HONOR Malaysia meraikan khidmat dan pengorbanan anggota bomba melalui pengiktirafan telefon pintar HONOR X9d 5G sebagai pilihan utama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Majlis penghargaan yang berlangsung di ibu pejabat JBPM, Putrajaya ini turut dihadiri anggota serta pegawai bomba bersama rakan media, sekali gus menandakan simbolik penghargaan terhadap keberanian dan dedikasi wira negara.
HONOR X9d 5G tampil sebagai peranti serba tahan, direka untuk mengharungi cabaran ekstrem yang menjadi rutin seharian anggota bomba. Model ini menyerlah dengan varian warna merah keperangan, Reddish Brown, yang seiring dengan gelaran ikonik ‘Wira Merah’ bagi pasukan bomba Malaysia. Keupayaan lasak peranti ini menjadikannya pilihan tepat buat mereka yang memerlukan telefon pintar mampu bertahan dalam pelbagai situasi.

Dengan ketahanan luar biasa, HONOR X9d 5G dilengkapi penarafan kalis air IP69K, Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS, serta Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun yang merupakan pertama di Malaysia. Ia turut disokong dengan Perlindungan Retak Depan dan Belakang selama 365 hari dan Waranti Lanjutan 1 Tahun, menjadikan ia peranti yang menawarkan perlindungan paling komprehensif di pasaran.
Selain lasak, HONOR X9d 5G membawa enam peningkatan utama yang menjadikannya berbaloi dimiliki oleh sesiapa sahaja, termasuk anggota bomba. Ia hadir dengan bateri berkapasiti besar 8,300mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari, paparan OLED 6.79 inci beresolusi 1.5K dengan kecerahan maksimum 6,000 nits, serta cipset Snapdragon 6 Gen 4 untuk prestasi dan kecekapan lebih mantap. Kualiti audio juga dipertingkatkan melalui pembesar suara stereo dwi bass dengan bunyi sehingga 400%. Menariknya, semua ciri ini ditawarkan pada harga bermula RM1,499, sama seperti model terdahulu.

Sebagai tanda penghargaan, HONOR Malaysia mengumumkan tawaran diskaun eksklusif sebanyak 15% kepada anggota bomba seluruh negara. Tawaran ini boleh ditebus bermula 10 Oktober menerusi laman web rasmi HONOR dengan menggunakan alamat e-mel rasmi JBPM. Setiap pembelian HONOR X9d 5G didatangkan bersama hadiah percuma bernilai RM946, termasuk jam tangan pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun, serta Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.
HONOR X9d 5G tersedia dalam empat pilihan warna menarik iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Ia ditawarkan dalam dua varian storan, iaitu 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB pada harga RM1,499 serta 512GB pada harga RM1,699. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my/.
