Category: Artist

  • Dari Hati ke Lagu: Insomniacks Ungkap Kisah Peribadi Menerusi EP Baharu

    Dari Hati ke Lagu: Insomniacks Ungkap Kisah Peribadi Menerusi EP Baharu

    Insomniacks Lebarkan Sayap dengan EP Inggeris Sulung “Awake & Dreaming”

    Kumpulan yang sentiasa tampil dengan karya segar dan dekat di hati peminat, Insomniacks kini melakar satu lagi pencapaian baharu dalam perjalanan seni mereka. Popular dalam kalangan Gen Z dan peminat muzik tanah air, trio berbakat ini – Iqie (vokal), Iskandar (bes) dan Dan (gitar) – akhirnya melancarkan EP Inggeris pertama mereka berjudul Awake & Dreaming.

    Projek ini bukan sekadar penambahan dalam diskografi mereka, tetapi juga manifestasi impian yang sudah lama disimpan sejak awal penubuhan. Menurut Iqie, keinginan menghasilkan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris datang secara semula jadi, dan proses kreatifnya membuka ruang untuk mereka lebih berani meneroka sisi berbeza.

    “Kami dah lama impikan EP Inggeris sendiri. Bila tiba peluang ini, kami curahkan sepenuh jiwa. Ia adalah refleksi perjalanan remaja kami, penuh dengan emosi dan pengalaman yang membentuk siapa kami hari ini,” jelas Iqie.

    Lima lagu dalam Awake & Dreaming mengetengahkan tema berkaitan kesihatan mental, terutamanya isu insomnia yang pernah dialami oleh ahli kumpulan. Menurut Dan, EP ini lahir daripada pengalaman sebenar bergelut dengan kegelisahan malam dan keletihan siang, hingga keliru membezakan antara realiti dan mimpi.

    Evoto

    “Inspirasi lagu utama EP ini muncul daripada perasaan sunyi dan terperangkap ketika malam menjelma. Walaupun idea asalnya bermula satu dekad lalu, kami beri nafas baru dengan elemen moden tanpa melupakan rasa nostalgia,” ujar Dan.

    Bagi Iskandar pula, pelancaran EP ini membuka peluang lebih luas buat Insomniacks, termasuk untuk merancang konsert mereka sendiri. Gabungan lagu hit Melayu seperti Pulang, Reminisensi dan Sempurna bersama karya Inggeris menjadikan persembahan mereka lebih bervariasi dan menyeluruh.

    “Kami mahu peminat lihat sisi versatil kami. Dengan pelancaran EP ini, kami bukan hanya tampil dengan muzik baru, tapi juga cerita baru,” tambahnya. Lagu-lagu seperti Reminisensi dan Sempurna juga kini berada dalam senarai Top 10 Lagu Domestik Paling Strim di Malaysia menurut RIM.

    Kesemua lagu dalam EP pop rock Awake & Dreaming dihasilkan sepenuhnya oleh Iqie, Dan dan Iskandar, dengan kolaborasi produser JOEK dan penyusun muzik Joseph Chua. Lima trek menarik yang dimuatkan ialah Anti-hero, Awake & Dreaming, Overdrive (feat. KillaDriz), Some Days Are Just Better dan Why Don’t You Cry.

  • Dua Legenda, Satu Pentas: Exists X Slam Ukir Sejarah di Singapura

    Dua Legenda, Satu Pentas: Exists X Slam Ukir Sejarah di Singapura

    Sesuatu yang hangat dan mengujakan sedang hadir ke Singapura. Dua kumpulan legenda yang nama mereka mewangi di Nusantara akan menjadi ‘satu’ pada malam penuh epik khusus buat peminat-peminat mereka.

    Exists X Slam Live In Singapore. Begitu ringkas nama konsert yang menggabungkan dua pesohor industri muzik ini. Buat perdana kali dan cukup istimewa, Exists X Slam akan bergabung menerusi konsert perdana mereka di The Star Theatre Singapura pada 29 November 2025.

    Dibawakan khas oleh Shiraz Projects, Exists X Slam menjadi indikasi kepada relevansi dua kumpulan ini pada saat banyak grup generasi baharu bermunculan saban waktu – bahawa karya Exists dan Slam tidak pernah mati ditelan zaman.

    Ada yang bertanya kenapa Exists X Slam? Kenapa tidak? Bukan kerana setiap kumpulan ini tidak boleh berdiri sendiri atau menarik penonton masing-masing memenuhkan The Star Theatre. Bukan juga kerana selaku penganjur, Shiraz Projects tidak percaya bahawa Exists atau Slam akan membuat konsert ini sukses.

    Tapi selaku penganjur, Shiraz Projects mahu menghargai Exists dan Slam menerusi penganjuran konsert yang disifatkan sangat istimewa ini kerana melihat karya-karya mereka tetap digemari dan berpengaruh kepada peminat walaupun mereka sudah lebih dua dekad dalam industri.

    Jadi kenapa jika Shiraz Projects boleh mendapatkan Exists X Slam lalu tidak melaksanakan projek istimewa ini? Rugi jika kami melepaskan peluang ini selepas kedua-duanya bersetuju, kerana Exists dan Slam terlalu istimewa dengan sejarah mereka masing-masing, ujar Pengarah Urusan Shiraz Project, Shiraz.

    Menurutnya lagi, hal yang menjadikan Exists X Slam sebagai konsert yang istimewa adalah sejarah yang telah dicetak sepanjang ‘berperang’ dan berkelana dalam belantika muzik sejak awal tahun 90-an. Baik Exists mahupun Slam yang sudah beberapa kali bertukar anggota termasuk vokalis tetap mampu mempertahankan reputasi mereka kerana sokongan peminat yang tidak pernah berbelah bahagi. Itu belum lagi pengiktirafan demi pengiktirafan yang diperoleh sepanjang berkarya.

    Dan siapa yang tidak kenal dengan lagu seperti Mengintai Dari Tirai Kamar atau Gerimis Mengundang? Sekali dengar peminat tahu lagu-lagu ini dengan suara dan ciri khas muzik adalah milik Exists misalnya atau Slam. Jadi Shiraz Projects mahu membawakan lagu-lagu Slam dan Exists yang selalu didengar hanya menerusi corong radio dipersembahkan secara langsung di hadapan anda semua, ujar Shiraz lagi.

    Exists X Slam dipastikan juga akan membawa semua peminat pulang ke masa silam. Ikut terbuai dalam alunan enak suara sang vokalis Exists, Ezad seperti Oh Ibu, Jesnita atau Julia. Atau kecanduan mendengar merdu vokalis Zamani Slam dengan untaian lagu seperti Tak Mungkin Berpaling, Kembali Terjalin atau Rindiani.

    Tanpa menjanjikan bulan atau bintang, Exists dan Slam hanya mahu mempersembahkan sebuah konsert yang meninggalkan kesan atau momen manis buat peminat.

    Kerana yang penting buat kami sebagai penghibur adalah melihat peminat berpuas hati, menyanyi bersama dan pulang dengan kenangan terbaik yang mereka dapatkan dari Exists X Slam di The Star Theatre pada 29 November 2025 ini, kata Along mewakili dua kumpulan ternama ini.

    Maka dengan itu jangan sampai terlepas mendapatkan tiket-tiket dengan kategori Meet & Greet ($258), Diamond ($168), Platinum ($148), Gold ($128), Gold RV ($108), Silver ($108), Silver RV ($88). Pembelian boleh dilakukan bermula dari 26 Mac 2025 menerusi www.sistic.com.sg atau hubungi talian hotline di +65 6348 5555.

    Selamat berperang untuk mendapatkan tiket Exists X Slam!

  • Lagu Tangisan Seorang Pendosa: Marsha Milan Serlahkan Keperitan Watak Puteri Balqis

    Lagu Tangisan Seorang Pendosa: Marsha Milan Serlahkan Keperitan Watak Puteri Balqis

    Drama popular Keluarga Itu kini menjadi fenomena di TV3, memikat hati penonton dengan jalan ceritanya yang penuh emosi. Melengkapi drama ini, lagu tema (OST) Tangisan Seorang Pendosa nyanyian Marsha Milan hadir dengan penghayatan mendalam, mencerminkan perasaan watak Puteri Balqis dalam perjuangannya.

    Lagu ini dicipta sendiri oleh Marsha dengan lirik menyentuh hati hasil nukilan Hazama. Tangisan Seorang Pendosa mengangkat tema keinsafan serta pergolakan jiwa yang kuat, selari dengan perjalanan tragis watak Dhamiah yang dilakonkan oleh Puteri Balqis dalam Keluarga Itu. Kisah Dhamiah, yang mengalami penderitaan akibat kekejaman bapanya, menjadikan lagu ini begitu menyentuh jiwa.

    Menurut Hazama, lagu ini diilhamkan daripada kisah Keluarga Itu dan ditulis dari perspektif watak Puteri Balqis. “Saya mahu menyampaikan perasaan Dhamiah yang berdepan penderitaan serta kesedihan yang mendalam,” katanya. Sementara itu, Marsha Milan berkongsi bahawa melodi lagu ini dicipta dengan penuh emosi bagi menggambarkan kedalaman jiwa watak tersebut. “Lagu ini bukan sekadar karya biasa, tetapi luahan jiwa yang penuh makna,” tambahnya.

    Lirik Tangisan Seorang Pendosa mengisahkan individu yang dihantui bayang-bayang masa lalu serta perasaan penyesalan yang mendalam. Walaupun cuba berubah, dia masih terperangkap dalam kesedihan dan kekeliruan. Lagu ini turut menggambarkan konflik dalaman antara harapan dan kenyataan, memperlihatkan rasa bersalah seorang pendosa yang hanyalah manusia biasa.

    Bagi Marsha Milan, proses rakaman lagu ini bukan sesuatu yang mudah. Dia mengambil masa dua hari untuk memastikan setiap emosi dapat disampaikan dengan tepat. Setiap bait lirik dan nada suara perlu dirakam dengan penuh perasaan agar mesej lagu ini dapat dirasai oleh pendengar. Hazama turut memuji keupayaan Marsha dalam menyampaikan emosi melalui nyanyiannya, yang menurutnya berjaya membawa lagu ini ke tahap yang lebih mendalam.

    Kolaborasi antara Marsha Milan dan Hazama dalam penghasilan lagu ini jelas membuktikan pemahaman mereka terhadap watak dan emosi yang ingin disampaikan. Dengan melodi balada yang menyentuh jiwa serta vokal penuh penghayatan, Tangisan Seorang Pendosa pasti menjadi OST yang meninggalkan kesan mendalam di hati pendengar.

    Jangan lepaskan peluang untuk merasai emosi sebenar Keluarga Itu menerusi Tangisan Seorang Pendosa, yang kini boleh didengarkan di semua platform penstriman seperti Spotify dan YouTube Music. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Muaz Zabir, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Melissa Campbell, dan Izara Aishah. Ia disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di TV3, dan boleh ditonton 24 jam lebih awal melalui Tonton.

    Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, peminat boleh mengikuti mereka di Facebook (Alternate Records & Talents), Instagram (@alternate.my_) dan TikTok (@alternate.rt_).

  • Ansara: Watak Berasaskan Realiti? Dengar Apa Kata Eirma Fatima & Fattah!

    Ansara: Watak Berasaskan Realiti? Dengar Apa Kata Eirma Fatima & Fattah!

    Drama Keluarga Itu terus menarik perhatian apabila watak Ansara, yang dibawakan oleh Fattah Amin, dikatakan mempunyai kemiripan dengan kehidupan peribadinya. Spekulasi ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial, dengan komen seperti “Nampak macam kisah sebenar Fattah…” dan “Kenapa watak Fattah dalam drama ini seolah-olah menggambarkan hidupnya sendiri?”

    Dalam satu majlis khas Iftar Keluarga Itu pada Rabu lalu, penerbit dan penulis drama ini, Eirma Fatima, menolak dakwaan bahawa watak Ansara diinspirasikan daripada kehidupan sebenar Fattah. Beliau menjelaskan, “Saya menulis skrip Keluarga Itu dan menawarkan watak ini kepada Fattah sebelum dia bercerai. Saya tidak pernah mengambil tahu tentang punca perceraiannya. Sama ada kebetulan atau tidak, saya sendiri tidak pasti. Mungkin ada persamaan dalam bahagian perceraian, tetapi selain itu, saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Apa yang pasti, jalan cerita ini telah dirancang sejak awal lagi.”

    Ketika ditanya mengenai isu ini, Fattah Amin memilih untuk tidak memberi sebarang komen panjang. Beliau hanya berkata, “Sebagai pelakon, saya hanya membawakan watak berdasarkan skrip yang diberikan oleh penulis dan pengarah. Bagi saya, yang paling utama adalah menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Itu sahaja.”

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod terbaru Keluarga Itu, setiap Jumaat hingga Ahad pada pukul 9.00 malam di TV3! Anda juga boleh menontonnya 24 jam lebih awal melalui www.tonton.com.my atau dengan memuat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

    Ikuti perkembangan terkini drama kegemaran anda di platform media sosial rasmi TV3 seperti Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

  • Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game: Clash of Legends & New Wave Rock

    MND Sport & Event Sdn Bhd terus melakar sejarah dalam industri hiburan dengan jenama Jiwa Kacau yang semakin kukuh. Komitmen mereka untuk membawa pengalaman muzik berkualiti tidak pernah luntur, malah terus diperkukuhkan demi memenuhi selera peminat yang setia sejak awal. Penganjuran demi penganjuran telah membuktikan bahawa Jiwa Kacau bukan sekadar sebuah konsert, tetapi juga sebuah fenomena yang menyatukan peminat muzik dari pelbagai latar belakang.

    Bersiap sedialah untuk menyaksikan Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game, sebuah festival muzik berskala besar yang bakal meraikan keunikan dan kekuatan muzik tanah air serta Nusantara. Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 28 Jun 2025 di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan menjanjikan persembahan yang tidak boleh dilupakan oleh mana-mana peminat muzik sejati. Sebagai sebahagian daripada siri Jiwa Kacau, Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game bakal menghimpunkan pemuzik dan kugiran ternama yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri serta terus menjadi siulan peminat sepanjang zaman.

    Tahun ini, MND Sport & Event Sdn Bhd membawakan lineup yang benar-benar luar biasa. Spider, kugiran legenda yang sekian lama dinantikan, akhirnya bakal membuat kemunculan pertama dalam siri Jiwa Kacau. Bersama mereka, dua kumpulan yang telah mencetuskan fenomena besar, Hujan dan Bunkface, turut hadir untuk menghangatkan suasana. Dari Indonesia pula, peminat bakal dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Kerispatih, The Lantis & A Mystery Band yang akan menambah elemen kejutan kepada acara epik ini.

    Menurut Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, penganjuran Konsert Jiwa Kacau setiap tahun sentiasa disertakan dengan elemen kejutan yang lebih hebat dari sebelumnya. Mereka mahu memastikan setiap edisi konsert ini memberikan pengalaman yang lebih besar dan lebih bermakna kepada para penonton. “Kami sangat teruja untuk membawakan Spider buat pertama kali ke pentas Jiwa Kacau, bersama Hujan dan Bunkface yang sudah lama menjadi kegilaan peminat. Tambahan pula, semangat serumpun diteruskan dengan kehadiran Kerispatih, The Lantis & A Mystery Band yang akan melengkapkan malam bersejarah ini,” katanya.

    Bagi Spider, keterlibatan dalam Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game menjadi satu pengalaman bermakna kerana mereka berpeluang untuk berkongsi pentas dengan kugiran-kugiran dari generasi baharu. “Kami sangat teruja untuk bertemu dengan peminat dan memberikan persembahan terbaik. Walaupun ia dinamakan ‘The Final Game’, ini bukanlah satu pengakhiran. Sebaliknya, ia adalah persembahan yang akan mencipta kenangan luar biasa untuk semua yang hadir,” kata Tam, vokalis Spider.

    Jadi anda tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa bersejarah ini! Tiket untuk Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game kini boleh didapati di www.ilassoticket.com dengan pilihan kategori seperti GENERAL ADMISSION (RM98), CAT 1 (RM148), ROCKZONE (RM168), VIP (RM228), dan JK (RM328). Hanya 8,000 tiket sahaja tersedia, pastikan anda mendapatkannya sebelum kehabisan. Sertai ribuan peminat lain dan nikmati malam penuh aksi bersama barisan pemuzik hebat yang akan membawakan persembahan yang tidak akan dilupakan. Konsert Jiwa Kacau 2025 – The Final Game bakal menjadi acara paling epik dalam kalender muzik tahun ini!

  • Terbitan Sukuk Murabahah Bank Islam: Langkah Mapan dalam Perbankan Islam

    Terbitan Sukuk Murabahah Bank Islam: Langkah Mapan dalam Perbankan Islam

    Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini berjaya mengeluarkan tranche ketujuh Sukuk Murabahah Subordinat berjumlah RM250 juta di bawah Program Sukuk Murabahah bernilai RM10 bilion.

    Sukuk ini diiktiraf sebagai modal kawal selia Aras 2 bagi Bank Islam dan mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), selaras dengan keperluan Basel III untuk memperkukuh kedudukan modal bank.

    Sukuk Murabahah ini boleh ditebus pada nilai nominal sepenuhnya setelah mencapai tempoh matang, dengan opsyen pembelian semula pada ulang tahun kelima. Ia juga telah diberikan penarafan A1/Stabil oleh RAM Rating Services Berhad.

    Sebagai Penasihat Utama, Pengatur Utama, Ketua Pengurus, dan Penasihat Syariah bagi program ini, Bank Islam memainkan peranan penting dalam pelaksanaan penerbitan sukuk tersebut.

  • ‘Senyum-Senyum Raya’: Kempen Raya HLB Bersama Alif Satar!

    ‘Senyum-Senyum Raya’: Kempen Raya HLB Bersama Alif Satar!

    Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) memperkenalkan kempen bertemakan Amalan yang menggalakkan nilai-nilai murni, termasuk pengurusan kewangan bijak sebagai asas kepada kesyukuran dan kebahagiaan. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, HLB mempersembahkan lagu dan video muzik raya bertajuk Senyum-Senyum Raya yang menampilkan duta mereka, Alif Satar. Lagu ciptaan Yusuff Khan, Adam Armin, Adly Kiddy, dan Ja’a ini dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos dan membawa mesej kesyukuran serta keceriaan bersempena perayaan.

    Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam, menegaskan komitmen bank dalam menawarkan perkhidmatan kewangan yang membantu pelanggan merancang kewangan dengan lebih baik. Menurutnya, HLB ingin memperluaskan penyelesaian kewangan yang diperibadikan kepada lebih ramai pelanggan, dan dalam hal ini, Hong Leong Islamic Bank memainkan peranan penting dengan menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang patuh Syariah. Dengan rangkaian produk Islamik yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan, mereka berharap dapat membantu pelanggan mengurus kewangan dengan lebih bertanggungjawab. Selain itu, HLB terus memperkukuh program duta mereka sebagai langkah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan celik kewangan dan amalan kewangan yang baik.

    Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB, Zalman Zainal, menyatakan bahawa lagu dan video raya ini merupakan inisiatif baharu yang bertujuan membawa mesej bermakna kepada rakyat Malaysia. Menurutnya, tahun ini, HLB tampil dengan pendekatan yang berbeza dengan mesej utama yang berpaksikan konsep amalan sebagai asas kebahagiaan dan kesyukuran, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan. Hari Raya bukan sekadar masa untuk meraikan kejayaan tetapi juga menghargai hasil usaha. Kempen ini diharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan pengurusan kewangan yang mampan supaya mereka dapat menikmati manfaatnya dalam jangka panjang.

    Duta HLB, Alif Satar, turut berkongsi keterujaannya dalam menjayakan projek ini. Baginya, projek ini sangat bermakna kerana ia bukan sekadar lagu biasa tetapi membawa mesej positif yang mencerminkan nilai kekeluargaan yang sangat dihargainya. Kali pertama mendengar demo lagu ini, dia terus merasakan aura positif dan keceriaan yang sesuai dengan suasana Aidilfitri.

    Dalam semangat menyebarkan kebaikan, HLB bekerjasama dengan foodpanda untuk menganjurkan program pengagihan makanan kepada penghantar makanan. Menerusi program ini, HLB menyumbangkan makanan kepada 1,000 rider foodpanda serta menaja jamuan berbuka puasa untuk lebih 300 rider di Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, dan Perak. Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), kakitangan HLB juga aktif menyertai kempen kebajikan seperti menyumbangkan pek makanan dan menyertai aktiviti gotong-royong di rumah kebajikan seluruh negara. Baru-baru ini, jumlah sumbangan kakitangan telah melebihi RM100,000 dalam bentuk makanan dan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan.

    Lagu Senyum-Senyum Raya telah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 14 Mac 2025, manakala video muzik rasmi boleh ditonton mulai 17 Mac 2025 di saluran YouTube Hong Leong Bank. Dengan kempen ini, HLB berharap dapat menyebarkan semangat amalan baik dan keceriaan Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.