Dokumentari khas Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir’’ terbitan TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul sebagai pemenang Program Dokumentari Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-28 (28th Asian Television Awards) yang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini. Dokumentari khas ini telah tercalon sebaris dengan program terbitan luar negara seperti SBS (Korea), Coupang Play (Korea), Shanghai Media Group (China) dan China Global Television Network (China).
Ini adalah anugerah antarabangsa kedua diterima, hasil kerjasama dengan TNB. Terdahulu, dokumentari khas “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” ini telah memenangi anugerah gangsa Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia di Content Asia Awards 2023 di Bangkok, selain menjadi pemenang utama Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Berita & Dokumentari) di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (Malaysia).
Episod eksklusif ini diterajui oleh Irin Putri Azmi selaku Penerbit Eksekuti; Penerbit serta wartawan Muhammad Hafiz Mohd Hizal; dan Penyelaras Projek, Izzul Iswat. Kejayaan program ini juga turut disokong oleh Pengurus Rancangan TV3, Faezah Farrah; Pengurus Besar Jualan Omnia, Chan Sue Harn; Pengurus Jualan, Amirah Haziqah; dan Eksekutif Jualan Ariff Azhar.
Kepada mereka yang ingin menonton dokumentari khas, “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir”, sila strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.