Tag: AnwarIbrahim

  • ROMBAKAN KABINET: 5 MUKA BARU DAN SATU MENTERI DIGUGURKAN

    Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan kabinet pada pukul 11 pagi tadi di pejabatnya sebelum menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan yang akan dimulakan pada pukul 2.30 petang nanti.

    Anwar juga sempat berkongsi berkenaan ahli jemaah menteri baharu yang keseluruhannya berjumlah 60 orang, namun jumlah keseluruhan ahli jemaah menteri ini masih lagi rendah jika dibandingkan dengan 70 orang barisan kabinet pada ketika pentadbiran sebelum ini.

    Justeru, terdapat lima menteri baru yang dilantik sebagai ahli jemaah menteri baru baru ini adalah, Gobind Singh Deo, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Seri Johari Ghani, Steven Sim dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Manakala, menteri yang digugurkan dari kabinet ialah YB Sivakumar a/l Varathraju.

    Jumlah keseluruhan menteri meningkat dari 28 orang ke 31 orang.

    Sementara itu, lima timbalan menteri yang baharu adalah Datuk Seri Noraini Ahmad, M Kulasegaran, Dato Ramanan, Wong Kah Wohdan Dr. Zulkifli Hassan yang menggantikan dua timbalan menteri yang digugurkan iaitu, Ramkarpal singh dan Datuk Siti Aminah Aching.

    Demikian, jumlah keseluruhan timbalan menteri meningkat daripada 27 kurang daripada 29 orang.

    Berikut adalah senarai nama dan jawatan ahli jemaah baharu bagi ahli kabinet 2024 :

    Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk seri Anwar Ibrahim

    Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

    Timbalan Menteri Kewangan: YB Lim Hui Ying

    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: YB Datuk Hajah Rubiah Wang

    Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Dato’ sri Fadhilah Yusof

    Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir

    Menteri Luar Negeri : Dato’ Seri Mohamad Hassan

    Menteri Komunikasi: YB Fahmi Fadzil

    Timbalan Menteri Komunikasi: YB Teo Nie Ching

    Menteri Pendidikan Tinggi: Dato seri Dr. Zambry Abdul Kadir

    Menteri Digital: YB Gobind Singh Deo

    Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

    Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan): YB Dr. Zaliha Mustafa

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali