Tag: #ALAMANDA

  • ALAMANDA PUTRAJAYA RAIKAN ANAK ANAK YATIM PERTUBUHAN WARISAN SUCI MENJELANG HARI RAYA AIDILFITRI

    Untuk menyebarkan keceriaan Hari Raya, Pusat Beli Belah  Alamanda menjemput beberapa anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dari  Pertubuhan Warisan Suci, Kajang untuk membeli-belah persiapan Hari Raya pada 26 Mac  2024 sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Kanak-kanak yang berusia sehingga 6 tahun itu tiba bersama Pengurus Pertubuhan Warisan  Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri, disambut mesra Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda,  Junaidy Jamaludin.

    Pihak pengurusan Alamanda kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut membeli-belah  sepasang kasut raya dan sut baju raya. Majlis menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak tersebut diberikan duit raya.

    Semasa berbuka puasa, anak-anak yatim tersebut tidak dapat menahan kegembiraan serta  kesyukuran kerana dibenarkan memilih apa sahaja yang mereka mahu dari menu makanan.

    Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, “Sebagai satu-satunya pusat  membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting  dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak  yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah  penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan  ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama  anak-anak Pertubuhan Warisan Suci.”

    Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri berkata, “Sebagai penjaga  kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah  memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut

    bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini  begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.

    Pertubuhan Warisan Suci ialah rumah kebajikan yang menyediakan tempat perlindungan  kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak yatim

  • KARNIVAL VIKIDS MENAMPILKAN AKTIVITI MENARIK BERSEMPENA CUTI SEKOLAH

    Pusat Beli Belah Alamanda kini kembali dengan Karnival VIKids yang  dinantikan oleh para pengunjung bermula dari 23 Februari sehingga 10 Mac 2024. Seiring dengan  kehadiran cuti sekolah, kempen yang bakal berlangsung selama 17 hari ini menjanjikan pengalaman  imersif buat ahli VIKids dan keluarga mereka.

    Ruang “Centre Court” diselaputi dengan suasana karnival yang meriah yang mana atmosfera karnival  tersebut dihiasi dengan khemah berwarna putih dan merah yang akan menjadi sebagai tumpuan kepada pelbagai permainanan karnival yang menyeronokkan, permainan arked dan juga aktiviti kraf serta seni bina. Kemeriahan lebih berganda dengan persembahan karnival menarik yang akan  berlangsung pada hujung minggu.

    Daya tarikan karnival tidak hanya tertumpu dengan kepelbagaian aktiviti, malahan ahli VIKids  berpeluang untuk merebut ganjaran yang menarik melalui “Shoppers Rewards Programme”.  Sebarang pembelian yang berjumlah RM300 dan ke atas yang dilakukan di mana-mana kedai terpilih  bakal menerima selimut kanak-kanak esklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.

    Untuk mengambil bahagian di karnival, ahli VIKids berpeluang menebus sekeping karnival pas harian  secara percuma bagi menyertai pelbagai aktiviti, permainan dan hadiah yang percuma. Kereta kuda  putar, permainan karnival yang menyeronokkan, gula-gula kapas dan aktiviti melukis muka  menawarkan pengalamn yang menarik buat si cilik.

    Kanak-kanak yang bukan ahli VIKids berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli dengan pembelian  yang bernilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit.

    Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna  Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids juga berpeluang untuk memenangi hadiah  menarik seperti botol air tajaan Miniso melalui Roda Hadiah.

    Pada hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menakjubkan seperti seni reka  bentuk belon yang akan dibuat oleh badut selain dari persembahan ‘juggler’ yang menarik, dan  pertunjukan ahli silap mata yang memukau.

    Francis Tan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd mengulas, “Karnival VIKids direka  khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak  semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga.  Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya

    adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada  pelanggan setia kami”.

    PUSAT BELI-BELAH MESRA MALL MEMBAWAKAN KARNIVAL VIKIDS YANG UNIK

    Pusat Beli-Belah Mesra Mall di Kemaman menganjurkan Karnival VIKids mereka bermula dari 18  hingga 22 Februari 2024, menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan dengan  kerjasama Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.

    Sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama 5 hari, “Sports Lobby” yang dimeriahkan  dengan suasana karnival yang girang dan berwarna-warni, akan menjadi sebuah taman haiwan  peliharaan di mana para keluarga berpeluang untuk berinteraksi dengan haiwan melalui sesi  memberi makan, dan pertunjukan haiwan yang menarik.

    Bermula dari 20 sehingga 22 Februari, ahli VIKids berpeluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka  melalui bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga menggunakan  kapas dan juga bengkel kraftangan membuat katak menggunakan kertas.

    Bagi pengalaman yang lebih menarik, pembeli yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu  resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus set seni atau alat tulis bagi menawarkan pengalaman cuti sekolah yang lebih kreatif.

    Pada 22 Februari, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah  berlangsung, dan pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori (4-8 tahun dan 9-12 tahun).  Peserta yang mempamerkan bakat seni mereka untuk berpeluang memenangi hamper eksklusif.

    Untuk info lanjut, layari:

    1. Alamanda – www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentreii. Mesra Mall – www.mesramall.com/ www.facebook.com/MyMesraMall
  • Redevelopment Initiates at Alamanda Putrajaya

    The retail asset management group, Suria KLCC Sdn Bhd, has revealed forward-thinking blueprints for the redevelopment of Alamanda Shopping Centre, emphasizing its unwavering dedication to delivering an unparalleled experience in the core of Putrajaya.

    Marking the first major redevelopment since the establishment of Alamanda Shopping Centre in 2004, construction commenced on June 20, 2023, with planned completion and relaunch in the fourth quarter of 2024, the future of Alamanda shines brighter than ever. This project is the largest commencement in Putrajaya this year.

    The redevelopment project will introduce an expanded retail space, accommodating a broader range of retailers to meet the diverse needs and preferences of valued customers. With a total incremental Net Lettable Area (NLA) of approximately 50,000 square feet, the mall will provide a vibrant marketplace for new and established brands elevating the shopping experience in Putrajaya.

    Enhancing the Alamanda experience there is enlarged entertainment facilities to cater to visitors of all ages. This includes additional halls at a state-of-the-art family-friendly cinema as well as the expansion of the bowling area. One of the most exciting features that Alamanda will be introducing is an adventure park at the Esplanade. This feature will provide visitors with a diverse range of recreational outdoor activities, ensuring unforgettable experiences for families and friends.

    This redevelopment project will bring about captivating enhancements to the mall’s landscaping and overall design. At the rear of the Alamanda picture a lush lawn surrounded by planters with built-in seating, creating a welcoming gathering space. Mature trees will offer shade with new activity decks built over the upper steps offering unobstructed views to the lake.

    Internally the redesigned aesthetics and layout of Alamanda will captivate visitors, offering a modern and sophisticated ambiance. The mall will feature new marble flooring throughout with new transparent glass balustrades and stainless-steel handrails, providing a clean and streamlined impression.

    The redevelopment will build spaces that foster community engagement, support retail partners, and drive increased footfall. For better accessibility, the carpark blocks will also undergo enhancements aimed at optimising traffic flow and accommodating a higher volume of visitors.

    “Alamanda Shopping Centre has always held a special place as more than just a mall – it serves as a gathering spot where family, friends, and the community come together,” said Andrew Brien, Executive Director and CEO of Suria KLCC Sdn Bhd. “With this highly anticipated redevelopment,this beloved mall will get the elevation it truly deserves. We are redefining its look and feel, infusing it with a fresh and sophisticated profile that breathes new life into its corridors. This transformative endeavour will elevate Alamanda Shopping Centre to a vibrant community hub, solidifying its position as an iconic destination in Putrajaya.”

    Strategically located and easily accessible, Alamanda Shopping Centre is connected via three major highways – the Damansara-Puchong Expressway (LDP), Maju Expressway (MEX), and PLUS Expressway. The location’s excellent connectivity makes it a prime destination for shoppers near and far. Serving a bustling catchment of over 76,000 working professionals and 147,000 students, Alamanda caters to a diverse range of demographics.