MELILEA (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan BINTANG SUARA MELILEA 2026, sebuah inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MELILEA yang bertujuan mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam kalangan generasi muda.
Lebih daripada sekadar pertandingan pencarian bakat, BINTANG SUARA MELILEA 2026 dirangka sebagai platform pembangunan potensi yang memberikan peluang kepada generasi muda di seluruh Malaysia untuk membina keyakinan diri, mendapatkan pendedahan terhadap industri serta mengembangkan bakat dan kebolehan melalui saluran yang positif, berdisiplin dan berintegriti.
Membawa tagline “IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA”, program ini mengajak golongan muda untuk berani mengejar impian, menyuarakan bakat dan potensi yang dimiliki serta melihat setiap peluang sebagai satu langkah untuk membina masa depan yang lebih baik.
Tagline tersebut mencerminkan aspirasi program yang bukan sekadar mahu mencari seorang pemenang, tetapi membuka ruang kepada setiap peserta untuk mengenali kekuatan diri, membina keyakinan dan mengembangkan bakat yang dimiliki ke tahap lebih tinggi.
Inisiatif ini turut mencerminkan falsafah MELILEA untuk “Transforming Lives”, iaitu membantu individu mengenal potensi diri, membina keyakinan serta mencipta peluang untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna. MELILEA meletakkan “Transforming People’s Lives, Transforming The World” sebagai visinya, di samping memberi penekanan kepada nilai integriti, pencapaian, pendidikan dan nilai diri.
Bagi MELILEA, kejayaan tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata, tetapi turut memerlukan usaha, disiplin, ketekunan, bimbingan dan keberanian untuk mengambil peluang.
Melalui BINTANG SUARA MELILEA 2026, para peserta bukan sahaja diberikan ruang untuk menunjukkan kebolehan, malah berpeluang mendapatkan pendedahan industri dan panduan profesional daripada penggiat industri yang berpengalaman.
Program ini dilaksanakan melalui kolaborasi strategik bersama SWYM Entertainment Group, sebuah organisasi yang mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan dan pengurusan bakat seni.

SWYM Entertainment Group diterajui Encik Ong Peng Chu, seorang penggiat industri yang berpengalaman dalam pembangunan bakat dan pengurusan artis. Antara penglibatan beliau termasuk membantu penyanyi Malaysia seperti Shila Amzah dan Jeryl Lee Pei Ling mengembangkan kerjaya serta mendapat pendedahan di pasaran hiburan China.
Pengalaman tersebut memberikan nilai tambah kepada BINTANG SUARA MELILEA 2026 kerana para peserta bukan sahaja diberikan pentas untuk mengetengahkan bakat, tetapi turut berpeluang memperoleh panduan, pendedahan industri dan perspektif profesional mengenai perjalanan membina kerjaya dalam bidang muzik dan hiburan.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Neo Gendang Studio yang diterajui Edrie Hashim, komposer, pengarah muzik dan gitaris daripada kumpulan Wings. Penglibatan Edrie Hashim bersama penggiat industri lain mencerminkan kesungguhan MELILEA dalam menyediakan ekosistem pembangunan bakat yang lebih tersusun, profesional dan mempunyai hala tuju yang jelas.
Pengasas dan Pengerusi Kumpulan MELILEA International Group of Companies, Datuk Prof. Dr. Alan Wong berkata, falsafah MELILEA sentiasa berteraskan kepercayaan bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk membina kehidupan yang lebih baik apabila diberikan peluang, sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.
“Sejak penubuhan MELILEA, kami sentiasa percaya bahawa perniagaan bukan hanya mengenai keuntungan. Yang lebih penting ialah bagaimana kita dapat memberi nilai, membuka peluang dan membantu seseorang mentransformasi kehidupan mereka. Inilah yang menjadi asas kepada falsafah MELILEA, ‘Transforming Lives’.”
Menurut beliau, BINTANG SUARA MELILEA 2026 membawa falsafah tersebut ke dalam sebuah platform yang memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali dan mengembangkan potensi diri.
“Melalui BINTANG SUARA MELILEA 2026, kami membawa falsafah tersebut ke dalam sebuah platform yang memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali dan mengembangkan potensi diri. Sebab itu kami memilih tagline ‘IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA’ – kerana kami percaya setiap individu mempunyai impian, setiap individu mempunyai suara dan setiap individu berhak membina masa depan yang lebih baik.”
Beliau menegaskan bahawa program tersebut bukan sekadar pertandingan untuk mencari pemenang, sebaliknya merupakan sebahagian daripada usaha MELILEA untuk “Transforming Lives” melalui peluang, pengalaman, bimbingan dan sokongan.
“Setiap bakat mempunyai nilai, tetapi bakat itu perlu dibangunkan dengan disiplin, usaha, integriti dan bimbingan yang betul. Jika melalui platform ini kita dapat membantu seseorang membina keyakinan, menemui potensi diri dan membuka peluang baharu dalam kehidupan mereka, maka itulah makna sebenar ‘Transforming Lives’ bagi MELILEA.”
Menurut beliau, peluang yang diberikan kepada golongan muda juga perlu dilihat sebagai satu bentuk pelaburan terhadap masa depan masyarakat dan negara.
“Kami percaya bahawa setiap individu berhak mendapat peluang untuk berjaya tanpa mengira latar belakang. Apabila seseorang diberikan ruang untuk menyerlahkan kebolehan mereka, dibimbing dengan baik dan diberi keyakinan, perubahan itu bukan sahaja boleh mengubah kehidupan individu tersebut, malah boleh memberi kesan positif kepada keluarga dan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, selaku rakan penganjur bersama dan juri BINTANG SUARA MELILEA 2026, Ong Peng Chu merakamkan penghargaan kepada MELILEA kerana memberi kepercayaan untuk bersama-sama menjayakan inisiatif yang membuka ruang kepada generasi muda di seluruh Malaysia untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka dalam bidang nyanyian.
“Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada MELILEA kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi rakan penganjur bersama serta juri bagi BINTANG SUARA MELILEA 2026.”
Beliau menyifatkan tagline “IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA” sangat tepat dengan semangat program tersebut.
“Setiap penyanyi bermula dengan sebuah impian, kemudian mereka perlu berani menggunakan suara dan bakat yang dimiliki untuk mendapatkan peluang. Daripada peluang itulah, mereka boleh membina pengalaman dan membuka laluan kepada masa depan yang lebih baik dalam bidang yang mereka minati.”
Berkecimpung dalam industri muzik selama lebih 40 tahun, Ong Peng Chu turut menjelaskan bahawa beliau sentiasa melihat pertandingan nyanyian sebagai satu platform untuk mengenal pasti dan membuka peluang kepada bakat baharu.
“Bagi saya, pertandingan nyanyian bukan sekadar soal menang atau kalah. Yang lebih penting ialah memberi peluang kepada mereka yang mempunyai bakat dan potensi untuk didengari, dilihat dan diberikan ruang untuk melangkah lebih jauh dalam industri muzik.”
Beliau turut menyeru kepada semua pencinta muzik dan mereka yang merasakan mempunyai bakat agar tidak teragak-agak untuk tampil mencuba.
“Kalau anda rasa anda mempunyai bakat, potensi atau sekadar sangat mencintai dunia nyanyian, jangan hanya menyanyi seorang diri di rumah. Apabila peluang datang, beranilah untuk tampil ke hadapan.”
“Rebutlah peluang untuk menyertai BINTANG SUARA MELILEA 2026. Biarkan kami mendengar suara anda, melihat bakat anda dan mengenali potensi anda. Mana tahu, suara baharu yang sedang kami cari mungkin adalah suara anda.”
Selain peluang memenangi hadiah wang tunai, para peserta turut berpeluang menerima produk-produk kesihatan serta mendapat pendedahan kepada peluang dan pentas yang lebih luas.
“Pentas sudah tersedia, mikrofon juga sudah tersedia. Kini kami hanya menantikan anda. Saya amat menantikan lebih ramai pencinta muzik dan mereka yang berani mengejar impian untuk tampil di pentas BINTANG SUARA MELILEEA 2026. Jangan lepaskan peluang ini – kami sedang menunggu anda!”
BINTANG SUARA MELILEA 2026 memberi penekanan kepada pembangunan peserta secara menyeluruh dan bukan hanya kepada keputusan pertandingan. Antara matlamat utama program ini ialah mencungkil dan mengetengahkan bakat baharu dalam kalangan generasi muda, membina keyakinan diri dan keberanian untuk mengejar impian, menyediakan pendedahan serta bimbingan daripada penggiat industri yang berpengalaman, menggalakkan generasi muda memilih landasan yang positif, berdisiplin dan bertanggungjawab, memperkukuh nilai ketekunan, integriti, kreativiti dan daya tahan serta membuka peluang kepada bakat tempatan untuk berkembang ke tahap lebih tinggi, termasuk pendedahan di peringkat serantau dan antarabangsa.

MELILEA melihat kejayaan program bukan semata-mata berdasarkan siapa yang muncul sebagai juara, tetapi sejauh mana peserta dapat berkembang dari segi keyakinan diri, kemahiran, pengalaman dan pemahaman terhadap dunia profesional.
Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, MELILEA berharap BINTANG SUARA MELILEA 2026 dapat menjadi salah satu usaha sektor korporat dalam menyokong pembangunan generasi muda yang kreatif, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai jati diri dan berani membawa bakat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
MELILEA percaya bahawa generasi muda perlu diberikan bukan sahaja peluang untuk bermimpi, tetapi juga akses kepada pengalaman, bimbingan dan persekitaran yang dapat membantu mereka membina masa depan.
BINTANG SUARA MELILEA 2026 membawa satu mesej yang jelas bahawa impian perlu disertai keberanian, bakat perlu disertai usaha, dan kejayaan perlu dibina dengan disiplin serta integriti.
