MALAM AHAD YANG MENGGEGARKAN: FAMILI DUO 2023 MENGANGKASA DENGAN 3.8 JUTA PENONTON.

This image has an empty alt attribute; its file name is Famili%20Duo%20Capai%203.8%20Juta%20Penonton.jpg

Program Famili Duo 2023 di TV3 terus mendominasi slot hiburan Ahad dengan menarik sejumlah 3.8 juta penonton (sumber: Nielsen), dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam. Episod permulaan ini jelas mengatasi rancangan pesaing yang bersiaran serentak. Pengumuman pasangan duo keenam telah menjadi satu berita mengejutkan yang memberikan kesan besar kepada program realiti FD2023. Kejayaan mengejutkan juga diraih oleh Sharif Kadir Doli Sharif dan abangnya, Mohd Syaiful Doli Sharif, sebagai juara mingguan untuk minggu pertama. Komen positif dari juri turut menyatakan kepuasan terhadap penampilan cemerlang pasangan adik-beradik ini.

Menurut juri tetap Mas Idayu atau dikenali dengan nama pentasnya Mummy, “Untuk menukar karakter dari sebuah program lawak ke program nyanyian realiti yang lebih serius mungkin agak sukar, tetapi Sharif dan Syaiful berjaya memberikan persembahan terbaik mengikut rentak Famili Duo melalui cara tersendiri. Kamu berdua berjaya menyusun lagu yang bermain dengan elemen rock, dangdut dan juga lawak. Itulah yang dinamakan kreativiti. Itu juga ciri-ciri yang dicari pada para peserta Famili Duo selama ini.” 

Ajai juga turut puji persembahan keseluruhan Sharif dan Syaiful. “Kamu tahu cara untuk mengikut rentak lagu, kamu juga tahu penyampaian perasaan mengikut susunan lagu yang bersesuaian. Saya sangat bersetuju dengan susunan lagu yang kamu telah mengolah supaya memanfaatkan kekuatan kamu. Perkara itu saya ‘salute’. Saya harap benda ni berkekalan dan prestasi kamu berdua terus naik sehingga konsert terakhir,” ulas Ajai.

Baru-baru ini, Sharif dan Syaiful telah memberi bayangan kepada para penonton tentang pencabar utama mereka bagi musim ini iaitu Ryan dan Adam Bakery. Namun, konsert pertama FD2023 telah menyaksikan persembahan yang turut menghiburkan itu di tangga ketiga selepas pasangan Shila dan Syahir Amzah. 

 

Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu pertama #FamiliDuo2023.

  1. Sharif & Syaiful – 55.4%
  2. Shila Amzah & Syahir – 49.1%
  3. Ryan & Adam Bakery – 42.2%
  4. Tom & Fuad Rahman – 41.3%
  5. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 37.8%
  6. Adira & Emma Suhaimi – 36.2%

 

Dapatkah pasangan lain mendahului duo yang dahulunya misteri itu dengan tema pilihan mereka iaitu ‘Cinta’? Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan. Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Famili Duo 3 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues (pengurus projek), Muhamad Sufian Che Isa (penerbit eksekutif) dan Noradillah Binti Abdullah (penerbit). Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan anda mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 22 Oktober 2023, pukul 9.00 malam di TV3! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *