dan pelbagai aktiviti rasmi kejohanan, edisi kedua FURY Championship dijangka tampil lebih besar, lebih sengit dan lebih meriah. Kehadiran petarung tempatan serta antarabangsa pastinya menjanjikan malam penuh aksi, debaran dan hiburan buat semua peminat.
Sambutan terhadap kejohanan ini sememangnya luar biasa apabila kategori Super Early Bird habis terjual dalam masa hanya tujuh minit. Bagi yang masih ingin mendapatkan tempat, tiket Early Bird masih boleh dibeli menerusi Wowtix sehingga 30 Jun 2026 sebelum harga normal bermula pada 1 Julai. Harga tiket ditawarkan serendah RM39.90 mengikut kategori pilihan.


Bagi kategori Hoder, harga Early Bird ditawarkan pada RM39.90 sebelum meningkat kepada RM59.90. Kategori Valkyrie pula dijual pada harga RM59.90 untuk Early Bird dan RM89.90 bagi harga normal. Untuk kategori Frigga, tiket Early Bird berharga RM89.90 manakala harga normal ialah RM109.90. Sementara itu, kategori Thor ditawarkan pada harga RM109.90 sepanjang tempoh Early Bird sebelum meningkat kepada RM139.90.
Tumpuan utama malam kejohanan pastinya terarah kepada perebutan gelaran sulung Fury Muay Thai Lightweight Championship yang menemukan wakil Malaysia, Izat Zaki, dengan petarung Indonesia, Brian Lawitan. Pertarungan yang dinanti-nantikan ramai ini dijangka menjadi kemuncak acara dan antara perlawanan paling sengit malam tersebut.
Selain itu, peminat juga bakal disajikan dengan beberapa pertarungan menarik lain termasuk Faris HFL menentang Syafiq, Qaie Mongkolchai bertemu Abilio The Bumblebee, serta The Molotok dari Afghanistan yang akan berdepan Al-Hafiz. Wan Epul pula dijadualkan menentang Wasu Kib Boxing dari Thailand dalam satu lagi aksi yang dijangka mencuri perhatian.
Barisan pertarungan lain menyaksikan The Golden Shin bertemu Sammy Algiers dari Britain, Danial Kereta Kebal menentang Supergaas dari Indonesia, dan Sabri Thaivisix yang bakal berdepan The Victories dari Maghribi. Kilat Boy pula akan turun menentang Kitidech Hirunsuk dari Thailand, selain satu perlawanan kejutan yang masih dirahsiakan pihak penganjur.
Turut memeriahkan pentas FURY Championship Vol. II ialah pertembungan antara Asura Thiagesh dan Yotharit Petchtyindee dari Thailand, Baby Legion yang akan menentang Yat Rambo dari Indonesia, serta Putih Pretty Boy yang bakal berdepan Ilham Flanker Leoisa dari Indonesia.
Bagi peminat yang tidak dapat hadir ke Karisma Arena, semua aksi FURY Championship Vol. II boleh disaksikan secara eksklusif menerusi siaran Pay-Per-View (PPV) di platform Tonton selaku rakan penyiaran rasmi kejohanan. Ini membolehkan peminat mengikuti setiap detik aksi dan kemeriahan acara dari mana sahaja.
Akses PPV kini sudah boleh didapatkan di Tonton dengan harga promosi Early Bird serendah RM11.90 yang berlangsung dari 21 hingga 30 Jun 2026. Selepas tempoh promosi berakhir, harga normal RM16.90 akan mula berkuat kuasa dari 1 hingga 25 Julai 2026.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan FURY Championship Vol. II. Dapatkan tiket anda sekarang melalui Wowtix atau nikmati pengalaman menonton dari rumah menerusi Tonton. Untuk perkembangan terkini dan pelbagai kandungan eksklusif, ikuti akaun rasmi @tontonmy di Facebook, X, TikTok dan Instagram.
