Eco-Shop Semarakkan Bulan Kebangsaan Dengan Pertandingan Mewarna

Written by

in

Eco-Shop menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia menerusi Pertandingan Mewarna ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’ yang berlangsung di Kompleks Komuniti Muhibbah, Kuala Lumpur.

Program tersebut menghimpunkan hampir 300 kanak kanak daripada lebih 15 sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur, selain penyertaan kanak kanak daripada rumah kebajikan.

Menerusi pertandingan ini, para peserta diberi peluang menzahirkan kreativiti dan pemahaman mereka tentang Malaysia dengan mewarnakan karya asli daripada artis tempatan, Projek SembangSembang. Aktiviti tersebut menggunakan alat tulis daripada jenama milik Eco-Shop, KREATI.

Seramai 44 kanak kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu serta Suriana Welfare Society Malaysia turut mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna bagi memeriahkan program.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng berkata, inisiatif berkenaan bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneroka erti Malaysia sambil menghargai budaya, identiti dan semangat kebersamaan.

Daripada 252 peserta pertandingan, seramai 55 murid dipilih sebagai pemenang yang terdiri daripada lima pemenang utama dan 50 pemenang saguhati.

Lima pemenang utama menerima hadiah wang tunai antara RM100 hingga RM1,500. SJK(C) Mun Choong menerima RM10,000 manakala SK Seri Permaisuri menerima RM5,000 untuk tujuan penambahbaikan sekolah.

SK Desa Petaling menerima RM3,000 untuk penambahbaikan sekolah selepas memenangi tempat ketiga, manakala tempat keempat menerima baucar Eco-Shop bernilai RM1,000. SK Kampong Bharu yang menduduki tempat kelima menerima baucar bernilai RM500.

Sementara itu, 50 pemenang saguhati masing masing menerima baucar Eco-Shop bernilai RM100. Setiap sekolah yang menyertai pertandingan turut menerima baucar Eco-Shop bernilai RM500 sebagai tanda penghargaan.

Rumah kebajikan yang mengambil bahagian dalam program tersebut turut menerima sumbangan daripada Eco-Shop.

Menurut Jessica Ng, penyertaan kanak kanak dalam aktiviti tersebut memperlihatkan pelbagai tafsiran dan perspektif mereka terhadap erti Malaysia melalui seni.

Beliau berharap pengalaman itu dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda bahawa kreativiti dan pandangan mereka turut mempunyai nilai dalam kisah bersama sebagai sebuah negara.

Pertandingan Mewarna ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’ menjadi kemuncak kepada kempen Eco-Shop yang berlangsung di seluruh negara dari 1 Ogos hingga 30 September 2026 sempena sambutan Merdeka Malaysia ke 69.

Kempen tersebut menggalakkan masyarakat, khususnya generasi muda, untuk meraikan kreativiti serta menghargai budaya dan identiti Malaysia.