Tag: #DJI

  • Malaysia menyambut kedatangan kedai DJI dan Hasselblad Experience yang pertama di Suria KLCC

    Malaysia menyambut kedatangan kedai DJI dan Hasselblad Experience yang pertama di Suria KLCC

    DJI, pemimpin global dalam teknologi dron dan kamera, bersama Hasselblad, pengeluar kamera Sweden yang terkenal dengan kamera format sederhana berkualiti tinggi dan reka bentuk ikonik, dengan bangga mengumumkan pembukaan rasmi kedai DJI | Hasselblad Experience yang pertama di Malaysia. Terletak di destinasi beli-belah ikonik di bawah Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, kedai ini kini dibuka untuk pengunjung dan peminat di Lot 117, Tingkat 1.

    Kedai DJI | Hasselblad Experience menawarkan pelbagai barisan produk yang lengkap sambil menikmati galeri karya terulung Hasselblad. Menampilkan paparan produk premium yang diatur dengan teliti, kedai ini merupakan kolaborasi modeniti dan perpaduan Kuala Lumpur dalam teknologi dan seni. Setiap pengunjung boleh merasai pengalaman ke alam fotografi teknologi tinggi dan meneroka produk fotografi yang berkualiti tinggi secara langsung.

    Majlis pembukaan ini diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu terkemuka, termasuk Mr. Mohd Libra Lee, Timbalan Pengarah Senior Malaysia Tourism; Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif DJI Malaysia; Eason Guo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DJI Malaysia; Priscilla Hiew, Pengurus Senior bahagian Peruncitan SURIA KLCC dan Charles, Pengurus Tadbir DJI bagi negara Malaysia. Kehadiran mereka membuktikan kepentingan bagi menuju ke arah masa depan yang lebih unggul buat negara Malaysia.

    Kedai ini menampilkan kamera terkini Hasselblad, termasuk 907X 100C, kamera digital tanpa cermin format sederhana (Mirrorless Medium Format) yang menggabungkan reka bentuk vintage dengan prestasi moden; X2D 100C, yang terkenal dengan kualiti imej yang luar biasa dan julat dinamiknya; serta edisi terhad 907X 50C 80th Anniversary Edition, yang meraikan warisan unik untuk Hasselblad. Selain itu, kedai ini mempamerkan inovasi terkini DJI, termasuk DJI Osmo Pocket 3, kamera gimbal genggam kompak berkuasa tinggi; dan DJI Avata 2, dron canggih yang direka untuk pengalaman udara yang langsung.

    Majlis pembukaan yang menjadi sambutan ini didatangkan dengan diskaun sebanyak 5% untuk sesetengah produk, pertunjukan tarian singa, dan demonstrasi dron secara langsung. Majlis ini juga dilengkapi dengan workshop yang diterajui oleh pakar dalam industri dron dan kamera dengan memberikan tunjuk ajar berharga dan pengalaman langsung kepada para peserta. Barisan yang panjang dapat dilihat sejurus kedai dibuka seawal 10 pagi telah menjadi bukti bahawa DJI dan Hasselblad mempunyai tempat yang istimewa bagi rakyat di Malaysia.

    Bagi meraikan majlis pembukaan DJI | Hasselblad KLCC Experience Store, kempen “Snap and Win” dilancarkan bermula dari 25 Jun sehingga 1 Julai. Semua orang dapat mengambil bahagian dengan mengunjungi kedai, mengambil gambar, mengikuti dan menanda @DJI.Malaysia dan @Hasselblad.MY di halaman Facebook & Instagram, serta membuat posting di media sosial mereka dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #DJIXHASSELBLADKLCC. Seorang pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima sebuah DJI Osmo Mobile 6 bernilai RM 639.

  • Soaring To New Heights: Aonic Launches Two New Drone Solutions

    Selaku pemain terkemuka dalam industri dron dan pengedar nasional bagi DJI Enterprise di Malaysia telah memperkenalkan usaha terbaharunya sebagai pengedar tunggal penyelesaian untuk DJI Delivery. Bagi menandakan perkembangan ketara dalam sektor logistik autonomi, Aonic muncul ke hadapan dan memperkenalkan dua penyelesaian dron inovatif iaitu DJI Dock 2, sebahagian daripada barisan produk Operasi Dron Jarak Jauh DJI Enterprise dan DJI FlyCart 30, iaitu dron pertama DJI Delivery.

    Aonic komited untuk membina ekosistem penyelesaian yang teguh dan berdaya tahan bagi mendorong perniagaan tradisional ke hadapan. Hal ini dapat dibuktikan melalui enam vertikal perniagaan Aonic iaitu Pertanian, Perindustrian, Perkhidmatan, Peruncitan, Akademi dan Gaya Hidup. Aonic mampu menyediakan penyelesaian projek turnkey, hujung ke hujung yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan dan pengguna.

    Sebagai pemain utama dalam industri dron yang berkembang pesat, Aonic membina pasukan pakar dalaman yang merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), operasi, penyelenggaraan, perkhidmatan selepas jualan dan pembangunan perisian. Berikutnya, hal ini mampu memberi ruang penyelesaian yang konsisten dan terkini kepada pelanggannya sambil menyediakan sokongan teknikal dan penyelenggaraan atas permintaan. Pada tahun 2022, Aonic telah dilantik secara rasmi sebagai Pusat Perkhidmatan Perusahaan DJI yang pertama di Malaysia. Kini, dengan pengenalan DJI Delivery, Aonic bersedia untuk mentakrifkan semula cara perniagaan melalui pendekatan operasi logistik dan penghantaran.

    “Dedikasi kami untuk menyampaikan penyelesaian hujung ke hujung dan bantuan merentasi pelbagai industri telah membawa kepada pemilihan Aonic sebagai pengedar eksklusif DJI Delivery. Melalui pendekatan bahagian khusus untuk DJI Delivery, Aonic terus menekankan komitmennya untuk menyediakan sokongan dan penyelesaian yang menyeluruh kepada perniagaan di luar sana yang ingin memiliki perkhidmatan penghantaran yang inovatif dalam melangkah ke masa hadapan,” kata Cheong Jin Xi, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Aonic.

    Aonic melancarkan dua penyelesaian dron terbaharu – DJI Dock 2 dan DJI FlyCart 30 di mana kedua-duanya berfungsi secara berbeza dan berasingan. Untuk DJI Dock 2, ia menetapkan piawai baharu untuk operasi dron automatik melalui penugasan pilihan Matrice 3D atau 3TD. Tambahan pula, model DJI Dock 2 adalah 75% lebih kecil dan 68% lebih ringan daripada pendahulunya, yang membawa kepada pemasangan yang fleksibel dan pengurangan kos di samping integrasi pelbagai sensor untuk pemantauan cuaca secara langsung. Sebagai bonus, DJI Dock 2 juga boleh mengecas pesawat daripada 20% hingga 90% dalam masa 32 minit sahaja bagi mencapai tahap kelajuan dan kecekapan pengecasan yang baharu.

    “Di DJI Enterprise, kami komited untuk memajukan teknologi dron ke skala yang lebih tinggi dalam menyampaikan kemudahalihan, kecekapan dan perkhidmatan setempat yang tiada tandingan. Berikutnya, hal ini juga mampu melangkah terus untuk memenuhi keperluan industri yang berkembang dan berkhidmat untuk membina dunia yang lebih baik dengan terus mempromosikan kemajuan manusia,” kata Holly Huo, Pengurus Jualan Asia Tenggara DJI Enterprise.

    Melihat kepada kedua-dua pilihan pesawat, model Matrice 3D secara khususnya dilengkapi dengan kamera tele dan kamera sudut lebar dengan pengatup mekanikal bagi memenuhi keperluan untuk tugas pemetaan ketepatan tinggi 1:500. Sementara itu, dron DJI Matrice 3TD pula dilengkapi dengan tiga buah kamera iaitu kamera sudut lebar, kamera tele, serta kamera inframerah. Ketiga-tiga kamera ini membolehkan penggambaran imej cahaya serta imej terma yang bersesuaian untuk operasi keselamatan dan pemeriksaan.

    Seterusnya, DJI FlyCart 30 merupakan pengangkut berat jarak jauh yang bertujuan untuk mengatasi had logistik tradisional di mana ia telah direka dengan mengambil kira keupayaan penghantaran. Bagi penggunaan dwi bateri, ia boleh merentasi sejauh 16 km dengan muatan berat maksimum 30 kilogram, manakala penggunaan satu bateri pula boleh membawa muatan berat maksimum 40 kilogram. Kedua-dua ini menjanjikan kebolehpercayaan dan keselamatan sepanjang jalan bermula daripada pelepasan sehingga pendaratan yang kukuh melalui dua mod iaitu mod Kargo dan mod Winch. Mod Kargo dan mod Winch bertujuan untuk mengambil kira jenis penghantaran barangan yang berbeza. Misalnya, Mod Kargo adalah lebih selaras dan stabil dilengkapi dengan kotak Polipropilena (EPP) yang menyokong pemuatan dan pemunggahan yang mudah. Di samping itu, dron ini juga memiliki berat dan pusat graviti yang stabil bagi memastikan pemuatan kargo seimbang untuk penerbangan yang selamat.

    Sebaliknya, mod Winch disesuaikan untuk pendekatan yang lebih fleksibel dan tepat melalui penggunaan kabel yang boleh ditarik dan dikawal, sama ada secara manual atau automatik. Bagi penggunaan mod ini, sebarang jenis kargo boleh dilepaskan secara automatik semasa mendarat (touchdown) bagi memastikan penghantaran yang selamat dan tepat. Secara keseluruhannya, DJI FlyCart 30 ialah penyelesaian pengangkutan udara yang selamat, jimat dan cekap dengan kelajuan penerbangan maksimum 20 m/s melalui penggunaan kipas gentian karbon dan keupayaan untuk menyokong penghantaran video DJI O3 sejauh 20 km.

    Untuk butiran lanjut tentang produk di atas, sila layari laman web kami di https://www.aonic.com/my/dji/dock-2/ (DJI Dock 2) dan https://www.aonic.com/my/dji/flycart-30/ (DJI FlyCart 30).

    Maklumat Ketersediaan Dan Pembelian

    Pakej Standard DJI FlyCart 30 terdiri daripada Pesawat FlyCart 30, Bateri Penerbangan Pintar DB2000, Stesen Bateri Pintar DJI C8000, DJI RC Plus (Penghantaran), Sistem Winch DJI FlyCart 30 dan Pengecas Bateri Pintar 4 Saluran 2600W – PART01 – Kabel AC (Versi Amerika).

    Untuk DJI Dock 2, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih antara himpunan dron DJI Matrice 3D atau DJI Matrice 3TD, termasuk Bateri Penerbangan Pintar Siri 3D DJI Matrice, Kit Pengecasan 3D DJI Matrice dan Siri Propeller 3D DJI Matrice.

    Hubungi kami untuk maklumat lanjut melalui sales.my@aonic.com atau +60 16 285 2900.

     

     

  • THE FUTURE OF CINEMATIC FILMING: INTRODUCING DJI’S OSMO POCKET 3.

    DJI, a pioneer in civilian drones and advanced camera technology, is thrilled to introduce the Osmo Pocket 3, a versatile compact gimbal camera. It features a powerful 1-inch CMOS sensor, ensuring images are captured with exceptional detail. The device comes with an intuitive 2-inch touchscreen that can be rotated for precise control, enabling seamless transitions between horizontal and vertical shooting. With the capability to deliver stunning 4K/120fps video[1], and three-axis mechanical stabilization, the Osmo Pocket 3 is equipped with an array of intelligent features, establishing itself as the ultimate companion for capturing every dynamic moment.

    “With the Osmo Pocket 3, we’ve reimagined handheld imaging, offering users a creative tool that combines precision and portability like never before. “We’re eager to witness the incredible stories and moments our users will capture with this remarkable camera, said Paul Pan, Senior Product Line Manager at DJI.

    Compact Design, Impressive Visuals

    The compact and flexible Osmo Pocket 3 is equipped with a 1-inch CMOS sensor that delivers unparalleled image quality, even in challenging lighting conditions. With the ability to shoot in 4K/120 fps, every moment can be captured with captivating clarity. Through specialized image quality optimization, Osmo Pocket 3’s night shots bring low-light scenes to life with clarity and authentic color. The camera will fine-tune the exposure for different skin tones to deliver a clear and glowing complexion in every frame. For professional-level creations, the Osmo Pocket 3 offers 10-bit D-Log M and 10-bit HLG color modes that record landscapes with remarkable detail, presenting accurate colors and vivid highlights. With 10-bit D-Log M, you can explore up to one billion colors and experience rich detail in every shot, while 10-bit HLG HDR recording provides a higher dynamic range for stunning visuals on HDR-enabled equipment.

    Intelligent Features

    Osmo Pocket 3 introduces a host of intelligent features to elevate your creative output. Its 2-inch full-color OLED rotatable touchscreen offers effortless control at your fingertips. Full-pixel fast focusing ensures sharp focus, even with quick-moving subjects, and introduces a product showcase mode for smooth live streaming and product showcasing. With its three-axis mechanical stabilization, the Osmo Pocket 3 ensures steady images even during dynamic camera movements.

    ActiveTrack 6.0 offers multiple follow modes, including Face Auto-Detect and Dynamic Framing, for cinematic-level footage. The built-in three-mic array reduces wind noise and captures omnidirectional stereo sound, providing immersive audio. DJI Mic 2 compatibility enables dual-person recording for vlogs, interviews, and livestreams. Glamour Effects 2.0 adds personalized beauty options, while Osmo Pocket 3’s automatic axis locks secure the gimbal in storage position. Osmo Pocket 3 can be charged to 80% in just 16 minutes [2]. When fully charged, it can record up to 116 minutes of 4K/60fps footage or up to 166 minutes of 1080p/24fps footage [3], giving you more time to get the shots you love.

    Creative Modes, Endless Possibilities

    Osmo Pocket 3 is a versatile creative tool that can adapt to any scenario, including live streaming in high definition and functioning as a webcam for online meetings and video chats. Its built-in timecode function streamlines post-production, ensuring that your footage syncs seamlessly between different cameras for pro-level editing and storytelling. [3]Tested in a 25°C (77°F) laboratory environment with Wi-Fi off and screen off, and should be used for reference only. Osmo Pocket 3 also offers a range of creative modes and features that are just a few taps away, including:

    • SpinShot
    • Get 180° smooth camera movements with one hand.
    • Motion Lapse
    • From sunrises to city traffic, capture the gorgeous and surreal flow of time.
    • Digital Zoom
    • Up to 4x digital zoom lets you get closer in any shot.
    • Panorama
    • Give sweeping landscapes and scenes the full detail they deserve.

     

    Edit with LightCut.

    The LightCut app effortlessly connects to your Osmo Pocket 3, offering a convenient one-tap editing feature for simple content creation. Using AI-intelligent recognition, it highlights moments from your footage and instantly generates shareable 4K videos, saving you valuable editing time. The app also boasts a diverse range of video templates, catering to various themes like vlogs, travel adventures, parties, family gatherings, pet moments, food experiences, daily life, and more.

    With LightCut, you can edit with ease and transform your raw footage into well-crafted content in seconds. Additionally, the app’s efficient editing process eliminates the need to download footage during editing, preserving valuable storage space on your smartphone.

    Accessories that Unleash Imagination [4]

    Elevate your Osmo Pocket 3 experience with a selection of versatile accessories designed to complement your creativity:

    • Osmo Pocket 3 Black Mist Filter
    • The Black Mist Filter adopts a magnetic design for easy mounting. It can control highlight flares and soften skin tones, giving you a unique and captivating look.
    • Osmo Pocket 3 Wide-Angle Lens
    • Attach the wide-angle lens to expand the FOV to 108° and capture more in every frame. Its magnetic design allows for quick, convenient attachment and detachment.
    • Osmo Mini Tripod
    • The Mini Tripod is flexible, portable, and equipped with a 1/4″-20 screw for expansion.
    • Osmo Pocket 3 Battery Handle
    • The Battery Handle has a built-in 950mAh battery, which can increase the operating time by approximately 62% when connected to the Pocket 3. [5] It supports hot swapping and comes with a USB-C port that can be used to connect external audio devices. The 1/4″ thread at the bottom can connect accessories like tripods.
    • DJI Mic 2 Transmitter
    • The DJI Mic 2 transmitter ensures clear sound recording to deliver pro-level audio quality. One transmitter has an operating time of six hours and comes with 8 GB of internal storage, which can store up to 14 hours of 48 kHz 24-bit audio without compression.
    • Osmo Pocket 3 Magnetic ND Filters Set
    • The Magnetic ND Filters Set includes ND16, ND64, and ND256 filters. A magnetic design facilitates easy attachment and detachment.
    • Osmo Pocket 3 Expansion Adapter
    • The Expansion Adapter can expand to fit a cold shoe and an action camera port.
    • Osmo Pocket 3 Carrying Bag
    • Designed specifically for the Creator Combo, the carrying bag ensures convenient storage of all your devices and accessories.

    [5] Tested in a 25°C (77°F) laboratory environment, the fully charged battery handle can increase the operating time by approximately 62% when connected to the Osmo Pocket 3 (an additional 103-min operating time at 1080p/24fps). This data should be used for reference only.

    Pricing and availability

    The Osmo Pocket 3 is available to order from DJI Experience Stores, Shopee, and Lazada with shipping starting today, October 25, 2023, in the following configurations:

    OSMO POCKET 3 – RM2299

    OSMO POCKET 3 CREATOR COMBO – RM2959

    • Osmo Pocket 3

    • A Type-C to Type-C PD Cable

    • Osmo Pocket 3 Protective Cover

    • DJI Wrist Strap

    • Osmo Pocket 3 Handle With 1/4″ Thread

    • Osmo Pocket 3

    • A Type-C to Type-C PD Cable

    • Osmo Pocket 3 Protective Cover

    • DJI Wrist Strap

    • Osmo Pocket 3 Handle With 1/4″ Thread

    • DJI Mic 2 Transmitter (Shadow Black)

    • DJI Mic 2 Windscreen

    • DJI Mic 2 Clip Magnet

    • Osmo Pocket 3 Battery Handle

    • Osmo Mini Tripod

    • Osmo Pocket 3 Carrying Bag

    For more information on all the new features, accessories, and capabilities, please visit: https://www.dji.com/osmo-pocket-3

    Images and assets can be found at this link: bit.ly/dji-osmo-pocket-3