Blog

  • ALPHA Bukti Kehebatan, Tembus Pencalonan Music Awards Japan 2026

    ALPHA Bukti Kehebatan, Tembus Pencalonan Music Awards Japan 2026

    Kumpulan M-pop popular, ALPHA, terus mengukuhkan dominasi mereka apabila berjaya menembusi pencalonan kategori “Best of Listeners’ Choice: International Song” di anugerah berprestij Music Awards Japan 2026. Pencapaian ini meletakkan kumpulan di bawah naungan Rocketfuel Entertainment tersebut di satu tahap yang amat membanggakan, memandangkan mereka merupakan satu-satunya wakil tunggal Malaysia yang tersenarai sebaris dengan bintang global seperti Taylor Swift, Justin Bieber, Blackpink, dan SEVENTEEN.

    Kejayaan ini disandarkan kepada fenomena lagu “P Ramlee Saloma” yang bukan sahaja memenangi hati pendengar tempatan, malah mencatat sejarah sebagai lagu pertama ciptaan rakyat Malaysia yang berjaya mara ke peringkat akhir anugerah di Jepun itu. Dengan rekod penstriman melebihi 60 juta dan pernah mendahului carta Spotify Malaysia selama 30 hari berturut-turut, ALPHA yang dianggotai oleh Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Araff, Ray-D, dan Afiq Sky membuktikan bahawa kualiti M-pop kini setanding dengan standard industri muzik antarabangsa.

    Menurut ahli kumpulan, Daniel Sher dan Rizal Rasid, pencalonan ini merupakan satu tanggungjawab besar bagi mereka untuk terus membawa identiti Malaysia ke peringkat dunia. Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Anand, turut menyifatkan pengiktirafan ini sebagai bukti kerja keras dan visi seni yang konsisten mampu membuahkan hasil di luar jangkaan.

    Sebagai pemanas amalan sebelum album sulung mereka dilancarkan pada 15 Jun depan, pencalonan ini dilihat sebagai batu lonjakan terbaik buat ALPHA.

    Peluang untuk melihat ALPHA membawa pulang trofi kini terletak di tangan peminat melalui undian awam yang dibuka sehingga 20 Mei 2026 di laman web rasmi Music Awards Japan. Dengan momentum yang sedang memuncak, ALPHA kini bukan sahaja menjadi kebanggaan negara, malah menjadi inspirasi buat penggiat seni tempatan untuk terus bermimpi besar dalam mengejar pengiktirafan di persada global.

  • Tarung: Unforgiven” Papar Realiti Kehidupan, Gelanggang Sebenar Bukan Sekadar Pertarungan

    Tarung: Unforgiven” Papar Realiti Kehidupan, Gelanggang Sebenar Bukan Sekadar Pertarungan

    Filem aksi paling dinantikan tahun ini, TARUNG: Unforgiven yang bakal ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026, hadir sebagai sebuah karya sinematik memukau yang mengangkat naratif berani tentang kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar. Filem ini diarahkan oleh sutradara box office, Razaisyam Rashid dan diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

    Mengangkat tagline “kau cuma ayam sabung”, TARUNG: Unforgiven menampilkan kisah perjuangan, penebusan dan pilihan hidup. Hatta, seorang bekas juara silat, diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi hitam. Demi menyelamatkan kakaknya, dia menerima tawaran daripada Paduka Badrul untuk memasuki gelanggang pertarungan haram. Namun, Hatta tidak menyedari bahawa lawan yang menantinya ialah Isa, sahabat lama yang kini menjadi musuh akibat dendam yang tidak pernah terpadam.

    Selain jalan cerita yang sarat dengan emosi dan debaran hasil tulisan Amar Amir dan Razaisyam Rashid, kemunculan barisan pelakon berkaliber menjadi antara kekuatan utama filem ini. Mierul Aiman tampil sebagai bintang utama dengan membawa tenaga baharu dalam sebuah naskhah aksi berskala besar, manakala Aedy Ashraf pula mengukuhkan versatiliti lakonannya menerusi watak yang lebih kompleks dan matang.

    Bintang bertaraf antarabangsa, Bront Palarae sekali lagi membuktikan dirinya berada dalam kelas tersendiri. Lebih mencuri perhatian, Bront buat pertama kalinya digandingkan dengan Zul Ariffin, sekali gus menjadikan kombinasi dua nama besar ini antara elemen paling dinantikan penonton. Pertembungan dua pelakon hebat tersebut dijangka menghadirkan intensiti persembahan yang cukup mantap di layar perak.

    Turut membintangi filem ini ialah Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Razib Salimin, Shaharuddin Thamby, Wak Ruzaidi, Theebaan G, Akmal Asyraf serta petarung sebenar, Jai JMT dan Ijam Asri yang masing-masing menyumbang kekuatan tersendiri dalam menjadikan filem ini lebih berimpak dan penuh momen menarik.

    Pengarah dan penulis skrip TARUNG: Unforgiven yang juga merangkap Penerbit Eksekutif, Razaisyam Rashid berkata, filem terbaharu terbitan Alpha 47 itu membawa makna besar buat dirinya dan seluruh pasukan produksi. Menurutnya, perjalanan menghasilkan filem ini bukan sesuatu yang mudah, namun mereka berusaha memberikan yang terbaik dari segi jalan cerita, lakonan, aksi dan emosi agar dapat dinikmati oleh semua penonton. Tambah beliau, penggunaan teknologi bunyi Dolby Atmos turut memberikan pengalaman sinematik yang lebih epik dan imersif.

    Beliau turut menjelaskan bahawa tagline “kau cuma ayam sabung” bukan sekadar merujuk kepada pertarungan di gelanggang, tetapi juga simbolik kepada kehidupan sebenar, di mana setiap individu mempunyai perjuangan tersendiri sama ada melawan masa lalu, tekanan hidup mahupun pilihan yang perlu dibuat. Katanya lagi, kejayaan filem ini merupakan hasil usaha bersama seluruh kru produksi, para pelakon dan semua pihak yang terlibat. Mereka berharap TARUNG: Unforgiven dapat diterima baik oleh penonton serta menjadi langkah bermakna buat Alpha 47 untuk terus menghasilkan lebih banyak karya tempatan berkualiti pada masa hadapan.

    Penerbit Eksekutif dan pelakon filem ini, Aedy Ashraf pula menyifatkan penglibatannya sebagai penerbit buat kali pertama sebagai satu tanggungjawab besar. Menurutnya, TARUNG: Unforgiven merupakan projek yang sangat dekat di hatinya, bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga sebagai individu yang diberi kepercayaan untuk bersama-sama membawa karya tersebut kepada penonton. Beliau berkata, dirinya cuba memberikan komitmen terbaik dari segi lakonan dan keseluruhan perjalanan filem ini, manakala selebihnya diserahkan kepada penonton untuk menilai sendiri mesej yang cuba disampaikan. Harapannya agar filem ini diterima sebagai sebuah karya tempatan yang berani, matang dan dekat dengan perjuangan hidup setiap manusia.

    Selain jalan cerita dan aksi yang mendebarkan, TARUNG: Unforgiven turut menampilkan dua runut bunyi eksklusif. Lagu berjudul “Test” dibawakan oleh trio muda Distorted yang dianggotai SINO, BALO dan ENEYEQAY, manakala Noh Salleh pula tampil dengan lagu “Terbang” yang dijangka menjadi satu lagi karya hit.

    Barisan pelakon TARUNG: Unforgiven juga bakal menemui peminat menerusi siri jelajah promosi yang bermula pada 8 Mei. Jelajah tersebut akan merangkumi beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang pada 9 dan 10 Mei, diikuti Zon Selatan pada 15, 16 dan 17 Mei, Zon Utara pada 22, 23 dan 24 Mei serta Pantai Timur pada 29, 30 dan 31 Mei.

    Filem ini turut menampilkan kolaborasi bersama Kunafa Aiwahhh sebagai Rakan Kunafa Rasmi dengan memperkenalkan edisi terhad Kunafa Tarung. Diilhamkan daripada semangat pertarungan dalam filem ini, edisi khas tersebut menggabungkan kunafa rangup bersama lapisan keju leleh dan sambal daging pedas. Selain itu, Nuhae selaku Rakan Kesejahteraan Rasmi turut membantu memperluaskan capaian promosi kepada penonton sasaran menerusi pelaksanaan kempen video komersial.

    Saksikan TARUNG: Unforgiven di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026. Tiket awal sudah mula dijual di semua pawagam bermula 3 Mei. Ikuti perkembangan terkini serta klip-klip menarik filem ini menerusi semua platform digital Alpha 47, Icon Pictures dan Astro Shaw, serta gunakan tanda pagar #TarungUnforgiven untuk berkongsi keterujaan anda terhadap filem ini.

  • Lifebuoy Malaysia Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Perluas Akses Kebersihan kepada 2,300 Keluarga Kurang Berkemampuan

    Lifebuoy Malaysia Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Perluas Akses Kebersihan kepada 2,300 Keluarga Kurang Berkemampuan

    Lifebuoy, jenama sabun antibakteria terkemuka dunia, dengan kerjasama Watsons Malaysia dan HOPE worldwide Malaysia, telah melancarkan kempen “Kekal Segar & Bersih” menerusi program pembangunan komuniti di Kampung Bindu, Chenderiang. Majlis pelancaran ini menghimpunkan pemimpin tempatan, keluarga serta rakan komuniti, sekali gus menandakan permulaan usaha berskala nasional yang akan diperluaskan merentasi beberapa negeri. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada komuniti Orang Asli dan golongan yang kurang mendapat perhatian melalui usaha memperluas akses kepada sanitasi asas, pendidikan kebersihan serta sokongan keperluan harian.

    Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Lifebuoy bersama rakan kerjasama akan memperkukuh akses kebersihan dalam kalangan komuniti rentan melalui penyediaan sokongan sanitasi serta pengagihan pek penjagaan kebersihan yang mengandungi produk Lifebuoy dengan formulasi 10X Perlindungan Kuman di lima lokasi terpilih. Inisiatif ini dimulakan di perkampungan Orang Asli di Perak sebelum diperluaskan dengan pembinaan 10 tandas di kawasan yang kurang mendapat perhatian di Seremban, Melaka, Gerik, Pulau Pinang dan Kuching. Selain itu, pengagihan pek penjagaan kebersihan turut diperluaskan kepada komuniti yang memerlukan di seluruh negara. Secara keseluruhannya, kempen ini menyasarkan untuk membantu sekitar 2,300 keluarga melalui penyediaan produk kebersihan asas dan keperluan harian bagi menyokong amalan kebersihan yang lebih baik dalam komuniti terlibat.

    Ketua Pembersihan Kulit Unilever Malaysia, Siti Suhaila Abd Hamid, berkata Lifebuoy telah lama komited dalam memperjuangkan pendidikan kebersihan kerana amalan mencuci tangan yang betul mampu menyelamatkan nyawa. Menurutnya, misi syarikat bukan sekadar menghasilkan produk kebersihan, tetapi juga melindungi nyawa melalui peningkatan kesedaran, peluasan pendidikan serta penambahbaikan akses kepada keperluan kebersihan asas. Beliau menambah bahawa melalui kempen “Kekal Segar & Bersih”, pihaknya berharap dapat memperluas akses kepada sanitasi serta memperkasa keluarga dengan ilmu dan amalan yang diperlukan bagi melindungi kesihatan mereka dan generasi akan datang.

    Majlis pelancaran tersebut melibatkan lebih 150 penduduk dari Kampung Bindu dan Kampung Landor, dengan penyerahan dua tandas komuniti dan empat tandas keluarga yang dibina serta ditaja oleh Lifebuoy Malaysia kepada keluarga yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan sanitasi mencukupi. Penambahbaikan ini memperkukuh akses kepada sanitasi yang selamat, yang merupakan hak asasi manusia serta asas penting kepada kesihatan dan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan.

    Sepanjang program, keluarga turut diberi pendedahan mengenai cara kuman boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan, makanan dan persekitaran, sekali gus menekankan kepentingan amalan kebersihan yang baik dalam melindungi kesihatan keluarga. Pengarah Negara HOPE worldwide Malaysia, Darick Wong, berkata akses kepada kemudahan sanitasi yang selamat serta pendidikan kebersihan secara langsung dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti, selain membantu keluarga membina keyakinan untuk mengamalkan kebersihan yang baik setiap hari.

    Penduduk turut menerima pek penjagaan yang mengandungi kit kebersihan dan produk mandian daripada rangkaian Lifebuoy dengan formulasi 10X Perlindungan Kuman. Mereka juga menerima barangan keperluan asas daripada Watsons Malaysia termasuk barangan runcit bernilai RM69,000 bagi menyokong keperluan harian serta amalan kebersihan di rumah. Pelbagai aktiviti dan permainan interaktif turut dijalankan bagi membantu keluarga memahami cara kuman merebak serta kepentingan mengekalkan amalan kebersihan yang baik.

    Antara pengisian utama program ialah sesi pendidikan kebersihan interaktif yang dikendalikan oleh profesional penjagaan kesihatan bagi membantu ibu bapa memahami bagaimana amalan kebersihan asas dapat mencegah penyakit dan melindungi kesihatan keluarga. Sesi ini turut menampilkan demonstrasi glo-germ yang membolehkan peserta melihat dengan jelas bagaimana kuman boleh merebak melalui sentuhan harian. Visualisasi ini membantu mengukuhkan kefahaman tentang kepentingan amalan kebersihan yang betul, termasuk penggunaan sabun untuk menghapuskan kuman secara berkesan. Kanak-kanak pula mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran dan mewarna di luar yang direka untuk memperkenalkan konsep kebersihan dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami.

    Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, Lifebuoy dan HOPE worldwide Malaysia turut memperkenalkan program Latihan Jurulatih (Train-the-Trainer) yang bertujuan melengkapkan sukarelawan NGO dengan kemahiran dan pengetahuan untuk terus menyampaikan pendidikan kebersihan dalam komuniti masing-masing di seluruh Malaysia. Siti Suhaila Abd Hamid menambah bahawa ilmu yang disampaikan melalui kempen ini diharapkan dapat diteruskan dan diperluaskan walaupun selepas program berakhir, sekali gus mendorong perubahan positif dalam amalan kebersihan harian dari luar bandar hingga ke kawasan bandar.

    Kempen “Kekal Segar & Bersih” merupakan inisiatif berteraskan komuniti oleh Lifebuoy Malaysia dengan sokongan Watsons Malaysia serta dilaksanakan melalui kerjasama HOPE worldwide Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan akses kebersihan, pemerkasaan pendidikan serta sokongan kepada komuniti Orang Asli dan golongan B40 di seluruh Malaysia.

  • Irama Minang Kembali ‘Gegar’ Industri, Bumiy Tampil Dengan Pertaruhan Unik “Japuik Tabao”

    Irama Minang Kembali ‘Gegar’ Industri, Bumiy Tampil Dengan Pertaruhan Unik “Japuik Tabao”

    Penyanyi berbakat besar, Bumiy, secara rasmi melancarkan karya terbaharu beliau bertajuk “Japuik Tabao”, sebuah naskhah berbahasa Minangkabau yang membawakan pendekatan estetik berbeza berbanding landskap muzik serantau masa kini.

    Karya ini menonjolkan keunikan tersendiri dengan mengadaptasi nuansa muzikal klasik era 1950-an dan 1960-an, sekali gus menawarkan suasana yang lebih tenang namun sarat dengan kedalaman emosi yang bersifat melankolik.

    Nukilan puitis hasil ciptaan Budi Irwandi ini mengangkat tema kehilangan yang mutlak akibat ketentuan takdir. Secara naratif, “Japuik Tabao” menceritakan rintihan jiwa seseorang yang ditinggalkan oleh pasangan buat selama-lamanya, meninggalkan pelbagai janji yang tidak sempat direalisasikan.

    Penggunaan lirik yang menyentuh hati seperti “Uda kini dalam pusaro” memberikan penekanan bahawa perpisahan ini merupakan sebuah noktah abadi, di mana rasa penyesalan dan cinta yang tidak tersampaikan menjadi teras utama penceritaan lagu tersebut.

    Dari aspek teknikal dan produksi, Bumiy kembali meraih kerjasama Deni Januarta sebagai produser yang bertanggungjawab menggubah aransemen muzik yang harmoni dan penuh perasaan. Kualiti audio lagu ini turut diperkukuhkan melalui proses mixing dan mastering oleh Irene Edmar Irawan, yang berjaya mengekalkan keintiman vokal tanpa mengabaikan ketajaman instrumen. Kolaborasi ini turut diperkasakan dengan penglibatan Yogi Mahendra pada gitar bass serta lapisan vokal tambahan oleh Bumiy sendiri bagi memberikan tekstur ekspresi yang lebih menyeluruh.

    Melalui pelancaran “Japuik Tabao”, Bumiy bukan sahaja menghidupkan kembali tradisi lagu balada Minangkabau, malah beliau berjaya membuktikan bahawa muzik tradisional mampu berevolusi mengikut arus zaman agar kekal relevan buat pendengar masa kini. Karya yang menggabungkan nilai warisan dan kualiti produksi moden ini kini boleh diakses di semua platform penstriman digital utama bermula 7 Mei 2026.

  • Dari Komedi Ke Dunia Mafia, Zahiril Adzim Tampil Dengan Sisi Berbeza

    Dari Komedi Ke Dunia Mafia, Zahiril Adzim Tampil Dengan Sisi Berbeza

    Berilah apa sahaja watak kepada Zahiril Adzim, pasti penonton akan hanyut mempercayai setiap karakter yang dibawakan dengan penuh berkesan. Selepas mencuit hati khalayak menerusi watak Amir Daniel dalam Libang Libu dan menerima maklum balas positif daripada penonton, kali ini Zahiril tampil dengan sisi berbeza menerusi perjalanan karakter terbaharunya.

    Menerusi drama Bapa Mentuaku Mafia arahan Afiza Asram, Zahiril diberikan tanggungjawab membawakan watak Ustaz Takdir, seorang ustaz muda yang santai, mudah didekati dan mempunyai sisi humor tersendiri. Menurut Zahiril, walaupun drama tersebut sarat dengan elemen komedi, dirinya sebenarnya seorang yang serius dan jarang berjenaka dalam kehidupan seharian.

    “Karakter ini sangat menarik dan saya begitu teruja untuk membawakannya. Ustaz Takdir merupakan seorang ustaz yang santai, easy going dan kelakar. Watak ini juga berbeza daripada gambaran ustaz yang sering dibayangkan penonton. Pada zaman sekarang, ramai ustaz muda tampil dengan pendekatan lebih dekat dengan golongan muda dan bagi saya, itu bukan sesuatu yang salah kerana ia mampu menarik perhatian mereka,” katanya.

    Tambah Zahiril lagi, dia berharap dapat memberikan yang terbaik menerusi watak tersebut, apatah lagi jalan cerita drama itu memperlihatkan dirinya mempunyai bapa mentua seorang mafia. Pelakon itu turut mengakui seronok dapat bergandingan bersama Siti Hariessa dalam menjayakan drama berkenaan.

    Selain Zahiril dan Siti Hariessa, drama ini turut dibintangi Dato’ Razak Ahmad, Auni Yusri, Nafiez Zaidi, Shweta Shekon, Aishah Atan dan Haeriyanto Hassan. Ketika diusik mengenai sikap latahnya di dunia sebenar, Zahiril menjawab secara berseloroh bahawa semua dakwaan tersebut hanyalah “hikayat rakyat” dan dongeng semata-mata walaupun terdapat bukti yang kukuh.

    Bapa Mentuaku Mafia mula ditayangkan pada 13 Mei 2026 di Astro Ria setiap Rabu dan Khamis pada pukul 9 malam. Drama ini mengisahkan Ustaz Takdir, seorang ustaz bertauliah yang terkenal kerana kebijaksanaan serta sifat lucunya. Selepas kehilangan ayah ketika masih di bangku sekolah, Takdir tinggal bersama ibunya dan setia terhadap cinta pertamanya, Murni. Namun kehidupannya berubah apabila ketua mafia bernama Zack memaksanya berkahwin dengan anak perempuannya, Melissa, demi mengubah kehidupan keluarga mereka.

    Sebagai seorang ustaz muda yang berpegang teguh pada iman dan prinsip hidup, Takdir akhirnya terjerumus ke dalam dunia penuh bahaya yang sarat dengan kuasa, rahsia dan konflik kesetiaan. Kehadiran Melissa dan Murni menjadikan perjalanan hidupnya semakin rumit, sementara misinya untuk membantu mengubah kehidupan Dato’ Zack membuka lembaran baharu yang tidak pernah dijangkakan. Disulami humor dan kisah ringan yang menghiburkan, drama ini turut menyampaikan mesej tentang kasih sayang, pengorbanan serta keinsafan dalam kehidupan.

  • “Takkan Terulang”: Gandingan Mantap Vanessa Zee dan Rony Parulian Teroka Kisah Romansa Yang Kian Pudar

    “Takkan Terulang”: Gandingan Mantap Vanessa Zee dan Rony Parulian Teroka Kisah Romansa Yang Kian Pudar

    Penyanyi indie-pop Vanessa Zee dan vokalis berkarakter kuat Rony Parulian secara rasmi melancarkan karya kolaborasi sulung mereka berjudul “Takkan Terulang”. Single ini merupakan sebuah naskhah naratif yang memperincikan realiti emosi di sebalik keretakan sebuah hubungan romansa yang menuju jalan perpisahan menerusi gabungan melodi yang hangat dan penceritaan yang jujur.

    Karya ini membawakan perspektif yang mendalam mengenai empat fasa perpisahan yang lazim dilalui oleh setiap individu. Segalanya bermula dengan fasa persoalan (questioning) sebagai peringkat penilaian semula terhadap kesihatan hubungan, diikuti oleh fasa penarikan diri (withdrawal) dan ulangan (relapse) yang menggambarkan konflik antara kerinduan dan kenyataan untuk kembali berhubung. Perjalanan lagu ini akhirnya diakhiri dengan fasa penerimaan (acceptance), sebuah konklusi matang bahawa melepaskan adalah langkah perlu bagi menghentikan luka yang berlarutan.

    Gandingan ini menyerlahkan sinergi antara dua identiti vokal yang unik di mana Vanessa Zee hadir dengan warna suara yang lembut, jernih, dan feminin, manakala Rony Parulian memberikan imbangan melalui vokal yang lebih rough dan bertenaga. Hubungan profesional ini bermula daripada inisiatif Vanessa yang sebelum ini pernah memviralkan lagu Rony dalam sebuah persembahan secara langsung, sekali gus menjadi pemangkin kepada terwujudnya projek kerjasama ini.

    Dari aspek produksi, single ini mendapat sentuhan Lafa Pratomo selaku produser yang berpengalaman luas dalam skena pop-indie, yang sebelum ini turut berjaya bekerjasama dengan Rony dalam lagu “Tak Ada Ujungnya”. Manakala, Mohammed Kamga bertindak sebagai pengarah vokal yang bertanggungjawab memastikan gabungan vokal kedua-dua artis ini mencapai tahap harmoni yang sempurna dan manis bagi menyampaikan mesej lagu tersebut.

    Bagi melengkapkan lagi naratif lagu ini, pelancaran “Takkan Terulang” turut diperkukuhkan dengan penghasilan video muzik yang membawakan estetika visual yang cukup memukau. Arahan kreatif bagi video tersebut menggunakan teknik pencahayaan dan sinematografi yang intim bagi mencerminkan suasana hati yang sedang dalam kesedihan. Setiap babak yang dipaparkan berfungsi sebagai terjemahan visual kepada fasa-fasa perpisahan yang dibincangkan, membolehkan peminat menyelami setiap bait lirik dengan lebih mendalam menerusi paparan visual yang sinematik.

    Dengan kualiti produksi yang teliti serta sokongan visual yang berjiwa, “Takkan Terulang” dijangka menjadi antara kolaborasi paling signifikan bagi tahun ini. Naskhah terbaharu daripada Vanessa Zee dan Rony Parulian ini kini tersedia untuk didengari di semua platform penstriman digital utama bermula hari ini.

  • Nippon Paint and CIDB Host Industry Workshop on Flooring Readiness for Malaysia’s Next-Generation Industries

    Nippon Paint and CIDB Host Industry Workshop on Flooring Readiness for Malaysia’s Next-Generation Industries

    Nippon Paint Malaysia, in collaboration with the Construction Industry Development Board (CIDB), recently organised an industry workshop that brought together contractors and key industry players to address an emerging concern in Malaysia’s built environment: whether current flooring standards and workmanship are sufficiently prepared to meet the demands of next-generation industries.

    As Malaysia advances its ambition to become a regional hub for data centres, advanced manufacturing, and other high-value sectors, industrial flooring is increasingly coming into sharper focus. Once regarded as a secondary finishing element, flooring is now recognised as a critical component in ensuring operational reliability, safety, and long-term cost efficiency.

    In specialised environments such as data centres, food production facilities, and precision manufacturing plants, flooring systems are required to perform far beyond standard foot traffic. These environments demand resistance to electrostatic discharge, chemical exposure, heavy load-bearing conditions, and strict hygiene requirements. However, discussions during the workshop highlighted a widening gap between evolving industrial requirements and current on-the-ground practices.

    General Manager of Nippon Paint Malaysia, Tay Sze Tuck, said Malaysia is experiencing rapid growth across industries with increasingly specialised infrastructure needs. However, he noted that flooring is still often underestimated during both planning and execution stages. He explained that when flooring systems are not designed for their intended purpose, it can lead to operational disruptions, safety risks, and premature system failures.

    Contractors participating in the workshop also shared their on-the-ground experiences, highlighting both the challenges faced in current projects and the importance of practical, hands-on learning in addressing knowledge gaps.

    One participant noted that access to materials and equipment is no longer the main constraint in the industry. Instead, the key challenge lies in workmanship and the lack of a dedicated platform for contractors to consistently build technical knowledge in industrial flooring. The participant added that without proper skills and application, even high-quality systems may fail, making initiatives such as this workshop essential in equipping contractors with the knowledge and confidence needed to achieve better project outcomes.

    Another participant highlighted that flooring requirements often evolve over time, particularly when facilities expand or operational needs change. In some cases, the flooring system initially specified may no longer align with how the space is ultimately used. This often occurs when the appropriate flooring solution is not selected for the right application from the beginning, leading to potential issues later on. The participant emphasised the importance of stronger communication among stakeholders, noting that workshops like this help encourage forward planning and earlier discussions on future operational needs.

    Electrostatic discharge (ESD), for instance, presents a significant risk in data centre environments, where even minor disruptions can affect sensitive equipment and operational uptime. Similarly, in food-grade facilities, unsuitable flooring systems can result in contamination risks and regulatory non-compliance, leading to both financial and reputational consequences.

    As these sectors continue to grow, the need for stronger technical expertise and fit-for-purpose flooring solutions across the contractor ecosystem is becoming increasingly urgent.

    Held at Nippon Paint’s R&D Centre in Shah Alam, the workshop aimed to provide contractors with practical insights into common flooring challenges, system selection, and application techniques tailored for modern industrial environments. Participants also gained hands-on experience through live demonstrations of specialised industrial-grade flooring systems designed for high-performance applications.

    “This is about preparing the industry for what comes next,” said Tay. “If Malaysia is to remain competitive in attracting high-value investments, every component of our infrastructure, including what lies beneath, must meet global standards.”

    The collaboration reflects a broader industry effort to enhance construction quality, reduce long-term maintenance costs, and ensure that foundational systems are aligned with the evolving needs of future-focused industries. As Malaysia continues to expand its industrial and digital economy, addressing these gaps early will be crucial in building infrastructure that is not only functional, but also future-ready.

    For more information about Nippon Paint and Total Coating & Construction Solutions (TCCS), please visit www.professional.nipponpaint.com.my.

  • Audience Lab Soundtech Named Exclusive NEXO Partner, Elevating Johor’s Premium Audio Scene

    Audience Lab Soundtech Named Exclusive NEXO Partner, Elevating Johor’s Premium Audio Scene

    The professional audio landscape in Southern Malaysia has reached a new pinnacle as Audience Lab Soundtech Sdn Bhd is officially appointed as the exclusive strategic partner for NEXO, the globally renowned French professional audio brand. This landmark collaboration, formalized by NEXO’s exclusive Malaysian distributor Audio Solutions Sdn Bhd, aims to revolutionize the region’s live event and production standards by bridging the gap between international engineering excellence and local market expertise.

    The partnership coincides with the highly anticipated Southern Malaysia debut of the NEXO Alpha+ Series in Johor, a move that signals the state’s rapid transformation into an emerging hub for world-class live entertainment and high-performance technical productions.

    Audience Lab Soundtech MD Shao Ming Teo (right) receives the official appointment letter from NEXO’s Joe White, formalizing their strategic partnership in Southern Malaysia.

    NEXO’s expansion into Johor follows a successful debut in Kuala Lumpur and brings with it a storied legacy of French engineering that dates back to 1979. The brand’s systems are already the backbone of Malaysia’s most iconic entertainment venues, including the Arena of Stars at Genting Highlands, Zepp Kuala Lumpur, and Mega Star Arena.

    By securing this strategic partnership, Audience Lab Soundtech is positioned to lead the deployment of NEXO’s wider portfolio—including the Geo M, P Series, and ID Series—across Southern Malaysia, ensuring that local theatres, rental productions, and event spaces have direct access to the same premium quality found in major global sports stadiums and concert halls.

    Joe White, NEXO’s Business Development Manager for Asia & Australia, delivering a detailed walkthrough of the Alpha+ Series highlights to a captivated, full-house audience.

    Central to this new chapter is the introduction of the NEXO Alpha+ Series, a next-generation hybrid system that redefines power and precision for large-scale environments. This modular “Three-Box” configuration integrates the strengths of point-source and line-array technologies, delivering an extraordinary peak SPL of 148dB.

    Designed for maximum efficiency, the system allows for fast, single-operator rigging, which significantly reduces setup times for festivals and concerts without compromising on acoustic clarity. During a recent immersive showcase in Johor, the system’s dynamic range and sonic headroom were brought to life, demonstrating why the Alpha+ is considered the definitive evolution of the original 1990s Alpha Series that once revolutionized the global industry.

    The appointment of Audience Lab Soundtech reflects a deliberate strategy to strengthen the professional audio ecosystem beyond the Klang Valley. Andrew Lee, Director of Audio Solutions, emphasized that Audience Lab’s deep technical proficiency in managing large-scale projects makes them the ideal partner to elevate industry standards in the south. Matching this sentiment, Shao Ming Teo, Managing Director of Audience Lab Soundtech, noted that the arrival of the Alpha+ Series empowers local players to execute productions that meet stringent international benchmarks.

    As Johor continues to evolve as a key destination for major events, this strategic alliance ensures the region is equipped with the high-performance tools necessary to deliver unforgettable, world-class auditory experiences.

  • Visa Perkukuh Ekosistem Pembayaran Pintar Melalui Program Agentic Ready di Malaysia

    Visa, peneraju global dalam pembayaran digital, hari ini melancarkan program Visa Agentic Ready di rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia. Program global ini diperkenalkan bagi menyokong ekosistem pembayaran dalam era perdagangan berejen yang semakin berkembang pesat.

    Pada peringkat awal pelaksanaannya, Visa Agentic Ready memberi fokus kepada kesediaan pengeluar dengan menyediakan pendekatan berstruktur untuk menguji, mengesahkan dan memahami transaksi yang dimulakan oleh ejen AI dalam persekitaran terkawal bertaraf pengeluaran. Program ini membolehkan pengeluar menilai sendiri bagaimana ejen AI boleh memulakan serta melengkapkan transaksi bagi pihak pengguna, di samping menguji tahap kesiapsiagaan mereka dalam menyokong perdagangan berejen tanpa menjejaskan elemen kepercayaan, kawalan dan perlindungan yang menjadi tunjang kepada rangkaian Visa.

    Pengurus Negara Visa Malaysia, Previn Pillay berkata, ketika perdagangan semakin bergerak ke arah automasi, aspek kebolehpercayaan, keselamatan dan kawalan pengguna menjadi semakin penting. Menurut beliau, Visa Agentic Ready menawarkan pendekatan yang praktikal dan tersusun kepada pengeluar di Malaysia untuk memahami bagaimana pembayaran yang dimulakan oleh ejen boleh beroperasi dalam rangkaian Visa sebelum teknologi tersebut diperluaskan secara lebih meluas.

    Beliau turut menjelaskan bahawa Visa kini bekerjasama dengan peniaga, platform dan rakan teknologi di peringkat global bagi membolehkan penggunaan perdagangan berpacukan ejen yang dipercayai. Langkah ini bertujuan memastikan pengalaman tersebut dapat diintegrasikan secara lancar ke dalam keseluruhan ekosistem apabila teknologinya semakin matang. Menurutnya, pendekatan ini membantu memastikan inovasi berkembang secara bertanggungjawab sambil pengguna terus mempunyai kawalan terhadap bagaimana dan bila pembayaran dilakukan.

    Visa Agentic Ready dipacu oleh keupayaan teras rangkaian Visa yang menggabungkan token, identiti, pengurusan risiko dan kawalan untuk menentukan bagaimana pembayaran dimulakan ejen yang dipercayai boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Inisiatif ini turut memanfaatkan Visa Intelligent Commerce, iaitu portfolio penyelesaian dan inisiatif Visa yang menyediakan pengalaman perdagangan berpacukan AI secara selamat dan dipercayai pada skala besar.

    Bagi merealisasikan perdagangan berejen secara meluas, Visa menekankan kepentingan kerjasama merentas ekosistem pembayaran. Sehubungan itu, beberapa rakan kerjasama daripada 10 pasaran di rantau Asia Pasifik telah menyertai program Agentic Ready termasuk Alliance Bank Malaysia Berhad, CIMB Bank Berhad, Hong Leong Bank dan Maybank di Malaysia. Visa menjangkakan lebih ramai rakan kerjasama akan turut serta apabila program ini diperluaskan kepada lebih banyak peniaga dan pemain ekosistem.

    Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Alliance Bank Malaysia Berhad, Gan Pai Li berkata, persediaan untuk pembayaran yang dimulakan oleh ejen tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian oleh institusi kewangan. Beliau berkata program seperti Visa Agentic Ready membolehkan pihak bank menguji serta memahami aliran transaksi baharu ini sebagai sebahagian daripada ekosistem pembayaran yang lebih luas dan dipercayai.

    Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad, Gurdip Singh Sidhu pula berkata teknologi AI kini sedang membentuk semula tingkah laku pengguna dan model perniagaan dengan pantas. Menurut beliau, Visa Agentic Ready mencerminkan visi CIMB untuk menyediakan pengalaman perbankan yang lebih intuitif dan terintegrasi dalam kehidupan harian, selain memberi peluang kepada institusi itu untuk menguji, mempelajari dan bersedia menghadapi pembayaran yang dimulakan oleh ejen AI. Beliau berkata pendekatan tersebut membolehkan CIMB menawarkan perkhidmatan berasaskan AI secara selamat dan bertanggungjawab sambil mengekalkan keyakinan serta kawalan yang diharapkan pelanggan.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi Hong Leong Bank, Andrew Jong berkata pembayaran yang dimulakan oleh ejen memperkenalkan dimensi baharu terhadap cara transaksi dimulakan dan ditadbir. Menurut beliau, Visa Agentic Ready memberi peluang kepada institusi kewangan untuk mengesahkan senario pembayaran baharu lebih awal, memahami implikasinya dalam situasi sebenar serta menilai bagaimana ia boleh disokong secara bertanggungjawab sebelum diterima secara lebih meluas.

    Ketua Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank, B. Ravintharan A/L K. Balakrishnan pula berkata kebolehpercayaan kekal menjadi faktor utama dalam kemunculan kaedah pembayaran baharu. Beliau menjelaskan bahawa Visa Agentic Ready membolehkan Maybank meneroka pembayaran dimulakan ejen dalam persekitaran terkawal sekali gus membantu membina keyakinan dan menilai bagaimana model tersebut boleh diskalakan secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan keselamatan serta kawalan pelanggan.

    Melalui persekitaran ujian bertaraf pengeluaran yang terkawal, program ini memperlihatkan bagaimana pembayaran dimulakan ejen boleh dilaksanakan dalam situasi dunia sebenar dan membantu pengeluar membina keyakinan terhadap kaedah pembayaran baharu yang semakin berkembang.

    Inisiatif ini juga menyokong peralihan lebih luas Visa ke arah perdagangan pintar yang boleh diatur cara, di mana maklumat pengesahan dan keupayaan rangkaian yang dipercayai membolehkan pembayaran dilaksanakan secara selamat dan fleksibel berdasarkan niat, konteks serta kawalan pengguna. Dalam situasi lebih banyak proses pembelian diautomasikan, pendekatan ini membantu memastikan ejen AI dapat bertindak secara lancar bagi pihak pengguna sambil memastikan kawalan utama kekal di tangan manusia.

    Visa kini bekerjasama dengan platform dan pembangun AI, peniaga serta rakan ekosistem di seluruh dunia bagi membolehkan pelaksanaan pembayaran dimulakan ejen secara selamat pada skala besar. Visa Agentic Ready membantu memastikan pengeluar bersedia untuk menyokong transaksi tersebut dengan yakin dan selamat.

    Pelancaran di Asia Pasifik ini menyusuli pelancaran program tersebut di Eropah sebelum ini dan dibangunkan berdasarkan maklum balas awal daripada rakan kerjasama global. Ketika ini, program berkenaan tersedia di Australia, Hong Kong, Jepun, Malaysia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Pihak yang berminat untuk menyertai program Visa Agentic Ready boleh menghubungi wakil akaun Visa untuk maklumat lanjut.

  • Izzue Islam Korbankan Ego Demi Membimbing Anak-Anak Lorong Dalam Cahaya Anak Lorong

    Izzue Islam Korbankan Ego Demi Membimbing Anak-Anak Lorong Dalam Cahaya Anak Lorong

    “Kau kena masuk frekuensi mereka, baru kau boleh ubah hidup mereka.” Di sebalik label ‘anak lorong’, tersembunyi pelbagai kisah yang jarang didengari, tentang luka, harapan dan seorang guru yang memilih untuk memahami daripada terus menghukum. Drama Cahaya Anak Lorong bakal menemui penonton bermula 7 Mei 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

    Menampilkan lakonan mantap Izzue Islam sebagai Cikgu Amir, drama ini turut dibarisi Ranea Ezreen, Fariz Isqandar, Syad Mutalib dan Areef Amran. Diterbitkan oleh Mache Allstar United dan diarahkan oleh Pali Yahya, drama 13 episod ini mengangkat realiti kehidupan remaja terpinggir yang hidup di celah hiruk-pikuk kota, dekat di depan mata namun sering dipandang sepi.

    Dipindahkan ke Sekolah Bimbingan Kasih (SBK), Cikgu Amir hanya mahu menamatkan tugasnya secepat mungkin. Namun, sekolah itu mempertemukannya dengan pelajar-pelajar yang hidup di luar kebiasaan, dibelenggu masalah dan seakan sudah kehilangan arah.

    Sofea lakonan Ranea Ezreen, bersama Bad dan Mok, merupakan anak-anak lorong yang membesar dalam dunia keras dan serba kekurangan. Demi meneruskan hidup, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyeluk saku. Kehidupan mereka kemudian menarik perhatian Hakimi, seorang pemuda setempat yang menjadikan golongan jalanan sebagai keldai dadah untuk kepentingannya sendiri. Dalam masa yang sama, Sofea yang terkenal dengan sikap memberontak gemar mengenakan guru-guru di SBK termasuk Cikgu Amir yang sering dilabel sebagai “kekwat”.

    Apabila tekanan semakin memuncak, Amir mula merasakan dirinya tidak lagi mampu bertahan lalu memohon pertukaran sekolah. Namun, dia diberikan satu syarat, memastikan pelajar-pelajar tersebut lulus ujian 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dari situlah segalanya mula berubah. Sedikit demi sedikit, Amir mula memahami kehidupan sebenar mereka, menyelami kesakitan yang selama ini tersembunyi di sebalik sikap kasar dan pemberontakan.

    Dalam dunia yang dipenuhi manipulasi, jenayah dan ancaman bahaya, mampukah Amir menyelamatkan mereka, atau akhirnya dia sendiri akan terperangkap lebih jauh dalam dunia anak-anak lorong ini?

    Menurut Izzue Islam, watak Cikgu Amir bukanlah seorang hero yang sempurna. Sebaliknya, dia hadir dengan ego dan persepsi sendiri sebelum perlahan-lahan belajar melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. “Kadang-kadang kita terlalu cepat melabel orang. Tapi bila kita benar-benar dengar cerita mereka, kita sedar hidup mereka tak pernah beri pilihan yang mudah,” katanya.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Cahaya Anak Lorong bermula 7 Mei 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh menstrim episod baharu 24 jam lebih awal menerusi Tonton atau memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

    Untuk mendapatkan maklumat terkini serta perkembangan lanjut, ikuti TV3 Malaysia dan Drama Sangat di media sosial rasmi mereka.