Blog

  • POLONG CATAT PENCAPAIAN RM10 JUTA, BUKTI FILEM SERAM TEMPATAN MASIH MENDOMINASI

    POLONG CATAT PENCAPAIAN RM10 JUTA, BUKTI FILEM SERAM TEMPATAN MASIH MENDOMINASI

    Filem seram tempatan Polong terus mencuri perhatian apabila berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM10 juta setakat ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara karya tempatan paling hangat diperkatakan di pawagam seluruh negara. Pencapaian ini hadir selepas filem arahan Zulkarnain Azhar itu terlebih dahulu mencipta momentum luar biasa dengan kutipan RM5.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan, menunjukkan sambutan luar biasa daripada penonton sejak hari pertama ia ditayangkan.

    Sejak ditayangkan, Polong bukan sahaja menarik minat peminat filem seram, malah turut menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ramai penonton berkongsi pengalaman mereka terhadap suasana seram, jalan cerita penuh misteri serta elemen kejutan yang meninggalkan kesan mendalam. Filem ini berjaya mengangkat kisah berkaitan ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan merentas generasi dengan pendekatan naratif yang menggabungkan elemen seram tradisional dan psikologi moden.

    Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan kerjasama 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta sokongan pemasaran daripada Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis. Gabungan lakonan mantap, visual sinematik yang kuat serta reka bentuk bunyi yang mengerikan berjaya meningkatkan pengalaman menonton dan menerima pujian daripada penonton.

    Kejayaan filem ini turut membuktikan bahawa genre seram tempatan masih mempunyai tempat yang kuat dalam industri perfileman Malaysia apabila dipersembahkan dengan kualiti produksi yang tinggi serta penceritaan yang berkesan. Sambutan berterusan di pawagam seluruh negara menunjukkan bahawa penonton masih menghargai karya tempatan yang membawa identiti budaya dan elemen seram yang dekat dengan masyarakat.

    Dengan momentum kutipan yang masih kukuh, Polong dijangka terus mencatat kejayaan lebih besar dalam minggu-minggu akan datang, sekali gus mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah satu filem seram tempatan paling berjaya tahun ini.

  • “OFFSIDE HUSBAND” PAPARKAN PERJUANGAN CINTA, KERJAYA DAN PENGORBANAN SEORANG SUAMI

    “OFFSIDE HUSBAND” PAPARKAN PERJUANGAN CINTA, KERJAYA DAN PENGORBANAN SEORANG SUAMI

    Kuala Lumpur, 5 Jun 2026 – Drama komedi romantik Offside Husband mengetengahkan persoalan sejauh mana seseorang mampu mengejar impian dan minat peribadi tanpa mengabaikan insan yang paling disayangi. Kisah ini menjadi inti utama kepada sebuah naratif kehidupan rumah tangga moden yang penuh cabaran, emosi dan konflik antara kerjaya serta tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri.

    Dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Imran Aqil, Elfira Loy, Adzim Hariz dan Ariana Yusof, drama ini menggabungkan elemen humor, romantik serta latar dunia bola sepak yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Ia mengisahkan Hafiz, seorang editor sukan yang terlalu obses dengan bola sepak sehingga sering mengabaikan keperluan emosional dalam perkahwinannya bersama Alya, isterinya yang mengimpikan kehadiran cahaya mata selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

    Dalam masa yang sama, Alya berdepan tekanan keluarga yang tidak sabar menantikan cucu, manakala Hafiz pula semakin tenggelam dalam tuntutan kerjayanya menjelang kemeriahan Piala Dunia 2026. Konflik menjadi lebih kompleks apabila Hafiz bersaing dengan editor baharu, Elin, yang secara tidak langsung mencetuskan salah faham dalam hubungan rumah tangga mereka.

    Ketegangan emosi semakin memuncak apabila Alya akhirnya disahkan hamil pada saat hubungan mereka berada dalam keadaan yang rapuh. Situasi ini memaksa Hafiz untuk membuat pilihan besar dalam hidupnya sama ada untuk terus mengejar cita-cita kerjaya atau kembali menumpukan perhatian kepada keluarga yang semakin memerlukan kehadirannya.

    Offside Husband bukan sekadar sebuah drama romantik, tetapi juga refleksi realiti kehidupan pasangan moden yang sering terperangkap antara impian peribadi dan tanggungjawab keluarga. Dengan gabungan elemen komedi, emosi dan konflik yang dekat dengan penonton, drama ini menyampaikan mesej bahawa keseimbangan antara cinta, kerjaya dan keluarga adalah kunci utama kebahagiaan.

    Drama ini kini boleh disaksikan menerusi platform digital setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton, menjadikannya antara naskhah mikro yang menarik perhatian penonton muda masa kini.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 di @TV3Malaysia, ikuti juga Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat serta platform rasmi tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

  • World Miniature Hobby Show (WMHS) & Malaysia Competition (MALCOM) Make a Grand Return to Penang on 13–14 June 2026

    World Miniature Hobby Show (WMHS) & Malaysia Competition (MALCOM) Make a Grand Return to Penang on 13–14 June 2026

    Penang is set to welcome miniature hobby enthusiasts from around the world as the 11th World Miniature Hobby Show (WMHS) and Malaysia Competition (MALCOM) 2026 returns on 13 and 14 June 2026 at the Setia SPICE Convention Centre. Widely regarded as one of Southeast Asia’s premier miniature hobby events, this year’s edition is expected to be the largest in its history, bringing together artists, collectors, model builders, exhibitors, and hobby communities from across the globe.

    The two-day event is projected to feature around 100 exhibitors and attract approximately 30,000 visitors, reflecting the growing popularity of miniature art, scale modelling, and creative craftsmanship both in Malaysia and internationally. Making its debut at the upgraded Setia SPICE Convention Centre, visitors can expect a larger exhibition space, enhanced facilities, and a more immersive experience designed to accommodate the event’s expanding global audience.

    One of the defining features of WMHS & MALCOM 2026 is its strong international participation. This year’s event will welcome hobbyists, judges, artists, and exhibitors from 26 countries and regions, including Japan, South Korea, China, Singapore, Australia, the United States, the United Kingdom, Germany, Spain, France, Russia, Ukraine, and several Southeast Asian nations. The diversity of participants highlights the event’s growing reputation as an international platform for creativity, cultural exchange, and artistic excellence.

    Adding further excitement to this year’s edition are two new competition categories: Mecha/Maschinen Krieger and Anime & Garage Kit. These additions are expected to attract a broader range of hobbyists and collectors, particularly younger enthusiasts who are passionate about science fiction, anime culture, and contemporary model-building trends. The expanded competition categories demonstrate the organisers’ commitment to keeping pace with evolving interests within the global hobby community.

    Beyond the competitions, visitors will have the opportunity to enjoy free live demonstrations conducted by internationally renowned miniature artists. These sessions will provide valuable insights into painting techniques, model assembly, weathering effects, and other specialised skills. Families can also explore the Junior’s Corner, an interactive area where children can build model kits and discover the joy of miniature hobbies through hands-on activities in a fun and educational environment.

    Penang State Executive Councillor for Tourism and Creative Economy, YB Wong Hon Wai, described WMHS & MALCOM as an event that has evolved into a globally recognised gathering capable of attracting participants and visitors from multiple continents. He noted that the continued growth of the event reflects Penang’s ability to host specialised international events while strengthening its position as a destination for creative industries and niche tourism.

    With admission priced at just RM10 for both days, WMHS & MALCOM 2026 offers an accessible and family-friendly experience for hobby enthusiasts, collectors, aspiring artists, and curious visitors alike. As the event continues to grow in scale and international stature, it is expected to further elevate Penang’s profile as a leading destination for creative culture, artistic innovation, and global hobby tourism.

  • Maxim Supports Kaamatan and Gawai with Free Rides Across Sabah and Sarawak

    Maxim Supports Kaamatan and Gawai with Free Rides Across Sabah and Sarawak

    Maxim E-hailing Malaysia carried out a campaign across six cities in East Malaysia in conjunction with the Kaamatan harvest festival in Sabah and the Gawai festival in Sarawak, offering free rides from key central festival venues. The initiative enabled thousands of residents and visitors to travel conveniently to and from major celebrations, enhancing overall mobility during the festive period. In Sabah, free transfers were provided from events such as the Unduk Ngadau competition at KDCA Hall in Kota Kinabalu, the Fun Fair at Borneo Fun Park in Sandakan, and LikeFest 2026 in Tawau. In Sarawak, specially themed Gawai vehicles operated in Kuching, Miri and Bintulu, offering free rides throughout the celebrations. The campaign also featured vibrant vehicle designs that brought festive visibility to city streets beyond the event locations.

    Maxim further strengthened its cultural engagement through a collaboration with artists from Sabah and Sarawak to produce a limited-edition postcard series inspired by Kaamatan and Gawai traditions. In Sabah, the artwork featured contributions from Rosemary Yvonne Marcus, Logiman J. Gamad and Sabating Ev Baron Kampiau, while in Sarawak, Maxim collaborated with Lim Mei Joo and Amey Sheikh Ali. These postcards reflected local motifs, symbols and cultural heritage, and were distributed free of charge inside festive vehicles. Each passenger received them as a complimentary keepsake, turning everyday rides into meaningful cultural experiences that highlighted the richness of East Malaysian traditions.

    According to Mohd Hazwan Musley, Director of Maxim E-hailing Malaysia, the campaign was designed to combine transport accessibility with cultural appreciation. He said Kaamatan and Gawai represent the living identity and strong community spirit of Sabah and Sarawak, and it was important for Maxim to support both mobility and local cultural expression. He added that the collaboration with local artists through the postcard initiative allowed passengers to experience and take home a piece of East Malaysian heritage, extending the celebration beyond the festival grounds.

    The limited-edition postcards were fully distributed during the campaign period, reflecting strong public engagement and interest. The initiative demonstrated how e-hailing services can go beyond transportation by playing a meaningful role in supporting local culture, promoting accessibility, and celebrating community traditions across East Malaysia.

    Maxim is an international e-hailing service that began operations in Malaysia in 2019 with its first ride completed in Kuantan. Today, the platform operates nationwide, connecting communities across both Peninsular and East Malaysia. With a focus on accessibility, safety and continuous improvement, Maxim provides reliable transport and delivery services through its mobile application available on major platforms. The service also supports flexible income opportunities for thousands of driver-partners, contributing to improved mobility and economic empowerment for Malaysians.

  • Ford Expands Everest Line-Up in Malaysia with Three New Variants

    Ford Expands Everest Line-Up in Malaysia with Three New Variants

    Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion-Ford), the sole authorised distributor of Ford vehicles in Malaysia, today introduced three new variants to the Ford Everest lineup: the Everest Platinum 3.0L, Everest Platinum 2.0L, and Everest Sport 2.0L at the Sime Motors MotorExpo 2026. This launch marks one of the most significant expansions of the Everest range in Malaysia, offering customers a wider selection across lifestyle, adventure, and premium SUV segments.

    Designed for modern Malaysian lifestyles, the expanded Ford Everest lineup delivers a versatile SUV that easily adapts between family use, long-distance travel, and off-road adventures. While each variant carries its own distinct character, all models retain the Everest’s core strengths in robust engineering, advanced safety features, intelligent connectivity, and premium craftsmanship.

    At the top of the range, the Ford Everest Platinum 3.0L is powered by a 3.0-litre V6 turbocharged diesel engine, producing 183.8 kW (250 PS) at 3,250 rpm and 600 Nm of torque between 1,750 and 2,000 rpm. Paired with a 10-speed automatic transmission with eShifter, the flagship variant also features an ElectroMagnetic Transfer Case (EMTC) and a full-time four-wheel drive system. This enables intelligent torque distribution for improved traction, stability, and control across challenging driving conditions, making it the most powerful and technologically advanced Everest available in Malaysia.

    The Everest Platinum 3.0L also showcases the signature Platinum design language, featuring a distinctive grille and bold PLATINUM lettering on the bonnet, front doors, and tailgate. Matrix LED headlamps and signature C-clamp daytime running lights enhance its strong road presence. With seating for up to seven passengers and power-folding third-row seats, it is well suited for larger families or group travel. The model rides on 21-inch alloy wheels with 275/45 R21 tyres, offering enhanced stability and driving confidence.

    Inside, the cabin is equipped with a 12-inch multi-touch display with wireless connectivity and Ford SYNC® 4A, delivering a seamless and connected driving experience combined with premium comfort and advanced technology. It is available in Acacia Green, Meteor Grey, and Absolute Black.

    The Ford Everest Platinum 2.0L blends luxury, technology, and capability for customers seeking a more premium SUV experience without compromising everyday practicality. It is powered by a 2.0-litre turbo diesel engine producing 125 kW (170 PS) and 405 Nm of torque, paired with a 10-speed SelectShift automatic transmission and Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF) part-time four-wheel drive system. This combination delivers a balanced mix of performance, efficiency, and confidence across various driving conditions.

    The model features a refined exterior design with a premium grille, Matrix LED headlamps, and C-clamp daytime running lights that elevate its presence on the road. It rides on 20-inch alloy wheels fitted with 255/55 R20 tyres for improved stability. Inside, a 12-inch multi-touch colour touchscreen with wireless connectivity and Ford SYNC® 4A enhances convenience and digital integration. The Everest Platinum 2.0L is available in Acacia Green, Meteor Grey, Arctic White, and Absolute Black.

    Meanwhile, the Ford Everest Sport 2.0L is powered by a 2.0-litre turbo diesel engine delivering 125 kW (170 PS) and 405 Nm of torque. It is paired with a 10-speed SelectShift automatic transmission and ESOF part-time four-wheel drive system, now featuring six driving modes including Mud/Ruts and Sand. This ensures confident performance both in urban environments and on more demanding terrain.

    The Sport variant features a bold grille design, LED headlamps with C-clamp daytime running lights, and distinctive black exterior accents that reinforce its sporty identity. It also rides on 20-inch alloy wheels with 255/55 R20 tyres for stable handling. Inside, newly designed sporty two-tone seats enhance the cabin’s dynamic feel while maintaining everyday comfort.

    Managing Director of Auto ConneXion, Turse Zuhair, said the Ford Everest has built strong trust among Malaysian customers for its capability and practicality. With the introduction of these new variants, Ford aims to provide more options tailored to different lifestyles, whether for family use, daily commuting, outdoor adventures, or a more premium ownership experience.

    He added that this expansion further strengthens Ford’s SUV portfolio in Malaysia and aligns with evolving customer expectations for rugged, capable, and technology-rich vehicles.

    The Ford Everest Platinum 3.0L, Everest Platinum 2.0L, and Everest Sport 2.0L are now available for booking at authorised Ford dealerships nationwide, with prices starting from RM316,888. In conjunction with the launch, customers can enjoy an early bird offer, which includes two years of free service with the purchase of any of the new Everest variants in June.

    Customers can also take advantage of the Ford Fuel Rush Bonanza campaign, running until 30 June 2026, where purchases made during the campaign period stand a chance to win a year’s worth of free fuel, alongside lifestyle and home prizes such as fuel cards, electronics, and premium products.

    For more information, visit https://ford.simemotors.my or follow Ford Malaysia on Facebook, Instagram, X, and YouTube for the latest updates.

  • Malaysia Clinches Asia-Pacific Debut for the Highly Anticipated 2026 BYD ATTO 3

    Malaysia Clinches Asia-Pacific Debut for the Highly Anticipated 2026 BYD ATTO 3

    In a major development for regional automotive trade, Malaysia has officially clinched the exclusive Asia-Pacific debut for the highly anticipated 2026 BYD ATTO 3. Unveiled by BYD Sime Motors at the prominent Sime Motors MotorExpo 2026, the milestone highlights Malaysia’s growing prominence as a strategic epicenter for electric vehicle (EV) commercialization and consumer readiness. Securing this premium regional product launch ahead of competing markets underscore international confidence in Malaysia’s developing green economy, policy frameworks, and evolving infrastructure networks.

    The corporate announcement coincides with a historic commercial milestone for the partnership, with BYD officially surpassing 32,000 cumulative vehicle sales in Malaysia. Of that total volume, the foundational ATTO 3 accounts for over 12,000 units on local roads, anchoring itself as the nation’s top-selling electric SUV since its initial rollout. Jacob Ma, Managing Director of BYD Malaysia, emphasized that the model remains a fundamental driver of the brand’s local success.

    Similarly, Adeline Lew, Managing Director of BYD Sime Motors, noted that the heavily updated 2026 model has been specifically engineered to fulfill the scaling expectations of Malaysian drivers through targeted enhancements in performance, interior ergonomics, and overall utility.

    From a strategic market perspective, the 2026 ATTO 3 introduces an aggressively positioned, two-tier commercial structure designed to capture unique consumer segments. The entry-level Ultra variant enters the market at RM125,800, retaining a front-wheel-drive configuration paired with a 60.48 kWh Blade Battery that yields an efficient 480 km range (NEDC).

    Crucially, the premium segment receives a substantial structural disruption via the range-topping Premium variant, priced at RM138,800. The Premium model shifts completely to a rear-wheel-drive architecture driven by a high-output 230 kW motor, stretching its driving range to 600 km (NEDC). This high-spec variant significantly optimizes corporate fleet viability and long-distance travel logistics across major domestic corridors, boasting an elevated 220 kW DC fast-charging capacity capable of replenishing the battery from 10% to 80% in just 25 minutes.

    Beyond mechanical adjustments, the product evolution reflects a matured visual and structural profile designed to enhance market competitiveness. The updated exterior features a highly streamlined front bumper configuration that removes legacy faux intake structures for optimal aerodynamics, while the refined cabin replaces active aesthetic paneling with sophisticated stitched materials, a column gear selector, and an expanded 8.8-inch digital driver instrument cluster.

    To accelerate initial retail momentum, BYD Sime Motors is deploying a high-value promotional allocation worth up to RM14,000 for early adopters. The first 500 customers will receive a RM10,000 overtrade incentive, complemented by the choice of a complimentary home AC wall charger or a six-year standard service package. Reinforced by a robust six-year vehicle warranty and an eight-year high-voltage battery and drive unit package, this strategic launch asserts Malaysia’s definitive leadership in the regional transition toward sustainable transportation.

  • Ungu Semakin Bersedia Gegar Kuala Lumpur, Jualan Tiket Sudah Cecah 50 Peratus

    Ungu Semakin Bersedia Gegar Kuala Lumpur, Jualan Tiket Sudah Cecah 50 Peratus

    Keterujaan menjelang konsert “Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” semakin memuncak apabila kumpulan legenda Indonesia, Ungu, bersiap sedia untuk meraikan perjalanan seni mereka selama 30 tahun bersama peminat di Malaysia. Konsert yang bakal berlangsung di Idea Live Arena pada 5 September 2026 itu dijangka menjadi sebuah malam yang sarat dengan emosi, nostalgia dan pelbagai momen istimewa yang pastinya sukar dilupakan.

    Selepas mencipta pelbagai kenangan menerusi lagu-lagu popular seperti “Demi Waktu”, “Tercipta Untukku”, “Seperti Yang Dulu” dan “Cinta Dalam Hati”, Ungu kini bersedia membawa himpunan karya terbaik mereka ke Kuala Lumpur dalam sebuah persembahan yang cukup bermakna sempena ulang tahun ke-30 penubuhan kumpulan tersebut.

    Sejak diumumkan kepada umum, konsert ini menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat. Media sosial turut dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada mereka yang tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah tersebut.

    Sambutan luar biasa itu turut diterjemahkan menerusi jualan tiket yang kini telah mencapai 50 peratus. Melihat kepada permintaan yang terus meningkat, pihak penganjur juga sedang merancang untuk membuka beberapa kategori tempat duduk baharu dalam masa terdekat bagi memberi lebih banyak pilihan kepada peminat yang ingin hadir.

    Apa yang pasti, konsert ini bukan sekadar menghimpunkan lagu-lagu hits Ungu, malah bakal menawarkan pengalaman yang lebih dekat dan bermakna buat para peminat. Pelbagai kejutan sedang dirancang bagi menjadikan malam tersebut lebih istimewa dan meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.

    Menambahkan lagi keterujaan, penyanyi terkenal Malaysia, Marsha Milan, diumumkan sebagai artis jemputan khas untuk konsert ini. Lebih menarik, pemilihan Marsha dibuat sendiri oleh anggota Ungu yang melihat beliau sebagai antara penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal dan penghayatan emosi yang mampu melengkapkan konsep persembahan mereka.

    Menurut Ungu, mereka sudah lama mengikuti perkembangan kerjaya seni Marsha dan percaya beliau mempunyai aura tersendiri yang mampu memberikan warna berbeza kepada konsert tersebut.

    “Marsha mempunyai suara yang sangat emosional dan karakter yang kuat ketika menyampaikan lagu. Kami percaya beliau mampu membawa energi yang sesuai untuk malam ini. Kami benar-benar teruja untuk berkongsi pentas bersama Marsha di Kuala Lumpur dan tidak sabar untuk mencipta momen indah bersama peminat Malaysia,” kata anggota Ungu.

    Konsert ini juga bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan seni Ungu menerusi tiga segmen utama iaitu “The Birth”, “The Peak” dan “The Legacy”. Setiap segmen akan menggambarkan fasa berbeza dalam perjalanan mereka daripada sebuah kumpulan baharu sehingga menjadi antara nama paling berpengaruh dalam industri muzik Nusantara.

    Bagi menghidupkan pengalaman tersebut, persembahan akan diperkaya dengan elemen visual, susunan muzik khas serta penceritaan yang membawa penonton mengimbau kembali perjalanan tiga dekad Ungu dalam dunia muzik.

    Pengarah Konsert, En. Zairul Addry Helmy daripada COMs. Creative Studio berkata, fokus utama pasukannya adalah untuk menghadirkan sebuah pengalaman yang lebih dekat dengan peminat yang telah membesar bersama lagu-lagu Ungu.

    “Sejak pengumuman konsert ini dibuat, kami menerima sambutan yang sangat luar biasa. Keterujaan itu semakin terasa setiap hari dan kami sendiri tidak sabar menantikan malam tersebut. Apa yang boleh kami katakan, ini bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu malam yang meraikan muzik, kenangan dan hubungan istimewa antara Ungu dan peminat mereka di Malaysia,” katanya.

    Beliau turut yakin kehadiran Marsha Milan akan menambahkan lagi keistimewaan konsert tersebut.

    “Apabila Ungu sendiri memilih Marsha sebagai artis jemputan, kami tahu kombinasi ini akan menghasilkan sesuatu yang cukup menarik. Kami percaya penonton bakal menyaksikan sebuah kolaborasi yang bukan sahaja mantap dari segi vokal, malah penuh emosi dan keserasian di atas pentas,” ujarnya.

    Selain persembahan daripada Ungu dan Marsha Milan, beberapa lagi kejutan eksklusif dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Perkara itu sudah tentu menambahkan lagi tanda tanya dan keterujaan peminat menjelang September nanti.

    Selepas 30 tahun mewarnai industri muzik dengan pelbagai karya yang terus menjadi siulan ramai, Ungu kini bersedia menghadiahkan sebuah malam yang meraikan bukan sahaja muzik, tetapi juga perjalanan, persahabatan dan kenangan yang telah dikongsi bersama peminat sepanjang tiga dekad mereka berkarya.

  • Desa Kerayong Indah Catat Kemajuan Besar, Buka Lembaran Baharu Selepas Lebih Dua Dekad

    Desa Kerayong Indah Catat Kemajuan Besar, Buka Lembaran Baharu Selepas Lebih Dua Dekad

    Majlis pelancaran Desa Kerayong Indah berjaya menghimpunkan ratusan pembeli rumah, penduduk setempat serta pelbagai pihak yang terlibat dalam pembangunan projek ini. Bertemakan “Membina Semula Keyakinan, Mengembalikan Impian”, acara tersebut disempurnakan oleh Exco Perumahan Negeri Selangor, YB Datuk Borhan Aman Shah. Majlis ini menjadi simbol kepada satu titik perubahan penting dalam usaha menghidupkan semula antara projek perumahan terbengkalai yang paling lama di Selangor.

    Dalam ucapannya, YB Datuk Borhan berkata perkembangan positif yang dicapai di Desa Kerayong Indah hari ini membuktikan bahawa sesuatu cabaran besar boleh diatasi apabila semua pihak bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing dengan penuh komitmen.

    “Perumahan bukan sekadar membina rumah dan menyediakan kemudahan asas. Ia juga tentang mengembalikan harapan, maruah dan peluang kepada keluarga untuk membina kehidupan yang lebih baik. Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Probil Industries dan Dimensi Jayamas, yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan usaha pemulihan ini sehingga kita dapat melihat hasilnya pada hari ini,” katanya.

    Melalui program pemulihan yang dirancang secara menyeluruh, para pembeli kini akhirnya dapat melihat perubahan nyata di tapak projek selepas bertahun-tahun menunggu tanpa kepastian. Usaha ini diterajui oleh Probil Industries (M) Sdn. Bhd. sebagai kontraktor pemulihan yang dilantik oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), bersama Dimensi Jayamas Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai kontraktor usaha sama dan pemaju sah projek tersebut.

    Pemulihan Desa Kerayong Indah bukan hanya melibatkan kerja-kerja pembinaan semula, malah mencerminkan kerjasama erat antara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, jabatan teknikal dan pasukan pemulihan yang telah bekerja keras untuk menyelesaikan pelbagai isu yang membelenggu projek ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1999.

    Terletak di atas kawasan seluas 216 ekar di Mukim Jeram, Kuala Selangor, Desa Kerayong Indah pada asalnya dibangunkan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan kawasan penempatan yang lebih tersusun serta peluang pemilikan rumah kepada masyarakat setempat. Namun, projek tersebut berdepan pelbagai masalah apabila kontraktor asal gagal menyiapkannya, menyebabkan pembeli terpaksa menunggu selama bertahun-tahun tanpa sebarang kepastian.

    Kini, projek itu memasuki fasa baharu yang lebih positif. Program pemulihan yang diterajui oleh Probil Industries dengan sokongan Dimensi Jayamas telah berjaya mencapai beberapa kemajuan penting, termasuk memperoleh pelbagai kelulusan perancangan, menjalinkan kerjasama dengan agensi teknikal berkaitan serta melaksanakan kerja-kerja infrastruktur utama yang diperlukan untuk meneruskan pembangunan.

    Apa yang membezakan usaha pemulihan kali ini ialah penglibatan aktif serta pemantauan berterusan oleh Urusetia Jawatankuasa Projek Terbengkalai Daerah Kuala Selangor yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, Puan Faezah Abd. Aziz bersama Bahagian Perancangan, Seni Bina dan Pemantauan Projek LPHS. Pasukan ini bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi termasuk LPHS, MPKS, TNB, Air Selangor, IWK, JKR, JPS serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor bagi memastikan setiap proses berjalan lancar dan mengikut perancangan.

    Antara pencapaian terkini yang telah direkodkan termasuk penyiapan kerja tanah, kemajuan ketara dalam pembinaan sistem saliran, kolam takungan dan kemudahan pembetungan, selain kerja pembinaan bangunan yang kini sedang berjalan aktif di seluruh kawasan pembangunan. Semua pencapaian ini menjadi asas penting dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan lebih teratur dan mampan pada masa akan datang.

    Menurut Pengarah Urusan Probil Industries (M) Sdn. Bhd., Dato’ Ahmad Kamal Ghazali, pihaknya sentiasa memberi fokus kepada kemajuan yang boleh dilihat dan diukur.

    “Kami percaya keyakinan hanya boleh dibina melalui tindakan, bukannya janji semata-mata. Sejak beberapa tahun lalu, kami memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan kelulusan yang diperlukan dan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan. Setiap kemajuan yang dicapai, sama ada dari segi infrastruktur mahupun pembangunan di tapak projek, adalah bukti kesungguhan kami untuk mengembalikan keyakinan pembeli serta menunaikan harapan yang telah lama tertangguh,” katanya.

    Seiring dengan kemajuan pemulihan yang dicapai, Desa Kerayong Indah kini dibuka untuk jualan dengan tawaran rumah banglo bermula dari RM500,000 dan keluasan tanah bermula 4,000 kaki persegi. Lokasinya yang strategik berhampiran UiTM Puncak Alam serta berada dalam kawasan pembangunan yang pesat menjadikannya sebuah projek yang mempunyai potensi besar untuk berkembang pada masa hadapan.

    Kawasan ini juga dijangka mendapat manfaat daripada pembangunan infrastruktur utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), selain pertumbuhan kemudahan komersial dan komuniti di sekitarnya. Dengan gabungan harga yang kompetitif serta prospek pembangunan yang memberangsangkan, Desa Kerayong Indah menawarkan pilihan menarik kepada keluarga yang mengimpikan kediaman bertanah dalam sebuah komuniti yang lengkap dan saling terhubung.

    Bagi pembeli sedia ada yang telah menandatangani perjanjian di bawah projek pembangunan terbengkalai ini, mereka digalakkan untuk menghubungi pihak pemaju baharu yang juga bertindak sebagai kontraktor utama bagi mengetahui lebih lanjut mengenai peluang yang tersedia menerusi program pemulihan ini. Pelbagai pilihan dan penyelesaian telah dirangka bagi membantu mereka meneruskan proses pemilikan rumah dengan lebih lancar.

    Pembeli juga dialu-alukan untuk bertemu secara terus dengan pasukan projek bagi mendapatkan perkembangan terkini, memahami pilihan yang ditawarkan serta berbincang mengenai langkah terbaik untuk memiliki kediaman mereka di Desa Kerayong Indah yang kini sedang dipulihkan.

    Untuk pertanyaan lanjut atau mengatur sesi perundingan, pembeli yang terlibat boleh menghubungi +60 12-818 1715 atau +60 3-7931 0715. Pasukan projek yang khusus akan membantu menjawab sebarang pertanyaan serta memberikan panduan berkaitan pilihan yang tersedia di bawah program pemulihan ini.

    Bagi ramai pembeli dan keluarga, Desa Kerayong Indah bukan sekadar sebuah projek perumahan. Ia melambangkan impian yang telah lama dinanti-nantikan untuk memiliki kediaman sendiri dan menikmati kehidupan yang lebih stabil serta selesa. Selepas bertahun-tahun berdepan pelbagai cabaran dan ketidakpastian, kemajuan yang dicapai hari ini memberi sinar baharu kepada mereka bahawa impian tersebut semakin hampir untuk direalisasikan.

  • FELDA, Encorp Jalin Kerjasama Strategik Bina Perumahan Kakitangan

    FELDA, Encorp Jalin Kerjasama Strategik Bina Perumahan Kakitangan

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kumpulan pembangunan hartanah, Encorp Berhad (ENCORP) telah memeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam melaksanakan reka bentuk dan pembinaan projek perumahan kakitangan FELDA.

    Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah berlangsung di Menara FELDA, di mana MoU disempurnakan oleh Pengarah Besar FELDA, Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ENCORP, Encik Ahmad Harzimi bin Mohd Taib. Sesi tersebut turut disaksikan oleh Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, serta Pengerusi ENCORP, Encik Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff.

    Menerusi rangka kerja kolaborasi ini, ENCORP bakal dilantik sebagai kontraktor utama yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi fasa reka bentuk dan pembinaan projek tersebut, tertakluk kepada kelulusan dan perjanjian muktamad oleh kedua-dua belah pihak. Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan FELDA dalam mengutamakan kebajikan tenaga kerjanya melalui penyediaan fasiliti kediaman yang selesa, praktikal, dan kondusif, sekali gus memangkin kesejahteraan, produktiviti harian kakitangan, serta memperkukuh infrastruktur sosial organisasi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ENCORP, Encik Ahmad Harzimi bin Mohd Taib menyatakan bahawa pihak korporat amat berbesar hati atas mandat yang diberikan untuk menyumbang kepakaran teknikal dalam aspek pembinaan bagi pembangunan FELDA. Beliau turut menegaskan komitmen tinggi syarikat untuk menyerahkan sebuah komponen kediaman yang moden, terancang, dan menepati piawaian kualiti demi kemaslahatan warga kerja agensi berkenaan.

    Hubungan strategik ini merupakan kesinambungan kepada rekod prestasi kecemerlangan ENCORP dalam mengendalikan projek berimpak tinggi. Sebelum ini, menerusi anak syarikatnya, Encorp Development Sdn Bhd, kumpulan tersebut telah berjaya menyerahkan Fasa 1 Lamanda Chuping pada tahun 2024, yang merangkumi 224 unit kediaman kos rendah dan sederhana untuk warga peneroka serta generasi FELDA, di samping 17 unit komersial.

    Berbekalkan portfolio sedia ada yang mapan, termasuk projek Tilia Shah Alam, perancangan fasa seterusnya bagi Lamanda Chuping, serta pengukuhan dalam segmen pelaburan hartanah, ENCORP menyasarkan untuk menerapkan standard kualiti dan tanda aras yang sama ke dalam inisiatif terbaharu ini bagi menyediakan ruang kediaman yang holistik untuk kakitangan FELDA.

  • MBPJ Sambut Dua Dekad Status Bandar Raya Dengan Festival Komuniti, Inovasi dan Kelestarian

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan Festival Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun 2026 bagi memperingati dua dekad pengisytiharan Petaling Jaya sebagai bandar raya pada 20 Jun 2006. Sambutan selama enam hari itu bakal menampilkan pelbagai program yang memberi tumpuan kepada pembelajaran sepanjang hayat, transformasi digital, pembangunan komuniti, kelestarian alam sekitar serta penghayatan budaya, melibatkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

    Datuk Bandar Petaling Jaya, YBhg. Dato’ Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon berkata, sambutan tersebut bukan sekadar mengenang perjalanan pembangunan bandar raya itu, malah menjadi platform untuk memperkukuh semangat kebersamaan serta memperbaharui komitmen ke arah masa depan yang lebih mampan, pintar, berdaya tahan dan sejahtera. Menurut beliau, kejayaan Petaling Jaya sepanjang dua dekad lalu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, komuniti, sektor swasta dan pelbagai pihak berkepentingan yang sama-sama menyumbang kepada pembangunan bandar raya tersebut.

    “Festival ini merupakan penghargaan kepada semua pihak yang memainkan peranan penting dalam membentuk Petaling Jaya sebagai bandar raya yang progresif dan berdaya saing,” katanya ketika Majlis Prapelancaran Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 dan Perhimpunan Warga Kerja MBPJ di Dewan Sivik MBPJ hari ini. Beliau turut menegaskan bahawa MBPJ akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, memperkasakan komuniti serta memanfaatkan teknologi dan inovasi demi memastikan Petaling Jaya kekal sebagai bandar raya pilihan untuk didiami, bekerja, belajar dan beriadah.

    Sepanjang tempoh 20 tahun lalu, Petaling Jaya berkembang sebagai antara bandar raya utama negara yang menjadi pusat ekonomi, pendidikan, kesihatan, inovasi dan perkhidmatan. Dengan keluasan 97.2 kilometer persegi serta populasi seramai 807,879 penduduk setakat Januari 2024, bandar raya ini terus memainkan peranan penting sebagai pemacu pembangunan di Selangor dan Lembah Klang.

    Seiring dengan pertumbuhan tersebut, MBPJ telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat, pembangunan mampan, pendigitalan, pengurusan alam sekitar, mobiliti bandar dan pengukuhan daya tahan komuniti. Komitmen berterusan itu turut membolehkan Petaling Jaya meraih pelbagai pengiktirafan berprestij di peringkat nasional dan antarabangsa. Antaranya, Petaling Jaya menjadi bandar raya pertama di Malaysia yang diterima sebagai ahli UNESCO Global Network of Learning Cities (GNLC) serta diiktiraf sebagai Bandar Mesra Kanak-Kanak oleh UNICEF.

    Sepanjang festival ini, sebanyak 11 program utama dan enam perkhidmatan percuma akan ditawarkan kepada orang ramai. Antara tarikan utama ialah PJ Learning City Festival 2026 yang mengetengahkan pelbagai program pembelajaran sepanjang hayat termasuk forum pendidikan, literasi digital, pembangunan kemahiran, keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI) dan sesi perkongsian ilmu.

    Selain itu, PJ Digital 2026 bakal menampilkan pelbagai pameran teknologi dan inovasi ICT, pengalaman realiti maya (VR), aktiviti interaktif serta pertandingan e-sukan sebagai usaha memperkukuh literasi digital dalam kalangan masyarakat. Agenda kelestarian pula diperkasakan menerusi pelbagai aktiviti alam sekitar seperti Hari Terbuka PJ Eco Recycling Plaza, program Trash to Cash, pengumpulan e-Waste, kutipan minyak masak terpakai, bengkel kitar semula serta pelbagai inisiatif ekonomi kitaran. Festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti dan kebudayaan termasuk festival makanan, persembahan seni budaya, persembahan buskers, program kesihatan, aktiviti kekeluargaan, zon kanak-kanak, pertandingan LEGO Robotics serta program khas untuk warga emas.

    Kemuncak sambutan akan berlangsung pada 20 Jun 2026 di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin menerusi Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang bakal menghimpunkan komuniti daripada pelbagai sektor termasuk institusi pendidikan, sektor kesihatan, industri perhotelan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi strategik. Sebagai penghargaan kepada warga kota, MBPJ turut menawarkan beberapa inisiatif khas sepanjang tempoh sambutan termasuk kemudahan tempat letak kereta percuma, keahlian percuma Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya serta agihan anak pokok, baja kompos organik dan abate kepada orang ramai.

    Dalam majlis prapelancaran yang berlangsung hari ini, MBPJ turut melancarkan Anugerah Komuniti Mampan Petaling Jaya 2026 sebagai platform pengiktirafan kepada komuniti yang aktif melaksanakan amalan kelestarian dan pembangunan mampan di peringkat setempat. Turut berlangsung penyampaian Anugerah Persada Inovasi MBPJ 2026 kepada Kumpulan Kreatif dan Inovatif MBPJ serta penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Mereka Cipta Logo Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20.

    Orang ramai dijemput hadir memeriahkan festival yang berlangsung dari 16 hingga 21 Jun 2026 serta menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang dan platform media sosial rasmi MBPJ.