Bagaimana jika seluruh sejarah silam anda – terutama yang paling peribadi dan rahsia – boleh dilihat oleh orang lain? Itulah persoalan menakutkan yang diketengahkan dalam siri thriller fantasi Korea terbaru, S LINE, yang kini hangat mendominasi carta tontonan di seluruh Asia, dan buat julung kalinya ditayangkan secara serentak dengan Korea – eksklusif hanya di Tonton.
Memecah kelaziman naratif drama Korea, S LINE tampil berani dengan premis yang mencengkam dan penuh tanda tanya. Dibarisi pelakon gred A seperti Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee dan Arin, drama ini bukan sekadar fantasi gelap – ia adalah cermin kepada sisi gelap manusia dan persoalan moral tentang privasi, skandal, dan siapa kita sebenarnya apabila semua rahsia dibuka kepada umum.
Rahsia Terbongkar di Langit Terbuka
Dalam dunia S LINE, satu fenomena luar biasa mula mengubah hidup ramai orang: kemunculan “S LINE” – garisan merah halimunan yang menghubungkan individu yang pernah mempunyai hubungan intim. Bukan semua orang dapat melihatnya, tetapi mereka yang mampu menyaksikannya, tidak lagi melihat dunia dengan cara yang sama.
Apa yang bermula sebagai fenomena aneh berubah menjadi krisis sosial. Hubungan retak, rahsia terbongkar, dan sejarah gelap peribadi mula muncul di hadapan umum – semuanya membawa kepada satu persoalan besar: siapa yang harus bertanggungjawab apabila kebenaran itu terlalu menyakitkan untuk diterima?
Han Ji-wook: Detektif Tenang dalam Dunia yang Kacau
Lee Soo-hyuk tampil berani membawakan watak Han Ji-wook, seorang detektif misteri yang berusaha membongkar punca kewujudan fenomena ‘S LINE’. Bersamanya adalah Kyu-jin (Lee Da-hee), guru yang mampu melihat garisan merah itu, dan Shin Hyun-heup (Arin), pelajar remaja yang sudah hidup dengan kebolehan luar biasa sejak lahir.
Namun, penyiasatan mereka tidak mudah – semakin mendalam mereka menyelam, semakin banyak kes pembunuhan berantai muncul, seolah-olah S LINE adalah kunci kepada misteri pembunuh sebenar. Keadaan menjadi lebih rumit apabila mereka menemui seseorang yang langsung tidak memiliki S LINE – satu anomali yang membuka pintu kepada kebenaran yang lebih mengerikan.
Produksi Bertaraf Antarabangsa, Cerita yang Menghantui Pemikiran
Diarahkan oleh Ahn Joo-young dan diadaptasi dari webtoon hit karya Kkomabi, S LINE berjaya menggabungkan ketegangan psikologi dengan elemen visual yang memukau. Kejayaan besar turut menyusul di peringkat antarabangsa apabila drama ini tersenarai dalam pertandingan utama Festival Siri Antarabangsa Cannes ke-8, membawa pulang Anugerah Muzik Terbaik menerusi hasil ciptaan komposer berbakat, Lee Jun Oh.
Gabungan elemen teknikal cemerlang, jalan cerita yang mencabar minda dan lakonan penuh jiwa menjadikan S LINE antara siri paling mencabar dan menggugah emosi tahun ini.
Eksklusif di Tonton – Serentak dengan Korea
Dengan hanya enam episod, setiap satu berdurasi 50 minit, S LINE menyajikan pengalaman menonton yang padat, tegang dan tak terlupa. Dua episod pertama ditayangkan pada 11 Julai, diikuti dua lagi pada 18 Julai, dan bakal memuncak dengan episod akhir yang mendebarkan pada 25 Julai – kesemuanya serentak dengan Korea, eksklusif di Tonton.
Kini trending sebagai antara kandungan paling tinggi tontonan di Tonton, S LINE menandakan era baru untuk kandungan antarabangsa yang lebih berani, lebih mendalam dan lebih dekat dengan pemikiran penonton moden.
🔎 Sudah bersedia untuk merungkai misteri garisan merah?
Strim S LINE sekarang hanya di Tonton.
📲 Muat turun aplikasi atau layari www.tonton.com.my hari ini.
