Blog

  • Dari Hati ke Lagu: Insomniacks Ungkap Kisah Peribadi Menerusi EP Baharu

    Dari Hati ke Lagu: Insomniacks Ungkap Kisah Peribadi Menerusi EP Baharu

    Insomniacks Lebarkan Sayap dengan EP Inggeris Sulung “Awake & Dreaming”

    Kumpulan yang sentiasa tampil dengan karya segar dan dekat di hati peminat, Insomniacks kini melakar satu lagi pencapaian baharu dalam perjalanan seni mereka. Popular dalam kalangan Gen Z dan peminat muzik tanah air, trio berbakat ini – Iqie (vokal), Iskandar (bes) dan Dan (gitar) – akhirnya melancarkan EP Inggeris pertama mereka berjudul Awake & Dreaming.

    Projek ini bukan sekadar penambahan dalam diskografi mereka, tetapi juga manifestasi impian yang sudah lama disimpan sejak awal penubuhan. Menurut Iqie, keinginan menghasilkan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris datang secara semula jadi, dan proses kreatifnya membuka ruang untuk mereka lebih berani meneroka sisi berbeza.

    “Kami dah lama impikan EP Inggeris sendiri. Bila tiba peluang ini, kami curahkan sepenuh jiwa. Ia adalah refleksi perjalanan remaja kami, penuh dengan emosi dan pengalaman yang membentuk siapa kami hari ini,” jelas Iqie.

    Lima lagu dalam Awake & Dreaming mengetengahkan tema berkaitan kesihatan mental, terutamanya isu insomnia yang pernah dialami oleh ahli kumpulan. Menurut Dan, EP ini lahir daripada pengalaman sebenar bergelut dengan kegelisahan malam dan keletihan siang, hingga keliru membezakan antara realiti dan mimpi.

    Evoto

    “Inspirasi lagu utama EP ini muncul daripada perasaan sunyi dan terperangkap ketika malam menjelma. Walaupun idea asalnya bermula satu dekad lalu, kami beri nafas baru dengan elemen moden tanpa melupakan rasa nostalgia,” ujar Dan.

    Bagi Iskandar pula, pelancaran EP ini membuka peluang lebih luas buat Insomniacks, termasuk untuk merancang konsert mereka sendiri. Gabungan lagu hit Melayu seperti Pulang, Reminisensi dan Sempurna bersama karya Inggeris menjadikan persembahan mereka lebih bervariasi dan menyeluruh.

    “Kami mahu peminat lihat sisi versatil kami. Dengan pelancaran EP ini, kami bukan hanya tampil dengan muzik baru, tapi juga cerita baru,” tambahnya. Lagu-lagu seperti Reminisensi dan Sempurna juga kini berada dalam senarai Top 10 Lagu Domestik Paling Strim di Malaysia menurut RIM.

    Kesemua lagu dalam EP pop rock Awake & Dreaming dihasilkan sepenuhnya oleh Iqie, Dan dan Iskandar, dengan kolaborasi produser JOEK dan penyusun muzik Joseph Chua. Lima trek menarik yang dimuatkan ialah Anti-hero, Awake & Dreaming, Overdrive (feat. KillaDriz), Some Days Are Just Better dan Why Don’t You Cry.

  • CAPAS 2025 Empowers Southwest China’s Automotive Industry to Stay at the Forefront of Emerging Trends

    CAPAS 2025 Empowers Southwest China’s Automotive Industry to Stay at the Forefront of Emerging Trends

    The 11th Chengdu International Trade Fair for Automotive Parts and Aftermarket Services (CAPAS) will take place from 22 to 24 May 2025 at the Chengdu Century City New International Exhibition and Convention Center. Spanning 50,000 sqm of exhibition space, the event will feature over 720 exhibitors, showcasing the latest advancements in Southwest China’s automotive industry, with a particular focus on new energy and connectivity. In addition to the exhibition, more than 20 fringe events centered around technological innovation and AI will take place, aiming to drive the transformation and sustainable growth of the regional automotive market through valuable business exchange, trade investment, and collaboration between industry and education.

    A Key Automotive Hub: The Sichuan-Chongqing Region As one of China’s six major automotive manufacturing hubs, the Sichuan-Chongqing region continues to play a pivotal role in vehicle manufacturing and battery technology. In 2024, the region produced 3.43 million vehicles, including 1.087 million new energy vehicles. With rapid economic growth and untapped consumer potential in Southwest China, CAPAS 2025 is set to showcase a record number of brands, offering solutions across new energy, connectivity, electric commercial vehicles, parts and components, and vehicle customisation. The fair will provide a dynamic platform for exhibitors to expand their business, share insights, and explore opportunities in both domestic and international markets.

    Spotlight on Technological Innovations At this year’s CAPAS, new energy vehicles and connected mobility will take center stage, highlighting the latest breakthroughs in three-electric systems, core components, autonomous driving, and connected technologies. Industry leaders such as Feng Chuan Powertrain, GRESGYING, Kaiyi Auto, and Sichuan New Energy Vehicle Innovation Center will unveil innovative solutions to meet the growing demand for sustainable and intelligent automotive products.

    Notably, Zhi Li Wu Lian will present lithium battery solutions featuring cloud control and lifecycle data management, enhancing both safety and efficiency. Meanwhile, Aierfu will showcase its R-EPS/C-EPS precision steering systems for autonomous vehicles, pushing the boundaries of smart driving.

    In addition, traditional component manufacturers are embracing technological advancements. SDS will introduce an electronic disconnect differential (EDD) designed to reduce energy consumption, noise, and vibration. Wonder Halla will debut its flat copper wire motor for enhanced performance, alongside a one-way clutch pulley. Established brands like Eastern Turbocharge, Faret, Honeywell, Ironstamp, New SORL, Phoenix, Ruili, Ruiming, Sumax, XKE, and Yihong will also leverage the CAPAS platform to showcase cutting-edge technologies and expand their global reach.

    New Energy Commercial Vehicles: A Green Future for Logistics As Sichuan solidifies its position as a logistics hub in China, the demand for green logistics and new energy commercial vehicles is booming. This growth, fueled by government subsidies and expanding charging infrastructure, is driving the transformation of Southwest China’s logistics sector. In the first five months of 2024, heavy-duty truck sales in the region ranked second in the country.

    At CAPAS 2025, over 50% of exhibitors will present products related to commercial vehicles, covering vehicle manufacturing, components, and aftermarket services. Geely, Hyundai Commercial Vehicle, Dongjia New Energy, SINOTRUK, Easyland, and others will showcase innovations in electric heavy-duty trucks, intercity light trucks for cold chain logistics, and aftermarket solutions, all aimed at advancing sustainable development in the sector.

    Geely will debut Farizon, an electric light truck designed for short-distance logistics, while Hyundai Commercial Vehicle will unveil hydrogen fuel cell light trucks with long-range batteries and high loading capacities, promising a low-carbon, cost-effective fleet. Easyland will introduce a high-flow parallel air compressor designed to enhance the performance of hydrogen fuel cells.

    Embracing Southwest China’s Unique Automotive Culture The distinctive landscape and culture of Southwest China have spurred the growth of off-roading, racing, and vehicle customisation, fueling demand for unique automotive experiences. The Car Customising Festival returns to CAPAS with an exciting lineup, including off-roading, racing simulations, and anime-inspired customisation. Visitors can expect custom vehicle displays, interactive gaming, racing products, and immersive experiences at the Tianfu International Circuit, providing a unique opportunity for car enthusiasts to engage with the automotive culture.

    The accessories market is also shifting towards eco-conscious and health-focused upgrades. The Accessories & Customising zone will feature brands like Biaobang, Goodyear, Veslee, and Botny, offering low-carbon products for car care and car wash, alongside customised premium films for vehicle wrapping.

    Innovation and AI Take Center Stage with Diverse Fringe Events As the automotive industry evolves, the aftermarket is demanding higher levels of innovation, digital expertise, and skilled talent. CAPAS 2025 will host a series of events dedicated to AI applications and technological innovation, helping businesses stay ahead of industry trends. For example, the Southwest Automotive Aftermarket Development Conference 2025 will bring together experts, brands, distributors, and repair workshops to discuss key topics like AI diagnostics and regional market trends.

    The New Energy Vehicle Industry-Education Integration Zone will promote collaboration between industry and academia, featuring hands-on training, workshops, and recruitment sessions. This initiative aims to address talent shortages by enhancing workforce skills in line with the growing demands of the new energy vehicle market.

    Other notable events include the Commercial Vehicle Aftermarket Development Conference, which will focus on electrification in the logistics sector, and the China Automotive Industry Supply Chain International Cooperation Conference, which will cover supply chain security, sustainability, and international cooperation.

    CAPAS 2025 is co-organized by CCPIT-Auto, Messe Frankfurt (Shanghai), and CCPIT-Sichuan. For more information, visit www.capas-chengdu.com or email auto@hongkong.messefrankfurt.com.

    CAPAS 2025 promises to be a dynamic platform for industry transformation, sustainability, and innovation in Southwest China’s automotive sector.

  • Dua Legenda, Satu Pentas: Exists X Slam Ukir Sejarah di Singapura

    Dua Legenda, Satu Pentas: Exists X Slam Ukir Sejarah di Singapura

    Sesuatu yang hangat dan mengujakan sedang hadir ke Singapura. Dua kumpulan legenda yang nama mereka mewangi di Nusantara akan menjadi ‘satu’ pada malam penuh epik khusus buat peminat-peminat mereka.

    Exists X Slam Live In Singapore. Begitu ringkas nama konsert yang menggabungkan dua pesohor industri muzik ini. Buat perdana kali dan cukup istimewa, Exists X Slam akan bergabung menerusi konsert perdana mereka di The Star Theatre Singapura pada 29 November 2025.

    Dibawakan khas oleh Shiraz Projects, Exists X Slam menjadi indikasi kepada relevansi dua kumpulan ini pada saat banyak grup generasi baharu bermunculan saban waktu – bahawa karya Exists dan Slam tidak pernah mati ditelan zaman.

    Ada yang bertanya kenapa Exists X Slam? Kenapa tidak? Bukan kerana setiap kumpulan ini tidak boleh berdiri sendiri atau menarik penonton masing-masing memenuhkan The Star Theatre. Bukan juga kerana selaku penganjur, Shiraz Projects tidak percaya bahawa Exists atau Slam akan membuat konsert ini sukses.

    Tapi selaku penganjur, Shiraz Projects mahu menghargai Exists dan Slam menerusi penganjuran konsert yang disifatkan sangat istimewa ini kerana melihat karya-karya mereka tetap digemari dan berpengaruh kepada peminat walaupun mereka sudah lebih dua dekad dalam industri.

    Jadi kenapa jika Shiraz Projects boleh mendapatkan Exists X Slam lalu tidak melaksanakan projek istimewa ini? Rugi jika kami melepaskan peluang ini selepas kedua-duanya bersetuju, kerana Exists dan Slam terlalu istimewa dengan sejarah mereka masing-masing, ujar Pengarah Urusan Shiraz Project, Shiraz.

    Menurutnya lagi, hal yang menjadikan Exists X Slam sebagai konsert yang istimewa adalah sejarah yang telah dicetak sepanjang ‘berperang’ dan berkelana dalam belantika muzik sejak awal tahun 90-an. Baik Exists mahupun Slam yang sudah beberapa kali bertukar anggota termasuk vokalis tetap mampu mempertahankan reputasi mereka kerana sokongan peminat yang tidak pernah berbelah bahagi. Itu belum lagi pengiktirafan demi pengiktirafan yang diperoleh sepanjang berkarya.

    Dan siapa yang tidak kenal dengan lagu seperti Mengintai Dari Tirai Kamar atau Gerimis Mengundang? Sekali dengar peminat tahu lagu-lagu ini dengan suara dan ciri khas muzik adalah milik Exists misalnya atau Slam. Jadi Shiraz Projects mahu membawakan lagu-lagu Slam dan Exists yang selalu didengar hanya menerusi corong radio dipersembahkan secara langsung di hadapan anda semua, ujar Shiraz lagi.

    Exists X Slam dipastikan juga akan membawa semua peminat pulang ke masa silam. Ikut terbuai dalam alunan enak suara sang vokalis Exists, Ezad seperti Oh Ibu, Jesnita atau Julia. Atau kecanduan mendengar merdu vokalis Zamani Slam dengan untaian lagu seperti Tak Mungkin Berpaling, Kembali Terjalin atau Rindiani.

    Tanpa menjanjikan bulan atau bintang, Exists dan Slam hanya mahu mempersembahkan sebuah konsert yang meninggalkan kesan atau momen manis buat peminat.

    Kerana yang penting buat kami sebagai penghibur adalah melihat peminat berpuas hati, menyanyi bersama dan pulang dengan kenangan terbaik yang mereka dapatkan dari Exists X Slam di The Star Theatre pada 29 November 2025 ini, kata Along mewakili dua kumpulan ternama ini.

    Maka dengan itu jangan sampai terlepas mendapatkan tiket-tiket dengan kategori Meet & Greet ($258), Diamond ($168), Platinum ($148), Gold ($128), Gold RV ($108), Silver ($108), Silver RV ($88). Pembelian boleh dilakukan bermula dari 26 Mac 2025 menerusi www.sistic.com.sg atau hubungi talian hotline di +65 6348 5555.

    Selamat berperang untuk mendapatkan tiket Exists X Slam!

  • Misi Prihatin: Rezeki Dikongsi, Harapan Dihidupkan

    Misi Prihatin: Rezeki Dikongsi, Harapan Dihidupkan

    Sebagai usaha berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan serta memastikan komuniti terpinggir tidak terus tersisih, YAYASAN MR D.I.Y. dengan kerjasama Food4u telah melaksanakan inisiatif pengagihan pek makanan kepada golongan gelandangan di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur.

    Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) YAYASAN MR D.I.Y., yang turut selari dengan kempen perayaan “Raya Penuh Makna” anjuran MR D.I.Y. untuk tahun 2025. Inisiatif ini diwujudkan sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat memberi, serta mencipta detik bermakna bersama komuniti yang sering kali terpinggir daripada arus utama masyarakat.

    Golongan gelandangan sering berdepan dengan pelbagai kekangan, termasuk akses kepada makanan yang mencukupi dan berkhasiat. Menyedari hakikat ini, YAYASAN MR D.I.Y. dan Food4u tampil berganding bahu untuk menyampaikan bantuan dalam bentuk pek makanan yang boleh memberikan sedikit kelegaan buat mereka.

    Pengagihan telah dilakukan pada 25 Mac 2025 di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, dan seterusnya pada 27 Mac 2025 di sekitar Jalan Sayur, Pudu. Secara keseluruhan, sebanyak 600 pek makanan telah disediakan dan diedarkan, mengandungi hidangan seperti nasi briyani, biskut krim, roti, dan air mineral makanan asas yang diharap dapat mengurangkan beban kelaparan harian para penerima.

    Wakil Food4u, Encik Tony, menzahirkan penghargaan kepada YAYASAN MR D.I.Y. atas kolaborasi strategik yang terjalin. Beliau berkata bahawa usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang menerima, tetapi juga mampu membuka mata masyarakat tentang pentingnya kita semua memainkan peranan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik. Menurutnya, inisiatif seumpama ini wajar diperluas dan dijadikan contoh oleh organisasi lain.

    Melalui program ini, YAYASAN MR D.I.Y. dan Food4u memperlihatkan kesungguhan mereka dalam menyantuni golongan yang sering dipandang sepi. Ia juga menjadi satu langkah konkrit dalam meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya nilai kemanusiaan, empati, serta semangat untuk berkongsi rezeki tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, atau status sosial.

    Selain sumbangan kepada gelandangan, pelbagai lagi aktiviti turut dilaksanakan di bawah inisiatif “Raya Penuh Makna”, antaranya termasuk program bersama anak-anak dari rumah kebajikan, aktiviti kesukarelawanan oleh kakitangan MR D.I.Y., serta projek-projek komuniti yang dirancang untuk memberi impak jangka panjang kepada masyarakat.

    YAYASAN MR D.I.Y. sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak, sama ada organisasi, NGO, mahupun individu untuk bersama-sama memainkan peranan aktif dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang. Dengan semangat kebersamaan dan rasa tanggungjawab sosial, kita mampu membawa perubahan yang lebih menyeluruh dan bermakna kepada komuniti yang memerlukan.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai inisiatif komuniti dan CSR oleh YAYASAN MR D.I.Y., orang ramai boleh melayari laman web rasmi di www.mrdiy.com.my serta mengikuti saluran media sosial rasmi MR D.I.Y. di Facebook, Instagram dan TikTok.

  • MPOB dan Sumisaujana Pacu Inovasi Hijau: Poliol Sawit untuk Aplikasi Industri Dunia

    MPOB dan Sumisaujana Pacu Inovasi Hijau: Poliol Sawit untuk Aplikasi Industri Dunia

    SumiSaujana Group Berhad, atau SumiSaujana, bersama anak-anak syarikatnya, selaku pengeluar bahan kimia khusus untuk industri minyak dan gas, hari ini menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB, melalui Perjanjian Pelesenan dan Pengkomersialan. Perjanjian ini bertujuan memanfaatkan teknologi yang dibangunkan oleh MPOB untuk pengilangan dan pengkomersialan bahan perantara berasaskan sawit, termasuk poliol dan poliol poliester berasaskan bio. Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya ini merupakan satu langkah penting dalam memperluaskan aplikasi industri berasaskan sawit dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam pasaran kimia hijau global.

    Teknologi yang dilesenkan oleh MPOB ini dibangunkan melalui penyelidikan menyeluruh, dengan fokus kepada penghasilan bahan perantara boleh diperbaharui sebagai alternatif kepada bahan kimia berasaskan petroleum. Komponen ini digunakan secara meluas dalam pengeluaran poliuretana untuk pelbagai sektor seperti automotif, pembinaan, pelekat, salutan, dan barangan pengguna. Pasaran poliuretana global dijangka mencapai nilai USD86.28 bilion menjelang 2024, manakala pasaran bahan perantara berasaskan sawit dianggarkan mencecah USD17.0 bilion pada tahun 2022 membuktikan potensi besar dalam bidang ini.

    Kerjasama ini selaras dengan strategi penyelidikan dan pembangunan R&D MPOB yang menyasarkan peningkatan nilai komersial minyak sawit melalui penghasilan produk hiliran bernilai tinggi. Usaha ini juga menyokong Pelan Induk Perkongsian Awam-Swasta Malaysia 2030, PIKAS 2030, yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab global teknologi bio mampan. Menurut Encik Norazlam Bin Norbi, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SumiSaujana, “Perjanjian ini merupakan langkah strategik dalam pertumbuhan jangka panjang syarikat. Kami melihat potensi besar dalam integrasi inovasi sawit mampan ke dalam portfolio kami, yang bukan sahaja membuka peluang pasaran baharu tetapi juga sejajar dengan arah aliran global ke arah pembuatan yang lestari.”

    Sementara itu, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir berkata, “Kerjasama ini bukan sekadar pemindahan teknologi, malah ia mencerminkan kekuatan sinergi awam-swasta dalam membangunkan industri sawit yang mampan. Ia membuka ruang untuk penggiat industri meneroka teknologi inovatif MPOB serta menyumbang kepada pertumbuhan industri kimia yang mampan dan kompetitif di peringkat antarabangsa.” Menurut beliau, peluasan potensi hiliran minyak sawit bukan sahaja memperkukuh nilai rantaian industri tetapi juga memperlihatkan peranan penting Malaysia dalam usaha pembuatan yang mesra iklim.

    Keseluruhannya, kerjasama ini mempercepatkan proses komersialisasi poliol berasaskan sawit dan menandakan komitmen negara dalam mentransformasikan industri melalui pendekatan kimia hijau. Ia membuktikan bahawa minyak sawit mampu melangkaui peranan tradisionalnya dalam sektor makanan, dan apabila digabungkan dengan rakan industri yang tepat, ia mampu mencipta nilai ekonomi dan alam sekitar yang signifikan. Dengan semangat inovasi, kemampanan, dan aspirasi nasional, MPOB dan SumiSaujana bersedia untuk membawa teknologi berasaskan sawit ke pentas global memastikan manfaatnya dapat dirasai di dalam dan luar negara.

  • AGAPE ATP Corporation Signs Groundbreaking Jet Fuel Supply Agreement with Swiss One Oil & Gas AG, Paving the Way for Global Expansion

    AGAPE ATP Corporation Signs Groundbreaking Jet Fuel Supply Agreement with Swiss One Oil & Gas AG, Paving the Way for Global Expansion

    (L-R, front row): Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, GM of Golden Pristine Synergy; Prof. Dato’ Sri Dr. How Kok Choong, Founder & Group CEO of ATPC; Jeffrey Hattara, CEO, and A.Magedaragamage, Advisor of Swiss One Oil & Gas AG.

    NASDAQ-listed AGAPE ATP Corporation (“ATPC”), through its subsidiary ATPC Green Energy Sdn. Bhd. (“ATPC Green Energy”), has entered into two landmark Sales and Purchase Agreements (“SPAs”) with Swiss One Oil & Gas AG (“Swiss One”) worth an estimated USD 24 billion.

    These SPAs build on a previously signed Initial Corporate Purchase Order (“ICPO”) in February 2025, which established the framework for procuring and supplying refined fuels, including Jet Fuel A1 and EN590 10PPM diesel. The ICPO initially covered a trial shipment of 100,000 metric tonnes of EN590 10PPM diesel and one million barrels of Jet Fuel A1. With the successful completion of this phase, the companies have now moved to long-term, structured agreements.

    As part of the SPAs, ATPC Green Energy will supply Swiss One with EN590 10PPM diesel and Jet Fuel A1 over a 12-month period, with potential for extensions. The first phase of the agreement will involve a trial order of 200,000 metric tonnes of EN590 10PPM diesel and 2 million barrels of Jet Fuel A1, with shipments set to begin in March 2025. If the trial is successful, the contract will evolve into full-scale supply, delivering 500,000 metric tonnes of EN590 10PPM diesel and 2 million barrels of Jet Fuel A1 weekly to meet the escalating global demand for these fuels.

    All deliveries will adhere to Free on Board (“FOB”) procedures at major international ports, ensuring smooth logistics and strict adherence to international trade regulations. The fuels supplied will meet global quality standards, with independent inspections by SGS or equivalent authorities to confirm compliance with ASTM/IP standards.

    Prof Dato’ Sri Dr. How Kok Choong, Founder and Global Group CEO of ATPC, remarked, “The ICPO with Swiss One Oil & Gas AG was a pivotal step in building operational trust and efficiency within the oil and gas industry. The transition to full-scale SPAs reflects the strong confidence and partnership we have forged, positioning ATPC as a reliable supplier capable of consistently meeting high-volume fuel demands while ensuring top-quality products.”

    Jeff Hattara, CEO of Swiss One Oil and Gas, added, “I extend my sincere gratitude to Mr. Steven Huffman, President and Director of Swiss One Oil & Gas Asia Pacific Operations, and Mr. Magedaragamage, advisor to Swiss One Oil & Gas, for their invaluable efforts and support in this venture. Both Mr. Huffman and Mr. Magedaragamage will be onsite to collaborate with Agape in overseeing logistics and future operations.”

    Through this strategic partnership, ATPC is enhancing its energy trading portfolio, expanding its market presence, and securing sustainable business growth. This collaboration is expected to significantly boost ATPC’s revenue streams and align with its long-term vision of establishing a diversified, future-ready business model.

  • New Software Update for HONOR Magic7 Pro Introduces Sleek UI Tweaks and Security Enhancements

    New Software Update for HONOR Magic7 Pro Introduces Sleek UI Tweaks and Security Enhancements

    The HONOR Magic7 Pro is pushing boundaries once again with its latest software update, delivering smart, intuitive features designed to simplify your everyday life. Leading the charge is the upgraded Magic Portal – now more powerful than ever. With a single knuckle gesture, users can interact with their screen in a whole new way, instantly launching essential apps through a drag-and-drop movement. Whether you’re planning a trip with Trip.com or booking a ride via Grab, the new Magic Portal offers seamless integration, eliminating the need to switch between apps.

    Beyond multitasking, the new NFC door access feature brings next-level convenience. Users can now ditch their bulky wallets filled with access cards – a simple tap of the HONOR Magic7 Pro is all it takes to unlock office or home doors. As these smart functions become available exclusively on the Magic7 Pro, HONOR is clearly leading the charge in merging AI with everyday user needs.

    For updates on the HONOR Magic7 Pro, follow HONOR Malaysia’s official Facebook page or visit HONOR official website at https://www.honor.com/my/.

  • Next-Level Performance Meets Affordability with the Samsung Galaxy A06 5G

    Next-Level Performance Meets Affordability with the Samsung Galaxy A06 5G

    The new Samsung Galaxy A06 5G is the latest addition to the Galaxy A series, offering users an affordable smartphone that doesn’t compromise on performance, design, or security. Equipped with a large 6.7-inch display and powered by the MediaTek Dimensity 6300 processor, the Galaxy A06 5G delivers smooth and responsive performance for gaming, streaming, and multitasking. With 6GB RAM and 128GB of internal storage, it provides ample space and speed to handle everyday tasks with ease.

    The device also features a long-lasting 5,000mAh battery that supports 25W Superfast Charging, allowing users to stay connected and productive throughout the day with minimal interruptions. Security is a top priority with Samsung Knox Vault, which protects sensitive data like passwords and biometric information in a secure environment. Additionally, users can enjoy long-term support with up to four years of Android OS and One UI upgrades, as well as regular security updates.

    The Galaxy A06 5G is built to last, featuring IP54-rated dust and water resistance for added durability. Despite its powerful features, it remains slim and lightweight at just 191 grams, making it comfortable to hold and stylish to carry. Available in Light Green, Light Gray, and Black, the Galaxy A06 5G combines performance, protection, and aesthetics in a budget-friendly package, priced at just RM699. To purchase, visit: Samsung Malaysia.

  • Operasi Cinta Jazmy Bermula: Siti Hariesa Ambil Alih!

    Operasi Cinta Jazmy Bermula: Siti Hariesa Ambil Alih!

    Siapa sangka sebuah perkahwinan yang hanya dimeterai atas dasar syarat dan kontrak, mampu berkembang menjadi kisah cinta yang penuh emosi dan pengorbanan? Itulah kisah menarik drama terbaru Calon Isteri Buat Suami, lakonan hebat Siti Hariesa dan Jazmy Juma, yang bakal menghiasi slot Akasia TV3 mulai 8 April, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. Penonton juga boleh menyaksikannya secara strim di iQIYI pada jam 8.00 malam, secara percuma.

    Diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn. Bhd., drama bersiri 25 episod ini diarahkan oleh Bahri Umar dengan skrip hasil sentuhan Sophilea, mengangkat tema cinta, keluarga dan pengorbanan. Barisan pelakonnya turut dimeriahkan dengan kehadiran nama-nama besar seperti Trisha Ooi, Jasmin Hamid, Hazeeq Dean, Emelda Rosmila dan ramai lagi.

    Kisah ini mengikuti perjalanan Haizi (lakonan Siti Hariesa), seorang wanita yang nekad memulakan hidup baru setelah pertunangannya dengan Khalif terputus. Berbekalkan semangat untuk membuktikan diri kepada ibu bekas tunangnya, Haizi berhijrah ke Kuala Lumpur. Takdir mempertemukannya dengan Datin Yasmin dalam situasi cemas yang akhirnya membawa kepada satu tawaran luar biasa perkahwinan kontrak bersama anak lelaki Datin Yasmin, Nazim (lakonan Jazmy Juma).

    Namun, syarat perkahwinan ini cukup unik: Haizi boleh memilih untuk keluar dari perkahwinan tersebut, hanya jika dia berjaya mencari calon isteri yang lebih baik untuk Nazim. Apa yang bermula sebagai perjanjian kosong akhirnya mengubah kehidupan mereka berdua. Keraguan perlahan-lahan diganti dengan kasih sayang, dan cinta pun berputik. Tapi hubungan mereka tidak semudah yang disangka.

    Konflik memuncak apabila sepupu Nazim, Dayana (Trisha Ooi), kembali dengan niat tersembunyi dan tuduhan yang menggugat kebahagiaan pasangan ini. Tambah mencabar, Haizi yang sedang hamil mula merasakan tekanan yang menggugat ketenangan rumahtangganya. Adakah cinta mereka cukup kuat untuk mengharungi semua dugaan ini?

    Menurut Jazmy Juma, pengalaman bekerjasama dengan Siti Hariesa adalah sesuatu yang sangat istimewa.

    “Bergandingan dengan Hariesa memang tak dapat dilupakan. Kami saling menyokong dan sering berbincang demi memastikan setiap babak benar-benar sampai kepada penonton. Chemistry antara kami sangat kuat, dan saya harap penonton turut merasainya dalam setiap adegan,” ujar Jazmy.

    Beliau turut menambah bahawa hubungan baik bersama pengarah juga memainkan peranan penting:

    “Pengarah sentiasa terbuka untuk berbincang dan beri pandangan, menjadikan suasana di set sangat kondusif dan mesra kerja.”

    Bagi pengguna iQIYI VIP, episod terkini boleh distrim secara ekspres jam 8.00 malam pada hari yang sama, manakala penonton biasa boleh menonton episod baharu secara PERCUMA selepas 48 jam. Aplikasi iQIYI boleh dimuat turun di App Store atau Play Store.

    Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2020, iQIYI menunjukkan perkembangan pesat dengan peningkatan pengguna melebihi 15 kali ganda. Tahun 2021 menyaksikan iQIYI tersenarai sebagai platform penstriman Asia nombor satu di Malaysia dari segi muat turun, pengguna aktif bulanan, dan masa tontonan.

    Untuk perkembangan terkini drama kegemaran anda, ikuti TV3 di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram (@TV3Malaysia) serta Instagram rasmi Drama Sangat, @dramasangat.

  • Sesak Nafas dan Keletihan: Adakah Ia Berhubung dengan Penyakit Jantung?

    Sesak Nafas dan Keletihan: Adakah Ia Berhubung dengan Penyakit Jantung?

    Penyakit jantung terus menjadi salah satu ancaman kesihatan utama di Malaysia, dengan penyakit jantung iskemik menyumbang kepada 15.1% daripada semua punca kematian yang disahkan oleh penguatkuasa perubatan. Lebih membimbangkan, serangan jantung di Malaysia berlaku pada usia purata hanya 58 tahun, hampir lapan tahun lebih muda berbanding dengan purata usia global.

    Meskipun angka ini menakutkan, ramai orang dewasa muda sering mengabaikan tanda-tanda amaran awal, beranggapan bahawa mereka masih terlalu muda untuk menghadapi masalah jantung. Dr Lim Chiao Wen, Pakar Perunding Kardiologi, Elektrofisiologi, dan Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menegaskan, “Kelewatan dalam mengenal pasti simptom awal ini boleh menyebabkan mereka terlepas peluang untuk mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan.”

    Trend ini amat membimbangkan kerana penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, dan gaya hidup tidak sihat semakin berleluasa di kalangan golongan muda Malaysia, menjadikan kesedaran awal dan pengesanan tepat pada masanya lebih penting berbanding sebelumnya.

    Serangan jantung mini merujuk kepada jenis serangan jantung yang lebih ringan, seperti angina tidak stabil dan Non-ST Elevation Myocardial Infarction (NSTEMI). Angina tidak stabil berlaku apabila jantung tidak menerima cukup darah disebabkan oleh penyumbatan separa arteri, menyebabkan sakit dada tanpa kerosakan kekal. NSTEMI pula melibatkan kecederaan otot jantung, tetapi tidak seteruk serangan jantung penuh (STEMI), yang disebabkan oleh penyumbatan sepenuhnya dalam arteri.

    Simptom serangan jantung mini yang biasa termasuk ketidakselesaan dada, sesak nafas, keletihan, loya, pening, dan sakit yang boleh merebak ke rahang, leher, lengan, atau belakang. Dr Lim menjelaskan, “Simptom ini sering diabaikan kerana boleh disebabkan oleh banyak faktor harian lain seperti stres, kurang tidur, atau masalah pencernaan.” Mengenal pasti serangan jantung mini boleh menjadi sukar tanpa penilaian perubatan, kerana simptomnya sering disalah anggap sebagai masalah lain seperti gastrik atau pedih ulu hati.

    Serangan jantung mini sering menunjukkan simptom yang lebih ringan dan mungkin tidak disedari oleh pesakit. Ini menyebabkan mereka menangguhkan rawatan atau tidak mendapatkan rawatan sama sekali, beranggapan simptom tersebut tidak serius. Walaupun simptomnya ringan, serangan jantung mini boleh menyebabkan kerosakan pada otot jantung kerana gangguan aliran darah yang boleh menyebabkan parut pada tisu jantung. Apabila ini dibiarkan tanpa rawatan, kerosakan ini boleh mengakibatkan penyakit jantung kronik, seperti kegagalan jantung atau aritmia (degupan jantung tidak teratur).

    Kajian menunjukkan bahawa sehingga 50% individu yang mengalami serangan jantung serius sebelum ini sebenarnya pernah mengalami serangan jantung mini yang tidak disedari, yang bermakna mereka terlepas peluang untuk mendapatkan rawatan awal. Tambahan pula, data menunjukkan bahawa kira-kira 42.4% daripada mereka yang meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut, sebenarnya telah mengalami serangan jantung mini sebelum itu.

    Merokok dan penggunaan rokok elektronik (vape) adalah penyumbang utama kepada penyakit jantung. Ia menyebabkan keradangan, darah menjadi pekat, dan mempermudah pembentukan darah beku yang menghalang aliran darah ke jantung. Statistik menunjukkan bahawa 19% rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok, sementara penggunaan vape meningkat kepada 5.8% pada 2023. Tabiat pemakanan yang buruk juga turut memberi sumbangan, dengan pengambilan makanan tinggi lemak, bergoreng, serta minuman manis yang menggalakkan pembentukan plak dalam arteri, meningkatkan risiko penyakit jantung.

    Selain itu, gaya hidup tidak aktif dan peningkatan kadar obesiti turut menyumbang kepada masalah ini. Individu yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi berisiko lebih tinggi mengalami masalah jantung, kerana penyakit-penyakit ini memberi tekanan tambahan kepada jantung dan merosakkan arteri jika tidak dikawal dengan baik.

    Serangan jantung mini boleh berulang jika faktor risiko seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, merokok, obesiti, dan gaya hidup tidak sihat tidak dikendalikan dengan baik. Rawatan untuk serangan jantung mini biasanya melibatkan ubat-ubatan antiplatelet dan cair darah, serta prosedur untuk membuka semula aliran darah ke jantung seperti angioplasti.

    Namun, rawatan perubatan sahaja tidak mencukupi. Dr Lim menekankan pentingnya perubahan gaya hidup yang berterusan, termasuk pemakanan yang sihat, senaman yang konsisten, berhenti merokok, pengurusan stres, serta kawalan tekanan darah dan kolesterol.

    Penyakit kardiovaskular terus memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia, khususnya pada usia muda. Gejala serangan jantung mini, walaupun ringan, boleh menyebabkan komplikasi jantung yang lebih serius jika dibiarkan. Oleh itu, kesedaran, pemeriksaan kesihatan berkala, serta rawatan perubatan yang tepat pada masanya adalah kunci untuk melindungi kesihatan jantung dan mengurangkan risiko serangan jantung yang lebih serius pada masa depan.