Tag: filemmagiK

  • Filem magiK untuk golongan masalah pendengaran bakal ditayangkan di pawagam

    Untuk menggambarkan dengan lebih menarik tentang keunggulan dan keistimewaan golongan yang menghadapi masalah pendengaran, 42nd Pictures Sdn Bhd, yang dijalankan oleh pasangan suami isteri, Yasu Tanaka dan Bea Tanaka, menghadirkan karya terbaru mereka, filem bertajuk “magiK.

    Filem bergenre drama, keluarga dan fantasi arahan Tanaka itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

    Tanaka berkata, magiK yang juga filem kedua arahannya itu bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip, malah menjadi medium untuk penonton mendekati golongan berkenaan.

    “Idea menghasilkan “magiK” apabila idea kami disatukan iaitu hubungan isteri, Bea dengan komuniti pekak dan minat saya terhadap alam alam semula jadi.”

    “ Begitulah cara dua idea ini digunakan untuk mencipta cerita seorang gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip,” kata Tanaka yang juga pengarah filem Nota kelahiran Jepun.

    Sehubungan itu, tayangan khas filem “magiK” diadakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia selama dua bulan pada September dan Oktober lalu sebelum ditayangkan di pawagam pada 30 November 2023.

    Tujuan tayangan khas itu ialah untuk berkongsi filem “magiK” dengan penonton. Selaku pengarah dan penulis skrip filem ini, Tanaka dan Bea yang juga penerbit turut turun padang di semua lokasi terbabit.

    Mengulas konsep tayangan khas berkenaan, Bea berkata, pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran supaya dapat menonton filem berkenaan.

    “Versi yang ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi ‘closed caption’ yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.”

    “Filem “magiK” memaparkan masyarakat Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.”

    “Kami berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Tayangan ini kami bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak dengan menjemput komuniti pekak.

    “Kami juga menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perak,” katanya.

    Tanaka pula berkata, Bea adalah bekas guru pendidikan khas untuk golongan bermasalah pendengaran selama 15 tahun dan masih akrab dengan golongan istimewa itu.

    “magik” adalah filem kedua arahan Tanaka selepas Nota ditayangkan di pawagam pada 2015.

    Katanya, dia juga berpeluang melihat konsep tayangan wayang pacak pada 2017, apabila KOMFIT telah menjayakan Nota di mana En.Hassan Abdul Mutalib sebagai moderator ketika itu.

    “Pengalaman itulah yang mendorong kami mengadakan tayangan khas di Road Trip dengan konsep wayang pacak. Kami amat teruja berinteraksi secara langsung dengan penonton yang hadir pada tayangan khas berkenaan,” katanya.

    Tujuh lokasi wayang pacak

    ——————————————-

    Sementara itu, tayangan khas filem “magiK” telah berlangsung dengan jayanya membabitkan tujuh lokasi terpilih di seluruh tanah air pada September dan Oktober lalu.

    Tayangan khas itu diadakan di Warung Adri, Kuantan pada 16 September lalu disusuli Pantai Telaga Papan (23 September) dan SPace08000, Sungai Petani (29 September). Malangnya Tayangan khas di Pantai Telaga Papan, Setiu, Terengganu tidak kesampaian kerana itulah satu-satunya lokasi di mana konsep wayang pacak berlaku tepi pantai “outdoors” sebab gangguan hujan.

    Selain itu, lokasi tayangan khas filem di YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober); PORT, Ipoh, Perak (14 dan 15 Oktober) yang turut menjemput penonton dari komuniti bermasalah pendengaran. Tayangan khas “magiK” di YMCA KL adalah sebahagian dari sambutan ‘International Deaf Day’

    Jadual tayangan khas “magiK” berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru pada 20 Oktober lalu.

    Trailer:

    magiK Official Trailer.

    Synopsis for magiK

     Website:

    www.42ndpictures.com

     

     

  • Tayangan pra-tonton filem “magiK” di empat lagi lokasi terpilih serata tanah air

    Sejak Oktober lalu, YMCA di Pulau Pinang, Pelabuhan Ipoh, dan Johor Baharu telah menganjurkan tayangan khas atau ‘wayang pacak’ sempena filem magiK.

    Menurut penerbit juga teraju utama produksi 42nd Pictures Sdn Bhd, Bea dan suaminya, pengarah Yasu Tanaka, tayangan khas atau ‘wayang pacak’ itu adalah cara alternatif sebelum tayangan di pawagam untuk menyampaikan filem itu secara terus kepada masyarakat tempatan.

    “Semasa tayangan khas ini, Yasu menemui semula nilai atau kewujudannya sebagai pembikin filem indie.

    “Pengalaman menganjurkan tayangan khas ini juga ini tidak ternilai buat kami,” kata pasangan suami isteri ini.

    Yasu yang juga pengarah filem magiK berkata, pihaknya gembira kerana dapat berkongsi filem itu dengan penonton dan melihat reaksi mereka menerusi tayangan khas itu.

    “Tayangan khas filem ini adalah versi ‘closed caption’ untuk memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran,” katanya.

    Sebagai bekas guru pendidikan khas, Bea berkata, tayangan khas filem magiK di YMCA, Pulau Pinang berjaya menarik seramai lebih 150 kanak-kanak dan dewasa pekak (CODA).

    “Ia juga pertemuan semula saya dengan bekas pelajar yang juga seorang guru di mana dia membawa ramai pelajar dan guru pelajar bermasalah pendengaran untuk tayangan khas berkenaan.

    “Komuniti pekak juga sangat fokus ketika menonton filem magiK menerusi skrin besar ketika tayangan khas filem ini,” katanya.

    Kata  Bea lagi, kerja kerasnya dan Yasu untuk menganjurkan tayangan khas filem magiK juga membuahkan hasil apabila melihat orang ramai menghayati filem berkenaan.

    “Pekak bukan kecacatan tetapi mereka mempunyai keupayaan yang berbeza,” katanya.

    Bea juga mengucapkan terima kasih dengan kerjasama diberikan pihak Port Ipoh kerana berjaya menjayakan acara tayangan khas dua hari dan menampilkan penonton yang sangat berbeza.

    “Pihak kami menayangkan filem magiK kepada komuniti seni dan pelajar dari sekitar Ipoh pada tayangan khas 14 Oktober lalu.

    “Pelakon utama filem ini, Beto Kusyairy turut hadir dan ia adalah kali pertama dia menonton filem magiK,” katanya.

    Bea berkata, apa yang terbaik daripada tayangan khas kali ini ialah mereka dapat berkongsi filem magiK dengan komuniti pekak. 

    Katanya, tayangan khas pada 15 Oktober di Ipoh pula berjaya menarik seramai 100 orang termasuk dari Persatuan Orang Pekak Perak (POPP), Sekolah Rendah Khas untuk orang pekak dan Jabatan Pendidikan Negeri.

    “Hampir semua penonton bermasalah pendengaran ditemani guru dan ibu bapa mereka.

    “Kami juga terkejut apabila melihat penonton OKU pekak menonton filem ini  sehingga selesai. Saya percaya kanak- kanak pekak mudah mengaitkan diri mereka dengan watak Kit dalam filem ini,” katanya.

    Tidak ketinggalan, kata Bea, tayangan khas filem magiK yang terakhir di Embrace Hall, Johor Bahru dijayakan walaupun dengan penonton bersaiz kecil.

    “Kerjasama dengan penduduk tempatan di Embrace Hall, Johor Bahru mengingatkan kami dengan komuniti kecil seni di Kuantan dan Sungai Petani sebelum ini,” katanya.

    “magiK” dibarisi pelakon terkenal tanah air seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

    Filem ini berkisar kepada kanak-kanak pekak berusia tujuh tahun, Kit di perkampungan yang terkenal dengan tarikan kelip-kelip dan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 30 November 2023.