Tag: #DuriooPlus

  • Durioo+ Umum Tayangan Eksklusif Goldbeak The Movie, Tawar Movie Pack Hanya RM10 Sebulan

    Durioo+ Umum Tayangan Eksklusif Goldbeak The Movie, Tawar Movie Pack Hanya RM10 Sebulan

    Durioo+, platform penstriman yang terkenal dengan kandungan selamat dan menghiburkan untuk anak-anak, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju hiburan keluarga Muslim dengan pelancaran tayangan eksklusif filem animasi antarabangsa, Goldbeak The Movie, bermula 20 Oktober 2025.

    Filem ini, yang sebelum ini pernah mencuri perhatian penonton di peringkat antarabangsa, kini tampil dalam versi bahasa Melayu eksklusif di Durioo+. Menariknya, olahan semula filem ini disuntik dengan nilai Islamik dan mesej positif, menjadikannya tontonan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik serta sesuai untuk seisi keluarga.

    Dalam sesi Tayangan Eksklusif Goldbeak The Movie yang berlangsung di Durioo Studioo, para penonton terdiri daripada pempengaruh dan wakil media meluahkan rasa teruja terhadap usaha Durioo+ membawakan kandungan berkualiti untuk anak-anak. Seorang hadirin berkongsi pengalaman positifnya dengan menyatakan bahawa jarang sekali filem antarabangsa mempunyai nilai Islamik yang diterapkan dengan begitu baik. Beliau turut memuji usaha Durioo+ yang bukan sahaja menterjemah tetapi menyesuaikan jalan cerita dan babak agar lebih mesra dengan nilai tempatan dan keislaman.

    Kejayaan ini merupakan kali keenam Durioo+ berjaya menayangkan filem antarabangsa yang dialih suara ke bahasa Melayu secara eksklusif. Sebahagian besar daripadanya turut melalui proses penyuntingan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyesuaikan kandungan dengan nilai tempatan, termasuk dari aspek visual dan audio. Sebelum ini, Durioo+ telah mencipta impak melalui tayangan filem seperti Bilal: Lahirnya Wira Baru dan Cats The Movie yang mendapat sambutan luar biasa daripada penonton tempatan.

    Goldbeak The Movie diarahkan oleh pengarah animasi Ireland, Nigel W. Tierney, yang pernah menghasilkan karya bersama nama-nama besar seperti Bad Bunny, Little Dicky dan Jaden Smith, serta terlibat dalam produksi animasi terkenal DreamWorks seperti Kung Fu Panda 3, How to Train Your Dragon 2, The Croods dan Shrek Forever After. Filem ini turut diarahkan bersama oleh Dong Long dari Liangzi Film, China, dan menampilkan pelakon suara antarabangsa David Henrie serta personaliti popular Valkyrae.

    Filem ini mengisahkan tentang Goldbeak, seekor helang yang dibesarkan oleh keluarga ayam sejak kecil. Merasa dirinya berbeza dan ingin mengetahui asal-usul sebenar, Goldbeak meninggalkan kampung untuk mencari kebenaran tentang siapa dirinya. Dalam perjalanan itu, dia dan adik perempuannya Ratchet tanpa sengaja membongkar rahsia hitam yang boleh mengancam kampung asal mereka. Kisah ini bukan sahaja sarat dengan nilai kekeluargaan, tetapi juga menyampaikan mesej tentang keberanian, penerimaan diri, dan kepentingan asal-usul.

    Goldbeak turut menerima pengiktirafan antarabangsa termasuk pencalonan di Anugerah Filem Golden Rooster China ke-35 dalam kategori Best Fine Arts, serta penghargaan di China International Children’s Exhibition dan pengiktirafan oleh State Film Administration of China sebagai Excellent Chinese Film Project.

    Dalam majlis tayangan tersebut, Durioo+ turut memperkenalkan Durioo+ Movie Pack, pakej langganan baharu yang menawarkan akses kepada 15 filem antarabangsa dan tempatan serta lebih 20,000 kandungan lain di platform itu. Dengan harga serendah RM30 untuk tiga bulan pertama, bersamaan hanya RM10 sebulan, pengguna boleh menikmati tontonan tanpa iklan di empat peranti serentak. Dengan harga lebih rendah daripada tiket pawagam, seisi keluarga kini boleh menikmati hiburan berkualiti, selamat dan bernilai pendidikan di rumah atau di mana sahaja.

    Menurut Nuown Zainal, pengasas bersama Durioo+, Goldbeak The Movie merupakan contoh terbaik usaha Durioo+ untuk membawa lebih banyak filem berkualiti yang sesuai untuk tontonan keluarga. Beliau menegaskan bahawa langganan serendah RM10 sebulan bukan sekadar hiburan, tetapi satu pelaburan dalam membina pengalaman skrin yang sihat dan bermakna bersama anak-anak melalui platform yang selamat.

    Inisiatif ini sekali lagi memperkukuh misi Durioo+ dalam menyediakan hiburan yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik serta membentuk generasi ummah yang berakhlak dan berilmu melalui kandungan berkualiti.

    Durioo+ yang dilancarkan pada Februari 2022 dengan sokongan Y Combinator W22 dari Silicon Valley kini menjadi aplikasi penstriman nombor satu dunia untuk kanak-kanak Muslim. Platform ini menawarkan lebih 20,000 video termasuk animasi, dokumentari, lagu, filem dan siri Islamik, serta mempunyai pelanggan aktif di lebih 80 negara. Dengan lebih sejuta muat turun di App Store dan Play Store, Durioo+ terus mengembangkan ekosistem digitalnya melalui ciri baharu seperti DuDeen, DuReels dan Durioo Games yang menggabungkan hiburan serta pembelajaran secara interaktif.

    Melalui misi “Fun & Safe Screen Time”, Durioo+ bukan sekadar menyediakan tontonan menyeronokkan, tetapi juga membentuk asas pembelajaran dan nilai murni dalam kalangan anak-anak, seiring dengan usaha membina Ummah yang Beriman, Berakhlak dan Berilmu.

  • Ramadan 2025: Muslim Pro and Durioo+ Offer Exclusive Islamic Digital Content for Muslims

    Ramadan 2025: Muslim Pro and Durioo+ Offer Exclusive Islamic Digital Content for Muslims

    As the holy month of Ramadan draws near, Muslim families across the world are turning to digital platforms for a blend of faith-based learning and entertainment. Research shows that digital media consumption surges during Ramadan, with many families seeking content that aligns with their values to enrich their spiritual journey. In fact, 72% of Muslim parents actively search for Islamic content for their children, highlighting a growing need for safe and educational digital resources.

    To address this demand, Muslim Pro, the world’s most widely used Islamic lifestyle app, and Durioo+, a premier faith-based children’s streaming service, have announced an exclusive partnership to offer a Ramadan 2025 subscription bundle. This limited-time offer provides a 50% discount on premium access to both platforms, ensuring that families can engage in meaningful, faith-centered learning and entertainment throughout the holy month.

    With more than 170 million downloads worldwide, Muslim Pro has long been a trusted companion for Muslims during Ramadan. The app offers essential features such as accurate prayer times, Quran recitations, fasting schedules, Qibla direction, and daily duas. In addition, Muslim Pro’s Qalbox video platform delivers exclusive Islamic documentaries, lectures, and films designed for a global Muslim audience.

    Durio+, with its focus on providing a safe and educational space for Muslim children, offers over 16,000 pieces of Islamic content. This includes age-appropriate storytelling that teaches Islamic values while keeping children engaged. The collaboration between Muslim Pro and Durio+ directly addresses the increasing demand for digital solutions that help parents instill Islamic teachings in an interactive and accessible manner.

    “We recognize that Muslim parents are looking for content that goes beyond entertainment. They want content that nurtures their children’s faith and strengthens family connections during Ramadan,” said Sinan Ismail, Founder and CEO of Durioo+. “Through our partnership with Muslim Pro, we are making it easier for families to access high-quality, values-driven Islamic content at a more affordable price.”

    Muslim Pro has been acknowledged as one of the best digital tools for Ramadan observance, offering prayer trackers, fasting reminders, and Islamic reflections. This new bundled offer with Durio+ allows families to experience a comprehensive Ramadan that integrates faith, learning, and entertainment.

    “Our aim is to provide a complete digital solution for Muslim families,” said Junaidah Said Khan, Head of Content at Muslim Pro and Qalbox. “By bringing together two of the most trusted Islamic platforms, we’re making high-quality, faith-based resources more accessible than ever.”

    As digital engagement in Muslim communities continues to grow, Muslim Pro and Durio+ remain committed to expanding their faith-based digital offerings. The partnership reflects a long-term commitment to meeting the evolving needs of modern Muslim families.

    With Ramadan being a time for worship, reflection, and family bonding, this collaboration ensures that both parents and children can access engaging, reliable, and values-driven content at a more affordable price. By offering this exclusive Ramadan bundle, Muslim Pro and Durio+ aim to enhance the spiritual experience of families around the world, while supporting them on their journey of faith during the holy month.

  • Durioo+ Tawarkan Geran RM500,000 untuk Sokong Pembuat Kandungan

    Durioo+ Tawarkan Geran RM500,000 untuk Sokong Pembuat Kandungan

    Durioo+, aplikasi video selamat untuk kanak-kanak, telah melancarkan geran bernilai RM500,000 untuk tahun 2025, bertujuan menyokong pembuat kandungan tempatan dalam menghasilkan video yang bermanfaat, menarik, dan selamat untuk kanak-kanak. Pelancaran geran ini berlangsung di Pusat Sains Negara, dan turut menjadi platform untuk menyatukan komuniti pembuat kandungan dari seluruh Malaysia.

    Inisiatif ini bertujuan memperkasa pencipta kandungan tempatan untuk menghasilkan karya yang tidak hanya menghiburkan tetapi juga mendidik generasi muda. Durioo+ turut memperkenalkan beberapa program utama yang direka khas untuk menarik lebih ramai individu menyumbang kandungan yang berkualiti:

    1. Durioo Creator – Program terbuka untuk semua pencipta kandungan yang ingin menghasilkan video menarik, mendidik, dan sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
    2. Durioo EduCreator – Projek khas yang disasarkan kepada guru dan pendidik untuk menghasilkan kandungan yang berlandaskan silibus sekolah dalam subjek seperti Pendidikan Islam, KAFA, Bahasa Melayu, Sains, Matematik, dan banyak lagi.
    3. Durioo Creator Plus – Kolaborasi bersama pembuat kandungan terpilih untuk menghasilkan video yang sesuai dengan niche dan kepakaran masing-masing, sambil memastikan kandungan tersebut bermanfaat untuk kanak-kanak.

    Pengasas Durioo+, Sinan Ismail, berkata, “Durioo+ percaya bahawa pencipta kandungan adalah nadi kepada industri hiburan kanak-kanak. Dengan pelancaran geran ini, kami ingin memberi peluang kepada lebih ramai pembuat kandungan tempatan untuk menghasilkan konten berkualiti yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik dan membimbing kanak-kanak dalam aspek iman, akhlak, dan ilmu.”

    Melalui program-program ini, Durioo+ berkomitmen untuk membina komuniti pembuat kandungan yang kukuh dengan lebih banyak pertandingan, siri eksklusif, dan bengkel berkala bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran dan kualiti kandungan. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti Durioo+ melalui platform sosial rasmi mereka di Instagram, Facebook, dan TikTok.

  • Durioo+ Tampil Wajah Baharu: Lebih Padu dan Menyenangkan Ibu Bapa

    Durioo+ Tampil Wajah Baharu: Lebih Padu dan Menyenangkan Ibu Bapa

    Durioo+, aplikasi video selamat untuk kanak-kanak, kini memperkenalkan wajah baharu dengan ciri-ciri lebih inovatif yang memudahkan ibu bapa memantau kandungan tontonan anak-anak. Pelancaran rasmi versi terbaru ini diadakan dalam acara Durioo+ Experience: Pelancaran Wajah Baharu yang berlangsung di Pusat Sains Negara, dengan duta Durioo+, Alif Satar, turut memeriahkan suasana. Pelancaran ini mengusung tema “Wajah Baharu, Lebih Padu, Senangkan Ibu”, menampilkan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna serta memastikan pengalaman yang lebih baik untuk anak-anak.

    Pengenalan Maskot Duri dan Ciri-Ciri Inovatif

    Salah satu kemunculan terbaru dalam Durioo+ ialah maskot rasmi, Duri. Duri akan menemani kanak-kanak sepanjang pengalaman mereka menggunakan aplikasi ini, dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Maskot ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak menjelajah aplikasi dengan bijak sambil mendapat pengajaran berharga.

    Selain pengenalan Duri, aplikasi Durioo+ kini hadir dengan wajah baru yang lebih mesra pengguna. Rekaan layout yang diperbaharui membolehkan anak-anak mencari kandungan dengan lebih mudah, menjadikan aplikasi ini lebih mesra kanak-kanak. Salah satu ciri baru yang amat menarik adalah DuDeen, yang membantu kanak-kanak menghafal doa harian, surah pendek, dan ilmu fardu ain dengan cara yang lebih menarik dan interaktif.

    Kawalan Ibu Bapa yang Lebih Ketat dan Mesra

    Dengan memberi perhatian terhadap keselamatan anak-anak, Durioo+ turut memperkenalkan ciri Parental Control yang membolehkan ibu bapa menguruskan kandungan yang sesuai untuk anak-anak mengikut umur, minat, dan bahasa pilihan. Ini memberi ibu bapa lebih kawalan ke atas kandungan yang ditonton, memberikan ketenangan fikiran kerana mereka tahu anak-anak mereka hanya terdedah kepada bahan yang sesuai dan selamat.

    Durioo+ juga memperkenalkan ciri Durioo Intelligence, sebuah teknologi AI yang disesuaikan dengan minat anak-anak. Melalui ciri ini, aplikasi ini akan mencadangkan kandungan yang lebih relevan dan menarik berdasarkan aktiviti sebelumnya, memudahkan anak-anak mencari kandungan kegemaran mereka. Semua kandungan di Durioo+ juga telah ditapis 100% oleh Lembaga Penapisan Durioo (LPD) untuk memastikan keselamatan setiap tontonan.

    Siri Animasi Kembali dengan Musim Baharu

    Sebagai tambahan kepada kemas kini wajah baru aplikasi, Durioo+ juga mengumumkan kembalinya siri animasi terkenal Mina Mila dan Durioo+ SHOWTIME! yang akan tampil dengan musim baharu pada bulan Ramadan. Musim terbaru ini bakal menampilkan tokoh-tokoh terkenal seperti Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Will & Sana Saleh, serta Zain Bikha. Kehadiran mereka di musim baharu ini pastinya memberikan nilai tambah yang positif kepada kandungan yang ditawarkan oleh Durioo+.

    Pandangan Duta Durioo+

    Duta Durioo+, Alif Satar, turut meluahkan pendapatnya mengenai kemas kini terbaru ini. Sebagai seorang bapa dan pengguna Durioo+ yang setia, Alif Satar berkongsi keyakinannya bahawa kemas kini ini akan memberikan manfaat besar kepada ibu bapa yang mahu memastikan anak-anak mereka menonton kandungan yang mendidik dan selamat. “Sebagai seorang ayah, saya sangat berpuas hati dengan kemas kini terbaru ini. Durioo+ benar-benar mengambil kira kehendak ibu bapa dan kepentingan keselamatan anak-anak,” ujar Alif.

    Muat Turun dan Nikmati Wajah Baharu Durioo+

    Aplikasi Durioo+ kini boleh dimuat turun dan dikemas kini untuk menikmati wajah dan ciri-ciri baharu ini. Ia boleh didapati di telefon pintar, tablet, televisyen terpilih, dan juga boleh ditonton melalui pelayar web. Durioo+ terus mengutamakan keselamatan dan pendidikan anak-anak, memastikan mereka memperoleh kandungan yang bermanfaat dalam bentuk yang lebih menyeronokkan dan mudah diakses.

    Mengenai Durioo+

    Durioo+ merupakan aplikasi video selamat yang dibangunkan dengan tujuan untuk menyediakan kandungan yang bermanfaat dan selamat untuk kanak-kanak. Sejak dilancarkan pada Februari 2022, aplikasi ini telah menawarkan lebih daripada 13,000 video yang merangkumi animasi, pendidikan, dokumentari, dan banyak lagi. Durioo+ berusaha untuk membina generasi muda yang berakhlak, beriman, dan berilmu melalui kandungan yang berkualiti.

    Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Durioo+ atau untuk mengikuti perkembangan terkini, pengguna boleh melayari laman sosial rasmi Durioo+ di Instagram, Facebook, dan TikTok.