Author: Helmi Aziz

  • Tealive Bawa Rasa Kegemaran Anda Ke Mana-Mana: Rangkaian Minuman 3-Dalam-1 Kini Dalam Bentuk Sachet!

    Tealive Bawa Rasa Kegemaran Anda Ke Mana-Mana: Rangkaian Minuman 3-Dalam-1 Kini Dalam Bentuk Sachet!

    Tealive, jenama teh gaya hidup terulung di Asia Tenggara, kini mengorak langkah berani ke dalam pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan memperkenalkan rangkaian minuman 3-dalam-1 dalam bentuk sachet. Melalui pelancaran teh susu, kopi dan coklat segera ini, Tealive memastikan para peminatnya dapat menikmati rasa kegemaran mereka di mana sahaja, pada bila-bila masa.

    Majlis pelancaran di IOI City Mall hari ini disempurnakan oleh bekas Menteri dan personaliti podcast terkenal, Khairy Jamaluddin. Beliau menyifatkan usaha Tealive sebagai simbol evolusi perniagaan Malaysia yang tidak hanya mencipta produk tempatan berkualiti tinggi, tetapi juga membawa identiti budaya negara ke tahap global. “Langkah ini membuktikan kita mampu mencipta inovasi tempatan yang dibanggakan di pentas dunia,” kata beliau.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tealive, Bryan Loo, menegaskan bahawa pelancaran ini merupakan strategi penting dalam menjadikan jenama ini lebih dekat dengan gaya hidup moden yang mengutamakan kemudahan. “Kini, anda tak perlu ke cawangan untuk merasai Tealive. Kami bawa rasa istimewa itu terus ke rumah, pejabat dan beg anda,” ujar beliau dengan penuh semangat.

    Sachet 3-dalam-1 Tealive akan mula dijual secara eksklusif di AEON dan semua cawangan Tealive di seluruh Malaysia serta di platform e-dagang mulai 15 Jun, sebelum berkembang ke lebih banyak saluran runcit pada Julai. Setiap kotak (RM12.90) mengandungi lima hingga enam sachet, diperbuat daripada bahan berkualiti premium untuk menghasilkan rasa yang kaya, berkrim dan memuaskan. Varian yang ditawarkan merangkumi:

    Teh Susu: Signature Milk Tea, Matcha, Teh Tarik

    Kopi: Signature Coffee, Caramel Macchiato, Hazelnut

    Coklat: Signature Chocolate, Dark Chocolate, Hazelnut Chocolate

    Menurut Loo, kunci utama rangkaian ini bukan sekadar rasa yang sedap, tetapi keupayaan mencipta pengalaman Tealive yang autentik dalam setiap tegukan. “Kami tahu bahawa pengguna tidak hanya mahukan minuman segera mereka mahu rasa yang berkualiti tinggi dan konsisten. Inilah komitmen kami,” katanya lagi.

    Tealive meletakkan sasaran untuk menjadi pelopor dalam segmen baharu ini dengan gabungan jenama kukuh, inovasi berterusan dan hubungan emosi bersama pelanggan setia. “Inilah masa untuk rakyat Malaysia menyokong jenama tempatan yang membuktikan bahawa produk buatan kita mampu bersaing di peringkat dunia,” tambah Loo.

    Khairy turut menyokong mesej tersebut dan menyeru rakyat Malaysia untuk lebih yakin dengan jenama tempatan. “Membeli produk seperti Tealive bukan sahaja menyokong usahawan tempatan, tetapi juga mencipta peluang pekerjaan dan menggerakkan ekonomi kita ke hadapan,” katanya.

    Selain pengenalan sachet baharu, Tealive turut melancarkan menu minuman yang dikemas kini dengan penambahan menarik. Antaranya kategori teh susu ringan untuk penggemar gaya hidup sihat, kemunculan semula Bang Bang dengan resepi baharu yang lebih berkrim, serta siri premium seperti teh Da Hong Pao dan Snowy Series yang menawarkan pengalaman rasa mewah.

    Sebagai penutup manis kepada pelancaran ini, Tealive turut mengumumkan kerjasama eksklusif dengan beberapa jenama tempatan dalam menghasilkan barangan edisi terhad yang meraikan kreativiti, budaya dan kebanggaan Malaysia.

    Dengan pelancaran ini, Tealive bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup pilihan ramai, malah membuktikan bahawa inovasi Malaysia mampu pergi jauh dari kiosk ke dapur anda.

  • “Anak-Anak Mafia” – Antara Cinta, Pengkhianatan dan Warisan Berdarah

    “Anak-Anak Mafia” – Antara Cinta, Pengkhianatan dan Warisan Berdarah

    Bersedialah untuk diterjah ke dalam dunia gelap penuh rahsia, pengkhianatan dan dendam apabila Anak-Anak Mafia, sebuah siri drama aksi jenayah paling hangat tahun ini, mula menemui penonton secara eksklusif di Tonton bermula 12 Jun 2025. Teraju utamanya, Mierul Aiman membawakan watak Andra, seorang pemuda dari Thailand yang menyamar sebagai ahli geng mafia Serigala Merah demi membongkar misteri kematian ibu bapanya dua dekad lalu.

    Dalam dunia penuh tipu muslihat dan permainan kuasa, Andra menjejak jejak pembunuh melalui jalan berliku yang membawa dia terus ke pusat kekuasaan Serigala Merah – sebuah sindiket mafia kejam yang diketuai oleh Ice, lakonan penuh intensiti oleh Fitri Farok. Namun apabila cinta mula menyapa dalam bentuk Katrina (Scha Elinnea), kekasih kepada Ice yang menyimpan rahsia hatinya sendiri, segalanya mula bercelaru.

    Dengan arahan Shuhaimi Zulkefli, Anak-Anak Mafia membawa anda menghayati naratif yang sarat emosi dan penuh ketegangan. Siri 10 episod ini bukan sekadar kisah balas dendam, tetapi turut menyelongkar sisi gelap kemanusiaan – kepercayaan yang dikhianati, cinta yang diuji, dan dendam yang menjadi warisan.

    Barisan pelakon turut diperkuatkan dengan watak-watak unik seperti Black (Fariz Isqandar), bekas pesalah juvana yang kini menjadi raja kelab malam dan penyeludupan manusia, serta Rudy (Zhen Ning), seorang penggodam misteri yang memburu keadilan selepas menjadi mangsa buli sewaktu remaja. Setiap watak membawa sejarah dan luka mereka tersendiri – menjadikan siri ini lebih kompleks dan mengasyikkan.

    Sepanjang misi berbahaya itu, Andra berdepan pilihan sukar antara membunuh atau dikhianati, antara membongkar kebenaran atau menyelamatkan hati yang telah jatuh cinta. Di setiap episod, penonton akan dibawa menelusuri jalan cerita penuh konflik, drama dan kejutan yang tak terjangka.

    Lebih mengujakan, kemunculan para pelakon utama dalam sesi Meet & Greet sempena sambutan ulang tahun ke-41 TV3: Penuh Drama di PBAKL 2025 baru-baru ini turut menjadi perhatian peminat. Ribuan hadir untuk bertemu dengan bintang kesayangan mereka seperti Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqandar, Scha Elinnea dan Zhen Ning yang meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama peminat setia.

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton Anak-Anak Mafia secara eksklusif hanya di Tonton bermula 12 Jun 2025. Sediakan diri anda untuk kisah yang akan meruntun emosi, meremangkan bulu roma dan menyesakkan dada di setiap babak.

    Ikuti perkembangan terkini dan konten eksklusif di media sosial Tonton – Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy. Gunakan hashtag rasmi #Tonton untuk jadi sebahagian daripada perbualan hangat drama ini.

  • HONOR 400 Series Now Available via Postpaid Plans for FREE-Which Model Should You Choose?

    HONOR 400 Series Now Available via Postpaid Plans for FREE-Which Model Should You Choose?

    Following an impressive launch and strong first-day sales, the HONOR 400 Series is making flagship smartphone innovation more accessible than ever. Featuring powerful cameras, next-generation AI imaging, and premium specs, the HONOR 400 Series starts from only RM1,899. Even better, Malaysians can now own the HONOR 400 Series through selected postpaid plans with monthly commitments starting as low as RM1 and get the Pro model completely FREE, saving up to RM2,699.

    Postpaid plans from leading telcos include CelcomDigi, where you can get the HONOR 400 from just RM1/month or the HONOR 400 Pro from RM10/month with the CelcomDigi One Ultra plan. Maxis offers the HONOR 400 Pro for RM30/month or the 512GB HONOR 400 for RM25/month through its postpaid plans. U Mobile allows customers to own the HONOR 400 Pro for FREE by subscribing to the U Family plan, while Yes offers the HONOR 400 Pro for FREE with the Infinite+ Premium plan and the HONOR 400 at RM9/month with the Infinite+ Standard plan.

    When comparing the HONOR 400 Pro and the HONOR 400, photography enthusiasts will appreciate the Pro’s 200MP Super Sensing Main Camera with a large 1/1.4-inch sensor, f/1.9 aperture, and dual OIS and EIS stabilization, delivering sharp photos even in low light. It also includes a 12MP Ultra-Wide/Macro camera and a 50MP AI Telephoto lens with up to 50X zoom. The HONOR 400 has a dual-camera setup without a dedicated telephoto lens but features AI Super Zoom for up to 30X zoom, with a 50MP Portrait Selfie Camera on both models.

    In terms of design, the HONOR 400 Pro features a 6.7-inch AMOLED display, 8.1mm thickness, and weighs 205g, balancing screen size with comfort. The HONOR 400 offers a more compact 6.55-inch AMOLED display, measuring 7.33mm thin and weighing 184g, ideal for portability.

    Both models come with SGS-certified Front and Back Crack Protection. The Pro offers higher dust and water resistance with IP68 and IP69 ratings, while the HONOR 400 carries an IP66 rating.

    The display on both models is a 1.5K AMOLED with a 120Hz refresh rate and up to 5,000 nits HDR peak brightness, plus eye comfort features including Dynamic Dimming, Ultra Dark Mode, AI Defocus Display, and Low Blue Light Technology. The Pro adds Natural Tone Display, which reduces eye strain by up to 18%.

    Powered by a 6000mAh Silicon Carbon battery, both devices offer long-lasting durability. The Pro supports 100W wired and 50W wireless HONOR SuperCharge, achieving full charge in 42 and 61 minutes respectively, while the HONOR 400 supports 80W wired charging with a full charge in 54 minutes. Both provide up to 17 hours of online video streaming. The Pro runs on the Snapdragon 8 Gen 3 chipset, while the HONOR 400 features Snapdragon 7 Gen 3, both optimized for smooth performance and gaming.

    Storage options include a single 24GB RAM and 512GB variant for the HONOR 400 Pro. The HONOR 400 offers two variants: 24GB RAM with either 256GB or 512GB storage. Customers who purchase the 256GB model receive a free upgrade to 512GB storage at no extra cost.

    The HONOR 400 Pro is priced at RM2,699 and comes with an HONOR CHOICE Watch 2i and a 1 Year Extended Warranty. The HONOR 400 costs RM1,899 for the 256GB variant and RM2,199 for the 512GB variant, including a free HONOR CHOICE Earbuds X7e and 1 Year Extended Warranty. Purchasers of the 256GB variant through HONOR’s official Shopee, Lazada, or TikTok Shop stores will also receive a HONOR Band 10 fitness watch as an additional gift.

    The HONOR 400 Series is available nationwide at HONOR stores, official website, Shopee, Lazada, and TikTok Shop.

    HONOR is currently holding a HONOR 400 Series Roadshow at IOI City Mall, Putrajaya until 8 June 2025. Visitors can experience the immersive Time Machine and Next-Gen AI Imaging activities, turning photos into creative 5-second videos. Registration is open at https://www.smartsurvey.co.uk/s/400Series_IOICityMall/. Upcoming roadshows will be held at AEON Tebrau City, Johor Bahru (1 – 6 July 2025) and Queensbay Mall, Penang (16 – 20 July 2025).

    For more details, visit HONOR Malaysia’s official Facebook or website at www.honor.com/my/.

  • Karnival Jom Heboh KL 2025 Tamat Dengan Sambutan Hangat, Lebih 280,000 Pengunjung Memeriahkan Pembuka Tirai Tahun Ini

    Karnival Jom Heboh KL 2025 Tamat Dengan Sambutan Hangat, Lebih 280,000 Pengunjung Memeriahkan Pembuka Tirai Tahun Ini

    Karnival Jom Heboh (KJH) edisi 2025 yang berlangsung di KL Base Kuala Lumpur baru-baru ini telah berakhir dengan jayanya, mencatat kehadiran lebih 280,000 pengunjung dalam tempoh tiga hari dari 30 Mei hingga 1 Jun. Bertemakan Ejen Ali, karnival kali ini menyajikan pengalaman yang segar dan interaktif dengan pelbagai aktiviti hiburan, pendidikan, keusahawanan dan kerjaya untuk semua lapisan umur.

    Reruai Studio Tonton Drama Sangat menjadi antara lokasi yang paling mendapat perhatian, khususnya melalui pertandingan mewarna dan pertandingan cosplay yang diikuti lebih 200 kanak-kanak dan peserta dewasa. Muhammad Aliff Zafran (11 tahun) memenangi kategori kanak-kanak dengan kostum Satria, manakala Nurul Atiqah Ramli (37 tahun) meraih gelaran juara kategori dewasa dengan kostum Alicia.

    Suasana karnival semakin meriah dengan kehadiran maskot rasmi Ejen Ali dan Ejen Alicia serta pelakon suara utama filem Ejen Ali The Movie 2 seperti Yatie Maslini, Shafiq Isa, Azman Zulkiply dan Qayyim Zamani yang turut menghiburkan pengunjung. Studio Tonton Drama Sangat juga dimeriahkan oleh selebriti dan personaliti Media Prima termasuk Fazleena Md Daud, Atira Karma, Jiha Sham, dan ramai lagi, bersama artis jemputan Andy Teh dan Syahmie Thsaqeef.

    Sambutan hangat juga diberikan kepada kemunculan Dato’ Sri Siti Nurhaliza di booth TikTok Shop dan The Pocket Rocketman, Datuk Azizulhasni Awang di booth STDS yang menjadi tarikan utama kepada peminat yang ingin bertemu ikon negara secara dekat.

    Konsert Jom Heboh pula berjaya mengumpulkan ribuan penonton selama dua malam dengan pengacaraan Ayu (HotFM), Haiza dan Muaz Mohamed (Kool 101). Malam pertama dihangatkan oleh persembahan Shiha Zikir, Bunga Isme, Puteri Khareeza dan lain-lain manakala malam penutup digegarkan oleh Sofia Liana, Marygrace, K.O.I, Ayu Damit, Ara Johari dan Ella.

    Selain hiburan, aktiviti belon udara panas memberikan peluang pengunjung menikmati panorama indah Kuala Lumpur dari udara, sementara pameran kereta klasik, modifikasi dan supercar turut menjadi tumpuan.

    Terima kasih kepada warga Kuala Lumpur atas sokongan luar biasa sepanjang Karnival Jom Heboh KL 2025. KJH akan meneruskan jelajahnya ke selatan dengan Karnival Jom Heboh Johor yang bakal dinantikan ramai.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my dan ikuti @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram. Kongsikan pengalaman anda menggunakan tanda pagar rasmi #KarnivalJomHeboh #KJH dan jumpa anda di lokasi seterusnya!

  • Ejen Ali The Movie 2 Pecah Rekod, Jadi Filem Animasi No.1 Malaysia Dengan Kutipan RM40.6 Juta!

    Ejen Ali The Movie 2 Pecah Rekod, Jadi Filem Animasi No.1 Malaysia Dengan Kutipan RM40.6 Juta!

    Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) terus mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan box office sebanyak RM40.6 juta dalam hanya 13 hari tayangan, sekaligus menobatkannya sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia.

    Francais animasi tempatan yang dihasilkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation ini semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama keluarga dan peminat animasi di seluruh negara. Kejayaan ini mencerminkan sokongan padu penonton dari pelbagai lapisan umur yang memberi respon positif terhadap jalan cerita dan kualiti penghasilan yang mantap.

    Pengarah filem, Encik Usamah Zaid Yasin, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada lebih 2.5 juta penonton yang telah menyokong animasi tempatan sehingga mencapai pencapaian membanggakan ini. Beliau menegaskan bahawa kejayaan EATM2 adalah kemenangan bersama industri animasi Malaysia.

    Sementara itu, Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, menyatakan bahawa momentum luar biasa ini akan membuka lebih banyak peluang bagi karya animasi tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, sekali gus mengangkat nama Malaysia ke pentas global.

    Sempena cuti sekolah, pihak produksi mengajak semua keluarga dan anak-anak untuk terus menyokong dengan menonton di pawagam berhampiran. Selain tayangan filem, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, kemunculan maskot, dan jualan barangan edisi terhad di beberapa lokasi.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pengalaman penuh emosi dan aksi yang ditawarkan Ejen Ali The Movie 2. Ikuti perkembangan terkini dan konten eksklusif di saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta media sosial Primeworks Studios.

    Kongsikan pengalaman anda menggunakan hashtag #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan dan jadikan perbualan hangat di media sosial.

  • Bank Islam Berhenti Sokong GO by Bank Islam, Ajak Pelanggan Beralih ke BIMB Mobile

    Bank Islam Berhenti Sokong GO by Bank Islam, Ajak Pelanggan Beralih ke BIMB Mobile

    Bank Islam Malaysia Berhad mengumumkan bahawa aplikasi perbankan mudah alih lama, GO by Bank Islam, dan platform perbankan internet www.bankislam.biz akan ditamatkan secara rasmi mulai 28 Jun 2025. Keputusan ini diambil susulan kejayaan pelancaran aplikasi perbankan baharu, BIMB Mobile, dan platform BIMB Web yang telah diperkenalkan sejak November 2024, di mana lebih 90% pelanggan telah beralih kepada platform terkini.

    Penamatan perkhidmatan ini dipercepatkan dari tarikh asal 28 November 2025 kepada 28 Jun 2025 bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman perbankan digital yang lebih lancar dan selamat. BIMB Mobile kini mendapat sambutan positif pengguna dengan penarafan tinggi di App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery. Pelanggan digalakkan untuk segera beralih ke BIMB Mobile dan BIMB Web bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam penggunaan perkhidmatan.

    BIMB Mobile menawarkan pelbagai fungsi yang dipertingkatkan seperti log masuk biometrik, pengesahan keselamatan transaksi yang lebih baik, dan antara muka yang mudah digunakan. Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh menguruskan transaksi penting termasuk semakan baki, pemindahan dana, pembayaran bil, transaksi QR DuitNow, pembayaran zakat, dan pengurusan Kad Debit-i serta Akaun Emas-i yang baru diperkenalkan.

    Bank Islam juga merancang untuk menambah ciri-ciri baru dalam BIMB Mobile, antaranya pembayaran QR rentas sempadan di negara terpilih, pendaftaran akaun secara dalam talian tanpa perlu hadir ke cawangan, perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa yang mudah dan selamat, serta BIMB Mobile Lite yang direka khas untuk pelanggan muda berumur 12 tahun ke atas bagi membantu mereka mengurus kewangan secara berdikari.

    Pelanggan yang belum beralih ke BIMB Mobile boleh memuat turun aplikasi ini melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery. BIMB Mobile memerlukan sistem operasi minimum iOS 10 bagi pengguna iPhone dan Android 13 bagi pengguna Android untuk memastikan prestasi dan keselamatan yang optimum.

    Bagi memudahkan pelanggan sepanjang proses migrasi, Bank Islam menyediakan bantuan teknikal melalui Pusat Panggilan di talian 03-26 900 900 atau melalui e-mel di contactcentre@bankislam.com.my. Bank Islam komited untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan digital bagi memenuhi keperluan pelanggan di era teknologi moden.

  • Kuala Lumpur Strengthens Global Standing as Malaysia Rises in ICCA 2024 Rankings

    Kuala Lumpur Strengthens Global Standing as Malaysia Rises in ICCA 2024 Rankings

    Malaysia has once again proven its strength as a destination for international business events, with notable gains in the latest International Congress and Convention Association (ICCA) 2024 rankings. The country rose two positions to 31st in the global country standings, while Kuala Lumpur surged six spots to 26th in the city rankings, marking a significant milestone for the nation’s business events industry.

    In 2024, Malaysia hosted 129 international association meetings, affirming its place among the top 10 destinations in the Asia Pacific region. Kuala Lumpur, the country’s capital and business events hub, hosted 78 of those meetings, supported by world-class venues like the Kuala Lumpur Convention Centre (the Centre), which continues to lead the way in innovation, infrastructure and service delivery.

    According to John Burke, General Manager of the Centre, Malaysia’s rising reputation stems from a combination of strong fundamentals and unique strengths. These include seamless global connectivity, visa-free access for 175 countries, an experienced supply chain, English language proficiency, a favourable exchange rate and the country’s rich heritage and biodiversity, which appeal to international organisers and delegates alike.

    Central to this success is the Centre’s longstanding collaboration with the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), a government agency under the Ministry of Tourism, Arts and Culture. Through joint participation at global trade shows and strategic marketing initiatives, the partnership plays a crucial role in boosting Malaysia’s visibility and appeal to international event organisers.

    In the first half of 2025, the Centre joined MyCEB’s delegations at AIME 2025 in Melbourne and IMEX Frankfurt, key global platforms for business event professionals. It will also participate in upcoming events such as The Meetings Show in London and IBTM in Barcelona to continue promoting Malaysia as a top-tier destination.

    Sustainability has emerged as a central focus for the Centre, in line with global trends and expectations. The Centre has embraced green power through Malaysia’s Green Electricity Tariff (GET) and achieved 100% food waste circularity via composting in 2024. These steps support its larger goal to reduce Scope 1 and 2 emissions by 25%, guided by the Net Zero Carbon Events (NZCE) framework. The Centre is also on track to attain ISO 20121 certification for sustainable event management.

    As delegate expectations evolve, the Centre continues to invest in technology and flexible spaces to meet diverse client needs. Its recently upgraded facilities feature state-of-the-art audio-visual systems, hybrid event capabilities and a new shared workspace concept designed to help delegates stay productive between sessions.

    Strategically located in the iconic KLCC precinct beneath the Petronas Twin Towers, the Centre offers 34,000 square metres of purpose-built event space and is backed by a comprehensive suite of ISO certifications. These include ISO 22000 for food safety, ISO 14001 for environmental management, ISO 37001 for anti-bribery, and ISO 41001 for facility management, underscoring its commitment to quality and global standards.

    With business events projected to contribute RM42.12 billion to Malaysia’s economy by 2030, the Centre sees every event as an opportunity to drive national growth and community impact. It remains steadfast in its role as a catalyst for Malaysia’s economic and cultural development through world-class business events.

    For more information and the latest updates, visit the Centre’s Newsroom at www.klccconventioncentre.com or follow them on social media via Facebook, LinkedIn, Twitter and Instagram.

  • AMK Indie 2025: Dua Hari Penuh Jiwa Muzik Tempatan di Sepang

    AMK Indie 2025: Dua Hari Penuh Jiwa Muzik Tempatan di Sepang

    Festival Aku. Muzik & Kamu (AMK) kembali dengan nafas baru yang lebih segar, berani dan membanggakan. Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 dan 27 Julai 2025, AMK Indie 2025 tampil dengan pendekatan berani mempersembahkan barisan sepenuhnya dari bakat tempatan. Festival ini menjadi wadah untuk meraikan muzik indie, rock, dan ska yang telah mencorakkan landskap muzik alternatif tanah air sejak berdekad lalu.

    Selama dua hari, sebanyak 21 kumpulan muzik akan memenuhi pentas utama dengan persembahan yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi menyatukan kenangan lama dan semangat baru. AMK Indie 2025 bukan hanya festival muzik – ia adalah perayaan budaya dan identiti muzik alternatif Malaysia yang tulen dan tidak ditapis.

    Hari pertama festival pada 26 Julai akan menampilkan barisan hebat termasuk SYJ, Cromok, Monosterio, 6ixth Sense, Plague of Happiness, Metalasia, One Buck Short, Deja Voodoo Spells, SOG, PATRIOTS, dan Aboi. Hari kedua pada 27 Julai pula menyaksikan kemunculan Meet Uncle Hussain, Empty Page, Butterfingers, Hujan, Seven Collar T-Shirt, SalamMusik, Kyoto Protocol, Midnight Fusic, Gerhana Skacinta, dan Monoloque.

    Setiap kumpulan ini membawa cerita tersendiri. Ada yang membuat kemunculan semula selepas sekian lama menyepi, ada yang kekal relevan dalam arus semasa, dan ada juga yang baru menempa nama. Namun semuanya berkongsi satu nilai: komitmen terhadap muzik bebas dan semangat untuk terus berkarya tanpa kompromi.

    “Festival ini bukan untuk nama besar antarabangsa atau sensasi semusim. Ia adalah untuk peminat sejati muzik tempatan, oleh pemuzik tempatan,” kata David Bareng, Ketua Eksekutif Coaction Events, yang bekerjasama dengan Westzone Entertainment dalam penganjuran AMK Indie 2025.

    Keunikan AMK Indie 2025 terletak pada perinciannya – setiap aspek festival ini dirancang untuk memartabatkan unsur tempatan. Daripada pemuzik hingga makanan dan pengalaman menyeluruh, AMK Indie 2025 menjadi platform untuk mempamerkan tenaga kreatif Malaysia yang pelbagai dan asli.

    Bertempat di kawasan terbuka Litar Antarabangsa Sepang yang mampu menampung hingga 30,000 orang, festival ini turut menyediakan zon tiket berbeza, serta kawasan makanan dengan pilihan citarasa tempatan yang dikurasi khas. Ia menjanjikan pengalaman hujung minggu yang menggabungkan nostalgia, komuniti dan hiburan dalam suasana penuh semangat. Cepat grab melalui link ni! Jangan lepaskan peluang keemasan ini: https://shop.ilassotickets.com.my/eventdetails.aspx?eid=ZPpB7n8HA4E=&reflink=mewaheventmgmt

    Dengan harga tiket bermula hanya RM159, AMK Indie 2025 bukan sahaja antara festival muzik paling berbaloi tahun ini, malah membuka peluang untuk semua golongan hadir menikmati persembahan artis legenda dan generasi baru dalam suasana mesra rakyat.

    Sama ada anda hadir untuk mengimbau detik muzik zaman remaja atau ingin merasai sendiri aura muzik indie Malaysia, AMK Indie 2025 menjanjikan satu pengalaman yang akan terus hidup dalam ingatan. Tandakan tarikhnya dan bersiap sedia untuk dua hari yang menggegarkan jiwa di Sepang.

  • AIM24 Kembali Lebih Gemilang: 3 Kategori Baharu, Dana RM700,000 dan Kerjasama Sulung RTM

    AIM24 Kembali Lebih Gemilang: 3 Kategori Baharu, Dana RM700,000 dan Kerjasama Sulung RTM

    Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) kembali mewarnai industri muzik tanah air selepas tiga tahun menyepi, dengan penganjuran yang lebih mantap dan pelbagai pembaharuan signifikan. Dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), AIM24 bakal berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 13 September 2025 jam 9 malam, dan disiarkan secara langsung menerusi RTM selaku penyiar rasmi.

    AIM24 memperkenalkan tiga kategori baharu yang mencerminkan kepelbagaian serta kekayaan muzik tempatan, termasuk Lagu Perpaduan Terbaik yang meraikan karya yang menekankan nilai keharmonian dan kesepaduan, Lagu Tradisional Terbaik yang mengangkat warisan muzik Malaysia, serta Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik yang mengiktiraf usaha merentas sempadan dalam memperluas pengaruh muzik Malaysia ke peringkat antarabangsa. Penambahan ini mencerminkan misi AIM untuk terus memperjuangkan prinsip keterangkuman, pengiktirafan budaya serta pencapaian global.

    Dalam usaha memperkukuh lagi sokongan terhadap industri muzik tempatan, AIM24 turut menerima suntikan dana yang jauh lebih besar berbanding penganjuran terdahulu. Kementerian Komunikasi Malaysia memperuntukkan dana sebanyak RM700,000 di bawah Dana Kandungan Kreatif (DKK) menerusi MyCreative Ventures (MyCV), yang akan disalurkan kepada sebelas pemenang kategori terpilih. Ini merupakan peningkatan ketara daripada RM320,000 yang diberikan kepada empat pemenang pada AIM23, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat dan kandungan muzik berkualiti tinggi.

    Menurut Rosmin Hashim, Pengerusi RIM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM24, penganjuran kali ini bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada karya unggul, tetapi juga memperkukuhkan ekosistem muzik Malaysia melalui pemeliharaan budaya dan peluasan kolaborasi antarabangsa. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures atas usaha memperkasakan pemain industri dengan insentif kewangan yang signifikan. Kerjasama strategik bersama RTM juga merupakan langkah penting dalam memastikan capaian lebih meluas kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Pencalonan AIM24 dibuka untuk lagu dan album dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India yang diterbitkan dari 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024. Penyerahan pencalonan bermula 4 Jun 2025 dan akan ditutup pada 4 Julai 2025 pukul 5 petang. Proses ini dibuka kepada ahli RIM dan dilakukan secara atas talian melalui laman rasmi aim1.org.my. Sebanyak 31 kategori anugerah akan dipertandingkan, merangkumi kategori utama, khas dan pra-anugerah seperti Artis Baru Terbaik, Vokal Lelaki/Wanita Terbaik, Lagu Terbaik dan Anugerah Sri Wirama.

    Seperti biasa, proses penjurian AIM24 akan dikendalikan secara telus oleh panel profesional bebas yang terdiri daripada pakar muzik berpengalaman. Markah akan diaudit oleh badan bertauliah sebelum pemenang diumumkan. Senarai lima calon akhir setiap kategori dijangka diumumkan pada bulan Ogos 2025.

    Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman turut menyuarakan rasa bangga atas penglibatan RTM sebagai penyiar rasmi AIM24. Beliau menyatakan bahawa kerjasama ini selari dengan aspirasi RTM untuk mengangkat karya kreatif tempatan dan memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik dari pelbagai lapisan masyarakat. RTM melihat muzik sebagai medium yang menyatukan rakyat dan berperanan besar dalam memperkukuhkan identiti nasional.

    Dengan gabungan elemen baharu, ganjaran lumayan dan kerjasama strategik yang kukuh, AIM24 bersedia untuk kembali sebagai acara muzik tahunan paling dinanti-nantikan. Penganjuran kali ini bukan sahaja meraikan bakat dan usaha penggiat muzik tempatan, tetapi juga membuka jalan kepada masa depan industri yang lebih mampan dan berdaya saing di pentas global.

    Maklumat lanjut boleh didapati di www.aim1.org.my.

  • Ernie Zakri dan Anggi Marito Satukan Vokal dalam Lagu Baru “Kisah Penuh Kecewa”

    Ernie Zakri dan Anggi Marito Satukan Vokal dalam Lagu Baru “Kisah Penuh Kecewa”

    Dua bintang serumpun bersatu di Singapura, Ernie Zakri dan Anggi Marito, mempersembahkan lagu baharu bersama dalam sebuah kolaborasi penuh emosi. Bintang vokal dari Indonesia, Anggi Marito, membuat penampilan istimewa di Aura: Ernie Zakri Live in Concert yang berlangsung pada 31 Mei 2025 di The Theatre at Mediacorp, Singapura. Ini merupakan kali pertama Ernie Zakri dan Anggi Marito mempersembahkan lagu “Kisah Penuh Kecewa” secara langsung.

    Susulan itu, Anggi Marito hadir ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan lagu “Kisah Penuh Kecewa” dan akan mengadakan sesi makan malam eksklusif bersama peminat di Hameediyah Bukit Bintang pada 4 Jun 2025. Dalam suasana yang intim dan mesra, para peminat berpeluang menikmati pengalaman fine dining bersama Anggi Marito dan Ernie Zakri. Malam istimewa ini memberi peluang kepada peminat merasai suasana makan malam yang unik dan penuh makna bersama artis kesayangan mereka. Ucapan terima kasih istimewa ditujukan kepada Hameediyah atas layanan yang luar biasa dan penyediaan lokasi yang begitu sempurna.

    Gabungan kekuatan vokal dan emosi mendalam daripada kedua-dua penyanyi hebat ini menjadikan lagu “Kisah Penuh Kecewa” sebagai sebuah karya yang menyentuh hati pendengar di Malaysia dan Indonesia, serta peminat muzik serantau yang menghargai lagu-lagu bernuansa emosi dan berjiwa.

    Ernie Zakri, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39), berkata bahawa lagu ini menceritakan kisah cinta yang berakhir bukan kerana tiada rasa, tetapi kerana salah seorang pasangan sudah memilih untuk tidak bersama lagi. Namun begitu, di sebalik kekecewaan tersebut, wujud kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan.

    “Lagu ‘Kisah Penuh Kecewa’ ini adalah sebuah lagu yang sedih, mengenai cinta yang tidak menjadi kenyataan kerana pasangan sudah tidak mahu meneruskan hubungan. Tapi di penghujungnya, lagu ini membawa kekuatan yang mana lelaki atau wanita itu tetap tabah untuk menghadapi segala cabaran,” kata Ernie.

    Menurut Ernie, walaupun berbeza latar negara, kolaborasi antara dia dan Anggi membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan. Gabungan suara unik dan emosi yang tulus menjadikan “Kisah Penuh Kecewa” sebuah lagu balada yang bukan sahaja menyentuh hati, malah memberikan ruang untuk pendengar merasai sendiri perjalanan perpisahan yang pedih, namun penuh kekuatan.

    Siaran media turut memetik Ernie yang berkata, “Lagu ini sangat ‘straightforward’ dari segi liriknya. Saya rasa ramai pendengar akan mudah faham dan boleh kaitkan dengan mesej lagu ini. Saya cuma harap mereka dapat menikmati lagu ini, dan kalau pernah melalui pengalaman sama, mungkin lagu ini boleh jadi peneman.”

    Bagi Anggi Marito yang juga pemenang tempat ketiga program Indonesian Idol musim 11, peluang untuk berkolaborasi dengan Ernie Zakri adalah satu penghormatan yang amat besar. Sebagai peminat Ernie, Anggi menyifatkan penyanyi lagu Aura itu sebagai seorang yang bukan sahaja mempunyai vokal hebat, tetapi juga mampu menyampaikan rasa dengan begitu menyentuh.

    “Saya sudah lama mengenali nama Ernie dan mengagumi suaranya yang begitu indah. Dia punya ‘power’ dan ‘feel’ yang sangat dalam. Setiap lagu yang dia nyanyikan terasa langsung ke hati. Saya rasa sangat terhormat dapat bekerja sama dengannya,” ujar Anggi dengan penuh teruja.

    Lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital sejak 23 Mei 2025. Video muzik rasmi yang membawa naratif visual selari dengan kekuatan vokal dua penyanyi hebat ini turut boleh disaksikan oleh peminat.