Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus menyajikan detik-detik luar biasa dalam minggu ketiganya apabila menyaksikan persembahan yang memukau, termasuk duet yang penuh magis antara bintang muda Jimi dan penyanyi tersohor, Aina Abdul.
Jimi, yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang terpaling ‘FIZZ’ minggu lalu, diberi penghormatan untuk bergandingan bersama Aina Abdul, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) selama tiga tahun berturut-turut. Kolaborasi ini mencipta satu persembahan yang bukan sahaja memikat hati penonton, tetapi juga membuat juri terpukau. Cakra Khan, salah seorang juri, memuji gandingan ini dengan berkata, “Suara kalian blended really well. Malam ini, kalian tampil dengan begitu memukau.”
Mengulas pengalamannya, Jimi berkata, “Latihan bersama Aina mudah kerana saya sudah bersedia terlebih dahulu. Aina adalah seorang yang sangat rendah diri, dan beliau mengingatkan saya untuk menikmati setiap detik di atas pentas.” Dengan keserasian yang luar biasa dan vokal yang harmoni, persembahan mereka diiktiraf sebagai salah satu momen terbaik minggu ini.

Selain duet mempesona ini, minggu ketiga juga dipenuhi kejutan lain, termasuk persembahan pembukaan bertenaga oleh kumpulan legenda Ruffedge dan penutup penuh emosi oleh Ernie Zakri. Minggu ini turut menjadi bualan hangat di platform media sosial, menjadikan rancangan ini trending di platform X untuk minggu ketiga berturut-turut.
Namun, minggu ini juga menyaksikan penyingkiran dua peserta berbakat, Hafiz Zainal dan Dayangku Iffah, yang terpaksa meninggalkan pentas setelah memberi persembahan terbaik mereka. Persaingan sengit daripada peserta lain menyebabkan mereka berada di kedudukan terendah, meskipun menerima pujian daripada para juri.
Peserta terpaling ‘FIZZ’ minggu ini dimenangi oleh Marygrace, yang berjaya mencuri perhatian dengan persembahan penuh emosi menerusi lagu Memori Tercipta. Kemenangan ini melayakkan Marygrace untuk berkolaborasi dengan legenda muzik tanah air, Datuk Ramli Sarip, dalam tugasan minggu hadapan. Kolaborasi ini dijangka menjadi salah satu sorotan utama musim ini.
Minggu keempat menjanjikan cabaran baharu dengan tema “Sinergi Muzik”, di mana baki lapan peserta akan berentap dalam lagu-lagu gabungan unik. Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, dan Eylia Guntabid bakal menunjukkan keunikan dan kreativiti masing-masing untuk mara ke pusingan seterusnya.
Penonton juga berpeluang mempengaruhi keputusan pertandingan, dengan 40% undian ditentukan oleh penonton, manakala 60% lagi diadili oleh juri profesional.
Saksikan Calpis Soda One In A Million setiap Ahad, jam 9.00 malam, secara langsung di TV3 atau strim dalam HD di Tonton. Ikuti juga Fizz Journal, sorotan eksklusif perjalanan peserta, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.
Gunakan hashtag #OIAM dan ikuti perkembangan di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini. Jangan lupa, penonton bertuah juga berpeluang memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000!
Adakah peserta kegemaran anda mampu melangkah lebih jauh? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan sengit mereka setiap minggu!