Sebagai seorang pencinta makanan, mencari tempat makan yang menyajikan hidangan autentik dan halal adalah sesuatu yang sentiasa menggembirakan. Baru-baru ini, saya berpeluang mengunjungi Cikgu Lee di Taman Melawati, sebuah restoran yang cukup terkenal dalam kalangan pencinta makanan dengan makanan berasaskan Halal Chinese Food.

Dari luar, restoran ini tampak sederhana, tetapi sebaik sahaja melangkah masuk, suasana nyaman dengan sentuhan tema klasik yang amak menarik. Bau rempah yang harum membangkitkan selera, dan layanan mesra daripada kakitangan membuatkan pengalaman makan di sini lebih menyeronokkan.
Antara menu yang disediakan ialah Nasi Ayam Hainan, Mi Kari Nyonya Seafood, dan Pan Mee.

Setiap suapan benar-benar menambahkan citarasa pelanggan. Ditambah pula dengan bahan-bahan segar yang digunakan, tidak hairanlah restoran ini sentiasa menjadi pilihan ramai.
Jika anda berada di sekitar Taman Melawati, Cikgu Lee adalah destinasi makanan yang tidak boleh dilepaskan. Sama ada untuk makan tengah hari santai atau makan malam bersama keluarga, tempat ini pasti memberikan kepuasan. Saya pasti akan kembali untuk mencuba hidangan lain yang mereka tawarkan!