Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur is enhancing the premium travel experience with the introduction of The Club Lounge, while also encouraging guests to unlock greater value through the Sunway Discovery loyalty programme and the global GHA DISCOVERY alliance. The newly launched lounge provides an exclusive retreat featuring panoramic views of Kuala Lumpur, personalised services, daily breakfast, evening cocktails and refreshments throughout the day, creating an elevated environment for both corporate travellers and holidaymakers seeking added comfort during their stay.
Beyond the premium lounge experience, guests who join Sunway Discovery can enjoy exclusive member rates, earn and redeem DISCOVERY Dollars (D$), and access a wide range of benefits across more than 1,000 hotels, resorts and palaces in over 100 countries through GHA DISCOVERY. Members also receive recognition through room upgrades, tier-based privileges and curated local experiences, with rewards redeemable for accommodation, dining, spa treatments and other hotel services. With complimentary membership and the launch of The Club Lounge, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur continues to strengthen its position as a destination that combines premium hospitality with rewarding travel experiences for modern travellers.
Guests interested in experiencing The Club Lounge or taking advantage of the limited-time Family Suite offer can make reservations and obtain more information by visiting www.sunwayhotels.com/sunway-putra or calling +603 4040 9888.
In conjunction with this year’s football season, Applecrumby is bringing the excitement of the beautiful game into family life with the launch of its Applecrumby Friends Football Fever Collection, a limited-edition range designed to celebrate everyday moments between parents and their little ones. Available exclusively at the TCE Baby Expo at Mid Valley from 2 to 5 July, the collection introduces three adorable Applecrumby Friends characters — Striker Roger, Goalie Drako and Referee Barry — through exclusive plush toys and drinking bottles inspired by teamwork, perseverance and the joy of celebrating every milestone, no matter how small.
According to Applecrumby founders Sean and Jesmine Tan, the collection was created to bring the vibrant spirit of football into daily family routines, reminding parents that while football fever may come and go, the journey of raising a child is filled with meaningful victories every day. Complementing the collection is the brand’s “Everyday Made Easier” campaign, which focuses on helping busy parents reclaim valuable time through practical rewards and thoughtful initiatives.
Running until 31 August 2026, the nationwide “Everyday Made Easier” Spend & Win Campaign rewards shoppers who spend a minimum of RM50 on Applecrumby products in a single receipt with a chance to win prizes worth more than RM16,990. A total of 24 winners will be selected, with grand prizes including Dyson V16 Piston Animal Cordless Vacuums, Dyson Supersonic Nural™ Hair Dryers and RM200 PETRONAS Gift Cards. By combining a fun football-inspired collection with meaningful rewards, Applecrumby continues to strengthen its commitment to making parenting more enjoyable while celebrating the everyday wins that matter most.
Selepas lebih tiga dekad mencipta fenomena dalam dunia penerbitan tempatan, novel Anom Suraya kembali menghidupkan nostalgia apabila diangkat ke layar kaca menerusi adaptasi drama bersiri terbaharu TV3. Lebih istimewa, karya ini mempertemukan sentuhan dua generasi apabila novel asal hasil nukilan Dr. Samsiah Mohd. Nor kini diterajui oleh anaknya sendiri, Daiyan Trisha, yang membawakan watak utama Anom. Menjadikan naskhah ini lebih bermakna, drama arahan Osman Ali itu turut mengekalkan roh asal karya yang pernah menjadi antara novel Melayu paling laris pada era 1990-an dengan beberapa cetakan semula hasil sambutan luar biasa daripada pembaca.
Bersiaran menerusi slot Lestary TV3 bermula 4 Julai 2026, Anom Suraya mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi membantu keluarganya. Kehadiran Anom di kediaman Puan Raden bukan sahaja mengubah kehidupan Bakhtiar dan adiknya, Badrol, malah mencetuskan konflik emosi apabila kedua-dua lelaki itu mula menaruh perasaan terhadapnya. Jalan cerita yang sarat dengan pengorbanan, kasih sayang, dilema dan pilihan hidup menjadikan karya ini relevan merentasi generasi serta dekat dengan realiti masyarakat.
Lebih menarik, sempena tayangan perdananya, TV3 membawakan siaran eksklusif selama dua jam tanpa henti dengan menayangkan dua episod pertama secara berturut-turut pada Sabtu, 4 Julai, bermula jam 9 malam. Drama 13 episod terbitan Nuansa Film Sdn. Bhd. ini turut dibintangi Idris Khan, Yusuf Bahrin, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Halim Radzi, Puteri Khareeza dan Iman Suhana. Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal menerusi platform penstriman Tonton, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada peminat untuk mengikuti kisah menyentuh hati yang kembali menghidupkan sebuah karya malar segar dalam versi moden.
Malam penuh adrenalin dan nostalgia tercipta apabila Cromok serta Barbarik berkongsi pentas menerusi Konsert Black On White yang berlangsung di Idea Live Arena, 3 Damansara pada 27 Jun lalu. Buat pertama kalinya dua kumpulan berpengaruh dalam arena thrash metal tanah air itu disatukan dalam sebuah konsert yang berjaya memenuhi jangkaan para peminat.
Seawal lagu pembukaan Black Fury, suasana dewan terus bertukar rancak dengan ledakan bunyi gitar, rentak dram yang padu serta sorakan penonton yang tidak putus-putus mengiringi setiap persembahan. Walaupun rata-rata anggota kumpulan kini berada dalam lingkungan usia 50-an, mereka masih menampilkan persembahan yang penuh tenaga dan karisma.
Cromok terus memukau peminat menerusi rangkaian lagu popular termasuk Prophecy, Stranger, Memories, Another You, Fallen Heroes, I Don’t Belong Here, Misery, Seedling dan Little One. Mereka turut memperkenalkan karya baharu berjudul Wisdom sebagai tanda bahawa perjalanan seni kumpulan itu masih terus berkembang.
Lagu Fallen Heroes pula menjadi detik paling emosional apabila didedikasikan kepada Allahyarham Din dan Allahyarham Miji yang banyak menyumbang kepada sejarah awal kumpulan tersebut.
Barbarik kemudiannya mengambil alih pentas dengan membawakan Peluru Cokelat, Kasmaran Selamanya, Mencari Asal Usul, Nasib Baik, Periok Api, Inspirasi Syakilla, Sakit Bantal Empuk, Keris Tak Ada Sarong dan Golok Kayu. Vokal bertenaga Muss berjaya mengekalkan aura persembahan sehingga ke penghujung malam.
Apa yang lebih menyentuh hati, Muss sebenarnya sedang melalui detik sukar apabila isterinya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital. Namun beliau tetap menyempurnakan persembahan dengan penuh profesionalisme sebelum terus bergegas mendapatkan isterinya selepas konsert berakhir.
Konsert itu turut dimeriahkan dengan persembahan khas menerusi medley lagu-lagu Kembara seperti Hati Emas, Impian Seorang Nelayan, Ekspres Rakyat, Impian Anak Jalanan dan Gerhana yang berjaya menggabungkan elemen nostalgia dengan identiti muzik keras kedua-dua kumpulan.
Black On White bukan sekadar sebuah konsert, malah menjadi bukti bahawa muzik rock dan thrash metal tempatan masih mempunyai pengaruh yang kuat serta terus mendapat sokongan daripada peminat pelbagai generasi.
Showcase Jiwa Rasa Nizam Laksamana & Kawan-Kawan (5.0) bakal kembali dengan membawa misi yang lebih besar apabila menggabungkan persembahan hiburan bersama usaha kebajikan untuk membantu golongan yang memerlukan. Memasuki penganjuran edisi kelima, showcase ini bukan sahaja menawarkan persembahan daripada barisan artis popular tanah air, malah meneruskan komitmennya menjadikan dunia hiburan sebagai platform untuk menyebarkan kasih sayang, keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat.
Menurut pengurus dan penerbitnya, Zulremy Daud, siri showcase ini diteruskan selepas kejayaan empat penganjuran terdahulu dan kali ini diberikan nama baharu sebagai simbol penghargaan kepada Nizam Laksamana yang sentiasa komited menggerakkan aktiviti kebajikan melalui bidang seni. Beliau berkata, pemilihan nama “Jiwa Rasa” turut melambangkan keperibadian Nizam Laksamana yang sentiasa meletakkan nilai kemanusiaan sebagai keutamaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.
Katanya, keprihatinan terhadap rakan-rakan artis yang berdepan kesukaran hidup akibat masalah kesihatan dan kewangan, selain nasib kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik, autisme serta merupakan golongan orang kurang upaya (OKU), menjadi inspirasi utama penganjuran showcase tersebut. Justeru, sebahagian hasil kutipan daripada acara ini akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan pusat jagaan yang menguruskan anak-anak istimewa sebagai usaha membantu menampung keperluan mereka, di samping meringankan beban keluarga dan penjaga.
Biarpun usaha mendapatkan penajaan bukan sesuatu yang mudah, pihak penganjur tetap optimis dengan sokongan masyarakat dan sektor korporat melalui pembelian pakej meja yang ditawarkan pada harga lebih berpatutan berbanding penganjuran sebelum ini. Langkah tersebut diambil bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu dan organisasi untuk turut menyumbang kepada misi kebajikan yang dibawa, sekali gus membuktikan bahawa hiburan juga mampu menjadi medium untuk melakukan kebaikan.
Showcase kali ini turut diserikan dengan penampilan Tam Spider, Zamani Slam, Hazama, Haiza, Azmani dan UNIC yang bersetuju menjayakan persembahan selepas memahami matlamat sebenar penganjuran. Menurut Zulremy, terdapat juga ramai rakan artis lain yang menyatakan hasrat untuk menyertai showcase ini, namun penyertaan terpaksa dihadkan atas faktor pengurusan dan kelancaran perjalanan acara.
Acara ini dijadual berlangsung pada 3 Oktober 2026 di Noah Grand Ballroom, Melawati, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam, manakala tiket telah mula dijual menerusi platform Ticket2U. Pihak penganjur berharap orang ramai, syarikat korporat dan pelbagai organisasi dapat bersama-sama memberikan sokongan, kerana setiap pembelian tiket dan pakej meja bukan sahaja menjanjikan malam hiburan yang istimewa, malah turut menyumbang kepada usaha membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Ketika industri semikonduktor global terus berkembang seiring peningkatan permintaan terhadap teknologi digital, Stratus Global Holdings Berhad (Stratus Global) mengambil langkah strategik untuk memperkukuhkan kedudukannya menerusi pelancaran prospektus sempena Tawaran Awam Permulaan (IPO). Penyenaraian yang bakal berlangsung di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad itu dijangka membuka ruang kepada syarikat untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan serta memperluaskan kehadiran di pasaran antarabangsa.
Sejak penubuhannya pada tahun 1998, Stratus Global telah membangunkan kepakaran dalam menyediakan penyelesaian Sistem Pengendalian Bahan Automatik Semikonduktor (Automated Material Handling System atau AMHS). Teknologi ini memainkan peranan penting dalam memastikan bahan kritikal seperti wafer silikon dipindahkan dan disimpan secara automatik di dalam persekitaran bilik bersih yang memerlukan tahap ketepatan tinggi. Penyelesaian tersebut membantu pengeluar semikonduktor meningkatkan kecekapan operasi sambil mengekalkan standard kualiti yang ketat.
Keupayaan Stratus Global bukan sekadar tertumpu kepada pembangunan sistem automasi, malah meliputi keseluruhan rantaian penyelesaian termasuk reka bentuk, fabrikasi, pemasangan dan pentauliahan. Pendekatan menyeluruh ini membolehkan pelanggan memperoleh penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan operasi masing-masing. Hasilnya, syarikat berjaya membina hubungan jangka panjang dengan pelbagai pengeluar semikonduktor terkemuka.
Hari ini, Stratus Global bukan sahaja beroperasi di Malaysia malah telah mengembangkan rangkaian perniagaannya ke Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kehadiran dalam pasaran antarabangsa mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap keupayaan teknikal serta kebolehpercayaan syarikat dalam melaksanakan projek berskala besar. Pencapaian ini turut mengukuhkan kedudukannya sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan semikonduktor global.
Bagi menyokong fasa pertumbuhan seterusnya, Stratus Global menyasarkan kutipan sekitar RM285 juta melalui penerbitan 356.25 juta saham baharu pada harga RM0.80 sesaham. Penawaran tersebut memberikan syarikat nilai permodalan pasaran sebanyak kira-kira RM1 bilion selepas penyenaraian, sekali gus meletakkannya dalam kalangan syarikat teknologi tempatan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.
Apa yang menarik, IPO ini tidak melibatkan penjualan saham oleh pemegang saham sedia ada. Sebaliknya, keseluruhan dana yang dikumpulkan akan dimanfaatkan bagi memperkukuh operasi, meningkatkan kapasiti pengeluaran serta mempercepatkan pelaksanaan strategi pertumbuhan syarikat. Pendekatan ini menunjukkan fokus pengurusan terhadap pembangunan jangka panjang berbanding keuntungan jangka pendek.
Sebahagian besar hasil IPO akan digunakan untuk membangunkan kemudahan pembuatan baharu di Pulau Pinang. Pelaburan bernilai RM122.60 juta itu dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran Stratus Global dan membolehkan syarikat memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, khususnya dalam projek automasi berskala besar.
Dalam usaha memperkukuhkan kedudukan di pasaran antarabangsa, syarikat turut memperuntukkan RM20 juta bagi membuka pejabat jualan dan sokongan kejuruteraan di beberapa lokasi strategik. Langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pelanggan global selain memperkukuhkan jaringan perniagaan dalam industri semikonduktor.
Inovasi juga menjadi antara fokus utama syarikat apabila RM45 juta diperuntukkan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Dana tersebut akan digunakan untuk menambah baik teknologi AMHS, memperkukuhkan pembangunan perisian kawalan pengangkutan proprietari serta memperkenalkan penyelesaian automasi generasi baharu yang lebih cekap dan berdaya saing.
Selain itu, sebanyak RM82.40 juta akan digunakan sebagai modal kerja bagi menyokong operasi harian, pelaksanaan projek dan pengembangan perniagaan. Baki RM15 juta pula diperuntukkan bagi menampung kos penyenaraian, sekali gus memastikan keseluruhan proses IPO dapat dilaksanakan dengan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Stratus Global Holdings Berhad, Ryo Narisawa menyifatkan pelancaran prospektus sebagai detik penting yang bakal membuka lembaran baharu buat syarikat. Menurut beliau, permintaan terhadap penyelesaian automasi dalam industri semikonduktor dijangka terus meningkat, sekali gus memberikan peluang besar kepada Stratus Global untuk mengembangkan operasi dan memperkukuhkan kedudukannya di pasaran global.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd, David Lim berkata Stratus Global mempunyai asas yang kukuh untuk terus berkembang hasil gabungan teknologi proprietari, kepakaran kejuruteraan serta hubungan erat dengan pelanggan di seluruh dunia. Beliau yakin penyenaraian ini akan memperkukuhkan lagi kemampuan syarikat untuk mencipta nilai mampan kepada para pelabur dan semua pihak berkepentingan.
Permohonan bagi IPO Stratus Global dibuka mulai jam 10 pagi pada 2 Julai 2026 dan akan ditutup pada jam 5 petang, 10 Julai 2026. Penyenaraian rasmi di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dijadualkan berlangsung pada 21 Julai 2026, sekali gus menjadi titik permulaan kepada fasa pertumbuhan baharu bagi syarikat yang kini bersedia melangkah lebih jauh dalam industri semikonduktor global.
Suasana meriah menyelubungi hari pembukaan Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi 2026 yang berlangsung dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said sebagai tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis perasmian. Acara yang diadakan selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Jun 2026 itu menampilkan pelbagai aktiviti, pameran dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Karnival ini dianjurkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai salah satu usaha memperluaskan pemahaman rakyat mengenai Dasar Peluang Kedua yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI. Melalui inisiatif tersebut, individu yang memenuhi syarat diberi peluang untuk mendapatkan pelepasan kebankrapan dan memulakan semula kehidupan dengan lebih baik.
Dalam ucapannya, YB Dato’ Sri Azalina menekankan bahawa setiap rakyat yang berdepan masalah kewangan wajar diberi ruang untuk memperbaiki masa depan mereka. Beliau berkata, faktor seperti kehilangan pekerjaan, kegagalan perniagaan atau cabaran hidup yang tidak dijangka boleh menyebabkan seseorang berdepan kesulitan kewangan. Oleh itu, kerajaan terus memperkukuh dasar yang bersifat prihatin serta memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat.
Beliau turut menyatakan hasrat agar karnival ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan dan diperluaskan ke seluruh negara. Menurut beliau, pendekatan sedemikian mampu membawa lebih banyak manfaat kepada masyarakat melalui penyampaian maklumat dan perkhidmatan secara terus.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai perkhidmatan disediakan kepada pengunjung termasuk semakan status kebankrapan, khidmat nasihat, sesi konsultasi percuma, ceramah kewangan serta taklimat berkaitan proses pelepasan kebankrapan. Beberapa agensi kerajaan turut membuka reruai bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan masing-masing.
Turut mencuri perhatian ialah pameran dan jualan aset yang memaparkan proses pelupusan aset mengikut saluran perundangan. Selain itu, terdapat juga jualan usahawan tempatan, aktiviti keluarga dan pelbagai pengisian interaktif yang menjadikan suasana lebih meriah.
Karnival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan pentas yang berlangsung sepanjang hari. Persembahan pembukaan oleh kumpulan Raihan menjadi antara tarikan utama apabila mereka menyampaikan lagu-lagu yang sarat dengan mesej positif serta nilai perpaduan.
Selain hiburan, pengunjung turut disajikan dengan demonstrasi, pertandingan dan kuiz yang memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menyertai aktiviti secara aktif. Pendekatan ini menjadikan program lebih santai tanpa mengabaikan elemen pendidikan.
Setiap hari, cabutan bertuah turut diadakan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pengunjung. Sambutan yang diterima membuktikan minat masyarakat terhadap program yang menggabungkan elemen informasi dan hiburan dalam satu platform.
Karnival ini bukan sahaja memperkenalkan Dasar Peluang Kedua kepada masyarakat, malah mendekatkan rakyat dengan pelbagai agensi kerajaan. Melalui interaksi secara bersemuka, orang ramai dapat memperoleh penjelasan yang lebih jelas mengenai isu kebankrapan serta peluang yang disediakan untuk membina kehidupan baharu.
Secara keseluruhannya, Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi 2026 menjadi platform yang memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan literasi kewangan dan peluang pemulihan. Penganjuran ini juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina masyarakat yang lebih inklusif, berdaya tahan serta bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.
Gambit Tech Solutions dan SANDS Consulting Sdn. Bhd. mengorak langkah baharu menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal memperkukuhkan pembangunan projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), transformasi digital, teknologi pintar dan infrastruktur mampan di Malaysia. Kerjasama strategik ini menjadi platform penting dalam menghimpunkan kepakaran kedua-dua organisasi bagi mempercepat pelaksanaan projek berimpak tinggi yang mampu menyokong agenda pembangunan negara serta meningkatkan daya saing Malaysia dalam era ekonomi digital.
Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di The Starling, Uptown Damansara, Petaling Jaya menandakan permulaan kepada kerjasama jangka panjang yang memfokuskan pembangunan penyelesaian inovatif merentasi sektor awam dan swasta. Dengan menggabungkan kekuatan dalam pembangunan projek, teknologi dan penstrukturan pembiayaan, kedua-dua organisasi berhasrat menyediakan penyelesaian yang lebih komprehensif bagi memenuhi keperluan pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun serta organisasi korporat.
Kerjasama ini menggabungkan kepakaran Gambit Tech Solutions dalam pembangunan projek, transformasi digital, penyelesaian teknologi, integrasi sistem dan pelaksanaan infrastruktur pintar dengan pengalaman SANDS Consulting dalam khidmat nasihat strategik, pembangunan perniagaan, penstrukturan kewangan, pembangunan model pembiayaan serta fasilitasi pelaburan. Sinergi ini dijangka membolehkan kedua-dua organisasi menawarkan penyelesaian menyeluruh yang merangkumi setiap fasa pembangunan projek, daripada peringkat perancangan awal sehingga pelaksanaan dan pengurusan jangka panjang.
Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua organisasi akan bekerjasama mengenal pasti peluang projek baharu, menjalankan kajian kebolehlaksanaan, membangunkan model pembiayaan yang bersesuaian, mengurus pelaksanaan teknologi serta memastikan setiap projek dapat disampaikan mengikut piawaian industri dan memenuhi objektif yang ditetapkan. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek, malah memastikan setiap inisiatif memberikan pulangan nilai yang optimum kepada pelanggan serta pihak berkepentingan.
Antara fokus utama kerjasama ialah mempercepat pelaksanaan projek melalui model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), sekali gus membuka ruang kepada pembiayaan sektor swasta dalam membangunkan infrastruktur awam dan penyelesaian teknologi yang lebih efisien. Pendekatan PFI membolehkan projek-projek strategik direalisasikan dengan lebih pantas melalui kerjasama rapat antara sektor awam dan swasta, selain membantu mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan serta memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Kerjasama ini turut memberi penekanan kepada pembangunan penyelesaian digital yang menyokong agenda pendigitalan negara, termasuk meningkatkan kecekapan operasi organisasi, memperkukuhkan keselamatan data, mempercepat penggunaan teknologi pintar serta mempertingkat pengalaman pengguna dalam penyampaian perkhidmatan awam dan swasta. Melalui penggunaan teknologi moden, kedua-dua organisasi berhasrat membantu organisasi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi dan memperkukuhkan daya tahan digital dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Bidang yang bakal diterokai merangkumi pembangunan bandar pintar dan komuniti pintar, sistem kerajaan digital, pusat kawalan dan komando bersepadu, keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), pembelajaran mesin, pusat data, telekomunikasi, utiliti pintar, teknologi penjagaan kesihatan, teknologi pendidikan, pengkomputeran awan, analitik data, tenaga boleh diperbaharui serta pelbagai penyelesaian digital yang menyokong pembangunan ekonomi negara. Kepelbagaian sektor ini mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi dalam menyediakan penyelesaian yang bersifat menyeluruh dan mampu memenuhi keperluan pelbagai industri.
Selain menyokong pembangunan teknologi, kerjasama ini turut memberi penekanan kepada aspek kemampanan dengan menggalakkan penggunaan teknologi yang mampu meningkatkan kecekapan tenaga, mengoptimumkan pengurusan aset, memperkukuhkan pemantauan alam sekitar serta menyokong pembangunan bandar yang lebih pintar dan lestari. Pendekatan ini selari dengan aspirasi Malaysia untuk membangunkan infrastruktur moden yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, malah mampu memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Sebagai langkah awal, kedua-dua organisasi menyasarkan peluang pembangunan projek dengan nilai terkumpul sehingga RM250 juta, selain terus membuka ruang kepada projek berskala lebih besar berdasarkan keperluan pelanggan serta peluang strategik yang dikenal pasti pada masa hadapan. Sasaran tersebut mencerminkan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan sektor teknologi dan pembangunan infrastruktur negara yang dijangka terus berkembang seiring dengan peningkatan pelaburan dalam ekonomi digital.
Kerjasama ini turut disokong oleh rangka kerja pelaksanaan projek yang komprehensif, merangkumi proses mengenal pasti peluang projek, pembangunan kes perniagaan, penglibatan pihak berkepentingan, kajian kebolehlaksanaan, penstrukturan pembiayaan, pembangunan model PFI, perundingan teknologi, integrasi sistem, pelaksanaan projek, operasi, penyelenggaraan serta pemantauan prestasi secara berterusan. Pendekatan bersepadu ini memastikan setiap projek dilaksanakan secara sistematik, cekap dan mampan, di samping membolehkan penambahbaikan berterusan dilakukan sepanjang tempoh operasi.
Dengan memanfaatkan kepakaran yang saling melengkapi, Gambit Tech Solutions dan SANDS Consulting optimis kerjasama strategik ini akan membuka lebih banyak peluang pembangunan projek, memperkukuhkan kerjasama antara sektor awam dan swasta serta mempercepat penggunaan teknologi digital dalam pelbagai industri. Kedua-dua organisasi percaya kolaborasi ini bukan sahaja mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem digital yang lebih moden, inovatif dan mampan demi manfaat rakyat serta pembangunan Malaysia secara keseluruhannya.
Gambit Tech Solutions has reinforced its commitment to advancing Malaysia’s digital transformation and infrastructure development through a strategic partnership with SANDS Consulting Sdn Bhd. Formalised through the signing of a Memorandum of Understanding (MoU), the collaboration marks a significant step towards accelerating the delivery of Private Finance Initiative (PFI), digital transformation, smart infrastructure and technology-driven projects across the country.
The strategic alliance establishes a collaborative platform that combines the complementary strengths and expertise of both organisations. Gambit Tech Solutions brings extensive experience in project development, project financing, strategic advisory, investment facilitation, business consulting and financial structuring, while SANDS Consulting contributes advanced capabilities in digital technologies, enterprise solutions, systems integration, project management and the implementation of smart infrastructure. Together, both companies are committed to delivering comprehensive, end-to-end solutions that address the evolving needs of government agencies, local authorities, Government-Linked Companies (GLCs), statutory bodies and private sector organisations.
As Malaysia continues to accelerate its digital economy agenda, the partnership is expected to play an important role in supporting national development priorities through innovative financing and technology solutions. A major emphasis of the collaboration is the implementation of projects under the Private Finance Initiative (PFI) framework, enabling organisations to undertake large-scale infrastructure and digital transformation projects through sustainable and efficient financing models. By combining private sector investment capabilities with technical expertise, the partnership aims to optimise financial resources, improve project bankability, minimise implementation risks and generate long-term value for stakeholders.
Beyond project financing, Gambit Tech Solutions and SANDS Consulting will jointly identify, structure, finance, implement and manage projects across both the public and private sectors. The collaboration aligns closely with Malaysia’s aspirations to strengthen digital public services, improve infrastructure resilience and accelerate the adoption of smart technologies that contribute to sustainable economic growth and national competitiveness.
Under the MoU, both organisations will actively explore opportunities across a broad range of high-growth sectors. These include Smart City and Smart Community solutions, Digital Government platforms and citizen services, Smart Surveillance and Public Safety Systems, Integrated Command and Control Centres, Internet of Things (IoT) infrastructure, Artificial Intelligence (AI), Machine Learning, Data Analytics, Cybersecurity, Environmental Management Systems, Data Centre development, Telecommunications and Connectivity Infrastructure, Smart Utilities and Asset Management Systems, Healthcare Technology, Education Technology, Renewable Energy projects, Cloud Computing, Data Warehousing and customised digital application development. These sectors represent key pillars in Malaysia’s ongoing transition towards a digitally connected and technology-enabled economy.
The partnership also aims to support projects involving information technology, enterprise systems, digital infrastructure and emerging technologies that enhance operational efficiency, improve service delivery and strengthen the nation’s digital ecosystem. By leveraging their combined expertise, both organisations are well-positioned to develop practical, scalable and future-ready solutions that address real-world challenges while delivering measurable benefits to businesses, government agencies and local communities.
Complementing its project financing capabilities, the collaboration adopts a comprehensive end-to-end project delivery framework that spans every stage of the project lifecycle. This includes project identification and opportunity development, strategic advisory, stakeholder engagement, feasibility studies, business case development, financial structuring, investment facilitation, PFI development, technology consulting, solution architecture, system integration, project implementation, operations, maintenance, managed services, performance monitoring and continuous improvement. This integrated approach ensures projects are not only successfully delivered on schedule but are also sustainably managed to maximise operational efficiency and long-term outcomes.
Representatives from both organisations expressed confidence that the strategic alliance will unlock new investment opportunities while strengthening collaboration between the public and private sectors. They believe the partnership reflects a shared vision of supporting Malaysia’s transformation into a digitally empowered, innovation-driven and sustainable nation through the implementation of impactful infrastructure and technology projects.
Looking ahead, Gambit Tech Solutions and SANDS Consulting will establish a joint working framework to identify priority initiatives, engage strategic stakeholders, develop bankable projects and accelerate the implementation of PFI and other innovative financing models. By combining financial innovation with advanced technological expertise, both organisations are committed to delivering high-impact projects that create lasting value, strengthen public-private collaboration and contribute meaningfully to Malaysia’s long-term economic and digital development.
Selepas sekian lama dinantikan, Fajar Noor akhirnya tampil dengan album sulung berjudul Sementara, Selamanya, sebuah naskhah yang merakamkan perjalanan emosi tentang cinta, kehilangan dan harapan dalam kehidupan.
Album ini membawa pendengar menelusuri setiap fasa sebuah hubungan, daripada detik bahagia ketika jatuh cinta, konflik yang menguji kesetiaan, perpisahan yang menyakitkan sehinggalah kepada rasa yang masih tertinggal walaupun segalanya sudah berlalu.
Menurut Fajar, keseluruhan album ini dihasilkan berdasarkan pengalaman dan emosi yang pernah dilaluinya sendiri. Justeru, setiap lagu disampaikan dengan penuh kejujuran agar pendengar dapat merasai mesej yang ingin disampaikan.
Bagi memperkukuhkan identiti album, beliau bergandingan dengan penerbit Arsy Widianto dan Iqbal Siregar dalam menghasilkan susunan muzik pop balada yang moden, minimalis dan mudah menyentuh hati.
Fajar turut mengakui bahawa menghasilkan album ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana beliau perlu membuka kembali kisah-kisah lama yang memberi kesan mendalam dalam hidupnya.
Dalam masa sama, beliau turut berkongsi berita gembira apabila bakal mengadakan siri promosi di Malaysia, termasuk sebuah persembahan album secara langsung yang akan menjadi peluang istimewa buat peminat tempatan bertemu dengannya buat kali pertama.
Maklumat lanjut mengenai persembahan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi platform media sosial rasmi Fajar Noor dan Universal Music Malaysia. Album Sementara, Selamanya kini tersedia di semua platform penstriman digital.