Blog

  • Ratu Kembali, Irama Menggila

    Inul Daratista bakal menggamatkan Pulau Pinang apabila penyanyi dangdut tersohor dari Indonesia itu kembali ke pentas konsert tanah air menerusi “Konsert Inul Daratista Live In Malaysia: Millenial Dangdut Nusantara” yang dijadual berlangsung pada 6 Disember 2025 di Setia Spice Arena. Kemunculan semula Ratu Goyang ini menjadi lebih istimewa kerana selepas hampir dua dekad, beliau memilih Pulau Pinang sebagai destinasi persembahannya, bukan Kuala Lumpur seperti yang sering menjadi pilihan sebelum ini.

    Konsert yang dianjurkan oleh Fajar Baiduri Empire dengan sokongan Istana Budaya menerusi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) ini menjanjikan pengalaman baharu buat peminat muzik dangdut. Dipimpin oleh Encik Mohd Yazid Zakaria, OTM bakal bergabung tenaga dengan 18 pemuzik dan 12 penari ArtisTana, selain kemunculan kumpulan Mohram yang akan menambah kelainan dan warna persembahan. Lebih mengujakan, Inul tidak bersendirian kerana beliau akan turut ditemani oleh dua bintang dangdut Malaysia iaitu Amelina dan Baby Shima. Kehadiran mereka bertiga pastinya membangkitkan aura luar biasa dan menambah kemeriahan suasana pada malam tersebut.

    Inul yang terkenal dengan goyang gerudi penuh bertenaga meluahkan keterujaannya untuk bertemu peminat di utara tanah air. Baginya, Pulau Pinang memiliki keindahan tersendiri dan disifatkan klasik, membuatkan beliau tidak sabar untuk berkongsi pentas bersama para peminat di sana. Menurutnya, selama ini konsertnya hanya tertumpu di Kuala Lumpur atau Genting Highlands, dan pemilihan Pulau Pinang kali ini merupakan sesuatu yang baharu buat dirinya.

    Beliau turut mengajak semua peminat setia untuk bersama-sama bergoyang dan menikmati malam penuh hiburan bersama rakan artis lain. Tiket untuk menyaksikan persembahan eksklusif ini mula dijual pada 9 September menerusi laman sesawang www.myticket.asia. Konsert ini diyakini akan menjadi detik bersejarah, bukan sahaja untuk Inul Daratista tetapi juga buat peminat muzik dangdut di Malaysia yang sekian lama menantikan kepulangannya ke pentas besar.

  • Amira Othman & Irfan Haris Unite in Soulful Duet ‘Rasa & Takdir’

    A dream that has been years in the making has finally come true as two of Malaysia’s most cherished voices, Amira Othman and Irfan Haris, reunite in their heartfelt duet single, Rasa & Takdir, released under Sony Music Entertainment Malaysia.

    Fans have long anticipated the moment when the popular brother-sister duo would once again share a song together. Although the idea had surfaced several times before, the right track never came along—until now. Written by Irfan alongside their cousin, composer Syafiq Rashid, and Wan Salleh, the melody immediately struck an emotional chord with Amira, who knew from the very first listen that this was the song meant for them.

    Music has always been a family bond for Amira and Irfan. From childhood singalongs at home to professional careers on stage, their voices have grown and matured in harmony over the years. That natural connection was evident throughout the recording of Rasa & Takdir, making the process effortless and profoundly personal. Amira shared her excitement, saying that she had been waiting for the right song to collaborate with Irfan, and when he presented this composition, she instantly felt it was perfect for them.

    For Irfan, the project carries even greater meaning. As the younger brother, he described the duet as a milestone and a realization of a dream he had long held. He expressed how proud he felt to finally bring the collaboration to life with his sister, someone he has always admired in the music industry.

    At its core, Rasa & Takdir is more than a pop ballad. It is a reflection on prayer, life’s trials, and the unseen hand of destiny. The lyrics explore the idea that while we may pray for answers, the responses often arrive in ways we do not expect, reminding us that every joy and struggle is part of a greater plan written by God. Amira reflected on this message, sharing how the song captures the essence of feelings and destinies shaped by divine will. Irfan added that the song is both entertainment and a spiritual reminder, encouraging listeners to reflect and be grateful for the journey of life.

    Musically, the track offers a refreshing take on pop while retaining the emotional depth both Amira and Irfan are known for. Unlike their previous ballads, Rasa & Takdir carries a lighter, easy-listening sound that feels modern and universally relatable, appealing to a broad audience while staying true to their heartfelt style.

    For Amira, the release of this duet is a gift to fans who have been waiting patiently. She hopes the song touches listeners in a meaningful way while symbolizing the love and unbreakable bond between siblings. Irfan, meanwhile, sees the single as a stepping stone for future collaborations. He believes that with the continued support of Sony Music Entertainment Malaysia, there is much more that he and Amira can achieve together.

    With seamless vocal harmonies, a resonant message, and polished modern production, Rasa & Takdir stands out as one of the most memorable duets of the year. The single is now available on all major streaming platforms including Spotify, Apple Music, and YouTube.

  • Gol Tunggal Pastikan Malaysia Raih Tiga Mata Berharga Lawan Palestin

    Semangat berpasukan menjadi kunci utama kejayaan Harimau Malaya menundukkan Palestin 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

    Ketua jurulatih, Peter Cklamovski menegaskan bahawa kemenangan itu bukanlah hasil sentuhan seorang pemain semata-mata, sebaliknya datang daripada kerjasama padu semua posisi.

    “Apa yang paling saya hargai ialah mentaliti pemain. Walaupun ada tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama dan enam lagi ketika permainan, mereka kekal fokus dan komited. Kami percaya pada semua pemain Malaysia,” ujarnya.

    Cklamovski menambah, gol awal menerusi Joao Figueiredo adalah hasil latihan taktikal yang dirancang dan membuktikan Harimau Malaya semakin matang dalam pendekatan permainan.

    Kemenangan ini juga memberi keyakinan tambahan kepada skuad negara menjelang kelayakan Piala Asia. “Kami tidak melihat kepada individu, kami melihat pasukan sebagai satu unit,” tegasnya.

  • Dapur Jadi Saksi Perjuangan & Cinta Nabila Razali

    Dunia kulinari sekali lagi menjadi pentas kepada sebuah kisah penuh emosi dan inspirasi menerusi drama baharu berjudul Me.N.U. Dibintangi oleh Nabila Razali dan Andi Bernadee, drama ini membawa penonton menyelami perjalanan seorang wanita yang berani mempertahankan impian meskipun berdepan tentangan keluarga serta pelbagai cabaran hidup.

    Me.N.U merupakan karya arahan Faliq Sharif yang menampilkan 10 episod sarat dengan konflik, cinta dan aspirasi. Turut menjayakan drama ini ialah barisan pelakon berkarisma seperti Natasya Mahyan, Puteri Awani, Ako Mustapha, Noniswara dan Azizah Mahzan. Kisah bermula dengan Lisa, lakonan Nabila Razali, yang bekerja sebagai seorang chef. Kerjaya yang dibinanya mula tergugat apabila dia membela rakan sekerjanya yang dibuli. Namun, tekad Lisa tidak pernah luntur. Dia berusaha merealisasikan impian membuka restorannya sendiri, tetapi cita-cita itu berdepan halangan apabila permohonan pinjamannya ditolak oleh Haris, pegawai bank yang dilakonkan Andi Bernadee. Pertemuan itu mencetuskan ketegangan dan membuatkan mereka sentiasa berselisih pendapat, seolah-olah anjing dan kucing yang tidak sebulu.

    Dalam masa yang sama, Haris sebenarnya menyimpan hasrat untuk melamar kekasihnya, Alya Nova, seorang pempengaruh media sosial yang dilakonkan oleh Puteri Awani. Namun perancangannya gagal selepas satu peristiwa besar menggugat hubungan mereka. Dari detik itu, pertengkaran antara Haris dan Lisa sedikit demi sedikit berubah, membuka ruang kepada perasaan yang lebih mesra dan mendalam. Kehadiran Haris mula memberi warna dalam kehidupan Lisa, namun dilema besar menantinya apabila dia perlu memilih antara cinta, impian dan keluarganya.

    Nabila Razali ketika ditemui berkongsi rasa teruja membawakan watak Lisa. Menurutnya, setiap langkah yang diambil oleh watak tersebut, walaupun kecil, mampu memberi pengajaran dan kekuatan. Baginya, drama ini bukan sekadar mengangkat kisah cinta dalam suasana romantik komedi, tetapi juga menyentuh tentang konflik keluarga, aspirasi anak muda dan keberanian seorang wanita untuk mengejar apa yang diyakininya tanpa mudah berputus asa.

    Dengan jalan cerita yang dekat dengan realiti kehidupan anak muda masa kini, Me.N.U hadir sebagai sebuah karya yang sarat dengan motivasi dan inspirasi. Ia menawarkan resipi hiburan penuh rasa yang mampu menyentuh hati penonton, sekali gus menjadi penguat semangat buat mereka yang sedang mencari makna hidup dan keberanian untuk mengejar cita-cita.

    Me.N.U bakal menemui penonton bermula 11 September 2025 secara eksklusif hanya di Tonton. Untuk maklumat lanjut mengenai drama ini dan rancangan lain kegemaran anda, ikuti platform media sosial rasmi Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram @tontonmy.

  • Samsung Brings Mobile Cloud Gaming to Europe, Powering Next-Gen Play Anywhere

    Samsung Electronics Co., Ltd. has announced the expansion of its mobile cloud gaming platform into the European market, opening up instant access to top mobile games on Galaxy devices without the need for downloads or installations. The beta rollout has already begun in the United Kingdom and Germany, with a phased release set to follow across more countries. This launch brings a growing catalog of premium mobile titles to European players, making it easier than ever to discover and enjoy games with a single tap.

    According to Seline Sangsook Han, Executive Vice President of the Service Business Team in the Mobile eXperience (MX) Business at Samsung Electronics, the platform has quickly gained traction since its official commercial launch in North America nearly a year ago. It has become a preferred distribution channel for partners seeking to reach millions of Galaxy device owners. She explained that with cloud-first features enabling instant gameplay and smarter discovery tools, Samsung is creating new opportunities for games and services to expand their reach, increase engagement and improve retention. The expansion into Europe marks a major step in broadening that vision.

    Alongside the expansion, Samsung is also reimagining its Mobile Gaming Hub as the central destination for gaming on Galaxy devices. Later this year, players can look forward to a refreshed experience with more ways to explore games across every genre, as well as new innovations designed to make the Hub more intuitive, connected and social.

    The platform has also proven to deliver powerful growth opportunities for partners. Samsung has teamed up with Moloco, an AI performance advertising company that helps mobile game advertisers achieve strong results through its AI-powered advertising platform, Moloco Ads. This collaboration has demonstrated measurable business outcomes, with advertisers reporting consistently better 30-day return on ad spend over the course of long-term campaigns. Moloco’s CEO, Ikkjin Ahn, emphasized that the partnership allows the acquisition of higher-quality users for Samsung’s cloud gaming platform, showcasing the effectiveness of AI in maximizing both returns and engagement.

    SpinX Games, one of the early partners, has already run multiple user acquisition campaigns on the platform through Moloco Ads. The company reported a 100 percent higher 30-day return on ad spend compared to similar campaigns. Cameron Zhang, CEO of SpinX Games, highlighted that launching a portfolio of games through Samsung’s cloud gaming service has demonstrated the power of instant access, eliminating barriers for players and creating a seamless one-tap entry into gameplay. These results underscore the long-term value of cloud-based distribution and its potential as a core part of user acquisition strategies.

    The growing momentum of Samsung’s mobile cloud gaming platform is further supported by the company’s updated public terms introduced earlier this year. A new 80/20 revenue share model for games on the Galaxy Store gives developers and publishers a larger share of earnings, particularly for titles built on the cloud gaming platform. This model is designed to help partners scale more efficiently while strengthening the appeal of Samsung’s Galaxy ecosystem.

    Looking ahead, Samsung is preparing to introduce a next-generation redesign of the Mobile Gaming Hub. The updated hub will bring deeper personalization, smarter discovery tools and new ways to connect with games and gaming communities. The company has promised a full reveal later this year, with a vision of providing a unified destination where players can not only access and play their favorite games but also watch gameplay content, engage with communities and use integrated AI tools to enhance their experience.

    For more updates and information about the Samsung Galaxy Store, visit https://galaxystore.samsung.com/games.

  • Shukri ‘Green Flag’ & Nadhir ‘Red Flag’: Cinta atau Konflik di Rumah Tanpa Luka

    Sebuah drama baru yang bakal menguji emosi penonton kini menghiasi kaca televisyen. Rumah Tanpa Luka, terbitan Suhan Movies & Trading dan BamBam Studios, mula disiarkan di Astro Ria pada pukul 10 malam setiap Isnin hingga Khamis sejak 1 September lalu. Drama ini menonjolkan kisah kanak-kanak Orang Kurang Upaya dengan Down Syndrome yang tidak diingini oleh ibu bapa sendiri, sambil mengangkat isu anak perempuan sulung yang menanggung tanggungjawab ibu bapa, satu situasi yang dekat dengan realiti masyarakat.

    Drama arahan Nur Ain Sharif ini menampilkan gandingan pertama lakonan Erysha Emyra, Syukri Yahya dan Nadhir Nasar. Menurut Nadhir yang membawa watak Hayden Hayyan, judul Rumah Tanpa Luka sudah membawa maksud metafora. Dia menjelaskan bahawa setiap rumah pasti mempunyai lukanya, sama ada besar atau kecil, dan untuk mengetahui intensiti luka itu, penonton perlu mengikuti drama ini dari awal hingga akhir.

    Dua watak utama yang mencuri perhatian penonton merupakan contoh lelaki dengan ciri green flag dan red flag. Shukri Yahya membawa watak Qiuzi atau Q, seorang mekanik yang memiliki lima bengkel kereta sendiri. Watak ini jarang ditonjolkan di televisyen kerana sifatnya yang easy going, rendah diri, setia dan tidak pandai mengorat, menjadikannya contoh lelaki green flag yang ramai impikan. Kehadiran Qiuzi memberi suasana tenang dalam drama dan mencerminkan lelaki yang humble dan penyayang.

    Sebaliknya, Nadhir membawa watak Hayden Hayyan yang dilabel red flag. Watak Hayden mungkin dianggap resah dan menguji emosi penonton, tetapi sebenarnya dia seorang yang bertanggungjawab, walaupun terikat dengan hubungan dengan ibunya. Menurut Nadhir, cabaran terbesar lakonan ini adalah mengawal emosi Hayden yang tidak boleh diramal, kadang tinggi kadang rendah, sehingga memerlukan kesungguhan dalam setiap babak.

    Kedua-dua pelakon utama ini berkongsi pengalaman bekerja dengan Naura Arissa yang membawa watak Rose Ameena, seorang kanak-kanak Down Syndrome. Rose Ameena merupakan anak yang tidak diingini tetapi memiliki jiwa besar. Walaupun sering dibuli di sekolah, dia tetap memiliki seorang sahabat baik bernama Dewi. Shukri dan Nadhir berkongsi bahawa bekerja dengan Naura sangat menyeronokkan kerana dia cepat memahami suasana set dan membezakan antara aksi dan masa cut, menjadikan pengalaman mereka satu berkat.

    Penonton dijangka dibawa melalui pelbagai permainan emosi sepanjang drama ini. Kisah Kalsum yang berkorban menjaga Rose Ameena walaupun dibuang keluarga, sinar baharu yang hadir dalam bentuk Qiuzi, dan kekacauan yang dibawa Hayden Hayyan, memberikan pengalaman menonton yang penuh dengan gelora hati. Drama ini juga boleh distrim melalui Astro One dan Sooka bagi memudahkan penonton mengikuti setiap episod.

    Antara pelakon lain termasuk Erysha Emyra sebagai Kalsum, Hajjar sebagai Dahlia, Kismah Johar sebagai Nek Rogayah, Ziela Jalil sebagai Datin Normala, Syean Mokhtar sebagai Dato Zaidi, Hafreez Adam sebagai Amril, Yuna Rahim sebagai Naira, Hanan Adraa sebagai Dewi, Zaefrul Nordin sebagai En. Ibrahim, Aziz M. Osman sebagai Pak Yasir, Rasya Dean sebagai Syakira dan Raja Azmi sebagai Hajah Kamilah. Drama ini menjanjikan pengalaman menonton yang emosional dan mengharukan, sambil menyentuh isu sosial yang dekat dengan masyarakat.

  • TV3 & Alternate Records Cipta Sejarah di ContentAsia Awards 2025!

    TV3 dan Alternate Records sekali lagi mengukir kejayaan gemilang apabila merangkul dua anugerah berprestij di ContentAsia Awards 2025 yang berlangsung di Taipei pada 4 September 2025. Kemenangan ini menegaskan keunggulan mereka sebagai peneraju industri muzik kreatif dan kandungan negara di pentas antarabangsa.

    Lagu popular Hening Rindu nyanyian Marsha Milan yang menjadi runut bunyi rasmi drama Aku Bukan Ustazah di Slot Akasia TV3 telah diumumkan sebagai pemenang Gold Award bagi kategori Best Sound Design Created in Asia for an Asian TV Programme/Series. Karya ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan Fatanna ini bukan sahaja berjaya memikat hati penonton tempatan, malah mendapat pengiktirafan antarabangsa, setanding dengan pencalonan lain dari seluruh Asia. Gabungan melodi yang menyentuh jiwa, susunan bunyi yang penuh emosi dan keserasian dengan jalan cerita drama menjadikan Hening Rindu elemen penting kepada kejayaan siri tersebut. Pengiktirafan di ContentAsia Awards 2025 ini sekaligus membuktikan bahawa karya tempatan mampu berdiri sebaris dengan produksi antarabangsa.

    Antara pencalonan lain dalam kategori ini ialah Bad Guys daripada BASE Entertainment dan CJ ENM Hong Kong Limited, Furever Yours oleh Mediacorp Pte Ltd, Karuvanam hasil kolaborasi Mediacorp Pte Ltd dan Storybots Asia, Lamput Season 4 – Boss On The Moon oleh Warner Bros. Discovery dan Shape of Love daripada Hakka TV / LUMINOSO FILM CO., LTD. Anugerah Gold ini diterima oleh Shahila Shah, Pengurus Besar Kanan, Filem, Muzik dan Produksi Dalaman Media Prima Television Networks bagi pihak produksi. Shahila menyatakan bahawa kejayaan Hening Rindu bukan sahaja menyentuh jiwa penonton tempatan tetapi juga mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, membuktikan bahawa karya tempatan mampu menembusi persaingan serantau dan meraih pengiktirafan dunia.

    Selain itu, TV3 turut membawa pulang Silver Award bagi kategori Best Current Affairs Programme Made in Asia for a Single Market in Asia menerusi dokumentari Fail Mahkamah: Zulfarhan; 19 Lawan 1. Program ini bukan sekadar dokumentari biasa, tetapi sebuah karya penuh emosi yang mengetengahkan tragedi sebenar dengan mesej sosial yang mendalam. Kemenangan ini menegaskan peranan TV3 sebagai penerbit kandungan berimpak tinggi yang mampu membawa isu masyarakat ke pentas antarabangsa. Ahmad Farith Zahir, Penerbit Eksekutif Fail Mahkamah, menjelaskan bahawa kes Zulfarhan bukan sekadar kisah jenayah, tetapi pengajaran tentang amanah, persahabatan dan kepercayaan yang dikhianati. Dua episod khas dokumentari ini memberikan peluang kepada penonton untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana tragedi tersebut berlaku dan membuka perbincangan tentang isu buli dan penderaan yang masih wujud dalam masyarakat.

    Episod khas Fail Mahkamah: Zulfarhan; 19 Lawan 1 kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton, memberi penonton pengalaman lebih mendalam untuk memahami kisah yang sarat pengajaran ini. Majlis anugerah ContentAsia 2025 menghimpunkan lebih 150 pencalonan dari pelbagai negara Asia dan disiarkan secara langsung melalui platform digital ContentAsia dengan AXN sebagai rakan penyiar rasmi Red Carpet. Kemenangan ini sekali lagi mengangkat martabat industri hiburan dan kandungan produksi Malaysia ke peringkat antarabangsa, membuktikan bahawa karya tempatan bukan sahaja mampu bersaing, malah mampu unggul di pentas global.

  • Generasi “Perfect 10”: Cabaran, Impian, dan Pencarian Identiti

    Astro Originals kembali menampilkan karya baharu yang menjanjikan pengalaman menonton unik kepada penonton seluruh Malaysia melalui siri drama Generasi: Perfect 10. Drama ini diinspirasikan daripada pengalaman seorang gadis remaja yang bercita-cita menjadi atlet gimnastik profesional dan menyoroti perjalanan emosinya dalam mengejar impian serta membentuk identiti diri. Siri ini akan mula ditayangkan pada 19 September 2025, setiap hari Jumaat jam 12 tengah malam di OnDemand atau jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Citra.

    Sebagai siri bertemakan sukan pertama daripada Astro Originals, Generasi: Perfect 10 membawa penonton menyelami dunia kompetitif atlet gimnastik profesional dan menyingkap cabaran emosi yang jarang dipaparkan di kaca televisyen Malaysia. Kisah ini mengikuti perjalanan Ezie, seorang gadis yang meminati gimnastik sejak kecil. Apabila kelab gimnastik sekolahnya ditutup secara tiba-tiba, Ezie mengambil langkah berani dengan memohon ke akademi sukan paling berprestij di negeri tersebut. Penerimaan ke akademi tersebut membuka lembaran baharu dalam kehidupannya yang dipenuhi persaingan sengit, perkembangan peribadi, dan realiti pahit yang perlu dihadapi dalam mengejar impian.

    Drama ini juga menekankan isu sosial yang mendalam, termasuk pencarian arah hidup, kepentingan sokongan keluarga dalam membina keyakinan diri, ketabahan wanita dalam mengejar cita-cita, dan semangat bersaing untuk mengubah nasib. Siri ini diarahkan oleh Sling Ng dan dikendalikan oleh showrunner Nas Addina. Barisan pelakon utama termasuk Arena Wan sebagai Ezie, Arabella Ellen sebagai Victoria, Sofia Jane sebagai Coach Sue, Ellyza Azizi sebagai Amal, Daniel Fong sebagai Jun, Sharifah Sakinah sebagai Coach Farah, Qi Razali sebagai Azfar dan Sherie Merlis sebagai Nazma. Turut membuat penampilan istimewa adalah legenda atlet negara, Farah Ann, yang juga bertindak sebagai penasihat.

    Penerbit Eksekutif Generasi: Perfect 10, Raja Jastina Raja Arshad, berkata siri ini menampilkan naratif yang menyentuh tema kemanusiaan dan sosial, khususnya bagi gadis remaja yang sedang mencari identiti dan mengejar impian mereka. Menurutnya, siri ini juga bertujuan mengangkat semangat atlet Malaysia dan komuniti yang membentuk mereka, serta menonjolkan ketahanan dan kuasa transformasi yang mendefinisikan mereka sebagai seorang juara.

    Generasi: Perfect 10 turut menampilkan kolaborasi strategik bersama Goodday Charge, susu diperkaya pertama di Malaysia dengan 10 nutrien penting yang membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Kerjasama ini melibatkan promosi pemasaran kedua-dua jenama serta penempatan produk, termasuk video khas berdurasi 30 saat untuk Goodday.

    Eksklusif kepada penggemar siri premium Astro Originals, Generasi: Perfect 10 boleh ditonton lebih awal secara On Demand melalui Astro GO bermula jam 12 tengah malam, serta di aplikasi sooka. Penonton juga boleh mendapatkan informasi terkini dan menonton klip menarik melalui platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw termasuk Instagram, TikTok, Facebook, dan X. Selain itu, siri ini turut boleh distrim melalui Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99 sebulan atau tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment pada harga RM139.99 sebulan. Maklumat lanjut untuk melanggan atau menaik taraf boleh diperoleh di laman web rasmi Astro atau melalui WhatsApp.

  • YKAT Lancar Konsert Budi Kasih Malaysia 2025, Janji Hiburan & Amal Bersatu

    Yayasan Kebajikan Artis Tanahair Malaysia (YKAT) bakal menganjurkan sebuah konsert amal istimewa bertajuk “Konsert Budi Kasih Malaysia 2025” yang menghimpunkan nama-nama besar dalam industri muzik tanahair untuk sebuah malam penuh seni, kasih, dan keprihatinan. Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober 2025, bermula pukul 8 malam hingga 10.30 malam di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sebagai Tetamu Kehormat.

    Menurut Datuk DJ Dave, Pengerusi YKAT, konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi juga merupakan usaha untuk menghargai insan seni yang telah lama berjasa dalam dunia seni tanahair. Dana yang dikumpul akan disalurkan bagi membantu kebajikan artis veteran serta menyokong penggiat seni yang memerlukan bantuan.

    Konsert ini akan menampilkan persembahan daripada barisan penyanyi lagenda dan generasi baharu dengan konsep eksklusif yang menggabungkan elemen tradisional dan moden. Antara artis yang dijangka membuat persembahan ialah Datuk DJ Dave, Dato’ M Nasir, Dato’ Nash, Dato’ David Arumugam bersama Alleycats, Dato’ Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Suki Low, Bella Astillah serta Pasukan Tarian Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Wilayah Kuala Lumpur.

    Orang ramai, syarikat korporat dan badan kerajaan dijemput untuk turut menyokong konsert ini dengan mendapatkan meja atau tiket individu. Hasil sumbangan akan menjadi pemangkin semangat buat dunia seni tanahair untuk terus berkembang. Konsert ini menawarkan beberapa kategori harga untuk pembelian meja dan tiket individu bagi memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk hadir menyaksikan persembahan sambil menyumbang ke arah kebajikan artis tanahair. Pembelian boleh dilakukan secara terus melalui pihak pengurusan YKAT di talian 019-988 3172.

    Datuk DJ Dave menekankan bahawa jualan tiket terhad kepada 500 orang sahaja dan berharap rakyat Malaysia akan bersama-sama menjayakan konsert ini. Beliau menambah bahawa harga yang ditawarkan sangat berbaloi kerana para penonton bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan yang memukau tetapi juga menikmati makan malam dalam suasana yang selesa.

    Selain persembahan, malam konsert ini turut menyaksikan penyampaian tiga anugerah iaitu Ikon Pelakon, Ikon Penyanyi dan Ikon Pemuzik. Beberapa aktiviti lain juga telah dirancang oleh pihak YKAT bagi terus menjaga kebajikan artis tanahair. Bagi maklumat lanjut mengenai program YKAT, orang ramai boleh menghubungi Pengurus YKAT, Cik Salmiyah di talian 019-9883172.

  • Samsung Galaxy S25 FE: Affordable Flagship with Galaxy AI Power

    Samsung Electronics Co., Ltd. has officially unveiled the Galaxy S25 FE, the newest and most accessible member of the Galaxy S25 lineup. The device is equipped with One UI 8 and the latest Galaxy AI features, offering users a personalized AI companion with advanced multimodal capabilities. Positioned as a gateway to the Galaxy AI ecosystem, the Galaxy S25 FE combines premium essentials with next-generation intelligence, making these experiences attainable for a broader audience.

    The Galaxy S25 FE introduces powerful AI-driven creativity tools such as Generative Edit and Instant Slow-mo. These features allow users to transform and refine their photos and videos effortlessly. An upgraded 12MP front-facing camera, powered by the ProVisual Engine, enhances selfie clarity and overall photography performance. A 4,900mAh battery paired with a more than 10 percent larger vapor chamber ensures smooth, responsive performance, supported by 45W wired charging for extended use and quicker recharging.

    “Galaxy S25 FE plays an important role as a gateway into the broader Galaxy AI ecosystem, making these experiences more attainable for a wider range of users,” said Jay Kim, Executive Vice President and Head of Customer Experience Office, Mobile eXperience Business at Samsung Electronics. “With expanded personalized AI experiences and AI-powered photography and editing tools, Galaxy S25 FE empowers more people to bring greater convenience and creativity into their everyday lives.”

    The device integrates Galaxy AI into everyday tasks through One UI 8 and multimodal agents, enabling users to interact more naturally using voice, touch, and visual input. Gemini Live allows real-time visual conversations by letting the device see what the user sees, providing contextual answers such as travel outfit suggestions. Now Bar surfaces timely updates and notifications directly on the lock screen, while Now Brief provides personalized daily summaries including reminders, fitness tracking, and traffic updates. Circle to Search with Google enhances gaming and browsing by delivering contextual tips and information on screen without interrupting the user experience.

    Security and privacy remain central to the device, with Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP) creating app-specific storage environments secured by Knox Vault. The Galaxy S25 FE also supports Galaxy’s Personal Data Engine, ensuring user data remains protected on-device.

    In terms of creativity, the Galaxy S25 FE leverages the ProVisual Engine’s AI features to deliver a premium camera experience. Nightography reduces noise in low-light shots while Super HDR produces lifelike video colors and contrast. Features like Generative Edit remove unwanted elements in photos automatically, Portrait Studio enables the creation of personalized avatars, Instant Slow-mo converts any clip into smooth slow-motion playback, and Audio Eraser isolates or removes background noise from videos. Auto Trim further simplifies editing by selecting the best moments from recordings.

    Performance is optimized through the Exynos 2400 processor, efficient AI processing, and improved thermal management. The 6.7-inch Dynamic AMOLED 2X display offers FHD+ resolution and a 120Hz refresh rate for immersive visuals. The device’s slim, lightweight build features a new Armor Aluminum frame for durability, while playful color options such as Navy, Jetblack, Icyblue, and White add to its appeal.

    Battery life is reliable with the 4,900mAh capacity, delivering long-lasting performance supported by 45W wired charging and fast wireless charging options. Wireless PowerShare is also included, enabling users to charge other devices on the go. The phone offers IP68 water and dust resistance, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, and full 5G support.

    Samsung has committed to long-term support for the Galaxy S25 FE, providing seven generations of OS upgrades and seven years of security updates. The device runs on Android 16 with One UI 8 and is available in storage options of 256GB and 512GB, both paired with 8GB of RAM.

    The Galaxy S25 FE will officially be available in Malaysia starting September 19, 2025. The 256GB model will retail for RM3,099, while the 512GB model will be priced at RM3,699.

    For more details, visit Samsung’s official website or Samsung Mobile Press.