Tag: #beauty

  • Hannah Delisha: Artis Serba Boleh yang Mencuri Perhatian, Kini Duta Produk Kecantikan Conboo – 2024

    Hannah Delisha: Artis Serba Boleh yang Mencuri Perhatian, Kini Duta Produk Kecantikan Conboo – 2024

    Hannah Delisha, nama yang sinonim dengan bakat, keanggunan, dan serba boleh, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang yang bersinar dalam industri hiburan Malaysia.

    Dari pentas nyanyian ke layar perak, dan kini sebagai duta kepada produk kecantikan, Hannah Delisha membuktikan bahawa dirinya bukan sahaja seorang artis yang berbakat, tetapi juga seorang ikon gaya hidup yang berwibawa.

    Dengan setiap langkah yang diambil, Hannah Delisha semakin menyerlah, mengukir nama sebagai figura serba boleh yang tiada tandingan.

    Sebagai seorang penyanyi, Hannah memulakan perjalanan seni dengan lagu-lagu yang menjadi kegemaran ramai. Vokalnya yang unik dan penuh emosi, digandingkan dengan melodi yang memikat, membuatkan setiap lagu yang dinyanyikan meresap ke jiwa pendengar.

    Kejayaannya dalam bidang muzik menjadi batu loncatan untuk Hannah meneroka dunia lakonan, di mana beliau berjaya memegang watak-watak yang mencabar dan berkesan dalam pelbagai drama dan filem.

    Dari watak gadis polos hingga heroin penuh emosi, Hannah membuktikan bahawa dirinya mampu menakluki apa sahaja cabang seni yang diceburinya.

    Namun, kecemerlangan Hannah tidak terhenti di situ. Dalam era digital yang serba pantas ini, pengaruh Hannah melangkaui skrin dan radio. Keanggunan dan daya tarikannya menjadikannya pilihan utama bagi banyak jenama terkenal untuk dijadikan duta.

    Terbaharu, Hannah dilantik sebagai duta produk kecantikan Conboo, yang semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. Conboo, yang terkenal dengan produk Beau3 Milk, menawarkan kebaikan semula jadi yang sesuai untuk semua golongan.

    Ramuan seperti madu Manuka, ekstrak sarang burung, dan serbuk mutiara adalah antara rahsia yang menjadikan produk ini pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kesihatan dan kecantikan dari dalam.

    hannah delisha

    Hannah mengakui bahawa pelantikan sebagai duta Conboo bukanlah keputusan yang diambil ringan. “Saya sentiasa memastikan setiap tawaran yang diterima bukan sahaja membawa manfaat kepada saya, tetapi juga selaras dengan nilai dan prinsip peribadi.

    Produk Conboo benar-benar menepati piawaian saya selepas saya mencuba Beau3 Milk dan melihat sendiri hasilnya,” jelas Hannah. Ketelitian ini mencerminkan dedikasinya untuk menjaga reputasi, tidak hanya sebagai artis, tetapi juga sebagai ikon yang dipercayai dan dihormati.

    Selain dari kecemerlangan dalam karier seni, Hannah juga dikenali sebagai seorang yang menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya.

    Ketika ditanya tentang dirinya yang dianggap sebagai wajah pelaris untuk jenama yang diwakilinya, Hannah dengan rendah hati menjawab, “Alhamdulillah, saya bersyukur jika dapat membantu meningkatkan jenama yang saya wakili. Namun, saya percaya bahawa kejayaan sesebuah jenama adalah hasil usaha bersama dan kolaborasi yang baik antara semua pihak yang terlibat.”

    Sikap rendah hati ini menambah lagi keanggunan Hannah, menjadikannya figura yang semakin dicintai oleh peminat dan dihormati oleh rakan industri.

    Sebagai seorang artis serba boleh, Hannah Delisha bukan sahaja menyinar dengan bakat seni yang luar biasa, tetapi juga dengan nilai-nilai murni yang dijunjungnya.

    Kejayaannya dalam pelbagai bidang membuktikan bahawa dirinya lebih daripada sekadar bintang; beliau adalah inspirasi dan simbol kecantikan dari dalam dan luar.

    Dengan pelantikan sebagai duta Conboo, Hannah tidak hanya mempromosikan produk kecantikan, tetapi juga menyebarkan mesej tentang kepercayaan diri dan gaya hidup sihat yang boleh dicontohi semua. Ini menjadikan Hannah Delisha sebagai ikon masa kini yang mampu memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

  • La Roche-Posay Perkenalkan MELA B3 dengan Molekul Melasyl™ Kelas Pertama

    La Roche-Posay Perkenalkan MELA B3 dengan Molekul Melasyl™ Kelas Pertama

    La Roche-Posay memperkenalkan rangkaian produk baharu MELA B3 yang menampilkan inovasi terbesar L’Oréal dalam pigmentasi, Melasyl™. Kemajuan ini adalah hasil daripada 18 tahun penyelidikan dan penapisan lebih 100,000 molekul, yang membawa kepada penemuan bahan aktif penuh spektrum dalam sains pigmentasi ini.

    Pertama  kali  dibentangkan  di  Kongres  Dermatologi  Dunia  2023,  Melasyl™  diperkenalkan bersama hasil kajian epidemiologi yang pertama melibatkan 48,000 peserta dari 34 negara di seluruh benua. Kajian tersebut mendedahkan penyebaran luas masalah pigmentasi di seluruh dunia dan kesan ketara terhadap kualiti hidup dan stigma. Antara penemuan tersebut, 50% melaporkan mengalami suatu bentuk gangguan pigmentasi seperti Noda Matahari, Hiperpigmentasi Pascainflamasi (Post-inflammatory hyperpigmentation, PIH) dan Melasma.

    Barisan produk MELA B3 meraikan era baru dalam rawatan hiperpigmentasi, menangani pelbagai masalah kulit dan mempengaruhi jutaan orang di seluruh dunia serta memberi kesan mendalam terhadap penampilan dan kesihatan mental. Dalam satu kajian oleh La Roche- Posay, 22% daripada responden berasa kurang disayangi oleh keluarga dan rakan-rakan, 19% menyatakan mereka telah memalukan keluarga dan saudara-mara, dan 20% merasa dijauhi oleh pasangan disebabkan stigma sosial yang kuat terhadap masalah pigmentasi.

    MELA B3 menampilkan manfaat utama seperti anti-radang untuk mengurangkan keradangan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV dan pencemaran, pembaharuan kulit dan pengelupasan sel-sel mati untuk menggalakkan pembaharuan sel dan mengurangkan bintik gelap, serta perlindungan antioksidan untuk melindungi daripada radikal bebas yang merangsang penghasilan melanin.

    Sebagai salah satu keadaan kulit yang paling kompleks untuk difahami dan dirawat, L’Oréal dan La Roche-Posay tampil dalam bentuk Melasyl™, sebuah molekul baharu dengan tindakan yang unik untuk mengatasi pigmentasi. Molekul terobosan ini, yang dipatenkan secara meluas, mempunyai kaedah tindakan yang unik dengan memintas melanin berlebihan sebelum sampai ke permukaan kulit, memerangkap prekursor melanin. Kesannya, hasil yang ketara dalam tempoh seawal satu minggu dapat dilihat.

    Pengurus Besar Bahagian Kecantikan Dermatologi L’Oréal Malaysia (L’Oréal Malaysia’s Dermatological Beauty Division), Ashlee Ng menekankan komitmen La Roche-Posay untuk meningkatkan kesihatan kulit melalui penjagaan kulit yang disokong oleh sains dan kepakaran dermatologi. “La Roche-Posay sentiasa komited dalam bidang dermatologi. Kami berusaha untuk memberi yang terbaik dalam sains penjagaan kulit dan menerajui penemuan baharu untuk pengguna kami dengan kerjasama pakar dermatologi. Pengenalan rangkaian produk MELA B3, yang menampilkan Melasyl™, menunjukkan langkah penting ke arah ini. Kami percaya bahawa formula baru ini akan memberikan impak transformasi kepada pengguna kami, bukan sahaja membantu mengatasi hiperpigmentasi tetapi juga memperbaiki kesihatan kulit secara menyeluruh.”

    Tambahnya, “Dengan gabungan Melasyl™, Niacinamide, dan Mata Air Terma La Roche-Posay, rangkaian produk MELA B3 amat berkesan. Setelah pengguna mencapai hasil yang diingini, mereka boleh berasa yakin kerana MELA B3 telah diuji dengan keberkesanan mencegah mudarat lebih besar, secara signifikan mengurangkan hiperpigmentasi berulang.

    Selain itu, produk-produk kami sesuai untuk kulit sensitif kerana setiap produk La Roche- Posay telah diuji secara menyeluruh, memastikan keselamatan dan keberkesanan. Bahagian Kecantikan Dermatologi L’Oréal (L’Oréal Dermatological Beauty Division) dengan bangganya memberi akses kepada pengguna dengan inovasi terkini.”

    Untuk meningkatkan kesedaran mengenai hiperpigmentasi semasa pelancaran Mela B3, Pakar Dermatologi dari Subang Jaya Medical Centre, Dr. Ch’ng Chin Chwen, berkongsi pelbagai punca dan kesan hiperpigmentasi serta langkah-langkah pencegahan. Beliau juga menepis beberapa mitos mengenai hiperpigmentasi untuk memberi gambaran jelas kepada hadirin tentang keadaan kulit tersebut.

    Pembantu Pengurus di L’Oreal Research & Innovation Singapura, Angeline Tay turut memaparkan   perjalanan   ciptaan   Melasyl™.   Beliau   menjelaskan   bagaimana   Melasyl™ menumpukan pigmentasi tetapi juga menghormati warna kulit semula jadi individu dan berkongsi pandangan tambahan dari penyelidikan pigmentasi L’Oreal.

    Serum MELA B3 s menawarkan penyelesaian menyeluruh yang sesuai untuk semua warna kulit. Formula inovatif ini menggabungkan Melasyl™ dengan 10% Niacinamide (Vitamin B3) dan kandungan lain untuk menangani faktor-faktor utama yang menyumbang kepada hiperpigmentasi, seperti:

    • Anti-radang: Mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh pendedahan sinar UV, pencemaran, dan faktor alam sekitar
    • Pemulihan Kulit & Pengelupasan: Mendorong peredaran sel untuk menghilangkan melanin berlebihan dan mengurangkan bintik gelap secara
    • Perlindungan Antioksidan: Melindungi daripada radikal bebas yang boleh merangsang pengeluaran
    • Penguatan Persambungan Dermo-Epidermal: Membantu mencegah penyerapan melanin di lapisan dermis, menangani bentuk-bentuk hiperpigmentasi yang lebih mencabar.

    Rangkaian MELA B3 boleh didapati di semua farmasi utama dan platform e-dagang. Dikuasakan  oleh  Melasyl™  dan  Niacinamide,  La  Roche-Posay  mempersembahkan  rutin dengan 3 langkah untuk mereka yang mengalami kesan fizikal dan mental hiperpigmentasi:

    1. Mulakan dengan MELA B3 Clarifying Micro-Peeling Gel Cleanser yang (Harga runcit: RM 89.90)
    2. Seterusnya dengan Serum MELA (Harga runcit: RM 199.90)
    3. Lengkapkan rutin anda dengan CREAM MELA B3 SPF30 yang (Harga runcit: RM 159.90)

    Bagi meraikan revolusi dalam rawatan pigmentasi, MELA B3 tampil dengan tekstur baharu yang lebih mewah dan sensorial. Gel berwarna peach ini sangat ringan di kulit, menawarkan penyerapan yang tinggi untuk hasil yang lebih cepat, dan bebas alkohol, memastikan tiada iritasi.

  • INCLUSIVITY REVOLUTION: CELEBRATING DIVERSITY AND EMPOWERING CURVY VOICES

    In a steadfast commitment to champion diversity, equity, and inclusion (DEI), plus-sized individuals are taking center stage, reshaping societal perceptions. The Women’s Empowerment Gala, a pivotal component of Miss Plus World Malaysia 2023/24, celebrates the invaluable contributions, talents, and unique perspectives of curvy women while striving to foster a more inclusive and just world.

    The Women’s Empowerment Gala, with a particular focus on Body Positivity, aims to provide a platform for meaningful conversations, knowledge sharing, and empowerment. Its goal is to raise awareness and educate on the importance of embracing diversity and inclusion. Participants will partake in enlightening discussions, hands-on workshops, and informative presentations, all underscoring the significance of embracing diversity in its many forms.

    This event is designed to instil self-assurance and create an atmosphere of empowerment for individuals from all walks of life. It’s an opportunity to revel in diversity, break down barriers, and make significant strides toward a more equitable and inclusive world.

     

    A Paradigm Shift in the Making:

    For too long, conventional beauty standards have cast a narrow and exclusionary shadow over the lives of plus-sized women. But times are changing, and this movement seeks to challenge and redefine these standards to pave the way for a brighter, more accepting future.

    Key Elements of the Forum

    • Promoting Self-Acceptance : At the heart of Forum is the promotion of self-acceptance and body positivity among plus-sized women. It encourages individuals to embrace and love their bodies, regardless of societal pressures
    • Amplifying Voices : The importance of giving voice to plus-sized women is emphasized and a platform for them to share their stories, experiences, and perspectives to create a sense of belonging and empowerment is provided.
    • Challenging Stereotypes : It challenges and deconstructs harmful stereotypes and prejudices, fostering understanding and empathy.

     

    The Way Forward

    The Forum’s goal is to create a vision for a world where all women, including plus-sized women, are not judged by their appearance but rather celebrated for their unique qualities, abilities, and diverse perspectives. It aims to shift the narrative from exclusion to inclusion and from discrimination to empowerment.

    The journey ahead may be challenging, but it is a journey worth undertaking. The collective commitment to diversity, equity, and inclusion, along with the empowerment of plus-sized women, will enrich society and lead to positive, lasting change.

     

    Partners in Wellness

    the Women Empowerment Forum and the Miss Plus World Malaysia are supported by The Atelier Clinic and Phytoscience. Atelier Clinic, as a Main Presenter, specialises in advancing beauty, health and well-being through the power of cell-based therapies. Through thorough assessments and consultations, Atelier developed tailored treatment plans that address specific concerns, whether it’s improving join function, enhancing aesthetic appearance, optimising overall health, or combating the effects of aging.

    Phytoscience, the Miss Plus World Malaysia 2023/24 Platinum Sponsor, is a global health & wellness company that stands at the forefront of product innovation and is committed to helping people take control of their health, both physically and financially. Phytoscience produces cutting edge, award-winning, scientifically proven & clinically researched wellness formulas and rewards all its distributors with one of the most lucrative and balanced financial reward plans in the industry.

     

    Women Empowerment Forum

    The Women Empowerment Forum will be happening on the 19th of October 2023 at 2pm to 5pm at the Whydham Grand Bangsar KL.

    For more information, please contact Megan Tan at 019 241 8298.