Tag: #DigitalContent

  • Fenomena K-Drama Vertikal Paling Ketagih Kini Di Tonton!

    Fenomena K-Drama Vertikal Paling Ketagih Kini Di Tonton!

    Platform penstriman popular, Tonton terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi hiburan pilihan ramai menerusi pelancaran inisiatif terbaharu, Tonton Vertical: K-Daebak, yang menampilkan koleksi siri K-Drama dalam format vertikal khusus untuk tontonan mudah alih. Selari dengan perubahan gaya hidup digital yang semakin pantas, format episod pendek berdurasi sekitar satu hingga dua minit ini menawarkan pengalaman lebih ringkas, padat dan mesra pengguna, sambil mengekalkan elemen penceritaan yang dramatik dan menghiburkan. Bermula 1 April 2026, sebanyak sembilan judul baharu diperkenalkan merangkumi pelbagai genre seperti romantik, komedi, saspens dan fantasi, dengan jalan cerita penuh emosi serta plot twist menarik yang sesuai untuk penonton moden. Antara tarikan utama termasuk kisah cinta fantasi, konflik hubungan, misteri dan elemen balas dendam yang dipersembahkan dalam gaya segar dan pantas. Lebih menarik, Tonton akan memperkenalkan satu siri baharu setiap minggu dengan sasaran sehingga 60 siri setahun, memastikan kandungan sentiasa relevan dan terkini. Penonton juga boleh menikmati 10 episod pertama secara percuma sebelum melanggan untuk akses penuh, lengkap dengan sarikata dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina bagi memperluas capaian. Pelancaran ini bukan sahaja menambah variasi kandungan, malah mencerminkan evolusi cara penonton menikmati drama dalam era digital—lebih fleksibel, pantas dan mengikut keperluan semasa.