Blog

  • Keluarga Iskandar 3: Naskhah Keluarga Sarat Emosi yang Dekat di Hati Penonton

    Keluarga Iskandar 3: Naskhah Keluarga Sarat Emosi yang Dekat di Hati Penonton

    Realiti benar-benar menyentuh perasaan dalam episod keenam yang ditayangkan semalam apabila ia meninggalkan impak emosi mendalam khususnya buat peminat setia Keluarga Iskandar. Episod tersebut bukan sahaja mengundang rasa hiba, malah membuka ruang refleksi tentang nilai kekeluargaan yang sering kali dipandang ringan dalam kehidupan seharian.

    Watak Kak Ngah yang dibawakan oleh Susan Lankester sejak musim pertama dan kedua sememangnya menjadi antara nadi penting siri ini. Keperibadiannya yang tegas namun penuh kasih sayang menjadikan Kak Ngah antara watak paling disayangi penonton dan sentiasa dinantikan kemunculannya dalam setiap episod.

    Namun begitu, perjalanan watak tersebut berakhir dalam episod keenam apabila kisah pemergiannya dirungkaikan secara penuh emosi. Di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sebak, malah ramai yang mengakui menitiskan air mata ketika menyaksikan babak-babak yang menyentuh hati itu.

    Kemunculan musim ketiga jelas bukan sekadar sebuah kemunculan semula biasa. Keluarga Iskandar 3 tampil dengan pendekatan penceritaan yang lebih matang, beralih daripada komedi ringan kepada naratif realiti yang lebih dekat dengan kehidupan masyarakat masa kini.

    Kehilangan Kak Ngah menjadi simbolik kepada hakikat kehidupan bahawa setiap insan pasti akan melalui detik kehilangan orang tersayang. Namun mesej yang disampaikan bukan sekadar tentang pemergian, sebaliknya tentang kekuatan mereka yang terus melangkah dengan kenangan dan kasih sayang yang ditinggalkan.

    Keluarga Iskandar 3 bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria dan turut boleh distrim menerusi aplikasi Sooka.

  • Sujud Terakhir Encik Norman: Konflik, Pengajaran dan Drama yang Mengundang Emosi

    Sujud Terakhir Encik Norman: Konflik, Pengajaran dan Drama yang Mengundang Emosi

    Drama Sujud Terakhir Encik Norman (STEN) terus mencuri perhatian netizen dari satu episod ke satu episod, khususnya apabila ia menyentuh isu sensitif seperti penyondol dengan pendekatan berbeza yang dibawakan oleh pengarah Shahrul Ezad Mohameddin. Karya terbaharu ini sekali lagi membuktikan keberanian beliau mengangkat tema yang jarang dipersembahkan secara terbuka dalam drama televisyen tempatan.

    Sejak mula ditayangkan pada 4 Februari lalu, STEN pantas menjadi bualan ramai di media sosial. Rata-rata penonton memberikan pelbagai reaksi terhadap jalan cerita dan perkembangan watak yang dianggap berani serta di luar kebiasaan. Ada yang memuji sentuhan pengarahan yang disifatkan sentiasa “menarik dan istimewa”, manakala ada juga yang meluahkan rasa kurang setuju terhadap justifikasi watak penyondol yang cuba diberikan sisi berbeza.

    Pengarah yang turut dikenali dengan nama Budakijat itu sememangnya terkenal dengan gaya penceritaan yang sarat kejutan dan pengajaran. Menurutnya, penonton perlu mengikuti drama ini sehingga ke penghujung untuk memahami sepenuhnya mesej yang ingin disampaikan, kerana terdapat banyak lapisan emosi dan konflik yang dirungkai secara berperingkat.

    Antara elemen yang paling hangat diperkatakan ialah premis “tidak semua penyondol itu jahat” yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan penonton. Ada yang mempersoalkan logik tindakan watak-watak tertentu, manakala sebahagian lain melihatnya sebagai refleksi realiti hubungan yang kompleks. Dialog antara watak lakonan Aidil Aziz, Sharifah Sakinah dan Trisha Ooi turut menjadi tular, khususnya apabila watak Alisa yang digalas Trisha menyatakan bahawa tidak semua penyondol berniat jahat, sebaliknya didorong rasa simpati terhadap suami yang didakwa tidak dihormati isterinya. Namun, watak Emma yang dilakonkan Sharifah Sakinah membalas dengan tegas bahawa alasan tersebut tidak menghalalkan perbuatan merampas suami orang, sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

    Sujud Terakhir Encik Norman merupakan drama 28 episod terbitan Radius One yang mengangkat tema keagamaan, hubungan kekeluargaan dan pengorbanan. Drama ini bersiaran setiap Rabu dan Khamis menerusi slot DramaVaganza pada jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan Sooka.

  • Satu Pentas, Dua Legenda: Dewa 19 dan Padi Reborn Bakal Gegarkan Malaysia

    Satu Pentas, Dua Legenda: Dewa 19 dan Padi Reborn Bakal Gegarkan Malaysia

    Tiga tahun selepas pertemuan terakhir mereka pada 29 September 2023 menerusi konsert Dewa 19: A Night At The Orchestra – Chapter 5, Dewa 19 kembali meninggalkan kesan mendalam kepada para penggemar setia mereka, ‘Baladewa’, dengan hits seperti Kangen yang masih dirindui ramai. Menjelang 2026, band legenda Indonesia ini bersiap untuk menghadirkan momen baharu melalui konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia, di mana mereka akan membawakan lagu-lagu ikonik seperti Sedang Ingin Bercinta dan Roman Picisan, yang sentiasa menjadi rindu peminat. Konsert ini dijadual berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

    Konsert kali ini diadakan oleh Icon Entertainment, penggerak di sebalik kejayaan penganjuran Separuh Nafas, memastikan Dewa 19 tidak tampil kosong. Band yang diasaskan oleh Ahmad Dhani itu akan tampil bersama rakan seperjuangan mereka termasuk Andra Ramadhan, Yuke Sampurna dan Agung Yudha. Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, menjelaskan bahawa Malaysia memiliki tempat istimewa di hati Dewa 19 kerana hubungan yang terjalin dengan para penggemar mereka di negara ini. Selepas berbincang dan mencapai kata sepakat, konsert dinamakan Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia sebagai penghormatan kepada cinta yang terus tertinggal di hati Baladewa.

    Konsert ini bakal menampilkan tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Ari Lasso, Virzha, dan Marcello Tahitoe atau Ello, bersama Tyo Nugros. Lebih menarik, buat julung kali, Icon Entertainment membawa Padi Reborn sebagai penampilan khas, menjadikan persembahan ini satu platform istimewa yang menyatukan dua band legenda Indonesia di atas satu pentas. Iman Tang berkata, “Dewa 19 dan Padi Reborn bakal menebarkan satu perasaan dan cinta yang sama, menjadikan konsert ini sangat signifikan bagi para Baladewa dan Sobat Padi.”

    Konsep persembahan menekankan kasmaran dan mesej cinta, seiring tema lagu-lagu mereka yang hits seperti Kasih Tak Sampai, Begitu Indah, dan Menanti Sebuah Jawaban. Axiata Arena pada 6 Jun 2026 dijangka dipenuhi aura “Sedang Ingin Bercinta”, sambil peminat menyaksikan gabungan karisma dan pesona kedua-dua band. Tema pakaian bagi peminat juga mudah dan menonjolkan sisi asli mereka sebagai peminat sejati: T-shirt band asli Dewa 19 atau Padi Reborn, menjadikan pengalaman konsert lebih intim dan bermakna.

    Tiket konsert akan mula dijual pada Jumaat, 27 Februari 2026, jam 11 pagi melalui pautan www.ticket2u.com.my/dewa19 dengan kategori dan harga berikut: RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), dan RM488 (Sedang Ingin Bercinta). Dengan persembahan Dewa 19 dan Padi Reborn, konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia dijangka mencipta fenomena baharu, menghidupkan Axiata Arena dengan semangat persahabatan, cinta, dan muzik yang menyatukan peminat.

    Maklumat Konsert:
    Artis: Dewa 19 bersama Ari Lasso, Virzha, Marcello Tahitoe, Tyo Nugros
    Penampilan khas: Padi Reborn
    Acara: Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia
    Tarikh: 6 Jun 2026
    Lokasi: Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur
    Masa: 8 malam
    Penganjur: Icon Entertainment
    Kategori & Harga tiket: RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), RM488 (Sedang Ingin Bercinta)
    Pembelian tiket: Tiket mula dijual pada 27 Februari 2026, jam 11 pagi di www.ticket2u.com.my/dewa19

  • Heritage Valley KL Lancar Buffet Ramadhan Serba Tradisional dan Moden dari RM44

    Heritage Valley KL Lancar Buffet Ramadhan Serba Tradisional dan Moden dari RM44

    Ramadhan Feast Buffet di Heritage Valley menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang dinanti-nantikan tahun ini, dengan sajian warisan dan hidangan antarabangsa yang menggoda selera. Antara hidangan utama yang menjadi tarikan ialah masak lemak Negeri Sembilan yang autentik, termasuk Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak. Aroma tradisi salai menambah lapisan rasa pada kuah santan berlemak dan pedas, manakala tekstur siput sedut yang unik memberikan pengalaman makan yang menyeronokkan. Kedua-dua hidangan ini dihidangkan panas-panas dan paling enak dinikmati bersama nasi putih, menjadikannya sajian warisan yang pasti memikat selera pengunjung bandar.

    Selain itu, Ramadhan Feast Buffet menawarkan puluhan pilihan hidangan setiap malam, menjamin pengalaman kulinari yang kaya dengan pelbagai rasa. Juadah tradisional seperti ayam kampung, sate, dan aneka kuih kampung boleh dinikmati bersama pilihan antarabangsa seperti pasta Itali, soto Betawi, bakso Indonesia, serta hidangan Barat seperti chicken grill dan chicken chop.

    Buffet ini berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, setiap hari dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam dengan harga RM88 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak. Heritage Valley mampu menampung sehingga 300 tetamu dalam satu masa dan dilengkapi kemudahan mesra pengunjung termasuk parkir percuma, ruang solat yang luas serta persekitaran berbuka yang mesra keluarga. Bagi menambah kemeriahan, Ramadhan Night Market akan berlangsung setiap hujung minggu, menampilkan gerai makanan tradisional serta persembahan muzik busking yang menghidupkan suasana bazar Ramadhan.

    Menjelang Syawal, Heritage Valley turut merancakkan suasana dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Bazaar Raya Poernama Lebaran oleh Poernama Fest, program kacau dodol, aktiviti menganyam ketupat, serta elemen kampung di tengah kota. Kesemua inisiatif ini diadakan bagi menghidupkan kembali semangat Ramadhan dan Raya yang sarat dengan nilai kekeluargaan dan warisan budaya, sekaligus melengkapkan pengalaman berbuka puasa di Heritage Valley.

    Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, Idi Iskandar, berkata, “Kami mahu membawa tetamu merasai suasana seolah-olah berbuka di kampung, lengkap dengan juadah tradisi yang semakin jarang dinikmati masyarakat bandar. Menu istimewa Lomak Salai dari Negeri Sembilan menjadi tarikan utama, selain pelbagai hidangan Melayu dan antarabangsa yang kami sediakan. Kami yakin Heritage Valley akan menjadi destinasi utama berbuka puasa di Kuala Lumpur.”

    Ramadhan Feast Buffet ini dijangka menarik ribuan pengunjung sepanjang bulan mulia, sekaligus mengukuhkan kedudukan Heritage Valley sebagai hab gaya hidup dan kulinari utama di ibu negara. Tempahan kini dibuka secara dalam talian melalui pautan https://luxeacre.onpay.my/order/form/1 atau boleh menghubungi nombor 018-7617688 untuk sebarang pertanyaan.

    Heritage Valley Kuala Lumpur, yang mula beroperasi pada 2025, merupakan destinasi gaya hidup moden yang menggabungkan makanan, komuniti, seni dan acara dalam satu lokasi. Sebagai “one-stop urban hub”, Heritage Valley menghimpunkan vendor tempatan, ruang acara, festival komuniti dan aktiviti kreatif dengan fokus kepada kolaborasi, kreativiti serta sokongan terhadap perniagaan kecil. Dengan fasiliti mesra acara termasuk kapasiti sehingga 300 pax, kemudahan parkir yang luas dan ruang solat, Heritage Valley bukan sekadar tempat menjamu selera, tetapi juga ruang interaksi, pengalaman dan peluang ekonomi untuk masyarakat bandar.

    Facebook: https://www.facebook.com/klheritagevalley
    Instagram: https://www.instagram.com/heritagevalleykl/

  • Comeback Dinanti, Lucky Joe Pertaruh Senyum Raya Sempena Ramadan & Syawal

    Selepas hampir 13 tahun menyepi daripada dunia nyanyian, penyanyi dan pencipta lagu Lucky Joe kini kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul “Senyum Raya”. Pelancaran rasmi lagu ini menandakan kemunculan semulanya dalam industri muzik, bertepatan dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-45 pada tahun 2026.

    Lucky Joe memulakan perjalanan seni sebagai penyanyi sekitar tahun 2000 hingga 2012 dengan menghasilkan sembilan single dalam genre pop, dangdut dan poco-poco. Selepas itu, beliau mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia nyanyian dan lebih aktif di belakang tabir sebagai pengurus artis serta penulis skrip drama televisyen, drama TikTok dan sitkom. Selain itu, beliau turut menceburi bidang hartanah dan pengurusan penerbitan acara. Walaupun tidak lagi tampil sebagai penyanyi, bakat dan sentuhan kreatifnya tidak pernah terhenti apabila beliau terus mencipta lagu untuk beberapa label rakaman, malah karya ciptaannya pernah dirakam oleh artis-artis terkenal meskipun namanya sebagai pencipta tidak selalu diketengahkan.

    Kini, selepas hampir 13 tahun vakum, Lucky Joe memilih bulan kelahirannya sebagai momen istimewa untuk menghadiahkan karya baharu buat diri sendiri dan para peminat. Lagu “Senyum Raya” dilancarkan pada 21 Februari 2026 dan boleh dinikmati menerusi 11 platform muzik digital antarabangsa.

    “Senyum Raya” merupakan lagu raya berkonsepkan pop yang ringkas, segar dan mudah diingati. Lagu ini disiapkan dalam tempoh hanya 20 hari termasuk proses penyusunan dan pengurusan instrumen muzik. Lucky Joe sengaja menghasilkan lagu raya yang lebih pendek dan sederhana agar mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat, daripada generasi muda hingga golongan dewasa.

    Menurutnya, lagu ini membawa mesej keceriaan, keikhlasan memohon maaf serta kehangatan suasana Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman. Ia mengangkat nilai kasih sayang, kemaafan dan kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Antara bait lirik yang menyentuh hati termasuk ungkapan tentang senyuman ibu bapa saat bertemu, kepulangan ke kampung halaman serta seruan untuk saling bermaafan sempena Aidilfitri yang mulia.

    Single ini diterbitkan oleh Mahardika Production dengan susunan muzik oleh Seefar dan diurus di bawah label independen DragonBeat Records. Ia diedarkan oleh Nadayana Music selaku penerbit muzik serta Rentak Sejuta sebagai rakan promosi. Lagu ini berdurasi satu minit 56 saat, bergenre pop dan merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Lucky Joe sendiri.

    Lucky Joe menyifatkan kemunculan semula ini sebagai titik baharu dalam perjalanan seninya dan menganggap “Senyum Raya” sebagai hadiah istimewa bukan sahaja buat dirinya, malah untuk semua yang merindukan warna muzik berbeza sepanjang Ramadan dan Syawal. Dengan semangat baharu serta pengalaman luas di dalam dan luar pentas, beliau bersedia untuk kembali aktif dalam industri muzik dan terus menghasilkan karya yang dekat di hati masyarakat.

  • Sebuah kisah tentang iman, rasa dan pilihan hidup bakal terhidang Februari 2026 menerusi drama “Pan Mee: Pertarungan Iman & Rasa”.

    Sebuah kisah tentang iman, rasa dan pilihan hidup bakal terhidang Februari 2026 menerusi drama “Pan Mee: Pertarungan Iman & Rasa”.

    Pelakon terkenal Adam Corrie tampil mempertaruhkan jiwa dan pengalaman peribadi menerusi sebuah drama vertikal terbaharu berjudul Pan Mee – Pertarungan Iman & Rasa, yang bakal ditayangkan secara eksklusif di TikTok dan Facebook rasmi beliau bermula 19 Februari 2026, jam 10.00 malam. Drama berdurasi 15 episod ini mengangkat kisah realistik dunia makanan dan minuman (F&B) di Malaysia dengan penekanan terhadap isu penerimaan saudara baharu, konflik kekeluargaan, persepsi masyarakat serta cabaran mempertahankan kejujuran dan integriti dalam perniagaan.

    Kisah ini berpusat kepada watak Ah Seng, seorang mualaf yang dilakonkan sendiri oleh Adam Corrie, yang memilih untuk membawa diri jauh daripada keluarga demi membina kehidupan baharu sebagai peniaga pan mee. Namun, perjalanan tersebut tidak mudah apabila beliau terpaksa berdepan tentangan keluarga, tekanan masyarakat serta dilema nilai dalam dunia perniagaan makanan. Konflik emosi semakin mendalam apabila Ah Seng berdepan dengan bapanya yang dilakonkan oleh Kenji Sawahii, seorang lelaki berpegang kuat pada prinsip lama dan sukar menerima perubahan hidup anaknya.

    Drama ini turut diperkukuhkan dengan barisan pelakon berpengalaman seperti Sheila Mambo sebagai Kak Wani, sahabat setia yang menjadi penyokong utama Ah Seng, serta Nam Ron sebagai Pak Long Rahman, figura yang banyak memberi pengajaran tentang kehidupan dan prinsip. Watak antagonis dan konflik perniagaan pula digerakkan oleh Jesse Lim sebagai Jason dan Izuan Razali sebagai Chef Farid, manakala kehadiran Wan Gegau sebagai juri pertandingan masakan serta pengacara memberikan sentuhan santai dan humor. Menariknya, drama ini turut menampilkan penampilan istimewa Adam Fateh Lee, anak kepada Adam Corrie, dalam satu babak khas yang menyentuh emosi.

    Antara elemen penting yang menjadi tunjang penceritaan ialah pertandingan masakan “Halal Cookdown”, simbol kepada persaingan sihat dalam dunia kulinari serta kepentingan pematuhan halal dan etika penyediaan makanan. Dari sudut produksi, Pan Mee – Pertarungan Iman & Rasa merupakan karya sulung arahan Adam Corrie dengan kerjasama pengarah bersama Ollyn Khadir, manakala idea asal dan penerbitan diterajui oleh Fazi Fuad. Walaupun diterbitkan khusus untuk platform digital, drama ini menampilkan standard produksi setaraf drama televisyen dengan penggunaan peralatan profesional, CGI serta sentuhan teknikal berkualiti tinggi, selain sokongan rakan strategik seperti KopiHut, Aji-Ya dan Sentai. Majlis pelancaran drama ini turut menyaksikan pengenalan produk KopiHut Kopi 3 Dalam 1, melengkapkan lagi mesej kejujuran, kualiti dan nilai kehidupan yang ingin disampaikan menerusi naskhah ini.

  • SPANA Bawa Pendekatan Baharu, “Rider Jaga Rider”, Dalam Dunia Penyelenggaraan Motosikal

    SPANA Bawa Pendekatan Baharu, “Rider Jaga Rider”, Dalam Dunia Penyelenggaraan Motosikal

    Semenyih, 14 Februari 2026 – SPANA hari ini secara rasmi memperkenalkan pusat servis motosikal berteraskan komuniti yang bertujuan mengubah landskap industri penyelenggaraan motosikal tempatan dengan pendekatan inovatif. Menyedari lebih 16 juta motosikal berdaftar di Malaysia, termasuk golongan B40 dan pekerja ekonomi gig yang bergantung kepada motosikal sebagai pengangkutan utama, SPANA menekankan kepentingan servis yang telus, berkualiti, dan mampu milik.

    Menjawab keperluan tersebut, SPANA memperkenalkan model perniagaan unik, “Rider Jaga Rider”, yang menggabungkan fasiliti premium, mekanik berpengalaman, dan harga kompetitif. Datuk Rosyam Nor, Pengerusi SPANA, menjelaskan bahawa ini bukan sekadar bengkel, tetapi satu gerakan komuniti. “Apabila rider tersadai di tepi jalan pada jam 3 pagi, itulah saat kita faham nilai sokongan sebenar. Kami mahu setiap rider tahu – mereka tidak bersendirian,” kata beliau.

    Selain itu, SPANA memperkenalkan keahlian tahunan pada kadar RM100, menawarkan manfaat eksklusif termasuk bantuan kecemasan, akses promosi khas, serta peluang menyertai cabutan bertuah. Strategi pemasaran digital juga ditambahbaik dengan Contest Video Terpaling Viral, Contest Pocket Bike, dan cabutan bertuah Grand Opening yang disiarkan secara langsung menerusi TikTok rasmi SPANA, membolehkan penglibatan komuniti secara interaktif.

    Dengan misi jangka panjang untuk membina ekosistem sokongan komuniti penunggang motosikal di Selangor dan Lembah Klang menjelang 2027, SPANA bukan sahaja menawarkan servis, tetapi turut menekankan nilai kekitaan, keselamatan, dan solidariti di kalangan penunggang motosikal Malaysia.

  • HONOR Breaks New Ground as the First Smartphone Brand to Launch Consumer Appreciation Awards

    HONOR Breaks New Ground as the First Smartphone Brand to Launch Consumer Appreciation Awards

    Global leading AI device ecosystem company HONOR is turning the spotlight away from products and onto the people who made its success possible — Malaysian consumers. In celebration of five remarkable years of growth and leadership in the smartphone and tablet markets, HONOR will be hosting a Consumer Appreciation Awards ceremony on 4 February 2026. Held in conjunction with the brand’s fifth anniversary, this milestone event marks the first time a smartphone brand has dedicated an awards ceremony exclusively to honour its consumers, recognizing the trust, loyalty and support that have driven HONOR’s rise to the top.

    Since establishing itself as an independent brand in 2020, HONOR has navigated an intensely competitive market dominated by long-established players. Guided by its philosophy of “You talked, we listened,” HONOR adopted a consumer-first approach that focused not merely on technical specifications, but on understanding the real lifestyles and needs of Malaysians. This strategy proved instrumental in propelling the brand to strong market leadership within just five years, as HONOR prioritized durability, premium experiences at accessible prices, and long-term consumer trust.

    Responding directly to consumer feedback, HONOR continuously enhanced its ultra-durable X Series to address common concerns such as screen damage and device longevity. The latest HONOR X9d 5G exemplifies this commitment, featuring improved resistance against drops and scratches, alongside upgraded water resistance. At the same time, HONOR answered the demand for premium devices at affordable prices by equipping its smartphones with flagship-level features, including advanced AI photography, without compromising accessibility.

    Beyond product innovation, HONOR has strengthened consumer trust through its robust nationwide presence. With over 100 HONOR Experience Stores and 25 official service centers across Malaysia, consumers enjoy convenient access to hands-on product experiences and reliable after-sales support, reinforcing HONOR’s promise of quality and care at every stage of ownership.

    Inspired by the unwavering dedication of its consumers, the HONOR Consumer Appreciation Awards will celebrate individuals who have played a meaningful role in the brand’s journey. The ceremony will feature eight award categories recognizing loyal supporters, tech advocates, emerging talents and community contributors. The highlight of the evening will be the prestigious HONOR of Malaysia Award, presented to three exceptional Malaysians whose selflessness and sacrifices have made a positive impact on the lives of others.

    Members of the public are invited to be part of this historic celebration by tuning in to the livestream of HONOR’s very first consumer appreciation awards ceremony. The event will be broadcast live on HONOR Malaysia’s official Facebook page and YouTube channel on 4 February 2026, starting from 7.00 PM, marking a new chapter in how technology brands honour the communities behind their success.

    For more information and updates, follow HONOR Malaysia’s official Facebook page.

  • Keanggunan Bertemu Kebersamaan: Ariani Lancar Tema Warna Lebaran 2026 dalam Pertunjukan Fesyen Berprestij

    Keanggunan Bertemu Kebersamaan: Ariani Lancar Tema Warna Lebaran 2026 dalam Pertunjukan Fesyen Berprestij

    Sempena menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang, ARIANI sekali lagi menegaskan kedudukannya sebagai antara jenama fesyen Muslimah terkemuka tanah air menerusi penganjuran Pertunjukan Fesyen WARNA LEBARAN ARIANI 2026 yang berlangsung dengan penuh gemilang di Conference Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Acara berprestij ini bukan sahaja menampilkan keindahan rekaan hijab dan busana raya terkini, malah menjadi simbol sambutan Aidilfitri yang meraikan keanggunan, kebersamaan serta kegembiraan dalam suasana penuh eksklusif.

    Pertunjukan fesyen ini mengangkat keindahan warna sebagai nadi utama koleksi, diterjemahkan melalui lebih 100 rekaan hijab dan busana raya yang moden serta elegan. Motif alam, flora dan cetakan abstrak kontemporari digabungkan dengan pilihan material premium serta teknik cetakan unik, menjadikan setiap helaian tampil memikat di pentas peragaan. Warna-warna tular seperti Strawberry Matcha, Teal dan Lime Green turut diketengahkan, disesuaikan dengan cita rasa semasa tanpa mengabaikan identiti klasik ARIANI. Acara ini disaksikan lebih 1,000 tetamu jemputan terdiri daripada pelanggan VVIP, rakan media, selebriti dan pempengaruh tempatan.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani, Aidilfitri membawa makna yang lebih mendalam daripada sekadar pertemuan keluarga dan tradisi bermaafan. Beliau menegaskan bahawa persalinan raya melambangkan kegembiraan dan kenangan bermakna yang diraikan bersama insan tersayang, selari dengan aspirasi ARIANI untuk terus menghasilkan rekaan yang dekat di hati pemakainya.

    Koleksi WARNA LEBARAN ARIANI 2026 turut menampilkan lebih 400 variasi hijab, merangkumi bawal satin dan twill bercorak, bawal voile, selendang bercorak dalam pelbagai material, serta hijab polos yang dihiasi perincian berlian dan sulaman. Keanggunan eksklusif pula diserlahkan menerusi koleksi ARIANI LUXE, menampilkan lebih 100 rekaan premium dengan sentuhan French lace dan kristal Swarovski. Pembukaan tirai pertunjukan fesyen dimeriahkan oleh pelakon dan penyanyi terkenal Elly Mazlein sebagai Muse ARIANI LUXE 2026, yang tampil memukau dengan personaliti dan gaya tersendiri.

    Pertunjukan ini turut mengekalkan barisan duta jenama ARIANI seperti Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad, selain memperkenalkan Fyza Kadir sebagai wajah ARIANI RTW Premium. Kolaborasi antarabangsa tahun kedua bersama LIBERTY LONDON menjadi kemuncak acara dengan pengenalan 16 cetakan baharu eksklusif yang menggabungkan estetika antarabangsa dengan sentuhan warisan tempatan. Tidak ketinggalan, koleksi lelaki ARYAN turut dipersembahkan, dengan Bront Palarae diperkenalkan sebagai duta baharu, menambah daya tarikan kepada segmen fesyen lelaki ARIANI.

    Acara ini juga memberi fokus kepada segmen busana raya ARIANI Ready-to-Wear (RTW), dengan sebanyak 300,000 helai busana disediakan bagi sambutan Aidilfitri tahun ini. Selain itu, pembukaan cawangan baharu ARIANI di KLGCC mencerminkan pertumbuhan berterusan jenama ini dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif. Dimeriahkan dengan persembahan artis ternama serta kehadiran tetamu diraja, pertunjukan fesyen WARNA LEBARAN ARIANI 2026 sekali lagi membuktikan komitmen ARIANI terhadap kualiti, inklusiviti dan keanggunan yang kekal relevan merentas generasi.

  • Asian Youth Festival 2026 Set to Unite Asia’s Youth in Landmark Celebration Supporting Visit Malaysia Year 2026

    Asian Youth Festival 2026 Set to Unite Asia’s Youth in Landmark Celebration Supporting Visit Malaysia Year 2026

    Explorers World Ventures Sdn Bhd, a Malaysian-based tourism and events company committed to promoting Asia’s rich cultural diversity and lifestyle through immersive experiences, officially announced the Asian Youth Festival 2026 during its grand launch ceremony and press conference held at Saloma Kuala Lumpur. The large-scale youth-centric festival is set to take place from 10 to 12 July 2026 at the Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Sungai Besi, in conjunction with Visit Malaysia Year 2026 (VMY2026).

    The launch event was officiated by the Honourable Deputy Minister for Tourism, Arts and Culture Malaysia (MOTAC), YB Tuan Chiew Choon Man, and attended by Visit Malaysia Year 2026 Head of Secretariat Tuan Mohd Akbal Setia, representatives from MOTAC and Tourism Malaysia, dignitaries, celebrity guests, strategic partners, collaborators, and members of the media. In his keynote address, the Deputy Minister commended the private sector’s proactive role in supporting VMY2026, highlighting the Asian Youth Festival as a timely initiative poised to energize Malaysia’s tourism landscape through youth engagement.

    Officially supported by the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC), the Asian Youth Festival 2026 is envisioned as a multi-vertical, large-scale platform designed to unite Asian youth under one roof. Spanning more than 1.2 million square feet, the festival aims to foster creativity, inclusivity, and regional friendship while inspiring the next generation to lead with innovation, passion, and cultural pride. The festival also positions Malaysia as the cultural hub of Asia by showcasing the best of Asian food, fashion, entertainment, digital culture, and lifestyle experiences.

    Festival co-founders Chris Avinash and Marina Abdullah shared that Asian Youth Festival 2026 goes beyond entertainment, serving as a collaborative platform created by youth for youth. The three-day festival will transform the venue into a dynamic hub of creativity and connection, featuring live performances, pop-up booths, international guests, interactive sessions, tournaments, and immersive cultural showcases that reflect the vibrant spirit of Asia’s youth culture.

    Seven major themed zones will anchor the festival experience, including live music concerts featuring performers from across Asia, an e-Sports Arena hosting competitive Mobile Legends tournaments, and an ACG & TCG Zone dedicated to cosplay, collectibles, and trading card games. Fashion enthusiasts can explore the Fashion Street showcasing streetwear and emerging designers, while the Asian Food Village will present ten themed streets offering authentic and fusion cuisines from across the continent. The Youth Engagement Zone will host talks, workshops, and future-focused discussions on leadership and entrepreneurship, complemented by the Asian Pickleball Challenge, adding a sporting dimension to the festival.

    The Asian Youth Festival is presented by Explorers World Ventures as the festival owner and strategic tourism platform, in partnership with Memories Entertainment as the official festival partner and production collaborator. Leveraging Explorers World Ventures’ extensive tourism ecosystem and Memories Entertainment’s expertise in large-scale event production and creative execution, the organizers aim to establish the Asian Youth Festival as a flagship annual event that not only celebrates youth culture but also strengthens Malaysia’s position as a premier regional tourism and cultural destination.