Malam Rawan Bersama Rizky Febian di Zepp KL
Penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bersedia untuk kembali menggegarkan pentas ibu negara menerusi konsert istimewa bertajuk “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” yang bakal berlangsung pada 29 November 2026 di Zepp KL. Dianjurkan oleh AM Entertainment dengan kerjasama rakan strategik serta dibawakan oleh Kumho International, konsert ini menjanjikan sebuah persembahan penuh emosi dan romantik yang menghimpunkan karya-karya hit beliau yang sentiasa dekat di hati peminat Malaysia.

Penampilan Istimewa Nadhif Basalamah
Lebih menarik, konsert ini turut diserikan dengan kehadiran penyanyi sensasi Indonesia, Nadhif Basalamah yang terkenal menerusi lagu popular “Penjaga Hati”sebagai artis jemputan khas. Gabungan dua bakat hebat ini di atas satu pentas dijangka memberikan dimensi vokal dan tenaga yang berbeza, sekali gus menjanjikan malam yang sarat dengan alunan muzik pop berkualiti tinggi buat para penonton yang hadir.
Maklumat Jualan Tiket Dalam Talian
Bagi peminat yang tidak sabar untuk menyanyi bersama dan menyelami sisi muzikal Rizky Febian, tiket kini sudah mula dijual secara dalam talian menerusi platform Ticket2U.com.my dengan pelbagai pilihan kategori menarik, bermula dari RM228 untuk zon Standing hingga ke tempat duduk premium. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merasai sendiri kehangatan Malam Rawan di Kuala Lumpur!













