Sempena meraikan siri animasi hebat sepanjang cuti sekolah ini, TV9 akan menganjurkan Peraduan Cuti Sekolah Jaguh Kartun khas buat penonton cilik TV9! Adik-adik jangan lepaskan peluang kerana TV9 menawarkan hadiah baucar membeli-belah bernilai sehingga RM100.
Peraduan Cuti Sekolah Jaguh Kartun ini akan berlangsung bermula dari 26 Februari 2024 hingga 8 Mac 2024 pada hari Isnin hingga Jumaat. Cara penyertaan amat mudah, adik-adik hanya perlu menonton siri animasi yang bersiaran pada pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam di TV9 sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung. Penonton hanya perlu menjawab soalan mudah yang dipaparkan di akhir episod siri animasi terpilih bersertakan slogan kreatif yang tersendiri di www.xtra.com.my/jaguhkartuntv9 sebelum 7.00 malam pada hari tersebut.
Para pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat berserta dengan slogan yang paling kreatif. Seterusnya, pengumuman pemenang akan diumumkan pada setiap hari Isnin minggu berikutnya di Instagram dan Facebook TV9Malaysia.
Ayuh! Raikan cuti sekolah adik-adik dan jangan lepaskan peluang untuk sertai Peraduan Cuti Sekolah Jaguh Kartun sambil menyaksikan siri animasi hebat seperti Mechamato, Boboiboy Galaxy Sori, Ejen Ali Musim 3, Bola Kampung X, Bima Satria Garuda, Bima-S, Beyblade Burst Evolution, Transformers: Earthspark, Mashimaro dan Zig & Sharko menerusi slot Jaguh Kartun TV9.
Kunci masa adik-adik kerana adik-adik mungkin antara pemenang bertuah yang bakal membawa pulang hadiah baucar membeli-belah bernilai sehingga RM100! Jika ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang Peraduan Cuti Sekolah Jaguh Kartun, sila layari www.xtra.com.my/jaguhkartuntv9 dan ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.