Persembahan Hebat Mimifly, Datuk Ramli Sarip & Hael Husaini di Episod Keempat CSOIAM!

Konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) telah tiba, membawa penonton lebih dekat ke pentas akhir yang semakin hampir. Hanya tiga minggu lagi sebelum kita menyaksikan siapakah yang akan membawa pulang gelaran juara! Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menikmati persembahan hebat dan bakat luar biasa yang menggegar pentas CSOIAM setiap minggu!

Pada konsert minggu ini, penonton akan dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Mimifly, penyanyi yang kini sedang meniti populariti dengan lagu terbarunya, Angkat. Lagu tersebut kini viral dan mendapat perhatian ramai. Dengan suara yang penuh tenaga dan gaya yang unik, Mimifly terus mencuri perhatian dalam industri muzik tempatan. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk melihat persembahan penuh bertenaga beliau di pentas CSOIAM!

Selain itu, peserta yang paling berkilau minggu lalu, Marygrace, akan berduet dengan lagenda rock Malaysia, Datuk Ramli Sarip, dalam persembahan yang pasti menyentuh emosi para penonton. Mereka akan membawakan lagu Doa Buat Kekasih dan Nyanyian Serambi. Dengan pengalaman dan aura Papa Rock Malaysia, persembahan ini pasti menghiburkan dan memberikan kejutan! Adakah Marygrace akan berjaya memberikan persembahan yang setanding dengan lagenda ini? Nantikan hanya di Konsert Minggu Keempat!

Barisan Juri pada minggu ini terdiri daripada Cakra Khan, Dato’ Yusry dan Ziana Zain yang akan memberikan komen tajam dan bermanfaat, sementara kehadiran Hael Husaini sebagai juri jemputan akan menambahkan lagi kemeriahan suasana. Hael, yang terkenal dengan vokal penuh emosi, akan turut membuat persembahan istimewa dengan lagu Sama Seperti Dulu dan Haram di penghujung rancangan.

Konsert minggu keempat Calpis Soda One In A Million memang menjanjikan kejutan dan bakat yang pasti memukau penonton. Siapakah yang bakal mara ke peringkat seterusnya? Pastikan anda menonton di TV3 pada hari Ahad ini!

Senarai Lagu Top 8 Peserta: Minggu Keempat – Tema ‘Sinergi Muzik’

Minggu ini, tema ‘Sinergi Muzik’ yang memfokuskan kepada gabungan lagu atau Mashup bakal menggamatkan pentas CSOIAM. Berikut adalah senarai lagu yang bakal dibawakan oleh peserta pada minggu keempat:

  • Rezza Shah: Kembali Merindu & Seragam Hitam
  • Mariam: Sutera & Gila
  • Alya Mardien: Bukan Lagi Kita & Jangan Mati Rasa Itu
  • Kai Deva: Jangan Khianati Aku & Relakan Jiwa
  • Zazleen: Gelombang & Suatu Masa
  • Marygrace ft. Datuk Ramli Sarip: Doa Buat Kekasih & Nyanyian Serambi
  • Jimi: Senggol Senggolan & Drama King
  • Eylia Guntabid: Peluang Kedua & Seandainya Masih Ada Cinta

Keputusan untuk setiap minggu akan dipengaruhi oleh gabungan 60% markah dari juri profesional dan 40% undian penonton. Untuk memberikan sokongan kepada peserta kegemaran anda, terdapat tiga cara mudah untuk mengundi:

  1. Pengguna baharu boleh menikmati 10 undian percuma dengan mendaftar di Tonton!
  2. Pengguna Tonton sedia ada akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik.
  3. Anda juga boleh membeli produk Calpis di Shopee dan menebus baucar eksklusif yang memberikan 50 undian tambahan bagi setiap pembelian produk Calpis.

Jangan lepaskan peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan! Selain itu, ikuti perjalanan peserta melalui Fizz Journal bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9:00 malam. Anda akan menyaksikan detik-detik penuh cabaran dan dedikasi peserta sepanjang pertandingan.

Saksikan Keajaiban Konsert Minggu Keempat Calpis Soda One In A Million secara langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Ikuti perkembangan terkini dan gunakan hashtag #OIAM di media sosial untuk bersama kami dalam mencipta fenomena luar biasa ini.