
Penghibur tribute Lady Gaga antarabangsa, Donna Marie, bakal membawa produksi GAGA Live ke Malaysia menerusi sebuah persembahan berskala konsert di EX8 Collective Concert Hall, Subang pada 25 September ini.
Dibawakan oleh MyTicket Holdings dan MyMember, persembahan tersebut dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam dengan pintu dibuka kepada penonton pada jam 7.00 malam.
GAGA Live menampilkan konsep yang lebih menyeluruh berbanding persembahan tribute konvensional, dengan gabungan vokal secara langsung, tarian, kostum, koreografi, elemen teater dan produksi visual.
Donna Marie yang telah lebih sedekad membawakan persembahan tribute Lady Gaga turut akan disertai lima penari profesional antarabangsa iaitu Giuseppe Morra, Emma Tomkins, Lizzy-Lou Koster, Will Garner dan Pablo Sánchez Feltrer.
Antara lagu yang disenaraikan dalam setlist termasuk Paparazzi, Alejandro, Just Dance, Bad Romance, Poker Face, Telephone, Rain On Me, Shallow, Million Reasons, Die With A Smile dan Abracadabra.
Persembahan turut menampilkan Mayhem Medley, manakala The Edge of Glory disenaraikan sebagai persembahan encore.
Bagi tiket, tiga kategori utama ditawarkan iaitu Diamond pada RM289, Platinum RM239 dan Party Zone RM189. Peminat turut boleh mendapatkan Meet & Greet Add-On pada harga RM88, yang merangkumi sesi bergambar bersama Donna Marie dan poster bertandatangan.

Tiket boleh didapati menerusi MyTicket Asia.
Dipersembahkan oleh: MyTicket Holdings & MyMember
Disokong oleh: Big A Productions (M) Sdn. Bhd.