Author: Helmi Aziz

  • Didi & Friends Ukir Sejarah: Acara Penceritaan Terbesar Kanak-Kanak di Malaysia!

    Didi & Friends Ukir Sejarah: Acara Penceritaan Terbesar Kanak-Kanak di Malaysia!

    Watak animasi kegemaran ramai, Didi & Friends, terus mencipta magis apabila berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records menerusi kategori “Penyertaan Kanak-Kanak Teramai dalam Acara Penceritaan”. Seramai 2,172 orang kanak-kanak berkumpul di MAEPS, Serdang bagi menyertai sesi bercerita secara besar-besaran, menjadikannya acara bersejarah yang luar biasa.

    Program yang diadakan bersempena Karnival Sukan Al-Kauthar Eduqids with Friends 2025 ini turut menampilkan kolaborasi erat bersama pihak Al-Kauthar Eduqids. Acara menggabungkan elemen pembelajaran, permainan, dan kebersamaan komuniti membawa suasana penuh keceriaan dan nilai murni.

    Sesi penceritaan bermula dengan kisah klasik “Arnab & Kura-Kura”, yang disampaikan oleh seorang guru, sebelum diserikan dengan persembahan khas versi Didi & Friends yang ceria dan berwarna-warni, dibawakan oleh hos bertenaga, Abang Pa’an.

    Walaupun rekod rasmi mencatatkan 2,172 penyertaan serentak, sesi-sesi tambahan diteruskan sepanjang hari melibatkan lebih 6,000 orang kanak-kanak. Secara keseluruhan, karnival ini menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung, termasuk ibu bapa dan ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana.

    Kejayaan ini juga menjadi titik permulaan kepada kempen “Didi & Friends Story Time”, inisiatif yang bertujuan menyemai minat membaca dan mencintai dunia penceritaan dalam kalangan anak kecil. Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Didi & Friends turut membuat kemunculan istimewa semasa Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, memberikan peluang kepada peminat cilik untuk bertemu secara dekat dengan watak kegemaran mereka.

    Menurut Edison Cheam, Penolong Kanan Naib Presiden, Studio GenNext, Astro:

    “Di Astro, kami amat komited memupuk minat terhadap pembelajaran dan pembacaan dalam kalangan kanak-kanak. Melalui kandungan seperti Didi & Friends, kami ingin menyampaikan nilai-nilai positif serta membina tabiat murni yang memberi impak jangka panjang kepada generasi masa depan.”

    Pencapaian ini membuktikan kehebatan penceritaan sebagai medium untuk menyatukan komuniti, mencetuskan imaginasi, dan menginspirasikan kanak-kanak di seluruh Malaysia.

    Didi & Friends Story Time kini ditayangkan setiap Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria (saluran 611), serta boleh distrim melalui Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan dan tingkatkan pengalaman menonton anda bersama Astro Fibre 500Mbps + Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp “Hi” ke 03 9543 3838.

  • John Burke Joins AIPC Board, Boosting Malaysia’s Global Business Events Leadership

    John Burke Joins AIPC Board, Boosting Malaysia’s Global Business Events Leadership

    Malaysia continues to cement its leadership in the international business events arena as John Burke, General Manager of the Kuala Lumpur Convention Centre, has been officially appointed to the 2025 Board of Directors of the International Association of Convention Centres (AIPC).

    Burke’s appointment is not only a personal achievement but also a testament to Malaysia’s rising prominence in the global meetings and conventions sector. Representing a country with ambitious business events targets and a world-class venue at its heart, his new role places Malaysia in a stronger position to influence international best practices and industry standards.

    “I am honoured to join the AIPC Board at such a pivotal time for the global events industry,” said Burke. “This platform allows us to spotlight the strengths of Kuala Lumpur and the Asia Pacific region, while learning from and contributing to a broader global dialogue on venue innovation and excellence.”

    The AIPC, with members from over 55 countries, plays a central role in shaping the future of convention centres worldwide through education, research, and strategic collaboration. Burke will work alongside esteemed global leaders, including Julianne Jammers (President, SwissTech Convention Center) and Taubie Motlhabane (Vice President, Cape Town International Convention Centre), to steer the organisation’s policies and global initiatives.

    His appointment also supports Malaysia’s national vision for business events. Backed by the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), the industry is projected to attract 5.9 million delegates and generate RM42.12 billion in economic impact by 2030.

    “Malaysia has a compelling story to tell,” Burke added. “Through this appointment, we aim to amplify our voice, forge stronger international partnerships, and help drive the country’s ambitious economic goals through business events.”

    As one of Asia’s most advanced and sustainable convention venues, the Kuala Lumpur Convention Centre continues to play a central role in attracting high-impact international meetings and exhibitions, making it a strategic contributor to Malaysia’s global brand.

    For the latest updates from the Centre, visit the Newsroom at www.klccconventioncentre.com or connect via social media (Facebook – @klccconventioncentre, LinkedIn – Kuala Lumpur Convention Centre, Twitter – @klccconvention and Instagram – @klccconventioncentre).

    The Kuala Lumpur Convention Centre (the Centre) is Malaysia’s premier, award-winning, purpose-built venue. It is owned by KLCC (Holdings) Sdn Bhd, a subsidiary of Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), and is proudly managed by Convex Malaysia Sdn Bhd, a joint venture between KLCC Holdings and ASM Global.

    Strategically located in the heart of Kuala Lumpur within the integrated Kuala Lumpur City Centre (KLCC) precinct, the Centre is an ideal venue for high-profile international conferences, large-scale exhibitions, and exclusive private functions. Spanning five levels and covering a total of 34,000 square metres, the Centre offers a versatile and fully customisable range of event spaces. These include two auditoria, a Grand Ballroom, a Banquet Hall, three Conference Halls, eight Exhibition Halls, and 28 meeting rooms. Supporting facilities such as hospitality suites, VVIP lounges, food and beverage outlets, a medical room, and other premium amenities further enhance the delegate experience.

    The Centre is recognised for its excellence in operations, safety, and sustainability. It is the first venue in Asia to receive the AIPC Gold Certification and is Green Building Index-certified. It maintains a world-class reputation through rigorous adherence to international quality standards and multiple accreditations. These include ISO 9001 (Quality Management System), ISO 22000 (Food and Safety Management System), ISO 14001 (Environmental Management), ISO 45001 (Occupational Health and Safety Management System), ISO 37001 (Anti-Bribery Management System), ISO 41001 (Facility Management System), MS 1500 (Halal Management System), along with EarthCheck Gold and Healthy Venue Bronze certifications.

    The Centre is also committed to the United Nations Sustainable Development Goals, and actively tracks its monthly environmental performance across key areas such as greenhouse gas emissions, water consumption, and waste reduction. This ongoing commitment to sustainability is embedded across all levels of its operations.

    More information can be found at www.klccconventioncentre.com.

    ASM Global is the world’s leading venue management and live event experience company. Acquired by Legends in 2024, ASM Global manages and invests in more than 400 premier venues worldwide, including iconic stadiums, arenas, convention centres, theatres, entertainment districts, and mixed-use developments.

    With a portfolio that supports more than 20,000 live events annually and welcomes over 164 million guests each year, ASM Global is a global powerhouse in content programming, data-driven marketing, and revenue optimisation. The company’s operational excellence continues to set the standard for delivering exceptional venue experiences around the world.

    From its Asia-Pacific (APAC) and Middle East & North Africa (MENA) regional headquarters in Brisbane, Australia, ASM Global operates an extensive network of premier venues. These include entertainment and indoor sports arenas such as Qudos Bank Arena in Sydney, RAC Arena in Perth, Brisbane Entertainment Centre, Coca-Cola Arena in Dubai, Kai Tak Sports Park Indoor Arena in Hong Kong, and Axiata Arena in Kuala Lumpur. Its portfolio also includes live performance theatres in Brisbane, Cairns, Darwin, Sydney, Bahrain, Dubai, and Kuala Lumpur.

    The convention and exhibition centre network under ASM Global spans cities including Brisbane, Cairns, Darwin, Newcastle, Sydney, Christchurch, Kuala Lumpur, Dubai, Bahrain, and Riyadh. The company also manages large-scale stadiums such as Suncorp Stadium in Brisbane, the National Stadium at Bukit Jalil in Kuala Lumpur, and the Kai Tak Sports Park Main Stadium in Hong Kong, alongside a 50% stake in VenuesLive, operator of Optus Stadium in Perth. Additional venues include the King Abdullah Financial District Conference Center in Riyadh and boutique meeting facilities in Expo City Dubai.

    To learn more, visit www.asmglobal.com.

  • Menamakanmu Cinta: Kolaborasi Hati Siti Nurhaliza & Ade Govinda

    Menamakanmu Cinta: Kolaborasi Hati Siti Nurhaliza & Ade Govinda

    Dua nama besar dari dua negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Ade Govinda, kembali bergabung dalam sebuah karya istimewa yang berjudul “Menamakanmu Cinta” — sebuah lagu cinta mendalam yang menyatukan dua budaya melalui alunan melodi dan lirik penuh emosi.

    Lagu ini menandai kelanjutan kolaborasi antara dua sahabat lama yang sudah terbukti mampu melahirkan karya-karya berjiwa. Sebelum ini, Ade Govinda pernah menciptakan tiga lagu hits untuk Siti dalam album Fragmen (2014): “Terbaik Bagimu”, “Engkau”, dan “Tak Pernah Ragu”. Kini, setelah hampir satu dekad, mereka kembali dengan lagu cinta yang lebih matang, menyentuh, dan sarat makna.

    Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyatakan rasa gembira dan syukurnya dapat kembali bekerjasama dengan Ade Govinda.

    “Saya senang sekali bisa kembali berkolaborasi dengan Ade setelah sekian lama. ‘Menamakanmu Cinta’ adalah lagu yang sangat indah, dengan sentuhan khas Ade yang sentiasa berjaya menyentuh hati pendengar. Saya berharap lagu ini dapat dinikmati dan diterima baik oleh semua peminat di Malaysia, Indonesia, dan juga di seluruh dunia,” ujar Siti.

    Menurut beliau, lagu ini membawa pesan positif dan universal tentang cinta sejati, serta menghargai insan-insan tersayang dalam hidup.

    “Setiap liriknya menggambarkan keindahan cinta yang tulus. Saya berharap lagu ini mampu menjadi pengiring emosi dan kenangan buat siapa sahaja yang mendengarnya.”

    Ade Govinda, pencipta dan produser lagu ini, menyifatkan kolaborasi kali ini sebagai salah satu pengalaman paling istimewa dalam kerjayanya.

    “Saya ingin mencipta sebuah lagu cinta yang boleh menjadi lagu tema perkahwinan, atau dinyanyikan oleh pasangan yang sedang bahagia. Bekerja dengan Dato’ Sri Siti selalu menyenangkan — cepat, profesional, dan penuh kreativiti,” katanya.

    Beliau turut berkongsi suasana mesra dan bersahaja semasa sesi rakaman.

    “Seperti biasa, Siti sangat prihatin. Setiap kali rekaman, beliau pasti membawa makanan untuk semua. Suasana studio jadi sangat hangat dan kondusif untuk berkarya.”

    Ade berharap “Menamakanmu Cinta” dapat menyentuh hati banyak pasangan di luar sana.

    “Lagu ini bukan sekadar karya muzik, tetapi juga cerminan perasaan yang mendalam. Semoga ia menjadi soundtrack untuk mereka yang sedang mencintai dan dicintai.”

    “Menamakanmu Cinta” bukan sekadar lagu, ia adalah penyatuan jiwa dari dua ikon muzik yang melintasi sempadan negara dan budaya. Melalui alunan harmoni yang mendalam dan lirik menyentuh jiwa, lagu ini dijangka akan menjadi antara karya paling dikenang dalam diskografi Siti Nurhaliza dan Ade Govinda.

    “Menamakanmu Cinta” kini boleh didengarkan di semua platform digital.

    Song Credit Title:
    Artist : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ade Govinda
    Song Title : Menamakanmu Cinta
    Label : Universal Music Sdn Bhd, SN Legacy Sdn Bhd, MyMusic Records
    Composer : Ade Govinda
    Lyricist : Ade Govinda
    Arranged by : Ade Govinda
    Produced by : Ade Govinda
    Mixed by : Jones Roma
    Mastered by : Stephan Santoso
    Song Publisher : PT. Kreatif Indigo Musik
    Sub Publisher : Universal Music Publishing

  • vivo X Fold5: Solusi Pintar Untuk Gaya Hidup Moden

    vivo X Fold5: Solusi Pintar Untuk Gaya Hidup Moden

    vivo Malaysia bersedia mengubah landskap peranti mudah alih dengan ketibaan vivo X Fold5, telefon pintar boleh lipat terkini yang menyatukan reka bentuk anggun, kuasa berprestasi tinggi, dan kecerdasan buatan (AI) dalam satu pakej penuh gaya. Direka untuk mereka yang aktif, sofistikated dan sentiasa bergerak, X Fold5 bukan sekadar telefon ia adalah pusat produktiviti mudah alih dalam genggaman anda.

    Menggabungkan teknologi kejuruteraan termaju dengan engsel gred aeroangkasa, vivo X Fold5 membolehkan lipatan yang lancar dan tahan lama. Dengan berat yang ringan dan profil nipis, ia mudah dibawa ke mana-mana tanpa mengorbankan kuasa atau kebolehgunaan.

    Paparan dwi yang besar dan terang memastikan pengalaman visual yang mengasyikkan dari suntingan dokumen hingga tontonan video semuanya kelihatan menakjubkan, walaupun di bawah cahaya matahari tropika. Ditawarkan dalam dua warna premium – Titanium Gray dan Feather White – X Fold5 tampil bergaya dalam setiap situasi, sama ada di pejabat, di lapangan terbang mahupun di kafe kegemaran anda.

    vivo X Fold5 dilengkapi dengan sistem AI yang dikuasakan oleh Origin Workbench, DocMaster, dan Smart Call Assistant, yang menjadikan tugasan harian lebih mudah, cepat, dan cekap.

    Fungsi seperti transkripsi masa nyata, suntingan automatik nota kepada dokumen profesional, dan pengurusan panggilan bijak menjadikan peranti ini teman terbaik untuk profesional moden. Sama ada anda sedang menghadiri mesyuarat atau bersantai sambil bekerja jarak jauh, vivo X Fold5 menyokong produktiviti tanpa henti – tanpa perlu membawa peranti tambahan.

    Dengan vivo X Fold5, setiap detik kerja dan santai menjadi lebih tersusun, bergaya, dan berkesan. Telefon ini membuktikan bahawa teknologi hebat tidak semestinya kompleks ia hanya perlukan reka bentuk yang bijak dan keupayaan sebenar yang memahami keperluan pengguna.

    Vivo merupakan syarikat teknologi global yang komited untuk menghubungkan manusia dengan dunia digital melalui produk pintar dan perkhidmatan berinovasi tinggi. Dengan reka bentuk sebagai asas utama, vivo terus mencipta peranti yang bukan sahaja canggih, tetapi juga bergaya dan mesra pengguna.

    Berlandaskan nilai teras seperti Benfen (melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul), orientasi pengguna, pembelajaran berterusan dan semangat berpasukan, vivo menyasarkan pembangunan mampan sambil berusaha menjadi syarikat bertaraf dunia yang sihat dan berwawasan.

    Untuk merealisasikan visi ini, vivo mengumpulkan tenaga pakar dari seluruh China dan dunia, menerusi tujuh pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkemuka di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai dan Xi’an. Penyelidikan difokuskan kepada teknologi masa depan seperti 5G, kecerdasan buatan (AI), sistem pengimejan lanjutan, serta reka bentuk industri.

    Di samping itu, vivo turut mengendalikan rangkaian pembuatan pintar yang mampu menghasilkan sehingga 200 juta unit telefon pintar setahun, termasuk fasiliti yang dioperasikan oleh rakan pembuatan bertauliah.

    Dengan kehadiran di lebih 60 negara dan wilayah, vivo kini mempunyai lebih daripada 400 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Gabungan reka bentuk inovatif, teknologi terkini, dan sokongan pengguna yang mantap menjadikan vivo antara jenama pilihan global dalam dunia peranti pintar.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini vivo Malaysia, layari laman web rasmi di: www.vivo.com/my.

  • Kael Lancar ‘Angkasa’: Simfoni Cinta Dua Jiwa di Langit Yang Sama

    Kael Lancar ‘Angkasa’: Simfoni Cinta Dua Jiwa di Langit Yang Sama

    Penyanyi berbakat Kael kembali mencuri perhatian peminat muzik tempatan menerusi pelancaran single terbaharunya bertajuk ‘Angkasa’, sebuah balada romantik moden yang puitis dan sarat dengan emosi. Lagu ini merupakan buah tangan keempat Kael bersama Alternate Records dan menampilkan kolaborasi eksklusif bersama dua nama besar dalam dunia muzik Malaysia – Omar K dan Iqie Hugh.

    ‘Angkasa’ bukan sekadar lagu cinta tipikal. Ia adalah cerminan sebuah hubungan jiwa yang saling menyayangi tetapi terpisah oleh batas realiti – ibarat siang dan malam, berbeza masa namun berkongsi langit yang sama. Melalui tema cinta dua dunia, lagu ini mengangkat elemen kesetiaan, kepercayaan dan keindahan dalam perpisahan yang menyakitkan.

    Menurut Omar K, yang turut mencipta melodi lagu ini bersama Kael dan Iqie Hugh, “Mesej utama ‘Angkasa’ adalah tentang cinta yang tetap utuh walaupun berada dalam situasi yang tidak sempurna. Jika cinta itu ikhlas, mereka tetap bersama secara emosi dan spiritual, di angkasa yang sama.”

    Dari segi muzik, ‘Angkasa’ menawarkan susunan minimalistik namun berjiwa besar. Vokal Kael diserlahkan dengan penuh nuansa, diiringi elemen elektronik ringan dan atmosfera yang menambahkan sentuhan sinematik pada keseluruhan lagu. Melodi yang lembut namun menyengat emosi menjadikan lagu ini berbeza daripada balada konvensional – menjadikan ia satu pengalaman yang mendalam untuk para pendengar.

    Lirik lagu ini pula cukup menyentuh perasaan. Frasa seperti “Walau Bulan Dan Matahari Berbeza, Kau Pagi Dan Ku Malam, Tetap Di Angkasa Yang Sama…” menjadi puisi moden tentang cinta yang tidak mengenal jarak atau masa.

    Kael, yang terlibat secara langsung dalam penulisan lirik, melodi dan konsep visual, menyifatkan lagu ini sebagai karya paling peribadi yang pernah dihasilkan. “Angkasa sangat dekat dengan hati saya. Ia menonjolkan sisi saya yang paling jujur. Setiap bait datang dari pengalaman dan emosi sebenar,” ujar Kael.

    Tambahnya lagi, ‘Angkasa’ dicipta untuk menjadi lagu cinta yang sesuai untuk pelbagai detik istimewa – majlis perkahwinan, ulang tahun atau sekadar untuk menyatakan rasa sayang terhadap seseorang. “Romantis tidak boleh dibuat-buat. Lagu ini adalah hadiah saya untuk semua pencinta di luar sana,” katanya.

    Proses penciptaan lagu ini mengambil masa kira-kira tiga bulan merangkumi penulisan, susunan muzik dan rakaman vokal. Kael hanya mengambil masa satu hari untuk merakam vokalnya, menggambarkan keserasian dan kefahaman yang mendalam antara beliau dan penerbit lagu. Omar K turut memuji Kael sebagai seorang artis yang profesional dan bersemangat tinggi di studio.

    Dengan harapan besar untuk menembusi pasaran serantau, Kael percaya bahawa ‘Angkasa’ mampu membawa nama Malaysia ke pentas lebih luas. “Saya berharap lagu ini bukan sahaja diterima di sini, tetapi juga mampu menyentuh hati pendengar di luar negara,” kata Kael penuh semangat.

    Kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital seperti Spotify dan YouTube Music, ‘Angkasa’ adalah lagu yang wajib dimiliki dalam senarai putaran anda – khas untuk mereka yang pernah, sedang atau akan jatuh cinta.

    Untuk info lanjut dan kemas kini, ikuti Alternate Records & Talents melalui laman rasmi Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

  • you.will.knovv Live in Malaysia: Tabber, Rad Museum & Miso Gegarkan Zepp KL 4 Oktober Ini!

    you.will.knovv Live in Malaysia: Tabber, Rad Museum & Miso Gegarkan Zepp KL 4 Oktober Ini!

    Peminat muzik R&B alternatif Korea bakal disajikan dengan satu malam yang tidak dapat dilupakan apabila label muzik terkenal Korea, you.will.knovv, mengumumkan bahawa Malaysia tersenarai dalam siri jelajah Asia pertama mereka. Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 4 Oktober 2025 jam 8 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh penganjur acara terkemuka, TopGallant Show.

    Konsert bertajuk you.will.knovv in Malaysia 2025 bakal menampilkan tiga nama besar di bawah label tersebut iaitu Tabber, Rad Museum dan Miso. Dikenali dengan pendekatan muzik yang bersifat eksperimental, atmosferik dan merentas genre, ketiga-tiga artis ini dijangka mempersembahkan karya-karya yang mencerminkan keunikan mereka serta membawa penonton menyelami emosi yang mendalam melalui persembahan langsung.

    Tabber, yang sebelum ini mencuri perhatian melalui Deep End Mix Tape pada tahun 2020, akan membuat kemunculan semula di Malaysia. Beliau dikenali dengan vokal garau serta kebolehannya beralih dengan lancar antara nyanyian dan rap. Selepas menyertai musim ke-10 rancangan popular Show Me The Money, beliau tampil dengan album Madness Always Turns to Sadness pada tahun 2023 yang menerima pujian dalam kalangan pengkritik dan peminat.

    Rad Museum pula kembali ke pentas Malaysia setelah berjaya mencipta nama melalui EP sulungnya Scene pada tahun 2017. Dengan pencalonan bagi Artis Baharu Terbaik dan Album R&B/Soul Terbaik di Korean Music Awards, Rad Museum terus konsisten melalui album RAD yang memenangi Anugerah Album R&B Terbaik di Korean Hiphop Awards 2023. Album-album terbarunya GIRL dan HOME SICK masing-masing diterbitkan pada tahun 2023 dan 2024, memperkukuh kedudukannya dalam arena muzik alternatif Korea.

    Miso, satu-satunya artis wanita dalam jelajah ini, akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia. Sebagai artis Korea pertama yang menyertai Red Bull Music Academy, beliau terkenal dengan vokal lembut dan suasana muzik yang introspektif. Beberapa lagu popular beliau termasuk Take Me, Let It Go dan Alone. Beliau juga pernah berkolaborasi dengan artis antarabangsa seperti Epik High, Crush dan PREP.

    Tiket bagi konsert ini boleh dibeli melalui laman web my.bookmyshow.com, my.trip.com dan www.ctrip.com dengan harga RM538 untuk VIP (berdiri dan tempat duduk), RM338 untuk CAT 1 (berdiri), dan RM238 untuk CAT 2 (tempat duduk). Untuk pembelian tiket VIP BOX, peminat boleh menghubungi penganjur secara terus melalui DM di media sosial atau WhatsApp ke nombor +6012-816 2218.

    Pemegang tiket VIP turut berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan termasuk tag dan lanyard VIP eksklusif serta menyertai cabutan bertuah untuk memenangi 200 poster bertandatangan, 100 sesi foto peribadi bersama artis (3 peminat:1 artis), dan 10 sesi gambar berkumpulan (3 artis:10 peminat setiap slot).

    TopGallant Show, selaku penganjur, merupakan nama yang tidak asing dalam penganjuran konsert bertaraf antarabangsa di Asia Tenggara. Dengan rekod penganjuran acara yang cemerlang, mereka komited dalam membawakan pengalaman muzik secara langsung yang berkualiti dan mengasyikkan kepada peminat dari seluruh rantau.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai acara ini, sila layari www.topgallantshow.com.

  • Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Kembali Terajui FELDA, Pacu Aspirasi Malaysia MADANI

    Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Kembali Terajui FELDA, Pacu Aspirasi Malaysia MADANI

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini mengumumkan pelantikan semula YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA, sekali gus menandakan kesinambungan kepimpinan beliau dalam menerajui agensi pembangunan tanah terbesar negara itu.

    Pelantikan ini disambut baik oleh seluruh warga kerja dan pengurusan Kumpulan FELDA, yang yakin akan kemampuan Dato’ Sri Ahmad Shabery dalam memperkukuh visi dan misi organisasi selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.

    Dalam kenyataannya, Dato’ Sri Ahmad Shabery menzahirkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, atas kepercayaan yang diberikan untuk terus memimpin FELDA ke arah masa depan yang lebih mampan dan inklusif.

    “Saya amat berterima kasih atas mandat ini dan bertekad untuk terus memperjuangkan kepentingan peneroka serta memperkukuhkan daya saing FELDA dalam landskap ekonomi semasa,” ujar beliau.

    Sepanjang tempoh kepimpinannya sebelum ini, Dato’ Sri Ahmad Shabery telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif transformasi organisasi, termasuk pengukuhan tadbir urus, pemerkasaan komuniti peneroka dan penerapan teknologi dalam sektor pertanian.

    Pelantikan semula ini dilihat sebagai langkah positif dalam memastikan kesinambungan dasar dan projek strategik FELDA, yang turut menyokong aspirasi negara untuk membina masyarakat yang sejahtera, progresif dan berdaya tahan.

    Dengan pengalaman luas dalam sektor awam dan komitmen beliau terhadap agenda pembangunan luar bandar, Dato’ Sri Ahmad Shabery diyakini mampu terus membawa FELDA menuju era baharu yang lebih dinamik dan berdaya saing.

  • McDonald’s Malaysia Clinches Dual Honours at 2025 Sustainability & CSR Malaysia Awards

    McDonald’s Malaysia Clinches Dual Honours at 2025 Sustainability & CSR Malaysia Awards

    McDonald’s Malaysia has once again been honoured for its impactful community efforts, bringing home two prestigious awards at the Sustainability & CSR Malaysia Awards 2025. This marks the company’s eighth consecutive year as an award recipient, reaffirming its unwavering commitment to social responsibility and community care.

    The quick-service restaurant chain was recognised with the Corporate Compassion Excellence Award, as well as the Long-Standing Excellence Award for the second year in a row – a testament to McDonald’s Malaysia’s sustained dedication to improving lives beyond its business.

    Held under the theme “Beyond Profits, Making Our World a Better Place,” this year’s ceremony highlighted organisations with deep-rooted community impact. The event was officiated by YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Deputy Minister of Women, Family and Community Development.

    “Receiving these recognitions year after year is both humbling and inspiring,” said Dato’ Haji Azmir Jaafar, Managing Director and Local Operating Partner of McDonald’s Malaysia. “It reinforces our belief that our role goes far beyond serving meals – it’s about making a real difference in the lives of the people we serve.”

    At the heart of McDonald’s Malaysia’s CSR efforts is its flagship initiative, Program Komuniti @ McDonald’s, which delivers over 10,000 community-focused initiatives annually. These span key areas such as children’s welfare, education, food assistance, festive outreach, and frontline support – all aimed at uplifting diverse segments of Malaysian society.

    “Our purpose of feeding and fostering communities is not just a slogan – it’s embedded in everything we do,” Azmir added. “We’re proud to be a part of Malaysia’s social fabric and will continue playing our part to build a more caring and inclusive nation.”

    Now in its 10th edition, the Sustainability & CSR Malaysia Awards continues to spotlight corporations that lead with heart, proving that businesses can – and should – drive positive societal impact alongside profitability.

  • HONOR Reinvents Foldable Peace of Mind with Industry-Leading Protection for Magic V5

    HONOR Reinvents Foldable Peace of Mind with Industry-Leading Protection for Magic V5

    HONOR is raising the bar for foldable smartphone ownership in Malaysia with the introduction of a new industry-leading after-sales service plan for its latest flagship foldable device, the HONOR Magic V5.

    For the first time, consumers can enjoy a tailored protection package that includes a Worry-Free 1-Year Crack Protection and a 2-Year Quality Assurance plan. This makes the Magic V5 the only foldable phone in the country to offer such comprehensive support and reflects HONOR’s continued commitment to user confidence and satisfaction.

    As foldable devices gain traction in the market, concerns over screen durability and repair costs remain a major barrier for many. With repairs averaging RM2,600 for inner screens and RM600 for outer panels, the need for trusted post-purchase care is more important than ever.

    With this in mind, HONOR’s service policy ensures users are protected against accidental damage and manufacturing defects. The Worry-Free 1-Year Crack Protection offers one-time screen replacement for both the inner and outer displays in cases of accidental drops or collisions, subject to a minimal labor fee. Meanwhile, the 2-Year Quality Assurance plan covers screen issues such as green lines or water leakage, delivering lasting peace of mind.

    To support these service promises, HONOR has equipped 14 service centers across Malaysia to handle on-site foldable repairs. This nationwide network ensures faster turnaround times and reduced downtime for customers.

    In terms of product durability, the Magic V5 has been reengineered with advanced structural protection. A triple-layer design includes an alumina-coated anti-scratch outer layer, a reinforced aerospace-grade support structure, and a shock-absorbing inner core made from non-Newtonian fluid. This results in significant improvements in both drop and scratch resistance, while preserving the slim and lightweight profile of the device.

    Available in four premium colour options Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown, and Black the Magic V5 comes with 16GB RAM and 512GB of storage. Customers who pre-order by 24 July 2025 will receive exclusive gifts worth RM3,497, including a Harman Kardon Onyx Studio 9 speaker, along with the full 1-Year Crack Protection and 2-Year Quality Assurance plan.

    The HONOR Magic V5 is available for pre-order now. For more information, visit HONOR’s official website at www.honor.com/my.

  • Galaxy Unpacked 2025: Samsung Signals New Era in AI and Digital Wellness with Bold Vision for Mobile Innovation

    Galaxy Unpacked 2025: Samsung Signals New Era in AI and Digital Wellness with Bold Vision for Mobile Innovation

    At Galaxy Unpacked 2025, Samsung Electronics didn’t just launch devices it revealed a sweeping vision for the future of intelligent, connected living. With the unveiling of the latest Galaxy Z series foldables and next-generation wearables, Samsung reinforced its commitment to innovation that centres around user empowerment, AI integration and holistic digital health.

    Held in Brooklyn, the Galaxy Tech Forum on 10 July brought together top minds from Samsung, Google, Qualcomm, Xealth and Advocate Health to discuss how artificial intelligence and connected care are reshaping how we live, work and manage our wellbeing.

    Reimagining AI: From Assistance to Ambient Intelligence

    In the first panel, “The Next Vision of AI: Ambient Intelligence,” Samsung shared its vision of a future where Galaxy AI becomes seamlessly embedded into daily life not just responding to users, but anticipating their needs. Jisun Park, EVP and Head of Language AI at Samsung, revealed that over 70% of Galaxy S25 users have actively engaged with AI features, showing strong appetite for intelligent, personalised tech.

    The conversation expanded with insights from Google’s Mindy Brooks, who discussed the role of multimodal AI understanding user intent through voice, text and visuals and how Google’s Gemini AI integrates with Samsung devices to deliver proactive assistance.

    Qualcomm’s Dr. Vinesh Sukumar highlighted the need for secure, on-device AI that balances personalisation with privacy. All three panellists agreed: the future of mobile AI lies in deeply integrated systems that learn quietly and protect user data at every level.

    Connected Health at Home: The Next Chapter of Digital Care

    In the second panel, “The Next Chapter of Health: Scaling Prevention and Connected Care,” Samsung outlined its approach to healthcare innovation, one rooted in connectivity and real-world impact.

    Dr. Hon Pak, SVP and Head of Samsung’s Digital Health Team, shared how the company’s acquisition of digital health platform Xealth is helping connect Samsung Health data directly into hospital workflows. This means real-time health insights from Galaxy Watch and Galaxy Ring devices could soon play a critical role in patient care.

    Xealth CEO Mike McSherry, alongside Advocate Health’s Dr. Rasu Shrestha, emphasised the shift from clinic-based treatment to proactive care at home made possible by continuous monitoring, AI-powered alerts and Samsung’s growing family of connected devices.

    As Samsung builds out this healthcare ecosystem, it also aims to reduce clinician burnout by streamlining administrative tasks with AI while helping consumers take control of their own wellness journey.

    A Smarter, More Human Future

    The Galaxy Tech Forum made one thing clear: true mobile innovation goes beyond faster processors and sharper screens. It’s about creating intuitive, human-centric technologies that anticipate, protect and improve everyday life.

    Samsung’s ecosystem powered by Galaxy AI, digital health platforms, and seamless device integration is setting the stage for a smarter, safer and more meaningful digital future.

    Pre-order Now: Galaxy Z Fold7, Flip7, and Galaxy Watch Series

    Samsung’s latest foldables and wearables are now available for pre-order in Malaysia from 9 to 31 July 2025. Customers can enjoy rebates, double storage upgrades, exclusive watch bands and more.

    For full specs and promotions, visit www.samsung.com/my or your nearest Samsung Experience Store.