Tag: #CheeseLoversUnite

  • Domino’s Lancar Piza Mac & Cheesy Pertama di Malaysia!

    Domino’s Lancar Piza Mac & Cheesy Pertama di Malaysia!

    Domino’s sekali lagi membuktikan komitmennya dalam mencipta kelainan dengan memperkenalkan inovasi piza terbaharu yang memikat – Piza Mac & Cheesy. Menggabungkan dua hidangan ikonik yang digemari ramai, piza dan makaroni keju, sajian baharu ini menjanjikan pengalaman rasa yang luar biasa dalam setiap gigitan.

    Dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai 2025, Piza Mac & Cheesy hadir dengan adunan doh segar yang diuli setiap hari, disapu dengan sos keju yang mewah dan dilengkapi makaroni berkrim bersama keju mozarela yang boleh ‘ditarik’. Rasa unik ini disempurnakan dengan sentuhan akhir rumpai laut, menambahkan aroma dan rasa yang menyelerakan. Antara pilihan perisa yang ditawarkan termasuk Original Mac & Cheesy yang membawa rasa klasik dan memuaskan, Mushroom Mac & Cheesy yang menyajikan gabungan cendawan dan keju dengan cita rasa semula jadi, serta Spicy Beef Mac & Cheesy yang memberikan ledakan rasa dengan daging berempah, sos cili merah dan taburan cili jeruk yang menggoda.

    Bagi menambah lagi kenikmatan, pelanggan boleh memilih untuk menambah Ultimate Sausage Crust – kerak piza berisi sosej premium bagi menjadikan setiap hidangan lebih padat dan mengenyangkan, sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes berkata bahawa rakyat Malaysia sememangnya penggemar keju tegar dan ini terbukti melalui sambutan luar biasa terhadap pelbagai inovasi berasaskan keju sebelum ini, termasuk Mega Cheese pada 2022, serta Cheese Volcano dan World Cheese yang dilancarkan pada 2024. Beliau menambah bahawa Piza Mac & Cheesy adalah kesinambungan daripada kejayaan tersebut dan direka khusus untuk memenuhi citarasa tempatan yang gemarkan sesuatu yang berkrim, lazat dan inovatif.

    Piza Mac & Cheesy boleh dinikmati bermula pada harga serendah RM7.90 untuk saiz Personal. Untuk pilihan Ultimate Sausage Crust, pelanggan hanya perlu menambah RM6 bagi piza bersaiz Regular dan RM9 untuk saiz Large. Sebagai tambahan menarik, dari 22 hingga 27 Julai 2025, pelanggan yang membeli kombo Beli 1 Percuma 2 berpeluang menambah Piza Mac & Cheesy saiz Personal dengan hanya tambahan RM1.99, eksklusif di laman web dan aplikasi mudah alih Domino’s.

    Kini tersedia di semua cawangan Domino’s di seluruh negara, Piza Mac & Cheesy bukan sekadar sajian piza baharu, tetapi simbol kreativiti dalam menyatukan dua makanan kegemaran ramai. Sama ada anda pencinta piza, peminat makaroni keju atau sekadar mencari kelainan, inilah masa terbaik untuk mencubanya. Buat pesanan hari ini melalui laman web rasmi, aplikasi mudah alih atau terus ke cawangan Domino’s berhampiran anda. Untuk maklumat lanjut dan tawaran terkini, ikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram atau layari www.dominos.com.my.